Followers

Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Bubur daging buat yang tersayang

tudiaaa,kemain lagi tajuk kan..ni minggu lepas punye menu..tetibe datang kerajinan nak amik gambar masa masak bubur ziyyad..padahal bubur nasi biasa je pon,mak-mak lain sebelah mata pun boleh buat..haha..

erm,ziyyad masih lagi makan air tangan saya..selalunye saya masak malam pastu simpan dalam esbok..esok tu baru panaskan dan hantar rumah angah..nak masak pagi takut mak tak terbangun,tak pepasal kelaparan anakanda tercinta iteww..

nak kata saya terlalu menjaga pemakanan ziyyad ni idok lah sangat..masa dia belum umur setahun yer saya betul-betul jaga makan dia..no salt no sugar no tok aji mak nenek segala..lepas dah setahun semangat mak dah kurang berkobar-kobar boo mak dia heh..masa raya hari tu macam-macam orang suapkan ziyyad..kek,biskut raya,nasi himpit semua ziyyad makan..nak tegah-tegah takut bermasam muka dengan sedara ipar duai jadi relakan jela..tu pun saya dah pantau-pantau sikit..hurmm...

eh nak cite pasal bubur ziyyad sebenarnye ni dah melalut pulak..ni pertama kali buat bubur ziyyad tapi daging tu saya tumbuk..selalu saya cincang halus-halus tapi aritu malas nak cincang saya tumbuk jer..alasan nak eksperimen..nasib la ziyyad dapat mak camni..

 beras dibasuh bersih-bersih

 daging sikit

 saya tumbuk halia sikit+bawang putih seulas+daging

 carrot dan kismis kegemaran ziyyad

 panaskan minyak,saya guna olive oil cap seperti di atas

 masukkan bahan ditumbuk tadi 

agak-agak daging dah agak masak,masukkan beras dan air..biar sampai jadi bubur..last sekali masukkan carrot dan kismis..biarkan seketika dah siap..gambar bubur yang siap tak amik pulak..

ni cara-cara masa rajin amik gambai bagai..haha..hari ni ziyyad makan western iaitu macaroni n cheese..tak amik gambar pong sebab ziyyad sibuk datang pegang kaki mak masa masak tu..apa pon tak boleh la ini budak...


Friday, June 15, 2012

Puree labu untuk si bambam

seriesly saya tak pernah buat puree labu untuk ziyyad walaupun umur dia dah 9 bulan lebih until la semalam..mimpi apa tah tetibe ting datang keinginan untuk mempuree labu..hewhewhew..dan baru ku tau nak kopek kulit labu tu kemain susah wehh,makan masa sepetang jugak la *tipu*..itu baru beli separuh buah labu bukan sebijik dah berpeluh ketiak mengerjakan labu tu..jadi wahai anak-anak sila la hargai pengorbanan ibumu ini.. ;)

kalau selalu buat puree epal,kentang,brokoli,carrot,bayam what else ek tak ingat dah (T_T)..jadi kite mencuba labu pulak..cantek warna kuning dia bila dah jadi puree tu..

buang kulit dan basuh bersih-bersih

 rebus..

 blend..

simpan..

bekukan..atas penuh dengan stok susu,bawah dengan stok puree..sarat dah peti ni..

lepas tu saya buat bubur nasi+ikan tenggiri+puree labu ni..alhamdulillah berselera anak teruna kecik tu makan eh abang dia pon join makan sama..camtu la,takde la mak ni kecik hati..hahaha....

Wednesday, June 13, 2012

Kisah solid food ziyyad

saya ni anak dah masuk 9 bulan baru nak buat entry pasal makanan anak..kenapakah begitu wahai mama?malas kah?entah la..sebenarnya sebelum ni camera say adik yang pinjam jadi nak buat entry bergambar terbantut la sikit..nak pakai camera tipun cap hayam pulok..kang gegor gambo tak cantek korang jugak yang komplen..jadinye tak jadi..haha..

malam tadi masak bubur untuk hari ni..tengok mood mak jugak,kadang-kadang masak malam sebelum pastu masuk esbok kat bawah tau bukan bahagian freezer tuh..kalau mak rajin mak masak pagi sebelum g keje..tapi minggu ni mak asik bangun lambat je jadi untuk mengelakkan anak kebulur sebab mak tak sempat masak so mak masak sesiap malam sebelum tu.. ;)

 masukkan beras yang telah dikisar..ni sy buat sesiap..beras tu say basuh bersih,disangai dan dikisar..simpan dalam tipuware dan letak dalam peti ais untuk elakkan berkulat

 masukkan 2 kiub puree ayam..saya ikut resepi kat mana dah ritu..tumis bawang besar sikit dengan olive oil,masukkan ayam yang dipotong kecik2 supaya cepat masak,biar 3-4 minit pastu masukkan buah mangga..ayam jgn overcooked nanti dia jd tak sedap..biar sekejap pastu tutup api..tunggu sejuk sikit pastu baru blend..

 maafkan saya,maafkan saya..masak sambil main dgn anak camni la..terlupa nak masukkan puree carrot+brokoli ni..belum terlambat lagi..masukkan dulu..hehe..

 akhir sekali bubuh keju ni supaya kasi rasa ada lemak-lemak yummeh sikit..jgn taktau anak teruna tecik saya pandai memilih..kalu rasa tak sedap terus makan tak abess..mak la tukang abiskan..sobbss..

 dah siap bubuh la dalam bekas ikut isi perut anak masing-masing ye..bukan ikut perut mak..

ni la rupe dia..saya buat pejal sikit yakni kurangkan air sebab ziyyad dah 9 bulan takkan nak bagi bubur cair2 lagi..nanti anak cemik kat mak ni..haha..

si demuk kuat makan

jadi itu la makanan anakanda pada hari ni..esok taktau lagi nak buat resepi apa..asik bubur nasik je si kecit tu makan..agak-agak jemu jugak kan..haishh..

Tuesday, April 3, 2012

Kurma dan kismis untuk ziyyad

nak cite pasal solid food ziyyad pulak kali ni..since umo dia 6 bulan ritu saya bagi puree dan ada la dua tiga kali saya bagi bubur nasi..setakat ini saya telah buat puree epal,pear,kentang dan brokoli campur kan ebm sikit kacau pastu suap kat ziyyad..ada yang dia suka dan ada yang dia tak suka..heehee..

esok dia dah masuk 7bulan jadi saya memang fokus untuk bagi bubur nasi pulak..puree pulak sebagai perisa tambahan dalam bubur nasi dia..minggu lepas saya dah basuh beras bersih-bersih,sangai (goreng tanpa minyak),blend halus pastu simpan dalam bekas kedap udara supaya tak berkulat..

jadi pasni rutin harian pagi-pagi adalah masak bubur..amik satu atau dua sudu beras yang diblender campur air banyak sikit pastu masak la..dalam 10-15 minit dah siap..oh ya!puree tu malam sebelum tu dah dicungkil dari ice cube pastu letak dalam bekas kecik-kecik kat peti bawah untuk thaw kan dia..takde la keras kejung bila nak anta ke rumah babysitter..

jadi bila nak anta ke rumah angah saya just tuangkan bubur nasi ke dalam bekas kecik yang dah diisi dengan puree tu..kacau sikit pastu tutup bekas tu..then anta la ke rumah angah..dekat-dekat masa makan nanti angah akan panaskan la bubur+puree tu guna warmer dan boleh la suap kat ziyyad..

senang bukan?ke lain cara saya ni?takpe,lain orang lain cara dia kan?apa-apa pun setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka..dan tentulah datang dari hasil tangan mereka sendiri..tak gitu puan-puan?

 kurma

kismis

kurma dan kismis untuk dicuba untuk next resepi..harap-harap ziyyad akan menggemarinya..lagipun terlalu banyak kebaikan kurma dan kismis ni..makanan nabi kan..dan paling penting saya pun suka jugak makan kurma sebagai milk booster...jangan abis kat mak sudah ler..hehe.. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...