Followers

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Hari bersama KSA



semalam berlangsung nya sesi perjumpaan dengan ksa dan hari suka ria unit akaun di opis saya..ksa itu adalah singkatan untuk ketua seksyen akaun..beliau akan bersara hujung tahun ni kalau tak silap..semalam bising sangat,tak berapa dengar masa beliau bagi ucapan tu..

pelbagai pertandingan diadakan antaranya dart,sudoku,puzzle,word search,straw wars dan cabutan bertuah..memang meriah la suasana semalam..

dan yang bestnya unit saya jadi juara pertandingan word search..setiap kumpulan ada 4 orang peserta..saya salah seorang daripadanya..sebab tu kecoh tulih dalam blog ni..kalau kalah haram nak buat entry bagai..haha..masa diberikan hanya 10 minit so carik la perkataan tersembunyi sampai berpinar bijik mata ye..




ni kumpulan saya..owh,gemuk pendek nye aku!



Thursday, July 26, 2012

Cerita campur-campur

hari ni semua penjawat awam senyum manjang je kan sebab pm dah umumkan pasal bonus..saya pun baru tau bila tengok buletin pagi tadi..semalam tido awal taktau apa pun..alhamdulillah,boleh la topup mana-mana yang kurang untuk persiapan raya nanti..

hari ni saya pepagi lagi dah ngantuk sebab dua beradik tu berjaga malam tadi..sabar jela..pukul 9 lebih tu kitorang semua dah tido tapi pukul 2 lebih dua beradik tu bangun bermain..abang dengan nak tengok cd dia adik lak sibuk sepahkan barang...

saya duk la tunggu kul berapa depa berdua nak tido ni..saya nak tido tak sedap hati sebab takut jadi apa-apa kan,lagipun ziyyad tu jenis mengutip..kang jumpa segala benda mula la dia nak sumbat dalam mulut..saya dah bagi nenen dan cuba tidokan tapi sampai sudah ziyyad tak tido..tunggu dan pantau dorang jelah yang mampu mak buat..asal dorang tak nanges sudah..hehe...

akhirnyeee..lepas sahur kul 6 pagi tadi baru dorang tido...mak dah ala-ala mata panda ni,bayangkan bersengkang mata dari kul 2 hingga 6 pagi..huwaaa...

pagi ni anta umah angah pun dorang still tido lagi,saya dukung je sorang-sorang..dua trip anta adik beradik tu setiap pagi adalah wajib..agaknye sampai tengah hari dorang tido tu kot..tapi cukup la malam tadi je dorang jadi camtu..mintak-mintak malam ni dorang tido lena sampai pagi..kalau tak naya mak nanti..boleh kurus kering camni gayanye...

bukan gambar malam td..
hero-hero pujaan ku...

Thursday, July 19, 2012

Acik monang!!

minggu lepas mak kan kursus eh tak abis-abis lagi cite pasal kursus khenn..hahha..tajuk kursus mak g tu adalah perhubungan awam dan komunikasi..banyak ilmu yang mak dapat sepanjang berkursus tau lebih-lebih lagi berkenaan komunikasi berkesan tu..

komunikasi dengan anak camna,dengan bapak anak camna semua ada cara dia dan nak kena tau..alhamdulillah setelah mak join kursus tu mak rasa pr dan komunikasi mak jauh lagi bagus..lebih-lebih komunikasi dengan suami kan.. :) alhamdulillah...

tapi kan mak nak cite masa kursus tu ada sesi pengucapan awam..kumpulan mak dorang hantar mak sebagai wakil hampeh sungguh..terpaksa rela mak berucap..akhirnya berkat kontrol cantik mak menang sesi pengucapan awam tu..macam tak percaya u know..terharu sobbss..tajuk mak berucap aritu adalah kepentingan susu ibu je pun..ternyata mendapat sambutan dan tepukan gemuruh..haha..

lepas tu semua rakan tak kira tua atau muda duk sibuk panggil mak ibu ibu..haiyohh!


hadiah yang mak dapat..tak bukak tau..balik rumah cecepat hubby tolong bukakan sweet gitu..kepada suamiku,terima kasih kerana sudi jaga anak-anak semasa isterimu kursus..baru mak tau mak ada bakat terpendam iaitu berucap..patut la selama ni bila mak bercakap dengan hubby dan anak-anak dorang terlopong sokmo tengok mak..berkesan agaknya leteran mak tu..kahkahkah..

Friday, April 6, 2012

Majlis Tahlil

tengah hari tadi berlangsung nya majlis tahlil arwah kat unit saya..unit saya ni memang camtu,selalu buat makan-makan kalau hari jumaat..ermm,malas pulak nak taip..tengok gambo jelah ye..




 serbu ramai-ramai

 ikan berlada,ayam masak lemak cili api,tempoyak,sayur goreng dan ikan kering

 ramai pulak yang nak buat tanduk..huhu..terus jadi tak cantik gambo..dengan nurul hezrina..

 dah nak abis makan

 pencuci mulut

ni nasik nurul..

Wednesday, January 25, 2012

WW - busy

salam hari rabu semua.......


 yang perlu disemak..fuyohhh!


si jepun penawar hati...senyum tak perlu kata apa-apa.. :)


Wednesday, December 14, 2011

# Kursus di hujung tahun..

arini dan esok saya kena pergi kursus sebab belum cukup lagi 7 hari..tajuk kursus adalah pengurusan stress..hope saya tak stress sebab jadual pumping dah lari untuk hari ni dan esok..kang curik2 lari g pam kejap..

tu je..bye...

Monday, June 27, 2011

# Kursus la pulak..

adehh!bila sebut pasal kursus ni malas pulak nak pergi besok..padahal kat opis ni je pun..tapi memikirkan aku baru je ada sehari kursus nak cukup kan 6hari lagi tu yang tak tau bila better la rebut peluang nih..lagipun nanti dah nak bersalin cuti pulak 3 bulan takut tak sempat nak cukupkan 7 hari berkursus..

sape-sape yang keje gomen dorang tau la pasal kursus 7 hari setahun ni..kursus yang aku akan hadiri ni selama 3 hari iaitu dari 28/6-30/6,semuanya berkaitan dengan akaun..huhu,mesti mengantuk punye lah..yang ni aku boleh jamin..haha..

so blog ni akan terabai selama 3 hari nanti..kalau sempat time break tu aku curik-curik la melawat rumah korang-korang semua.. ;)

kepada penjawat-penjawat awam,anda semua sudah cukup kah 7 hari berkursus? ;)

Tuesday, November 30, 2010

#Majlis perpisahan bos


bos ai telah meletak jawatan dari kerja kerajaan kerana mendapat offer yg lg bagus dari swasta..ai doakan semoga cik fara sentiasa sukses di tempat kerja baru nanti..good luck..

so,semalam adalah majlis perpisahan yang unit kitorang buat utk dia..majlis tu dibuat kat restoran d'village kat kajang pada tgh hari semalam..menunya adalah siakap tiga rasa,tomyam campur,udang goreng tepung,kailan ikan masin,telur dadar dan buahan2 sebagai pencuci mulut..

tuan punya bdn tgh berucap barang sepatah dua..:)
menu utama sebelum diserang garuda..
udang goreng tepung
semua tak sabar nak mkn
control ayu lg ms ni..pas mkn xde dah control2 ni..
sedikit sumbangan dr kami semua.
alamak!tak pandang camera la plak..aisehh,rugi!rugi nih!

cube cari mana ai?

Friday, October 8, 2010

#Majlis hari raya di MOF

Semalam Kementerian Kewangan (MOF) telah mengadakan jamuan hari raya yang turut dihadiri oleh PM dan VIP-VIP.. Akhirnya dapat gak mama salam ngan PM setelah bersesak- sesak semalam. Walau pon tak dapat bergambar ngan dia tp mama dah puas hati. Antara makanan yang dihidangkan semalam adalah lemang, nasi impit, kuah kacang, lamb chop, ayam dara berempah,laksa,cendol,tapai aiskarim( yang ni paling best mama rasa, sebab tak pernah makan lagi sebelum ni) dan banyak lagi la(sebenar nya dah lupa :P).. Sesi isi perut sampai penuh la semalam. Gambar gambar makanan lupa nak snap tapi kalo gambar kami menggediks tu memang banyak la. Hehe. So enjoy jer gambar-gambar jamuan semalam..
dimulakan dgn gambar nie.. :))

opismate mama..dayah,ifa dan nani

eh eh,asma pon ada gak


si asma "mek peace" :P

kerusi semua full. tak paham la orang2 ni,kerusi dorang buat tempat letak makanan bukan untuk duduk..ape daa!!

bersila kat lantai jer..sejuk vontot2. :) si yan tibe2 datang dari mane tah mintak cendol mama..

dayah,cc che tum,puan nurul,ifa dan asma

leng lui unit TB..cantik2 maa..:))

complete la..nasib baik mama dapat tangkap mintak tolong orang untuk amik gambar..

Thursday, September 30, 2010

#Tukar duit raya

Ni pun entry lapuk gak ni..lantak la orang nak baca ke tak sebab ini blog mama, sukati mama la nak tulis ape pun. Sebelum raya aritu kitorang g CIMB kat bawah ni untuk tukar duit raya.. Sebenarnya kitorang buat senarai untuk satu opis sape2 yang nak tukar duit raya tu. Nak cite banyak pon tak guna jugak, layan jela semua gambar2 ni..


kitorang tukar aritu almost 6K jgk la..

CC Mai, Kak Ila dan Farhana tengah kira duit sebelum dimasukkan ke dalam envelope 

masyukk!masyukk!makcik kayoo!!

Friday, September 3, 2010

#Kerja

Alhamdulillah...hari nie aku dah start kerja balik setelah mc 3hari gara2 demam+batuk+selsema...masih lagi pening2 tapi kugagahkan jua(cey,ayat xtahan tu)...masa gi jumpa doktor aritu doktor tanya kot2 aku demam sebab mengandung..hehe..tekaan anda tak tepat tuan doktor...jap lagi balik tengok izzul..dia pun masih lagi batuk2 walaupun tak seteruk minggu lepas..makin kurus anak kesayanganku tu,yelah mase demam aritu 4/5hari jugak la dia tak nak makan,susu pun tak nak minum sangat..camne la tak susut badan tu..ape2 pun aku b'syukur sebab izzul dah ok sekarang nie,dah ada selera makan...jangan lepas ni papa izzul yang demam plak dah la..haru biru mama kalau papa demam..sape nak drive balik kampung nanti? :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...