Followers

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

Wedding anniversary di Langkawi



Edisi campak belakang sebenarnye ni,saya pun dah ingat2 lupa mana tempat yang kami pergi haritu.. ni rancangan husben dgn kawan2 dia,sy ikutkan ajer hehe..last minit punye plan sokmo..lg 2/3 minggu nak g bercuti baru nak plan adoi la..

Kitorang konvoi 2 buah kereta je dari kl ke jeti kuala perlis..bertolak dalam pukul 11 malam sampai kat jeti kuala perlis dalam pukul 6 pagi.. masa tu pun dah ramai orang tengah tunggu kaunter tiket feri dibukak..park kereta kat sana dan naik feri ke pulau langkawi..ni tak payah bagitau semua orang pun tau kan hehe..bayaran parking kereta saya tak ingat walaupun husben ada bagitau.

Kebetulan plak masa pergi tu ngam2 tarikh anniversary perkahwinan yang ke 7 pada 20/2/2016 haritu jadi anggap la ni hadiah anniversary gitu..

banyak benda dah lupa tapi nak abadikan kat sini sebagai kenangan nanti boleh baca balik..




emak2 dan anak2.. masa ni geng2 ayah tengah beratur beli tiket nak naik cable car..





dah sampai ke puncak so geng ayah2 lak posing..



ni tengah cuak jugak sebenarnya sebab dalam kepala duk pikir 1001 kebarangkalian..tinggi oi!hepi anak2 boleh merasa naik cable car..



kasi can la mok ayoh nak romantik sket hehe..


ni selepas turun dari cable car.. selekeh je anak2 dengan selipar jepun pon boleh sampai ke langkawi.. :)


ni tak ingat dah pantai mana tp bersih je pantai dia..first time umar mandi air masin suka dia duk telan air sebab masin kan..



mujur la apak dorang rajin melayan..mak duk sibuk amik gambar je..

Thursday, December 3, 2015

Ibu beranak tigo



Pheww,setelah berbulan-bulan saya berhibernasi kato kau sekarang baru ada semangat sket nak update blog.. malasnye ya ampunn..

Ok, untuk pengetahuan semua saya telah selamat melahirkan anak ketiga pada 2/7 haritu..jenuh mak nak ganti puasa sebab beranak pada pertengahan bulan puasa, demimu anak.. anak ketiga ni pun boboy jugak, mengikut kata husband genap la 3 abdul haha..ok tak lawak ye..


Muhammad Umar Haseef nama diberi
2/7/2015
3.1 kg
via normal delivery



gambar 2 jam selepas dilahirkan..



Entry kelahiran Umar Haseef akan diblogkan kendian, sebabnya mak dah lupa huhu..urat dah banyak putuih..


Ini adalah aksi abang2 bila mengerjakan adik.. adik tak larat nak tepis dah.. precious moment bagi setiap ibu-ibu..



Wednesday, April 15, 2015

Hari sukan tabika kemas abang



last week husben datang amik saya dan ziyyad untuk balik ke palong..untuk yang taktau lagi saya adalah pjj dengan husben selama 6 tahun lebih..alhamdulillah walaupun pjj selama itu, hubungan kami seperti pasangan suami isteri yang lain jugak..anak pun dah nak masuk 3 orang walaupun pjj :p
setiap 2 minggu husben akan balik ke putrajaya utk berjumpa dengan saya dan ziyyad..manakala abang izzul memang tinggal dengan husben dan bersekolah di palong..tipu kalau cakap saya tak sedih duk berjauhan dengan suami dan anak tapi saya yakin setiap aturan Allah pasti ada hikmahNya..kunci nya adalah sabar..tu yang penting..

ok,nak cite pasal hari sukan tabika abang izzul tadi melalut sampai ke pjj dah..sayu hati bila abang izzul cakap "mama datang tau tengok abang main bola,pastu abang menari" "nanti datang tau", berkali2 pesan dia dalam phone..ibu mana yang sanggup kecewakan anak,betul x? paling sedih bila saya usik dia cakap mama takleh datang takleh tengok abang main bola, dia akan cakap "mak orang lain boleh je datang tengok anak dia", meleleh air mata ko dengar anak cakap macam tu.....

di palong husben tinggal kat rumah family dengan mak ayah dia..mak (mil) dan husben yang uruskan abang izzul..alhamdulillah,dia anak yang baik dan jarang susahkan nenek dan papa dia..pagi2 bangun sendiri g mandi pakai baju dan papa anta g sekolah..petang pulak g ngaji..kerja sekolah semua nya papa yang ajar..banyak peningkatan atau boleh jugak dikatakan momen2 yang saya terlepas,yang hanya husben sahaja dapat melihatnya.. :(

seawal pukul 8 pagi kami dah berkumpul di padang untuk acara perarakan dari kontinjen2 comel ni..




gambar masa abang izzul main bola tak amik pulak sebab masa tu ziyyad meragam jadi saya balik rumah kejap..pasukan abang izzul dapat no 2 untuk futsal tu..tak sia2 abang berlatih sampai gelap kulit dia..




ni gambar sebelum dia naik pentas dan menari..tergelak2 kami tengok dia menari..cepatnye kamu membesar wahai anak padahal baru je macam semalam mama sakit nak bersalin kan kamu..




tengah praktis dan hafal lagu agaknya tu



lepas menari, main dengan adik lak..tahun depan dah darjah satu,takleh main2 lagi dah abang,kena fokus utk belajar lak..




Friday, December 19, 2014

Mengandung kali ketiga?



Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mengandung buat kali ketiga.. hari-hari yang berlalu terasa lambat kerana tak sabar nak menatap wajah kesayangan di dalam perut ni..wah gitu,padahal baru 3 bulan usia kandungan..excited macam kan mengandung anak pertama je hehe..termasuk la suami dan abang2 pun tak sabar nak jumpa adik baby..

2 minggu lepas pergi kk presint 3 untuk buka buku pink..hb ok,tekanan darah ok,so far so good..tapi yang kelakar bila doktor tanya berkali2 latar belakang keluarga,macam tak percaya mak ayah saya tidak ada apa2 penyakit macam kencing manis atau darah tinggi ke..alhamdulillah dorang masih sihat walafiat masih kuat bekerja..kalau dorang ada apa2 penyakit buat apa saya nak tipu..yang mengandung adalah saya, dan kalau ada apa2 effect kat saya jugak..




berat turun sikit sebab awal-awal mengandung haritu takde selera makan, sampai sekarang pun takde selera makan lagi..saya takde alahan muntah ke takleh bau makanan ke apa..cuma takde selera makan..letak la makanan apa pun kat depan mata ku pandang sepi je..boleh makan buah je..kalau makan nasi dua tiga suap dah taknak dah.

awal-awal je macam tu, tunggu la masuk bulan keempat nanti tolak batu dengan kayu je kikihkih..



due adik baby pada bulan puasa,bertabah la azni oi telan ai liur jela tgk makanan pada hari raya nanti..demi dapatkan berat 45 kg mcm anak dara dulu ku sanggup berpantang betul2 kalini..

besar harapan nak menimang baby girl kali ni tapi kalau Allah bagi boboy lagi ku terima je..gegirl ke boboy ke,semuanya rezeki dari Allah..asalkan baby tu sihat dan sempurna tu saya doakan setiap hari..




Friday, August 29, 2014

Hari raya yang suram,eksiden..



ni nak cite azni eksiden pada hari raya pertama haritu..pagi tu seronok2 bersalaman dan beraya..then tengah hari nak g beraya kat rumah nenek husband..on the way ke sana kami sekeluarga telah berlanggar dengan kereta lain..

silap kereta tersebut yang buat u-turn secara tiba2..husband tak sempat nak elak terus langgar kereta orang tu..anak sulung azni yang tengah tidur kat seat sebelah driver tercampak ke dashboard dan luka sikit kat mulut dia..anak kedua dan husband takde apa2..manakala azni pulak luka dan bengkak kat betis..memang teruk jugak la bengkak dan luka tu..

petang dlm pukul 2 lebih kitorang ke hospital tunku jaafar untuk x-ray kaki azni..yep,hari raya pertama kami di hospital..ramai jugak orang,ingatkan raya tak ramai orang..setelah sekian lama menunggu alhamdulillah keputusan x-ray tidak menunjukkan tanda retak atau patah..

ikutkan plan hari raya kedua kitorang nak balik kelantan tapi dah kena macam ni kami husband and wife pikir panjang jugak la nak balik ke tak..keta kami of cos dah masuk bengkel..husband berkeras nak balik jugak so azni ikutkan jela..

malam raya kedua tu kitorang balik kelantan sampai pagi raya ketiga kat kampung halaman azni..mula2 taknak cite kat mak ayah pasal eksiden tu tapi dorang tengok kaki azni bengkak so cite jugak la..

beraya kat kelantan seminggu then balik putrajaya..bila balik sini azni perasan pergelangan kaki dan buku lali pulak makin membengkak,bila jalan sakit..so husband bawak g hospital putrajaya..after x-ray by x-ray doctor inform ligamen terkoyak so kena buat backslab..

doktor simen bahagian bawah kaki macam dalam gambar ni then dia balut dengan bandage..backslab ni salah satu fungsi untuk mengurangkan pergerakan supaya ligamen tu cepat sembuh (agaknya la kot)..azni diberikan mc selama 22 hari untuk berehat..





ni masa kaki bengkak..before dan after..masa mengandung dulu pun tak pernah sebengkak ini..



tongkat ajaib peneman diri.. :)


tetap posing walaupun kaki sakit.


seriously memang susah nak bergerak bila kaki dah kena bungkus macam ni,semua pergerakan terbatas..sepatutnya kena pakai selama 3 minggu tapi ku tak betah,rimas..masuk minggu kedua azni bukak bandage tu..baru lega hehe..ni kalau gatal dan nak garu kena jolok pembaris dalam tu,mana nak sama feel dengan garu pakai tangan..

alhamdulillah lepas dah follow up dengan doktor minggu lepas semua dah ok tapi kena hati-hati pasni..

satu yang azni sedar selama ni masa azni sihat, azni macam tak sedar pun anugerah anggota tubuh badan fizikal yang sempurna yang Allah anugerahkan..bukan tak bersyukur tapi kita pandang ringan..selama ni duk pikir rezeki dari segi duit je sedangkan sempurna anggota badan adalah rezeki tak ternilai dari Allah..bila ada kudrat dari tubuh badan yang sihat baru boleh cari rezeki..betul la orang cakap "rezeki dari empat tulang kudrat"..betulkan azni kalau salah ye..bila dah kena macam tu baru rasa susahnya nak bergerak..macam mana la orang yang dilahirkan cacat tanpa anggota tubuh badan yang lengkap..tapi azni respek azam dan semangat mereka membuatkan mereka mampu bersaing dengan orang yang sempurna tubuh badan..anda memang hebat!

Friday, June 13, 2014

Tadi cite hepi, ni cite tak hepi pulak



ada masa kita gembira, ada masa kesusahan menimpa..ewah,sastera sangat ni!ok,kejadian yang berlaku bulan lepas jugak,ziyyad demam..kalau ziyyad demam saya paling risau sebab dia akan batuk teruk dan pernafasan jadi lain macam sikit..bawak g klinik sah kena amik neb..memang dia sinonim dengan neb dari kecik lagi,jadi bila dah besar ni alhamdulillah diam je tak nangis..

minggu lepas abang pulak demam..dugaan..pun kena amik neb jugak sebab batuk dan kahak..tidor malam kena sediakan baldi kecik khas tempat untuk muntah..haha..macam orang2 tua pulak..

alhamdulillah sekarang dah sihat..minggu ni last duduk dengan mama..hari ahad ni papa akan bawak balik sebab cuti sekolah dah abis..sobsob,sedihnya pjj dengan suami dan anak..



Kidz Paradise




mood rajin tetibe datang hari ni setelah sekian lama bertapa di gua batu hehe..nak cite pasal anak-anak je pun..bulan lepas kalau tak silap 2 kali berturut-turut bawak anak2 ke kidz paradise..amboi,banyak duit hang!takde maknanye weh..mula2 pergi memang sebab nak try je apa la yang best sangat kat kidz paradise tu.baca sana sini blogger duk cakap best jadi nak try la bawak budak2 ni..

kita tengok ke tidok..haa,gitu..sekali anak2 takmo balik walaupun 3 jam lebih kat dalam tu,puas pujuk taknak balik..mak bapak dah sangap2 ngantuk tunggu anak main sampai puas.aduh!memang carik pasal la ni..last2 pujuk nak g makan baru dorang nak balik..selamat.

kali kedua pergi sebab my best fren masa u dulu datang sini so taktau nak g mana kitorang bawak dia dan anak2 nya g kids paradise tu..memang hepi la bila 4 orang hero bergabung meletup!haha..

ok,sedikit info kalau nak masuk kidz paradise the mines ye..

* bayaran masuk utk weekdays rm 25 per budak

* weekend,school holiday dan public holiday rm38 per budak..saya pergi hari sabtu anak 2 orang jadi rm38x2..mak bapak tak payah bayar ye..

* wajib pakai stokin nak main dalam tu..kalau nak jimat bawak siap2 stokin dari rumah..stokin boleh jugak dibeli kat dlm tu dengan harga rm6 sepasang..pengalaman saya,ziyyad leka main sampai hilang sebelah stokin haha..puas carik mana sebelah cari tak jumpa,nak taknak kena beli stokin baru..melayang duit mak ko..

* kalau nak jimat korang boleh beli voucher.kali kedua kitorang pergi dengan 4 orang hero jadi kitorang beli voucher je rm150 untuk 8 kali masuk..bagi dua dengan my fren,dia amik 4 saya amik 4..so ni ada lagi 2 voucher extra taktau bila nak pergi..tapi takpe sbb valid utk setahun..

* korang nak duduk dalam tu dari pagi sampai malam pun boleh asalkan jangan tanggalkan tag..boleh nak keluar masuk utk g solat dan toilet,takda masalah..

gambar-gambar budak tengah hepi kat bawah ni ye..termasuk la mak bapak dorang jugak :)


biji-biji yang ala2 pasir ni dipanggil cassia seed..



adik buat apa dik?adik mashak kata ziyyad..





bapak yang tak ketinggalan join sekali..




bang,jom lumba? :P





ni gambar pergi kali kedua..malas nak tepek banyak2 gambar..mak ko memang dasarrr haha..sedikit gambar selingan mandi pool kat hotel bangi-putrajaya..abaikan mak budak yang sedikit berisi ehemm tu ye..

Friday, October 11, 2013

Dugaan



saya percaya setiap kesusahan yang Allah turunkan pada kita ada hikmahnya..ni nak cite,petang semalam hubby call cakap dia kat klinik..katanya malam sebelum tu dia takleh tido sakit perut tetibe menyerang..bila g klinik doktor suruh ke hospital sebab suspect kena appendicitis..tu la suka sangat makan podeh2 orang nismilan la katakan..kan dah kena macam ni..

bila dia pergi ke hospital segamat terus kena warded on the spot..last call malam tadi dia kata kena puasa..dan saya taktau banyak info since phone dia pun abis battery..huhu..tak senang duduk la bini dia kat sini..dah la dia sorang je takde orang teman..memang kesian tapi saya tau dia kuat..saya doakan semoga takde yang teruk2 berlaku kat dia..risau saya ni tak payah cakap la..




get well soon papa!

Thursday, August 22, 2013

1 Syawal kami



sebelum ni duk baca entry raya orang jer..ha,sekarang my turn la pulak..haha..sebelum raya macam-macam hal yang berlaku yang membuatkan mood raya jadi down..alkisahnya hari jumaat 2/8 tu hubby sepatutnya amik saya dan ziyyad pastu balik ke palong nismilan..

malangnya beliau ditimpa kemalangan kat kuala pilah..hubby terlanggar lori satu tan,mengikut kata hubby lori tu brek kecemasan..hubby tak sempat nak elak terus langgar belakang lori tu..abis kereta..saya tak sanggup nak letak gambar kat sini..biar lah..apa yang penting nyawa hubby dan izzul selamat..duit boleh dicari tapi nyawa orang2 tersayang ni tiada galang gantinya..sedih pulak bila taip ni..

kereta masuk bengkel so takde kereta nak balik kelantan..ada mulut2 berbunyi suruh beraya di nismilan jer tahun ni..saya takmo..biar la orang nak cakap saya isteri yang tak bertolak ansur pun,yang penting suami saya tau saya macam mana..mujur abang ipar sudi pinjamkan kereta dia..

alhamdulillah selamat kami perjalanan pergi balik kami..syukur padamu ya Allah..


gambar raya paling lawa yang ada..


dengan mok (nenek) belah ayah..


adik beradik dan anak buah..tidak lupa anak sendiri jugak..hehe..

raya pertama tu selepas solat hari raya,makan-makan dan bermula la sesi bermaaf-maafan di antara kita..hehe..bila tengok gambar raya baru perasan takde gambar mak dan ayah..huhu..

lepas tu menuju ke rumah nenek belah mak pulak sebab semua adik beradik mak berkumpul kat situ..memang meriah la macam kenduri pulak..malangnya gambar takde sebab sibuk duk kumpul duit raya anak..

izzul tu bukan tau pasal duit..orang bagi kang dibuang je..baik mak simpan siap2..tu pun dia tak bagi tau..





Wednesday, June 26, 2013

Makan-makan sempena Father's Day




dah lepas dekat 2 minggu baru terhegeh2 nak update..dah basi la woi!sebenarnya masa ni g KL sebab nak hantar barang Mekar Semilu untuk customer yang sanggup datang dari Brunei semata-mata nak beli produk ni..cayalah!

dah alang-alang sampai BB tu apa lagi terjah la hotel kami haha..makan free kat situ sambil jumpa kawan-kawan lama..sambil menyelam minum air.. :)

ingat nak pusing sambil cuci poket kat Sungei Wang..akan tetapi tak sanggup oi dengan 2 beradik yang melasak ni..masa makan kat hotel pun rasa macam nak terbalik meja dah dorang kejekan,ni apatah lagi kan..tak sanggup mak!


sampai je kat hotel lepak dulu kat Hot Gossip..mula la nak ais krim la main guli la hehe..yelah nak,hotel ni papa korang yang punye kan.. :p

papa dorang kusyuk duk berborak kat belakang tu..


budak kecik perasan besar..semua nak buat sendiri..

lama jugak duk kat sana,sampai buffet tutup la..hehe..bila tengok anak macam dah ngantuk je moh la kite pulang..

papa la yang best dah hantar kami balik wah keluar balik jumpa kawan2 dia..takpe la,kasik can sekali sekala..sempena hari bapak la katakan :)


Wednesday, May 22, 2013

Anak buah baru



alhamdulillah my sista telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya di hospital tengku anis pasir puteh pagi tadi..baby girl..bertambah lagi sorang cucu mak ayah menjadi 4 orang,tapi dia paling istimewa sebab dia sorang gegirl..hehe..

ibu dan abang nya..

dari bertiga menjadi empat..

gambar baby baru takde lagi..nantikan gambar rasmi yeh.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...