Followers

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, July 26, 2016

Syawal 2016 kami

Dah masuk syawal ke berapa dah ni baru ada kerajinan nak update pasal raya..tahun ni adalah #teamrayabelahmertua, hari ahad baru gerak balik nogori sembilan sebab malam sebelum tu kitorang pergi shopping baju raya last minit kat downtown jalan reko kajang.. haa,penangan shopping last minit mengagau la carik baju melayu budak2 ni dengan bawak dorang lagi..haru biru weh! mujur la husben jenis yang cool,ikutkan dia la yang paling banyak shopping malam tu.. seluar jeans la, seluar slack la kurta la..kalau dah start mood shopping dia datang macam-macam dia nak beli..so sempat bersahur dan berbuka puasa selama 3 hari.. yang paling penting dapat makan masakan mak mertua yang maveless tu.

Bila balik kampung menantu kena rajin nolong apa yang patut ye..jangan buat2 duk tenung anak merangkak je keje kau haha.. mak mertua lak jenis rajin masak macam2 dia masak tambah lagi semua anak balik berkumpul memang meriah la rumah wan jo..

gambar masakan mak lupa lak nak amik yang terpenting setiap hari raya ada rendang ayam kampung campur maman.. ni memang masakan wajib setiap rumah kat sano kot sebab asal g beraya memang setiap rumah ada rendang ayam campur maman ni. sampai tercirit2 la izzul makan rendang maman banyak sangat!

dah kata shopping last minit maka macam2 hijau ada, hijau askar,hijau kepala itik,hijau cerah serta mak kau ijau di pagi raya..




ni gambar yang terbaek kot sebab yang yang semua kelaut dalam haha.. punye la susah nak amik gambar budak2 ni.. memang dorang sengaja nak buat mak ko ijau!
SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA


dengan mak mertua kesayangan.. ayah taknak bergambar..



 tak lengkap lagi ni sebab keluarga kaktih dgn abang beraya belah mertua tahun ni..

Friday, August 29, 2014

Hari raya yang suram,eksiden..



ni nak cite azni eksiden pada hari raya pertama haritu..pagi tu seronok2 bersalaman dan beraya..then tengah hari nak g beraya kat rumah nenek husband..on the way ke sana kami sekeluarga telah berlanggar dengan kereta lain..

silap kereta tersebut yang buat u-turn secara tiba2..husband tak sempat nak elak terus langgar kereta orang tu..anak sulung azni yang tengah tidur kat seat sebelah driver tercampak ke dashboard dan luka sikit kat mulut dia..anak kedua dan husband takde apa2..manakala azni pulak luka dan bengkak kat betis..memang teruk jugak la bengkak dan luka tu..

petang dlm pukul 2 lebih kitorang ke hospital tunku jaafar untuk x-ray kaki azni..yep,hari raya pertama kami di hospital..ramai jugak orang,ingatkan raya tak ramai orang..setelah sekian lama menunggu alhamdulillah keputusan x-ray tidak menunjukkan tanda retak atau patah..

ikutkan plan hari raya kedua kitorang nak balik kelantan tapi dah kena macam ni kami husband and wife pikir panjang jugak la nak balik ke tak..keta kami of cos dah masuk bengkel..husband berkeras nak balik jugak so azni ikutkan jela..

malam raya kedua tu kitorang balik kelantan sampai pagi raya ketiga kat kampung halaman azni..mula2 taknak cite kat mak ayah pasal eksiden tu tapi dorang tengok kaki azni bengkak so cite jugak la..

beraya kat kelantan seminggu then balik putrajaya..bila balik sini azni perasan pergelangan kaki dan buku lali pulak makin membengkak,bila jalan sakit..so husband bawak g hospital putrajaya..after x-ray by x-ray doctor inform ligamen terkoyak so kena buat backslab..

doktor simen bahagian bawah kaki macam dalam gambar ni then dia balut dengan bandage..backslab ni salah satu fungsi untuk mengurangkan pergerakan supaya ligamen tu cepat sembuh (agaknya la kot)..azni diberikan mc selama 22 hari untuk berehat..





ni masa kaki bengkak..before dan after..masa mengandung dulu pun tak pernah sebengkak ini..



tongkat ajaib peneman diri.. :)


tetap posing walaupun kaki sakit.


seriously memang susah nak bergerak bila kaki dah kena bungkus macam ni,semua pergerakan terbatas..sepatutnya kena pakai selama 3 minggu tapi ku tak betah,rimas..masuk minggu kedua azni bukak bandage tu..baru lega hehe..ni kalau gatal dan nak garu kena jolok pembaris dalam tu,mana nak sama feel dengan garu pakai tangan..

alhamdulillah lepas dah follow up dengan doktor minggu lepas semua dah ok tapi kena hati-hati pasni..

satu yang azni sedar selama ni masa azni sihat, azni macam tak sedar pun anugerah anggota tubuh badan fizikal yang sempurna yang Allah anugerahkan..bukan tak bersyukur tapi kita pandang ringan..selama ni duk pikir rezeki dari segi duit je sedangkan sempurna anggota badan adalah rezeki tak ternilai dari Allah..bila ada kudrat dari tubuh badan yang sihat baru boleh cari rezeki..betul la orang cakap "rezeki dari empat tulang kudrat"..betulkan azni kalau salah ye..bila dah kena macam tu baru rasa susahnya nak bergerak..macam mana la orang yang dilahirkan cacat tanpa anggota tubuh badan yang lengkap..tapi azni respek azam dan semangat mereka membuatkan mereka mampu bersaing dengan orang yang sempurna tubuh badan..anda memang hebat!

Thursday, August 22, 2013

1 Syawal kami



sebelum ni duk baca entry raya orang jer..ha,sekarang my turn la pulak..haha..sebelum raya macam-macam hal yang berlaku yang membuatkan mood raya jadi down..alkisahnya hari jumaat 2/8 tu hubby sepatutnya amik saya dan ziyyad pastu balik ke palong nismilan..

malangnya beliau ditimpa kemalangan kat kuala pilah..hubby terlanggar lori satu tan,mengikut kata hubby lori tu brek kecemasan..hubby tak sempat nak elak terus langgar belakang lori tu..abis kereta..saya tak sanggup nak letak gambar kat sini..biar lah..apa yang penting nyawa hubby dan izzul selamat..duit boleh dicari tapi nyawa orang2 tersayang ni tiada galang gantinya..sedih pulak bila taip ni..

kereta masuk bengkel so takde kereta nak balik kelantan..ada mulut2 berbunyi suruh beraya di nismilan jer tahun ni..saya takmo..biar la orang nak cakap saya isteri yang tak bertolak ansur pun,yang penting suami saya tau saya macam mana..mujur abang ipar sudi pinjamkan kereta dia..

alhamdulillah selamat kami perjalanan pergi balik kami..syukur padamu ya Allah..


gambar raya paling lawa yang ada..


dengan mok (nenek) belah ayah..


adik beradik dan anak buah..tidak lupa anak sendiri jugak..hehe..

raya pertama tu selepas solat hari raya,makan-makan dan bermula la sesi bermaaf-maafan di antara kita..hehe..bila tengok gambar raya baru perasan takde gambar mak dan ayah..huhu..

lepas tu menuju ke rumah nenek belah mak pulak sebab semua adik beradik mak berkumpul kat situ..memang meriah la macam kenduri pulak..malangnya gambar takde sebab sibuk duk kumpul duit raya anak..

izzul tu bukan tau pasal duit..orang bagi kang dibuang je..baik mak simpan siap2..tu pun dia tak bagi tau..





Friday, August 2, 2013

Rangkum semua sekali kat sini



assalamualaikum..lama tak update..last update 17 Julai pastu sunyi sepi..ni baru ada mood balik..huhu..mood nak update blog takde..mood raya,mood nak balik kampung lagi menguasai semuanya..poyos.. :)

persiapan raya almost 90 % dah setel..baju bajan anak dah beli sebelum puasa aritu kat sogo..soping awal2 sebab taknak kelam kabut..yang belum ada lagi selipar raya dan kopiah izzul ziyyad serta baju raya untuk apak dorang..t-shirt je pun..baju melayu semua pakai tahun lepas punye..

mak nye punye takde apa yang nak dibeli..eh,tudung belum beli lagi la..apa adahal mak ni pakai tudung bawal jer..kuih raya semua dah dapat dan setel bayar..fuhh,lega di situ..walaupun banyak gak berhabis duit untuk kuih raya tapi puas ati sebab beli yang memang feveret jer..ate,ada 3 rumah la katakan..umah mak,mak mertua serta rumah sendiri..

ni malam bila ntah,mood membaking tetibe on..buat jela biskut cornflakes ni sambil ditemani adik hensem..jenuh perambat asik datang kacau mak je..beli ceri konon2 nak wat hiasan atas biskut ni..asal letak jer adik hensem kutip masuk mulut..tensen mak..last bagi dia makan je semua ceri tu..pueh ati!

mula2 ok lagi,lama2 dia dah boring..mintak nenen asik tak dapat je,mak busy katekan..haha..tu buat2 tido atas kerusi..kesian anak mak..



pastu 2 malam lepas buat popia nestum ni..dapat la sebalang setengah..tunjuk kat opismate,terus nak order 3 bekas..hoh!malam tadi siapkan tempahan dorang..alhamdulillah siap dan sedap mengikut piawaian mak..haha..
ni angah suruh buat untuk dia sebekas..tunggu la oi,kite balik buat sama2 kat rumah mak nanti..sakit pinggang akak mu ni nak gulung popia sambil berperang dengan ziyyad..


adik hensem mulut merah macam pakai gincu..hehe..amik gambar dalam gelap..sampai tutup2 mata sebab silau..orang suruh tido taknak..suka dia main flash camera dlm gelap..

hari raya kelima ni genap la 2 tahun kalau ikut kalendar islam..cepat je masa berlalu..sekarang dah pandai cakap macam2..masih lagi menenen ni..


mood nak buat keje dah takde tu pasal la update blog..petang ni dah balik palong..ahad baru balik kelantan..doakan semoga perjalanan kami selamat ye..

kepada semua pembaca blog my wonderful family ni,saya azni hanafi dengan ini ingin memohon maaf sekiranya setiap tulisan saya mengguris hati serta terkasar bahasa dengan kamu semua..sesungguhnya saya insan yang tidah boleh lari dari kesilapan..yang buruk itu datang dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah swt..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI AZNI,ZULHELMI,IZZUL DAN ZIYYAD..





Tuesday, July 16, 2013

Saya dah raya!




lihat lah aksi dan gelagat ziyyad ni..seingat saya abang dia dulu umur 2 tahun lebih baru pandai kayuh beskal ni..tu abangnya..adiknya pulak setahun 9 bulan dah terer kayuh,siap konar baring lagi..tapi sayangnya kaki pendek takleh nak kayuh abis,kayuh separuh jer..haha..

lepas amik dia dari rumah angah ini la keje dia..ke hulu ke hilir dengan beskal pink dia..oh tajuk dah raya kan?ni haa,malam minggu aritu try pakaikan baju raya tahun lepas..eh muat lagi rupanye..maka secara rasmi inilah baju melayu untuk raya tahun ni..

sebab tau sangat dah,pakai sekali masa pagi raya tu jer..pastu tak pakai lagi dah..terlipat elok wat penuh almari jer..tunggu abang izzul balik nanti nak test baju dia pulak..kalau muat memang confirm jadi la recycle baju tahun lepas..memang betul-betul berjimat mak dia tahun ni..

tema raya tahun ni rasanya caca merba.. :)





Wednesday, September 12, 2012

Sambutan hari raya seksyen akaun part 2

i is malas nak update belog lately erm bukan belog jer tapi semua lah malas malas..sebab banyak keje di opis mahu pun di rumah taktau nak buat yang mana dulu maka mari lah bermalas-malasan dahulu..ceewahh!tapi tetap jugak kena buat kalau tak sape lagi nak buat kan..haishh,apa la aku melalut nih..

ok lah meh nak sambung pasal sambutan hari raya kat opis saya pada minggu lepas tu..tokey kelambu awal-awal lagi dah buat entry,sekali buat tiga entry teruss caya lah nurul..hahaha..

nak buat ikut part ke random ek?belasah jelah dalam satu entry kan senang..haha dasar pemalas camni la..acara ni memang dibuat setiap tahun ate raya kan tiap-tiap tahun ado..eh,korang tengok gambar jelah..macam kekok la i nak bercerita tanpa gambar..


 masa ni duk tunggu mc cakap boleh makan jer..masing-masing dah lapar kan..

  gerai tapai.. ;)




 gerai lagi



 ada 6 gerai kalau tak silap aritu tapi tak amik gambar semua gerai pun..

ecehh!

makanan of the day..yummeh!pastu esok semua pakat sakit perut..

 gambar unit saya tapi ada gak terselit staf unit lain..tokey kelambu takdek g toilet masa ni..rugi rugi..haha..
dan terima lah gambar tercantik di abad ini kahkahkahkah

*



*



*



*




*





*





*






*




*






*






*







*





*





*





*







*









amacam???ada gaya kanak-kanak riang tak?hahaha...

Monday, September 10, 2012

Sambutan hari raya seksyen akaun

petang ni kasik panasss dulu..esok esok baru update citer..amacam?sabo jelah...hhihi..

 model-model tengah beraksi..


mak-mak orang dan anak-anak dara,kelass gitu.. ;))

Wednesday, August 29, 2012

Raya 2012 kami...

assalamualaikum.......

wah semua dah up cite raya masing-masing kan,saya pon taknak ketinggalan jugak walaupon raya ke-11 baru nak update blog..hehe..semalam saya duk baca cite raya kawan-kawan jer,best je..

hari khamis sebelum raya tu saya amik half day sebab angah(bs) nak balik kampung awal,pukul 2 petang dorang dah gerak balik..balik tengah hari tu taktau nak start dari mana dulu..dengan rumah bersepah,baju untuk balik kampung pon lum packing lagi..hurmm..saya basuh baju dulu pastu jemur..maksu saya balik lambat jadi saya pesan kat dia untuk angkat baju-baju nanti..

siap jemur baju saya tido berjemaah dengan anak-anak..ewah ewah keje lum siap dah tido..masa tu dah pukul 4 lebih..hubby cakap tido la kul 6 karang dia kejut,agaknye dia kesian tengok saya penat kot..tapi kul 5 lebih saya dah bangun mandi dan solat asar..tengok umah kemas,lantai pun berkilat dikejekan hubby,dapur pun abis dilap..pendek kata bab kemas umah setel la..suka suka suka!tinggal saya packing baju dan balik kampung jer..

pastu kitorang berbuka kat rumah minum air dan makan kurma jer,solat maghrib pastu gerak balik palong..dalam perjalanan singgah jap di senawang untuk makan..kebanyakan kedai melayu(tukang masak orang siam) tutup..pusing-pusing gak la carik kedai makan,last nampak satu kedai ni..makan nasi goreng je pun..masakan sedap tapi service dia ya ammmpunnn lambat gile..setengah jam kami tunggu baru la makanan sampai..yelah,kite kan ada anak kecik susah nak handle..nasib la tak terbalik meja tu izzul kejekan..haha..

sampai palong dekat pukul 11,anak-anak pun dah tido..kami laki bini ape lagi makan la..kata hobi kan..hehe..hari jumaat tu macam biasa la tolong mil kat dapur dan jaga budak-budak..hari sabtu baru penat sikit sebab macam-macam mil masak..buat rendang ayam dan daging,lemang,nasi impit dan kuah kacang..

hari ahad tu raye la kitee..haha..tahun ni tak banyak pun amik gambar..ke memang setiap tahun tak banyak gambar..hehe..anak-anak pun tak bagi kerjasama masa nak bergambar tu..tensi mak ni..

 ni je gambar berempat yang ada..

 tengok ni..mood tarak baek la..

 umpan dengan epal baru ok sket..

 saya suka gambar ni.. ;)

masa ni nak bf kan ziyyad..tp cun la sebab semua pandang camera..

lepas sesi salam drama airmata dan bagi duit raya kitorang gerak ke kampung wan hubby di seremban..pastu berjalan raya ke rumah sedara hubby..jadi kami banyak bergambar dalam kete jelah..haha..


 my boys

 mak yang fenat sebab layan ragam anak..


 bila dengan papa ok lak..

izzul dan sepupu-sepupunya...

tu jelah gambar raya kami..ada lagi sikit tapi tak cun..yang cun nye berapa kerat jer..salahkan camera sebab camera cap ayam jer..papa,dslr satu!...raya kedua ketiga keberapa ke dah tak amik gambar dah..gambar exclusive untuk raya pertama saje..kahkahkah...

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ni..andai kata tulisan-tulisan saya pernah mensentapkan anda maka ampun dan maaf dipinta di hari lebaran ini..



Wednesday, August 15, 2012

Nak raya dah kitee...

assalamualaikum...rata-rata takde mood nak buat keje kan,semua duk ingat kat kampung jer termasuk la saya...hehe..

tahun ni beraya di kampung hubby di felda palong,nogori sembilan..raya haji nanti baru balik kelantan...raya kat mana-mana pun sama je rasanye (sebab tak dapat beraya kat kampung sendiri)..lagipun saya pernah rasa tiga tahun tak dapat cuti raya..so sematkan dalam hati asal dapat beraya sudah la,kat umah pil ke umah mak sendiri ke tak kisah la..

korang bila start cuti?saya cuti hari jumaat tapi insyaallah petang esok gerak balik ke palong..nak mintak half day esok sebab takde orang nak jaga anak-anak..sebab tengah hari esok angah dah gerak balik kelantan..hubby lak mungkin sampai ngam-ngam tengah hari esok..abis tu bila saya nak kemas umah yang macam kapal pecah tu?huwaaaa....

hubby lak cakap mak nak masak masak rendang dan lemang,best tu..terus rasa tak sabar nak balik..mesti banyak keje nak kena buat nanti..harap-harap izzul dan ziyyad behave la nanti so that mak nye ini boleh tolong yang mana patut..takdela kena cop malas ke hape nanti kan.. ;)

taktau la berapa lama kami akan berada kat sana,tengok pada hubby la..kalau dia nak anta kami balik putrajaya awal pun tak kisah,boleh g open house umah kawan-kawan kat sini pulak..

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua kawan-kawan yang membaca blog kecik saya ini..andai kata ada salah dan silap,harap dimaafkan..peace no war... ;)

Friday, August 10, 2012

Persiapan raya...

assalamualaikum dan selamat pagi semua....

sudah ramadhan ke 21 hari ni..rata-rata duk cite pasal raya kan,mood raya dah datang..macam persiapan raya korang semua?saya 90% dah setel semua..baju bajan anak-anak dan mak pak dah beli..tinggal lum amik yang tempah kat tailor je..kejap lagi saya akan call hubby suruh dia g tanya tailor camna baju raya kami..mana tau tailor ah so lupa nak jahit ke,beraya dgn kain batik la tahun ni..kahkah..

yang 10% lum setel adalah kasut izzul dan ziyyad..mak pak duk mikir nak beli ke tak kasut untuk anak..sebabnya izzul tu dia jenis payah bona kalau nak pakai selipar baru..selipar dia kalau tak putus atau hilang jangan harap la dia nak tukar pakai selipar lain..lain sikit peel dia ni,peel cermat macam bapak dia..bagusss nak..jimat duit mak kau..haha..kalau beli selipar baru,selipar angry bird lama dia tu kena sorok atau cakap dah hilang baru dia nak pakai selipar baru sebab takde pilihan kan..

untuk ziyyad lak ada kasut lama abang dia tapi tula asal pakaikan je dia cabut..terus mati napsu mak nak hensemkan anak sendiri.. ;) tak payah beli la untuk ziyyad,asik cabut je..tunggu besar sikit baru beli kasut..kate nak sederhana tahun ni khenn..

duit raya pun dah tukar,semalam dah dapat..kat opis saya every year ada wakil yang collect dan tukar duit raya..saya tukar duit singgit dan 5 hinggit jer..ok la dari takde kan..

kuih raya pon dah dapat semua,tinggal lg 5 balang minggu depan baru orang anta..pastu ingat nak buat popia simpul malam ni..berangan jela ko azni haha,anak-anak tu acaner?..eh,berangan kan free..takpe,saya nak cuba gak buat popia malam ni..lepas tidokan anak bermula la projek popia..insyaallah boleh...

Wednesday, July 18, 2012

Tailor ajaib

lepas balik opis hari jumaat minggu lepas terus bergegas balik umah dan bersiap untuk balik kampung hubby..sampai je rumah tengok anak-anak semua dah dimandikan oleh mr mama dan get ready nak gerak,mak je lum apa-apa lagi..huhu..

sampai umah PIL dah pukul 9 lebih..penat+ ngantuk+lapar semua bercampur aduk..mujur mak masak asam pedas woww terus tak pandang kiri kanan dah masa makan tu..haha..

esok petang tu terus g kedai jahit nak amik ukuran untuk buat baju kurung dan baju melayu..melayang-layang rm224 untuk baju raya kami sekeluarga..mak 2 pasang,apak dgn anak-anak sepasang sorang cukup lah..kami malas nak beli baju siap sebab takut susah nak carik tone kaler yang berkenan...fuyooo!!sedondon tahun ni..

nasib la ah so tailor tu boleh kautim..mula-mula dia caj rm 35 untuk sepasang baju melayu kanak-kanak tak kira la size izzul atau pun ziyyad..pastu hubby bodek-bodek dia amik rm28 sepasang,baju melayu dewasa rm68..baju mak kalau biasa rm34 tapi sebab letak manik kat tangan tambah la rm16 jadi la rm50 sepasang..baju mak saje dah seratus..fuhh,lega di situ biar pun bukan mak yang bayar..pasni boleh la beraya dengan tenang...

eh,nanti dulu ada lagi lum soping..baju bajan anak-anak lum beli lagi..yang tu mak dah plan..hari minggu nanti bila hubby balik sini kami akan terjah sogo..opps!yang pastinya anak-anak bakal ditinggalkan di rumah..pergi pun dengan moto je..senang nak cilok sana sini,boleh elak dari jem sesambil tu mengimbau kenangan semasa merempit dengan hubby masa baru-baru nikah dulu..ehemm ehemm..eh,bulan posa la takleh lebih-lebih..hahaha..

Monday, August 22, 2011

# Kuih raya feveret..

tahun ni aku tak gile sakan memborong biskut raya macam tahun lepas..haha..beli 4 jenis je dengan kawan-kawan kat opis..kerepek kari yang aku bajet nak makan masa raya dah tinggal separuh,dah jadi kerepek berbuka kekdahnya..hehe..

aku kan beraya kat kampung dan cuti bersalin maka yang aku beli tu sekadar nak topup kuih raya mak je..kalau beraya kat putrajaya sekurang-kurangnya kena la ada kuih raya untuk jamu kawan-kawan yang bertandang..lagipun hubby kurang makan kuih raya..dia lebih suka makan nasi atau makanan yang berat-berat..patut la tak kurus-kurus...

ni antara kuih raya feveret aku..gambar-gambar adalah ihsan dari pakcik google..

almond london

tat nenas

apa feveret kuih raya korang?ce cite ce cite.....

Thursday, August 18, 2011

# Raya oh Raya

malam tadi masa hubby call,borak-borak la dengan dia pasal persiapan raya dan persiapan baby baru..almost complete la..bla bla bla aku cite kat dia..ni antara dialog aku dengan hubby..

hubby : baju melayu pa ma beli tak?
aku : aik?aritu kata taknak baju raya,nak pakai baju melayu lama jer..
hubby : ala,nak jugak la..takkan ma dengan anak je ada baju baru..kalau boleh nak sedondon tau..
aku : a'ah,yelah yelah..tunggu pa balik sini nanti kite g carik baju melayu pa dengan izzul..
hubby : ok..


see,macam-macam la pulak laki den tu..takpe,kita ikutkan saja lagipun dia tukang bayar..haha..sebenarnya masa aku pregnantkan izzul dulu aku ada beli sepasang baju kurung konon-konon nak pakai hari raya tahun tu..sekali tak pakai pun..lagipun baju ni besar sikit,yelah beli time ngandung harus la amik size besar sikit..kang dari jauh dah nampak nangka berjalan..hehe..

balik karang nak try pakai ok ke tak..kalau muat maka secara rasmi itu la baju raya aku nanti..kaler adalah oren campur hitam..so to my hubby,baju melayu awak dengan izzul adalah kaler oren tahun ni..jgn marah yee...

Wednesday, August 17, 2011

# Cerita Raya

dari kecik sampai tahun 2005 - masih lagi beraya dengan keluarga tersayang di kampung(kelantan)..

tahun 2006-2008 - 3 tahun tak balik kampung time raya sebab keje..masa tu keje swasta (hotel) bahagian operational so memang susah nak cuti..lagipun bos agak tak berhati perut..nangis sorang2 kat opis sambil dengar lagu raya..

tahun 2009 - dapat keje gomen..pertama kali beraya sebagai isteri dan tengah pregnant masa ni..raya kat kelantan selepas 3 tahun tak dapat beraya kat kampung..baru-baru kahwin hubby ikutkan je kehendak i..ohh heaven!raya haji i kat kelantan,hubby kat palong..boleh?

tahun 2010 - beraya bersama anak dan hubby kat palong,negeri sembilan..sepatutnya raya kedua balik kelantan tapi tetibe kensel atas sebab-sebab tak dapat dielakkan..tiga hari sebelum start keje dah balik putrajaya dan kami ke open house kawan-kawan kat kl jer..raya haji di kelantan sempena kenduri akikah izzul dan danish..

tahun 2011 - bakal beraya di kelantan sepatutnya (insyaallah)..hurmm,tapi in case beranak awal taktau la camna..minggu ni dah 37 minggu,berharap sangat baby keluar lepas raya (ikut due 5/9) sebab mak dia nak beraya dan nak gathering dengan kawan-kawan zaman sekolah dulu..hehe..raya haji di palong,cuti bersalin dah apply untuk 3 bulan so dah cover sekali dengan raya haji..yeay!

ini la cerita raya aku..korang camna pulak?


Tuesday, April 26, 2011

# Persiapan raya

aku?time2 orang sibuk nak beraya tu aku sibuk buat persiapan bersalin..hhehe.yelah due 5/9,buatnya baby tak sabar nak keluar nampak gaya beraya dalam wad la aku.huhu..

sana sini aku tengok blogger2 mama ni duk cite persiapan raya dorang.dah shopping baju raya sekeluarga,tema apa,dan ada yang dah siap jahit pun baju raya dorang.bagus la!buat la persiapan awal2 nanti takde la kes baju raya tak siap sebab tailor dah tak terima tempahan.

persiapan raya kami sekeluarga tahun ni tak tau lagi camna.rasanya seminggu sebelum raya aku dah balik kampung memandangkan tahun ni beraya di kampung aku maka harus la excited terlebih.hehe..

bagi aku tahun ni takde baju raya pun takpe sebab rasa macam rugi je tempah baju masa mengandung ni,yang penting 2 orang kesayangan aku tu tetap kena ada baju raya..

takpun,aku beli la baju mengandung yang sedondon dengan baju raya kesayangan2 ku iteww.hehe..tahun lepas tema kaler biru tahun ni kelabu asap ok tak?kena tanya hubby dulu,sebab tone kulit dia *dlm erti kata lain gelap* susah sikit nak sesuaikan.. ;)

tengok mak buyung ni,bila dah kenyang perut menceceh je keje dia..peace!

Monday, September 20, 2010

#Salam Aidilfitri

Fuhhh,bersawang blog kesayanganku ni...akhir-akhir ni penyakit malas asyik melanda je...mama nak ucapakan selamat hari raye kpd semua umat islam..hehe..entry raye yang sungguh lambat untuk di postkan..raye ke sebelas baru buat entry raye..ape daa azni ni..gambar raye???tungguuu.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...