Followers

Showing posts with label Perfume. Show all posts
Showing posts with label Perfume. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Perfume ku



saya ni nak kata penggemar minyak wangi tu tak jugak,ada beberapa botol je pun..tapi once saya dah suka bau tu,itu la saya akan ulang2 beli..saya jenis suka bau yang sweet2 je..kalau bau yang keras tu takleh terima,nanti pening kepala den..

dari kiri cepat jalan..botol merah kurus tu adalah magnetism by escada,hugo XX,botol pepel adalah midnight fantasy by britney spears,yang munge tu lola by marc jacobs dan kat atas tu adalah ralph lauren romance..semua bau adalah best..kalau tak,takkan saya beli kan..

paling saya suka adalah lola tu..hubby pun suka jugak tau..asik la suruh pakai lola jer..lebih-lebih lagi kalau waktu malam..ehemm.. ;)

ni hubby punye..ch 212 sexy men dan hugo boss..saya luluskan dia pakai 2 jenis jer sebab bau ada sweet2 sket..perfume lelaki kan selalu bau dia menusuk hidung dan keras,saya tak berapa suka..

sekarang tengah aim lolita lempicka dengan pur by katy perry pulak..yang pur tu cantek botol dia bentuk kucing..meow meow terus jadi kucing manja gesel2 kat hubby untuk sediakan peruntukan bini nak shopping..haha..


dulu masa saya mengandungkan izzul,saya takleh bau minyak wangi..semua busuk!busuk!tapi bau badan hubby best pulak..klise bunyinye kan..haha..so aktiviti mewangi wangian ni dihentikan sampai la beranak..ingatkan lepas tu ok la..tapi hidung tetap takleh terima jugak..

pastu bila mengandung kan ziyyad ok pulak..boleh je bau apa pun..sampai la sekarang..kiranye dah sembuh la dari penyakit semua busuk tu..hehe..

Monday, November 1, 2010

#Minyak wangi terbaik 2010

SETELAH mendapat undian sebanyak 40 peratus daripada pelanggan setia, 20 peratus menerusi undian dalam talian dan 40 peratus pula daripada juri profesional, akhirnya pemenang Anugerah Haruman Terbaik dan Warna Sa Sa 2010 terjawab.

Anugerah kali ketiga itu mempertaruhkan sebanyak 12 pewangi yang sering menjadi pilihan utama orang ramai. Kempen yang bermula pada 27 Ogos lalu telah mendapat sambutan hangat apabila jumlah undian mencecah 38,436.

Menurut Pengurus Besar Sa Sa, Corina Loi, salah satu tujuan anugerah tersebut diadakan adalah bagi memberi maklumat kepada pengguna mengenai panduan pemilihan wangian terbaik.
"Dengan cara sebegini, pelanggan akan lebih dekat dengan kami dan tidak malu untuk bertanyakan pewangi yang sesuai dengan personaliti masing-masing.

"Pada masa yang sama, Sa Sa boleh memberi tunjuk ajar berhubung kesesuaian pemakaian pewangi berdasarkan majlis yang dikunjungi," katanya.
Antara kategori yang dipertandingkan dan berjaya menambat hati pengundi ialah Haruman Wanita Terbaik iaitu Gucci Flora dan Haruman Lelaki Terbaik, Boss Bottled Night.

Selain itu, Haruman Pasangan Terbaik jatuh kepada Dsquared He Wood dan She Wood; Haruman Tahunan 2010, DKNY Be Delicious Fresh Blossom dan Haruman Pilihan Dalam Talian Terbaik pula ialah Anna Sui Rock Me!.

Di samping itu, sebagai peruncit wangian lelaki dan wanita yang dikenali ramai, Sa Sa lebih berkeyakinan untuk menganjurkan anugerah sebegitu untuk mencari kelainan.
ANUGERAH Haruman Pasangan Terbaik dimiliki Dsquared He Wood dan She Wood.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...