Followers

Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

#Lebih suka jadi silent reader je..

tak tau la nape akhir2 ni aku malas nak update blog pastu kalau blogwalking aku tak tinggalkan jejak pun..lebih suke jadi silent reader sajer..hope korang paham kadang2 ade masa naik turun dalam berblogging ni..;) err,actually rajin dan malas sebenarnye..

tu je nak bagitau korang..

Wednesday, January 19, 2011

#Cuti dah lulus...

yeay!boss dah luluskan cuti maka boleh la aku balik kampung dgn hati yang tenang...sekarang mood utk berblogging kureng sikit (ke banyak?)..idea pun tarak plus2 lg sebab xleh tepek gambar yg best2..

well...malam ni kami(aku n izzul) akan berjimba2 di alamanda..sebab opis buat pertandingan boling antara unit2..aku tak masuk pun just jadi pom pom girl je*ade hati tuh*..so my opismate akan amik kitorang pukul 8 malam ni tak tau la game abis pukul berapa..

nama team unit aku adalah hantu kak limah main boling(???)..series aku pun terkejut dgr nama yang dorang pilih tu..btw,aku menulis bermain bukan kerna nama aa aa (papa rock)...:))

setiap unit kena hantar 4 org peserta,yang heran nye semua budak2 lelaki yang main utk unit aku tapi apsal nama kak limah pulak?letak la hantu abg leman ke,hantu wak karno ke..relevan la sikit..ehh,aku menulis bermain bukan kerna nama aa aa...

so we gonna rock tonite!!aisehh,melebih2 plak aku ni..mcm la aku ni pemain..huhu..

Thursday, November 25, 2010

#Nak tanya ni..

ai ade buat satu lg blog khas utk contset dan giveaway..mslhnye kalo kite nak follow org utk blog baru camne ek sbb kt dashboard ada satu je list utk blog yg kite follow?

ke kalu kite follow satu blog ni,dia akan masuk ke dlm list kedua2 blog kite?agak2 korang phm tak dgn soalan ai ni??

Monday, November 22, 2010

#I'm Back!!

Fuhhh...tiup sawang2 ni dulu,byk nau sawang nye..Huhu..Selepas hampir seminggu tak hapdet blog so entry ni ibarat pembuka bicara la..

Cerita raya tak de ape2 yang menarik pon memandangkan blogger cabuk ni tertinggal camera masa nak balik kampung aritu..Aisehh,camne la nak celen blog2 otai ni.*perasan la pulok*..

Cerita raya mungkin entry lain kot tu pun kalau ai rajin la nak taip..Huhu,sengal..Sebenar nya mood kerja ke laut lagi ni,masih lagi teringat2 kat daging dlm peti ais..Motip??Membebel tah pape la ko ni azni..Takpe.korang tetap suka baca kan.Perasan lagik!

Kan dah cakap ini sebagai mukadimah mana boleh tulis panjang2..Rilek..Rilek..

Jap,nak pikir idea ape nak tulis untuk entry kedua..Korang g sambung buat keje dulu,mesti byk keje bila cuti banyak hari kan...Ekeke..

Monday, November 15, 2010

#Sila baca sampai abis ye...

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkap tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Elehh
engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dibuat sup kaki ayam.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

"MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI."

Saturday, November 13, 2010

#Emo 2

Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, dengan ukuran kemarahan yang sesuai, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara yang benar itulah yang susah...

Thursday, November 11, 2010

#Tak tau nak buat ape

Mama ada terima voucher dari Seng Heng sebanyak Rm100 tapi tak tau nak buat ape ngan voucher tu..Kalau nak beli barang kena rm500 ke atas baru boleh pakai voucher tu,expired kalau tak silap 31 Dec 2010..
Awal tahun aritu daftar ahli pasal kena bodek ngn promoter beli barang kat situ.
Masa tu baru pindah so beli la barang2 elektronik sikit.
Buat masa terdekat ni rasa nye takde dah barang nak dibeli.

Hurmm..Any idea anyone?

eh,bukan yang ni...

ni ha voucher tu..

#Gila la dia ni..

London - Seorang ibu menjadi obses untuk kelihatan serupa dengan anak gadisnya.Padahal perbezaan usia mereka berdua 22 tahun!.Untuk mencapai cita-citanya itu,wanita Inggris tersebut rela menghabiskan ribuan poundsterling untuk menjalani pembedahan plastik.usahanya itu tidak sia-sia.sekarang Janet Cunliffe bagaikan saudara kembar putrinya,Jane Cunliffe.

Janet yang dulunya berambut merah kini telah berambut perang sama dengan Jane. Janet yang bertubuh gemuk kini menjadi kurus setelah pembedahan. Padahal usianya sudah mencapai 50 tahun. Sedangkan anak gadisnya,Jane berumur 28 tahun.Janet yang seorang ibu tunggal itu merasa gembira dengan penampilan baru dirinya."Sekarang saya bukannya seperti ibu dan anak,tetapi kami lebih kelihatan seperti kembar,"kata Janet.

"Pertama kali kami pergi ke bar, kami menjadi perhatian"beritahu Janet."lelaki terus menerus melihat kami berdua dan orang-orang bertanya adakah kami adik beradik," cerita Janet.Jane sendiri bangga dengan penampilan baru ibunya.Menurutnya,kini mereka  menjadi semakin akrab."Dia jauh lebih baik daripada Madonna ketika di usia 50 tahun," puji Jane.Janet memberitahu telah menghabiskan 10 Ribu poundsterling untuk pembedahan tersebut,termasuk pembesaran payudara dan pembedahan pada mata dan hidungnya.
Sumber:DailyMail

Tuesday, November 9, 2010

#Kampung oh kampung

Tak sabar nye nak balik kampung..Mama dah lama tak balik kampung tau,last balik bulan puasa aritu.Raya pon tak balik sebab beraya kat kampung hubby.

.Raya aji baru balik sebab nak akikah si idul ni..Ohh,cepat la minggu depan tak sabar nak menatap wajah2 kesayangan hamba di kampung tu..

Buat pengetahuan uolls,kampung mama di kelantan tapi kahwin ngn org negori sembilan.So,masa final piala malaysia aritu kitorang duk sokong negeri masing2..

Sekali kelantan monang,melompat2 den suko..Tu jela nak cite,bukan ade pape pon..Bikin korang suspen je kan?Dah dah,pergi buat keje masing2..Asyik ngadap blog jer..Ekekeke...

Wednesday, November 3, 2010

#Banyak idea

Time banyak idea time tu la M besarr punye datang...Ape patut ku buat?Pastu bile tengok blogger2 lain duk tayang cek nuffnang tu rasa macam ohh best nye kalu aku yang dapat cek camtu..

Memang dasar pemalas la ko ni azni..Huhuhu....

Sekian entry pendek dr sy...

Wednesday, October 27, 2010

#Seni pensel

Malas nak cakap banyak..Layan je la....Zaasss!!

Thursday, October 7, 2010

#Cuba tengok betul- betul.. Jangan pening sudah la..

isuhangat

#Tanda- tanda anda kemaruk internet

Artikel ni mama dapat dari sorang kawan mama. Bila baca rasa macam kelakar pun ada.. Nanti korang baca la sendiri yer..


1. Anda menulis alamat rumah anda semasa mengisi apa-apa borang dengan alamat email atau url blog anda.
2. Loceng di rumah anda bertulis
“Click here to continue”
3. Pintu bilik mandi anda bertulis
“WARNING: This website contains explicit adult material, please verify your age”
4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen.
5. Ketika bertemu dengan rakan lama anda akan berkata: lu g mana? gua
“ping” pesal ‘no reply’?
6. Anda menggunakan Google untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
7.
“Unable to locate your server!” kata Anda ketika menerima telefon yang tersalah dail.
8. Anak-anak Anda diberi nama
Abob.gov supaya dia jadi pegawai kerajaan atau Abob.edu supaya dia jadi mahasiswa nanti.
9. Anda susah menggerakkan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
10. Ketika kereta anda terlepas simpang , yang pertama anda cari adalah tombol
UNDO.
11. Anda memperkenalkan diri sebagai:
youremail@… atau .domain.com
12. Anda keluar dari komuter dengan berkata
“request time out!!!”
13. Ketika hidup anda mengalami stress, anda akan terfikir mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol
Ctrl-Alt-Del.
14. Ketika anda sedang bersama dengan isteri, pintu bilik anda ada tulisan
“you don’t have permission to access it”.
15. Ketika cinta anda ditolak awek anda selalu berkata
“This program is not responding” sambil geleng2 kepala.
16. Jika ada orang lain yang mendekati awek anda, anda berkata kepada mamat tersebut
“Sorry This Page Has Been Owned By ….”

Wednesday, September 29, 2010

#Internet oh Internet

Baru jer ade semangat nak update blog tapi...ade tapi pulak,line internet lembap sangat2..nak letak gambar raya pun dah tak ade mood..haishh...

Thursday, September 23, 2010

#Happy shopping

hello mummies...
kenapa saya tulis macam tu? sebab hari ini semua kakitangan kerajaan dapat gaji...selamat membeli belah kepada semua ibu2...saya pun nak g terjah alamanda kejap lagi ni..

till then...bye...

Friday, August 27, 2010

#Pulang

Ya Allah,permudahkan lah perjalananku malam ini....tak ada mood nak berblogging sebab mood dah sampai ke kampung.....

Monday, August 23, 2010

#Selamat hari isnin...

mesti sume org mcm lemau nk keje arini,biase la monday blues la katekn...anyway,happy working to all...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...