petang semalam kan saya buat entry pasal derma darah kan..pastu
kak wanie komen ibu yang breastfeeding takleh derma darah..terperanjat gegurl!baru gegurl tau fakta nih..lagipun kak wanie keje kat MOH mesti la dia tau kan..betul tak kak wanie?hehe..
maka saya pun google la syarat-syarat untuk derma darah..pak google jugak yang banyak berjasa kan..haha..
ni syarat-syarat dia...
* sihat tubuh badan/tidak mengidap sebarang penyakit -
pass
* berumur 18 tahun hingga 55 tahun -
pass
* berat badan 50 kg ke atas -
pass
* tidur berterusan melebihi 5 jam -
pass
* telah mengambil makanan/sarapan sebelum menderma -
pass
*
tidak mengambil jenis ubat tertentu dalam tempoh seminggu -
tak pass sebab amik noriday
* bagi wanita :
* tidak mengandung -
of cos tidak
* haid selepas hari ke-5/seminggu -
tak period lg lepas bersalin
*
tidak menyusu anak - tak pass
* tidak menjalani pembedahan,bersalin atau menerima pemindahan darah dalam 6 bulan lepas -
pass
berdasarkan syarat-syarat tu maka dengan ini mak isytiharkan lain kali jelah derma darah..niat dah suci murni dah tapi hajat tak kesampaian..simpan saja la niat tu...haha...
apa-apa mak akan pergi jugak kat kempen tu sesaje nak bagi opismate hangin sebab mak tak layak derma darah..bior dorang je yang derma..amacam?haha....weh,aku bagi support dari tepi jela ek... ;p