Followers

Wednesday, October 5, 2016

Kegunaan ivmist nano oil dan ivkids nano oil



Sana sini orang duk bercerita pasal ivmist ni semenjak masuk tv kerana terlalu banyak khasiat dan kegunaannya. siap ada yang panggil minyak ajaib kerana ajaib sangat kegunaan nya.ok kat bawah ni azni tepek testimoni testimoni dan kegunaan ivmist.macam macam ada..dengan harga yang murah dan mampu milik maka tak salah kalau dikatakan setiap rumah harus ada minyak ajaib ni..tak gitu?
kalau nak beli boleh roger azni di 012-9633941 ye,jangan risau sy akan layan pertanyaan anda sehabis baik.

IvMist ada 2 jenis botol, satu yang 12 ml dengan harga rm25 dan satu lg 15ml dgn harga rm35..dan ada satu lagi iaitu IvKids untuk versi kanak-kanak yang mana kurang panas berbanding ivmist dgn harga rm20..

untuk ivkids boleh digunakan dari baby sampai la kanak-kanak khas untuk kembung perut,demam,selsema, gatal gatal, ruam,asma/semput,eczema dan pelbagai lagi.









Thursday, July 28, 2016

Dugaan kali kedua



Umar anak ketiga saya sedikit berbeza dari abang abangnya dari segi kesihatan..selepas diduga dengan episod warded semasa dia beliau berusia 2 bulan lebih, pada penghujung bulan 5 haritu sekali lagi terpaksa warded kerana Acute Bronchitis.

Acute bronchitis, also known as a chest cold, is short-term inflammation of the bronchi (large and medium-sized airways) of the lungs. The most common symptom is a cough. Other symptoms include coughing up mucus, wheezing, shortness of breath, fever, and chest discomfort. The infection may last from a few to ten days.

Menurut doktor peparu umar sangat sensitif,jadi kemungkinan untuk serangan berulang akan ada jadi maknya kena sentiasa bersedia..

Alkisahnya mula mulanya umar demam batuk selsema haa pakej terus..kemudian bawak ke klinik An-Nur di Bangi.. kemudian doktor check dan kena amik neb sebab pernafasan dia laju..lepas amik neb nampak lega sikit dia bernafas..so esok tu nafas dia dah tak laju cuma demam je masih ada..saya juz pantau kat rumah kebetulan haritu hari ahad..

Selasa tu nafas dia start jadi laju balik dengan dada berombak ombak jadi bawak g klinik kesihatan dekat rumah ni..dekat kk kena amik neb lagi dan bila doktor check progress dia tak bagus..walaupun dah amik neb tapi pernafasan tetap laju..doktor bagi surat untuk refer ke hospital putrajaya..tapi sebab takut lambat kami amik keputusan untuk ke hospital An-Nur Bangi..bila sampai kat sana katil pulak penuh huhu..saya sendiri yang bertegas supaya umar masuk wad supaya doktor boleh pantau dengan lebih detail..

Alhamdulillah bila tanya kat Hospital Az-Zahrah mujur la ada bilik kosong,tak sampai sejam terus check in la umar termasuk mama dia sekali :)


muka masam baru lepas nanges teruk sebab doktor cucuk kaki dan tangan..tu tanda protes la tu


pagi2 layan kartun dulu


ni nanges mintak dukung sebab dah boring asyik terperap dalam bilik je..





ni tido slps amik neb


merasa la duduk dalam wad lagi selama 3 hari 2 malam..umar on neb utk hari pertama tu 4 hourly..then bila nampak dia macam ok doktor suruh buat 6 hourly plak..on antibiotik dan segala macam ubat lagi..

oh ya,kami duduk bilik sumayyah yang ada 2 katil tapi sebelah lagi tu takda pesakit lain masuk so bilik ini kami yang punye..hehe..

alhamdulillah layanan semua misi dan doktor amat baik,terima kasih staf az-zahrah bangi.


ni je yang tak best haha,bil 2k plus..mujur company bayar full..




semoga sentiasa sihat wahai anak..






Wednesday, July 27, 2016

Wedding anniversary di Langkawi



Edisi campak belakang sebenarnye ni,saya pun dah ingat2 lupa mana tempat yang kami pergi haritu.. ni rancangan husben dgn kawan2 dia,sy ikutkan ajer hehe..last minit punye plan sokmo..lg 2/3 minggu nak g bercuti baru nak plan adoi la..

Kitorang konvoi 2 buah kereta je dari kl ke jeti kuala perlis..bertolak dalam pukul 11 malam sampai kat jeti kuala perlis dalam pukul 6 pagi.. masa tu pun dah ramai orang tengah tunggu kaunter tiket feri dibukak..park kereta kat sana dan naik feri ke pulau langkawi..ni tak payah bagitau semua orang pun tau kan hehe..bayaran parking kereta saya tak ingat walaupun husben ada bagitau.

Kebetulan plak masa pergi tu ngam2 tarikh anniversary perkahwinan yang ke 7 pada 20/2/2016 haritu jadi anggap la ni hadiah anniversary gitu..

banyak benda dah lupa tapi nak abadikan kat sini sebagai kenangan nanti boleh baca balik..




emak2 dan anak2.. masa ni geng2 ayah tengah beratur beli tiket nak naik cable car..





dah sampai ke puncak so geng ayah2 lak posing..



ni tengah cuak jugak sebenarnya sebab dalam kepala duk pikir 1001 kebarangkalian..tinggi oi!hepi anak2 boleh merasa naik cable car..



kasi can la mok ayoh nak romantik sket hehe..


ni selepas turun dari cable car.. selekeh je anak2 dengan selipar jepun pon boleh sampai ke langkawi.. :)


ni tak ingat dah pantai mana tp bersih je pantai dia..first time umar mandi air masin suka dia duk telan air sebab masin kan..



mujur la apak dorang rajin melayan..mak duk sibuk amik gambar je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...