Followers

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Bertemu neelofa dan sheila rusli



sape minat kedua2 artis ni?saya lagi minat sheila sebab dia pandai masak pastu nampak macam senang dan mudah je bila dia memasak haha..ni series tak ingat bila tapi berbulan dah duk dalam draft..lepas abis keje singgah kejap kat pasar presint 2 sebab nak beli makanan..sesuai ke guna perkataan singgah bila mana pasar tu depan opis jer? :) lantak kan jelah..

tengok orang ramai berkerumun,ingatkan ada apa rupa2nye adik lofa dan ahkak sheila kite tengah shooting rancangan ketuk-ketuk ramadhan uollss..apalagi,terus la saya rapatkan saf nak tengok retiss di depan mata..kecoh je kan..

bila tengok depan mata kecik je si neelofa ni dan ahkak sheila tinggi tau..masakan dorang hari tu adalah ketam masak telur masin kalau tak silap..






bulan puasa nanti ada la rancangan ni..harap2 jangan la termasuk muka mak dalam tv nanti..malu kitew tau..ihikss..

Monday, April 8, 2013

Kelemauan yang serius



monday bluess wekk melanda diri ini..ya rabbi,betapa susahnya nak bangun pagi tadi..rasa macam nak EL pun ada tapi sayang lak cuti burn gitu jer..kenapa?kenapa?

ziyyad dah dua tiga malam asik tido lambat..dia tak kenal dah pukul 10..pukul 12-1 pagi baru nak tido..cargas je duk main susun2 lori kat tv cabinet..dah la tido lambat pastu tido lak macam tak lena,asik menangis dan terkejut2..

eh,mengantuk sebab layan abp bh malam tadi pun ada gak ni..gigih tunggu sampai ke abis...pastu mengantuk tersengguk2 depan pc..mujur ada blog...fuh!nak tercekik tengok pakaian lady didie..

Monday, February 27, 2012

Tahniah YLS dan Ana Rafali & Ahmad Aznaim

wah..sana sini orang duk bercerita pasal perkahwinan Lisa & Yusry dan Ana Rafali & Ahmad Aznaim..saya je terlambat..hari ni baru nak post pasal dorang..huhu..dua-dua pasangan adalah so sweet..tahniah diucapkan dan semoga berkekalan ke liang lahad hendaknye..


32 Foto Hi-Res Di Majlis Resepsi Lisa Surihani & Yusry


36 Foto Hi-Res Di Majlis Pernikahan Ana Raffali & Ahmad Aznaim

gambar2 amik dari oh bulan...

Friday, April 15, 2011

# Sahara o sahara


sapa selalu tengok cite sahara yang ditayangkan kat tv3 pukul 10.30 malam tu?
aku kadang-kadang tengok kadang-kadang tak.sebab takut tengok muka nanu tu.
uolls perasan tak muka nanu tu nampak sangat kena cucuk kan?pipi dia bengkak dan sembab semacam jer kan..
takut plak aku tengok ai..
sekadar renungan bersama,tak payah la duk nak ubah kejadian tuhan.tuhan dah cakap tua dan mati tu adalah pasti,memang takleh nak elak..


Friday, March 11, 2011

# Artis merokok..



NI ENTRY COPY PASTE DARI E-MAIL YANG AKU DAPAT..JUST NAK SHARE DENGAN KORANG2 SEMUA..BETUL KE TAK AKU TAK PASTI...JGN PASNIH ADA ORG SAMAN AKU DAH LA.. :)



Di tempat pertama (1)ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap.

Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik.

 Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.


Di tempat kedua (2) ialah pelakon Impian Sunsilk iaitu Diana Amir. Menduduki tempat kedua kerana selain merupakan bekas penuntut USM, dia juga adalah salah seorang artis yang 'cun' di Malaysia ni. Baru-baru ini, ada pihak menulis di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa Diana ni sebenarnya adalah 'kaki seks', 'minum arak' dan 'perokok'. Cuba anda search di Google imej tentang diana. Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. 

Pelakon baru, Diana Amir juga tergolong dikalangan segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kurang menampakkan dirinya itu seorang yang sosial, tetapi, Diana Amir juga sebenarnya layan...(layan ape? hah! yang ini kite nak tahu)...rokok. Tambah memualkan dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan sopan, tetapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang diceburinya.


Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah.

Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...




Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.






Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.

Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di atas menggunakan Blackberry miliknya.




Di tempat keenam (6)
ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je


Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.


Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.

Friday, December 17, 2010

#Ishh..ishh..tak pakai tutt..

Pakaian Paltrow cetus perhatian

PAKAIAN Gwyneth Paltrow mencuri perhatian dalam majlis tayangan perdana filem Country Strong di sebuah pawagam Beverly Hills, California pada Selasa lalu.


BEVERLY HILLS - Pelakon yang popular menerusi filem Iron Man, Gwyneth Paltrow, 38, tampil berani dengan tidak memakai seluar dalam ketika menghadiri tayangan perdana filem terbarunya berjudul Country Strong, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada malam Selasa lalu, Paltrow kelihatan memakai skirt labuh lengan panjang berwarna putih.

Skirt yang dipakai oleh pelakon siri televisyen popular, Glee itu kelihatan sopan dengan menutup keseluruhan tubuhnya jika dilihat dari depan, tetapi ia terbelah pada bahagian tepi paha dan tubuh belakangnya.

Belahan itu jelas menunjukkan bahawa dia tidak memakai seluar dalam.

Pakaian tersebut adalah rekaan pereka terkenal, Emilio Pucci. - Agensi

Saturday, December 11, 2010

#Ohh,si seksi ni nak kahwin dah..

Peguam duda anak dua tambat hati Rabecca


Rabecca


KUALA LUMPUR – Setelah genap tiga tahun bercinta, Rabecca Nur Al-Islam, 24, akhirnya mengumumkan calon pilihan hatinya kepada umum iaitu seorang peguam, Nor Azam Datuk Sulaiman.

Menurut Rabecca, dia bakal mengakhiri zaman bujangnya dan melangsungkan perkahwinan dengan Nor Azam, 42, pada 14 Januari 2011.

“Setelah tiga tahun menjalinkan hubungan, kini saya sudah bersedia untuk memiliki keluarga sendiri dan menjadi seorang isteri,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan jejaka pilihan serta tarikh perkahwinannya di butik Harrods, KLCC semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...