dah jumaat pun hari nie..
hari jumaat adalah hari yang dinanti-nantikan semua orang, tak payah cakap orang lain la aku sendiri paling suka kalau hari jumaat sebab esok dah cuti. dan hari jumaat jugak masa kerja lebih pendek berbanding hari biasa *ini semua orang pun tau la wei*
weekend ni kitorang tak pergi mana- mana pun,duduk rumah saje sebab minggu lepas papa izzul dah bawak gi jalan- jalan.pergi ke mana?ce cite ce cite..yang tu aku cite next entry okeh *tu pun kalau aku rajin nak buat,hehe*
minggu ni kami berdua je kat rumah sebab papa izzul dah balik negeri sembilan hari isnin aritu. aku ingat nak buat aktiviti kemas-kemas rumah since sejak pindah ada lagi barang yang still unpack.
tapi better biar duk dalam kotak je sebab tak pakai pun barang2 tu.kang keluarkan pastu ada la tukang sepah,aku jugak yang penat nak kemas balik.tang ni kita kensel ye!!
buat yang lain plak.okeh okeh,kemas rumah yang biasa-biasa jela.sapu,mop lantai,cuci bilik air,lap dapur,lap kabinet-kabinet.fuhh,banyak plak tu.takpe2,doakan semoga tuan besar aku tu tak meragam mama dia nak buat keje baik ni.bukan melepak tengok cd.hehe..
sejak pindah duk tingkat 5 ni siaran tv macam hampeh.kalau dulu boleh tengok dari tv1 sampai tv9,sekarang hanya tv1,tv3 dan tv7 je yang boleh tengok.memang boring gile la asyik2 tengok channel sama je.
tv1 aku memang tak tengok kang tetiba semangat patriotik merasuk aku,berpencak silat bagai depan tv tu izzul tengok pun naik heran.haha..so,duk ulang-ulang tv3 dan tv7 jela.oh ya!aku memang tak pasang astro sebab aku kedekut.caya tak?haha..
the main reason tak pasang astro sebab aku rasa takde orang yang beria tengok tv.duduk dua beranak je laki pun jarang balik.membazir je bayar kat astro,dah la sekarang ada cukai kan?
mana sempat nak layan tv sangat.balik keje,solat,amik izzul,bawak dia main kat taman sampai pukul 6.30 petang*kalau aku rajin la* pastu balik rumah aku tengok cite "begitukah cinta".
pastu mandi sekali dengan
itu la rutin harian aku..ce cite ce cite time mana aku boleh layan tv beria-ria?so tak payah la asteruk-asteruk bagai nih.*statement orang cheapskate memang camni kan?*
0 comments:
Post a Comment