Followers

Wednesday, March 30, 2011

# Pagi ni

pagi ni hujan renyai-renyai waktu aku nak ke tempat kerja,mula2 duk berkira2 jugak nak redah ke tak.sekali gerak hati kuat mengatakan suruh redah jela maka redah jela..

alhamdulillah,sampai kat opis pagi ni dengan selamat,tak basah dan punch kad tak lambat walaupun aku bawak motor slow sahaja.hujan jalan jadi licin so takleh bawak laju2.aku kena pikir nyawa dalam perut ni jugak.

pagi ni jugak budak kecik tu taknak lepaskan si Kwek duk peluk kuat2,nak jugak bawak ke umah ibu.bila aku letak semula si kwek atas katil menangis-nangis dia.tak sampai hati plak aku nak biarkan sedangkan aku tau kwek tu seolah-olah pengganti diri mama dia.

aku tak tau la apa jampi si kwek tu kat anak aku sampai kan lepas je amik dia dari rumah ibu petang-petang terus terkam ke dalam bilik cari kwek.kwek akan dipeluk dicium dibelai dan sesi bercakap dengan kwek akan bermula menggunakan bahasa yang hanya mereka je yang paham.aku agak dia rindukan kwek setelah seharian tak jumpa.

kalau izzul layan mama camtu kan bagus.huh!tapi anak,kau tetap belahan hati mama...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...