Followers

Thursday, March 31, 2011

# Fresh from bandung..

opismate aku baru balik dari bercuti kat bandung minggu lepas..so dia bawak balik la sedikit cenderahati (ke mata ek?) untuk kami-kami kat opis ni.


beg untuk isi kain semayang,pen berukir nama kawan tu and yang paling aku suka adalah 6 ketul fridge magnet yang comel2 dari bandung..ada peluang nak buat contest lagi ni.hehe...

tapi contest apa nak buat ek?frens,any suggestion?

# Hadiah semasa bercinta

"pesanan puan blog : entry ini agak menunjuk-nunjuk lebih dari biasa..sekiranya meluat,sila la klik tanda X kat sebelah kanan anda yer"

dulu-dulu masa bercinta selalu je dapat hadiah dari boifren (hubby sekarang)..kejap hadiah besday,kejap hadiah anniversary.tak lama kemudian dapat lagi hadiah.tu kisah dulu-dulu la.sekarang takde makna nya bagi hadiah-hadiah ni.hadiah aku bagi kat hubby pulak bagi anak tiap2 tahun,boleh?.huhu..;)

tapi hubby aku tebiat dia macam pelik sikit kot.suka bagi emas.dia kata nampak cantik je kalau perempuan pakai emas.(tang ni aku paling suka).masa belum kahwin dulu sanggup ot semata-mata nak beli gelang emas untuk aku.caya lah bang!

kadang-kadang ada jugak dia bagi baju,perfume,bunga tapi of cos la aku sebagai girlfren mata duitan lebih menghargai emas.yakin je dia bagi kat aku.nasib jadi dia kahwin dengan aku,kalau tak pelaburan tu sesia jeww..:)

ini antara pemberian-pemberian dia yang aku sayang..

 cincin hadiah besday..yang kiri besday umur 22 tahun,yang tengah besday umur 23 tahun..


pakej besday umur 24tahun dan anniversary couple (yang ke berapa tah,tak ingat daa)..

tu je,taknak la tunjuk lebih-lebih kang cakap aku over nak nunjuk-nunjuk pulak.ni semua yang dia bagi sebelum kahwin.selepas kahwin lagi banyak dia kasik (hadiah paling terkesan hubby bagi adalah si kecik tu la,anugerah paling tak ternilai).

ini harta aku paling bernilai...

# Ada aku peduli?

ni saya dapat dari emel,just nak share..renung2kan lah ye..


Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli
jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli
berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika
isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika
isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki 

Wednesday, March 30, 2011

# Hezrina aka mummy maira ada masalah besar

help!help!aku as a good fren of hezrina nak tanya bloger2 semua apa patut dibuat sekiranya kita telah terdelete blog kita?situasi ni dialami oleh hezrina..

dia duk godek2 apa ntah tadi sekali terdelete blog dia sendiri.camna nak buat ek?dah cari2 tapi dia tulis blog tu tak wujud..haru biru makcik tu sekarang ni..

yang expert bab2 komputer ni tolong la..sebarang komen dan pertolongan anda amat kami berdua hargai..terima kasih...

# Hari terakhir bertugas di kaunter...

after this no more jaga kaunter.syiokknye...actually aku request dengan cc taknak jaga kaunter dah sebab perut dah besar,duduk lama2 cepat mengah (alasannn).nasib baik diluluskan oleh bos aku.hehe..

hezrina tu lagi la,awal2 lagi dah tak jaga kaunter kalo tak silap aku dia preggie 2bulan terus tak jaga kaunter.aku ok lagi sampai 4bulan baru tak jaga kaunter.merdeka!

rajin plak aku menceceh hari ni kan?tapi tula entry tanpa gambar je sebab aku tak bawak turun pendrive tadi.takpe takpe,asal update sudah..kihkih..

# Pucat ker?

aku baru turun kaunter nak tukar shif dengan kawan aku,sekali ada sorang peminjam tegur "cik puan,muka cik puan nampak pucat la.banyak kan makan buah-buahan".huh?terkejut aku..pastu tanya kawan muka aku nampak pucat ke? kawan aku cakap biasa je,mungkin sebab aku selalu nampak ko camni.

ye,aku tau aku tak make-up hari ni pasal bangun lambat.eh,aku memang jarang make up pun.pagi-pagi tepek 
Simplysiti Acne Solution Simply 5 Cream (nak jugak bagitau pakai produk tokti iteww ;P) pastu sapu compact powder,dah siap.

kalau datang mood rajin sikit aku pakai la eye shadow,blusher and lip gloss (aku tak pakai lipstik).tapi mood rajin tu selalunye datang sekali seminggu jer.parah sungguh la,hehe..

kalau malam-malam pun takde nak tepek krim ke hapa ke..risau lak nanti nampak tua sebelum waktunya.oh no!!kena rajin sikit ni..

# Pagi ni

pagi ni hujan renyai-renyai waktu aku nak ke tempat kerja,mula2 duk berkira2 jugak nak redah ke tak.sekali gerak hati kuat mengatakan suruh redah jela maka redah jela..

alhamdulillah,sampai kat opis pagi ni dengan selamat,tak basah dan punch kad tak lambat walaupun aku bawak motor slow sahaja.hujan jalan jadi licin so takleh bawak laju2.aku kena pikir nyawa dalam perut ni jugak.

pagi ni jugak budak kecik tu taknak lepaskan si Kwek duk peluk kuat2,nak jugak bawak ke umah ibu.bila aku letak semula si kwek atas katil menangis-nangis dia.tak sampai hati plak aku nak biarkan sedangkan aku tau kwek tu seolah-olah pengganti diri mama dia.

aku tak tau la apa jampi si kwek tu kat anak aku sampai kan lepas je amik dia dari rumah ibu petang-petang terus terkam ke dalam bilik cari kwek.kwek akan dipeluk dicium dibelai dan sesi bercakap dengan kwek akan bermula menggunakan bahasa yang hanya mereka je yang paham.aku agak dia rindukan kwek setelah seharian tak jumpa.

kalau izzul layan mama camtu kan bagus.huh!tapi anak,kau tetap belahan hati mama...

Tuesday, March 29, 2011

# Kejap je dah petang..

petang ni tak tau nak masak apa lagi.semenjak ada housemate ni rajin pulak aku masak.huhu.mungkin sebab ada orang yang tolong tengok-tengok kan izzul maka semangat aku untuk memasak berkobar-kobar.pehh,ayat!

semalam aku buat tumis udang,diha buat telur dadar pastu dia ajar aku makan tomato hijau(belum masak) cicah dengan budu.budu tu digaul sebati dengan cili hidup dan asam limau ditambah pulak makan dengan nasi panas-panas.maveless woo rasa dia. ;)

selama ni aku tak pandang pun tomato hijau tu,kalau beli mesti nak yang kaler merah2.rupa-rupanya sedap dibuat sebagai ulam,rasa rangup macam makan timun @ kacang botol.

nanti laki aku balik ajar dia plak makan tomato hijau tu.sharing kan caring,tak gitu semua?hehe..

tengok la jap lagi mungkin aku singgah kat mydin kot,beli barang2 basah sikit.

Monday, March 28, 2011

# Izzul pun ada jugak tau

anak yang punya tapi mak dia plak yang lelebih..huhu.biasa la mak2 memang eksaited terlebih.eh,apa aku nak cite ni?

ni ha,pasal botol susu BPA free yang semua ibu-ibu duk cite sekarang ni.dek kerana botol susu anak elaun mak-mak untuk beli henbeg baru,kasut baru dah lebur tah ke mana (ini bukan kisah aku).. ;)

takde la,statement kat atas tu aku gurau je.setiap anak ada hak dia,memang kewajipan mak pak untuk bagi yang terbaik untuk anak.ye dak?so plis plis jangan berkira bila melibatkan barang-barang anak ni.sedangkan henbeg LV,prada,gucci mahal-mahal korang boleh beli,tak kan botol susu anak yang rege belas-belas hinggit takleh beli?

demi kebaikan anak-anak tersayang anda,jom la bertukar ke botol susu BPA free..aik?macam duta botol susu plak dah..

petang sabtu aritu kami sekeluarga menerjah ke Manjaku kat Bangi untuk cari botol susu baru untuk izzul.dapat la 3 botol yang menarik bagi aku (menarik ke murah?).yang paling penting BPA free.

tapi masa aku pergi tu mak aih ramainya orang,semua duk sibuk cari barang untuk anak2.beratur nak bayar panjang kemain lagi tau.gigih aku beratur demi anak walaupun terpaksa bersesak-sesak.faktor penyebab kesesakan ini adalah dorang tengah buat sales pastu mak pak baru dapat gaji kan..

yang aku beli ni jenama pureen je.yang set 2 botol tu rm12.90 dan yang 1botol lagi tu rm8.50.meh nak tunjuk gambar...

CHAKKK!!


ni la rupanya..ok la kan?nasib anak teruna aku tu bukan jenis pilih2 botol.asal ada susu cukup la.


model duk promote botol susu baru.ni dia yang susun semua tau.pastu duk tarik-tarik kerusi tu konon2 kerusi tu stoller la.

# Jamuan perpisahan

one of my fren yang sama batch masuk gomen dengan aku,mariana telah naik pangkat dan akan melaporkan diri pada 4/4 ni.nasib baik dia dapat area putrajaya jugak iaitu selang 2 bangunan dari opis aku,senang la nak jumpa dia lagi.hehe..

so pada jumaat minggu lepas geng kami yang satu batch ni sepakat membawa berkat mengadakan jamuan perpisahan untuk dia.jamuan diadakan di rumah suliza kat presint 5.

menu pada hari tu adalah nasi ayam hasil tangan suliza,puding karamel oleh kak liza dan kek coklat oleh anis.yang lain berlenggang bawak perut saja termasuk la aku.haha..lagipun jamuan tu simple-simple saja khas untuk geng2 kami saje.

ini la gambar-gambar semasa kejadian..



 mak buyung tak sabar nak makan..

 menu of the day

 empunya badan yang diraikan tgh potong kek..

satu batch masuk gomen

yours trully.. :)

# Pengumuman!pemenang Teka Makanan Giveaway adalah........

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

bagi klu dulu..hikhik..ni la yang mama izzul duk idam-idamkan tu..

sapa yang teka buah ni adalah pemenang..boleh tengok keputusan kat SINI..

Friday, March 25, 2011

# It's a boy..

saje je kan bagi tajuk panas je.bukan baby aku tapi baby kawan aku.alhamdulillah one of my fren,farah telah selamat melahirkan baby boy pada pagi semalam.si farah ni kena c-sect sebab baby yang agak besar iaitu 4.12kg..fuhh!

dan petang semalam balik je opis terus duk ajak laki aku g hospital putrajaya sebab nak melawat farah ni.nasib dia turutkan je kehendak bini dia ni. :) aku sms farah tanya waktu melawat sampai pukul berapa.yelah,kang dah sampai sana tiba2 takleh masuk tak ke naya nama nya tu.nasib baik sempat..

ini adalah baby kedua farah.yang first dulu c-sect jugak sebab baby besar (3.65kg) + jalan tak bukak.anyway,tahniah to farah and mizi.selamat berpantang ye..

tak sabarnya nak tunggu bulan 9 ni.lalalalalala... ;)

hafiz furqan yang sangat comel..rambut lebat..
ibu dan anak.

Thursday, March 24, 2011

# Bantal busyuk izzul..

eh,anak korang ada habit bantal busuk tak?anak aku ada.anak tak tau la ikut gen belah aku atau belah bapak dia tapi seingat-ingat aku,aku takde bantal busuk..belah bapak dia kot.haha..

masa umur dia 4-9 bulan izzul tido dalam buai,aku akan gantung mainan zirafah ni kat buai tu untuk dia main dan pegang-pegang.memang dia suka gentel or pegang kaki mainan dia tu,bila dah lepas tangan dari mainan tu aku tau la dia dah betul-betul lena tido.

izzul dan kawan karib dia..:)

pada umur 9-12 bulan,kitorang latih dia tido kat bawah elok je dia boleh tido tanpa mainan tu.pastu lepas raya puasa tahun lepas kitorang g tesco aku berkenan lak kat bantal comel ni,beli la untuk dia.sekali terus bantal tu jadi bantal busuk dia.


tak lena izzul tido malam-malam kalau si "kwek" ni takde.aku selalu usik dia camni pegang kwek ni pastu buat2 cakap kwek sayang mama kan,jap lagi datang la dia amik kwek ni duk cium2.bukan cium aku tapi cium bantal ni.sayang betul dia kat bantal ni.

sambil minum susu gentel ekor pastu cium-cium,kang bagus kalau ko cium mama camtu izzul.kadang-kadang dia buat lapik kepala,kadang-kadang buat lapik duduk macam kerusi.apa-apa jela anak oi..


kesian kat kwek ni asyik kena buli dengan izzul je.aku tak bawak bantal ni ke rumah pengasuh sebab aku takut berebut dengan budak2 lain.

aritu pernah dia mengamuk taknak tinggalkan kwek kat umah masa aku nak hantar dia ke rumah pengasuh..sudahnya aku bawak jela.petang tu adik aku cakap dia asyik nangis je hari ni,asal budak2 lain pegang kwek ni sikit dia nangis.

so no more kwek to rumah ibu okeh.


ekor kwek yang hampir lunyai jadi mangsa gigitan anak aku.kesan hitam tu sebab izzul minum susu perisa coklat.selalu lepas dia minum susu dia mesti gigit ekor kwek ni.tu pasal jadi hitam.aku basuh bantal ni 2 minggu sekali tau,jangan kata aku tak basuh plak. ;)

tuan punya bantal..

# Jalan- jalan cari donut

ni kisah hari sabtu minggu lepas.since hubby balik sini so sesi jalan-jalan tu rancak la sikit.hehe..mula-mula nak pergi ke pesta belon panas kat depan opis aku,malangnya salah timing la.

bila kitorang sampai tu dah nak masuk tengah hari so belon dah disimpan.biasanya dorang terbang kan belon pada waktu pagi dan petang je.haishh,tak pepasal kena sound dengan hubby.huhu..

tapi sempat la pusing-pusing kat tapak pesta tu.tengah jalan-jalan tengok barang apa yang menarik dijual kat situ, si izzul boleh plak tertido atas dukung papa dia.dah takleh lelama pusing tapi sempat jugak la beli bola besar sebijik untuk si kecik tu.

pastu hubby bagi cadangan jom la ke KL,boleh lepak kat hotel (tempat keje lama kitorang dulu). beransur la kami ke kl,nasib jalan tak jammed sangat.izzul plak lena je tido kat seat belakang..sampai je BB elok je dia bangun.hehe..

sampai BB,makan-makan dulu isi perut.masuk dalam sungai wang plaza,aku pergi tengok kasut kat vincci tapi tak berkenan je.kalau ada yang berkenan mahal plak.

pastu hubby tanya nak g pavillion tak,g beli donut JCO..harus la aku jawab nak.hubby memang betul-betul tau makanan kesukaan aku tu.

 kusyuk tengok helikopter lalu..

 ni on the way ke kl,nampak tak bola merah kat belakang tu? 

 silau kena flash camera mama dia.. :)

 sape la yang amik gambar ni? :P

 budak yang sibuk nak menyelongkar je keje dia.

alamak!susah plak nak bukak kotak ni..

kita main benda lain la plak..

donut jco ni aku ingat nak beli 6biji je tapi budak kat situ cakap kalau amik 12biji harga lagi murah.aku apa lagi zass 2 kotak.dasar kuat makan betul la.haha..

satu dah kena makan awal-awal dengan papa izzul..aku paling suka yang ada kacang badam tu.

lepas beli donut ni kitorang makan kat mc'd dalam sungai wang tu.aku makan donut ni je,hubby aku lak makan ayam goreng mc'd,izzul makan bubur sudah..haha..

dah puas lepak kat situ baru kitorang gerak balik ke putrajaya semula..penat wooo...

# Kopok sedap..

selamat pagi semua..

arini nak cite pasal keropok @ kopok (nama senang nak sebut).as orang pantai timur kopok ni adalah feveret kitorang sama ada makan begitu saja atau makan dengan bihun goreng atau nasi goreng pun boleh.tu stail aku makan kopok la.

memandangkan AHKAK GELI duk war-war kan tentang kopok sedap buatan kilang bapak sedara dia ni dah ada stok maka harus la aku terjebak nak beli.kelmarin order petang semalam ahkak geli dah hantar kat opis aku.terima kasih kak geli..

balik rumah selepas masak untuk makan malam aku try goreng sikit.kesimpulannya,memang sedappp..tak masin tak gatal ditambah dengan rangup nya pulak tu pehh krup krap krup krap dah abis satu tupperware.

siap kena goreng lagi untuk second round sebab tak cukup.hubby pun duk puji sedap kopok tu padahal dia bukan la peminat tegar kopok macam aku..hehe..gambar ihsan dari blog kak geli sebab leka duk makan kopok sampai gambar pun lupa nak snap.

kak geli,kite pinjam gambar kopok awak boley?

p/s : sesape nak try kopok ni boleh la ke blog ahkak geli.tanya dia ada lagi tak stok.kalau ada memang rejeki korang la..

Wednesday, March 23, 2011

# Berdikari

selamat pagi semua..

hari ni mesti ramai yang post entry bertajuk "wordless wednesday".hehe..aku hari ni seperti lemau nak pergi kerja sebab kena pergi sendiri.dah dua hari berturut2 hubby hantar dan amik dari opis.buang tebiat ke apa laki aku nih bila dia offer nak hantar dan amik aku?hihi.

selalu dia jenis yang suruh aku berdikari sendiri.apa2 aku kena buat sendiri,kalau betul2 dah takleh buat baru dia akan tolong.

takpe la,dia dah hantar dan amik dua hari tu aku rasa bersyukur sangat2 dah (kata-kata sorang isteri yang kurang kasih sayang suami..haha) time dia ada ni la boleh nak manja-manja sikit.

semalam dia datang kat opis bawak izzul sekali pastu kitorang g beli makanan kat pasar tani depan opis aku ni.bagi orang yang tinggal bersama suami mungkin akan cakap "eleh,biasa2 jela laki bini g pasar tani sama2" tapi bagi aku itu la moment2 paling heaven sebab aku jarang jumpa dia,dia balik sini pun 2 kali sebulan je.sedih tau..

sebab tu dia ajar supaya aku berdikari memandangkan dia duk jauh,jangan lembiks2 jangan cembeng2..dan alhamdulillah aku boleh harungi hidup bertiga dengan anak (satu lagi baby dalam perut) tanpa suami tersayang di sisi.


Tuesday, March 22, 2011

# Nak cite pasal check up aku lak..

alkisahnya,hari khamis minggu aku g rutin check up kat klinik.seperti biasa la,check hb pastu check air kencing pastu jumpa misi last sekali baru jumpa doktor..

keputusannya:
masa jumpa misi tu dia cakap perut aku nampak besar sikit,i means untuk yang preggie 15weeks perut aku kelihatan agak menonjol sikit.pastu dia ukur tinggi rahim sekali dia dapat ukuran 19cm,uterus > date.

supposely,tarikh kandungan adalah sama dengan tinggi rahim.dia tanya aku betul ke tarikh last period yang aku bagi tu.aku cakap betul la sebab saya jenis yang tanda setiap kali saya datang haid.

pastu dia amik alat yang nak check degupan jantung baby letak kat perut aku.aku boleh dengar betapa laju dan kuat nya degupan jantung tu,sekali misi cakap "hah,15 weeks dah boleh dengar kuat camni jantung,pelik ni.selalunya mengandung 18-20 weeks baru boleh detect bunyi jantung." aku dah cuak masa tu,yelah takut ada masalah ke hapa ke.

misi tu kata takpe kejap lagi jumpa doktor biar doktor yang check lagi sekali.kita tengok apa yang doktor akan cakap nanti.serius weh,aku cuak dah masa nih.

bila jumpa doktor,dia check tinggi rahim adalah 17cm pastu bila scan pun semua ok.doktor kata tambah tolak 2minggu tu takde apa2 masalah.next visit scan sekali lagi nak tengok kedudukan jantung baby sebab hari tu baby kecik lagi tak nampak sangat.

berat mama : 47.8kg (dah naik 1.9kg dari bulan lepas)
tekanan darah : ok
HB : 12.0
pastu aku request obimin sebab aku takleh telan banyak2 ubat,dia bagi ubat baru ape ke nama soft gel ke gitu la.

# Bayi perempuan gergasi Britain


LIBBY (kanan) bersama sepupunya, (Thomas) dipangku nenek mereka.
WIGAN, Britain - Seorang wanita, Gemma Woods, 28, melahirkan bayi perempuan terbesar di Britain seberat 5.6 kilogram (kg), dua kali ganda berat bayi normal pada Oktober lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun saiznya besar, bayi yang bernama Libby itu dilahirkan secara normal dengan proses bersalin pendek iaitu selama enam jam di sini baru-baru ini.

"Saya seperti tidak percaya apabila bidan memberitahu berat Libby, bunyinya seperti mendengar berat sesuatu barang," kata Gemma.
Sepupu Libby, seorang bayi lelaki bernama Thomas yang lahir tiga minggu lebih awal hanya mempunyai berat 3kg.

Bayi paling berat di dunia setakat ini dilahirkan di Aversa, Itali pada September 1955 yang mempunyai berat mencecah 10.17kg. - Agensi

Monday, March 21, 2011

# Update!update!

baru kejap tadi aku call papa izzul..dia dah hantar izzul umah pengasuh..oo,awak kuar beronggeng kat kl ye?katanya nak temankan kawan dia repair kete.tak kisah la bang,janji jangan balik lambat sudah la.(kata-kata seorang bini yang pasrah)

jap lagi aku nak cite pasal check up aku plak.duk postpone dari minggu lepas lagi..tungguuuu...

# Check up izzul...

salam hari isnin semua..semua pakat bermonday blues la hari ni ye?aku pun sama.pagi tadi punya la liat nak bangun last-last tengok dah lambat,mentang-mentang la hubby ada kat sebelah mood nak kerja terus ke laut jadi nya.huhu..

bila dah lambat nak masuk opis mula la ligat duk pikir nak bagi alasan apa kat cc.ahah!tiba-tiba teringat aku sepatutnya bawak izzul pergi check up bulan 1 aritu siap buat appoinment bagai tapi aku tak pergi pun (lupa punya pasal).terus kejut hubby cakap nak bawak izzul pergi check up kejap lagi.

terer sungguh plan aku, bangun lambat pastu pakejkan sekali bawak anak ke klinik (at least ada time sleep,reason yang kukuh sikit).hehe..

apa-apa pun sebelum izzul bangun aku mandi sesiap dulu pastu kemas beg dia untuk dibawak ke rumah pengasuh.elok je aku dan hubby siap dia bangun.jom kita mandikan dia pepagi dengan air sejuk.haha,jahat sungguh mama dia nih.

maka berangkat la kami anak beranak ke klinik di presint 3 tu.ni 1st time hubby datang sini,sebelum ni kitorang check up izzul kat klinik presint 9.sampai sana pukul 9.15 pukul 9.50 dah siap,hubby cakap cepat nya siap.ingatkan bila datang hari isnin ramai orang rupanya tak ramai plak hari ni.

pastu hubby siap pesan lagi nanti mama check up kat sini la,dekat ngan opis.oh bang,dinda dah berjaman check kat sini.maknanye dinda duk cite2 kat abang g check up kat klinik baru tu ala-ala masuk telinga kanan keluar telinga kiri la ek? :)

keputusan tadi:
berat izzul = 9.65 kg (ringan je kan?)
yang lain-lain semua ok.misi bagi ubat cacing dan multivitamin.petang karang sesi bersilat la nak bagi ubat kat si kecik tu. :)
bulan 5 kena datang lagi untuk inject umur 1tahun setengah..

pastu hubby g hantar aku kat opis,aku siap tapaukan nasi lemak untuk hubby dan kuey tiaw goreng untuk izzul tak lupa air kotak dutch lady coklat feveret izzul sekali.pastu bila aku nak cium dia taknak leka duk minum air kotak,ingat aku nak sangat minum air kotak dia.anak oh anak..


gambar ni bukan kejadian pagi tadi tau..

panjang plak aku bercerita kan?takpe,asalkan ada orang sudi baca..huhu...


p/s : jap lagi nak telefon papa dia tanya dia hantar ke tak izzul ke rumah pengasuh.....to be continue.....

Thursday, March 17, 2011

# Sibuk sikit hari ni..

ecehh,tajuk takleh blah sungguh..hihi..sibuk sikit dari biasa hari ni sebab pagi ni jaga kaunter pastu pukul 3 karang nak pergi check up plak.

sibuk-sibuk pun sempat lagi update blog dan join contest tu..caya lah! :) sebenarnya tak ramai peminjam datang buat bayaran hari ni,mungkin faktor tetengah bulan kot gaji pun tinggal ciput je.ke aku sorang je yang camtu?hihi..

hope check up petang karang semua ok.mama ok baby pun ok.insyaallah..apa-apa aku akan update lepas balik dari klinik nanti.

btw,dari opis aku ni dah nampak belon- belon panas berterbangan di udara.yang paling cute setakat ni adalah doraemon.hehe..

aku semenjak duk putrajaya je baru tau ada pesta belon panas ni.tahun ni kali ketiga pesta belon panas ni dibuat di putrajaya.

insyaallah kalau takde apa-apa aral melintang di tengah jalan sampai la daku ke tapak pesta tu,bawak izzul sekali boleh tunjuk2 kat dia.

papa izzul aku tak pasti balik ke tak minggu ni,sebab dia ni jenis ada mood tertentu gak nak balik jumpa anak bini.hebat aku kan?aku ni jenis tak kisah.tak koser nak merajuk2 bagai kalau laki cakap takleh balik.kalau dia balik aku berterima kasih,kalau dia tak balik pun aku tak kisah.beza kat sini kasih dengan kisah jer..;)

kalau dia balik tu satu bonus buat kami berdua,boleh pergi jalan-jalan jauh sikit.

# Jatuh lagi?

ye kawan2..semalam buat kali ke berapa ntah si izzul tu jatuh katil lagi.adush!rasa nak nangis bila aku tengok dia tersadai je kat bawah katil tu.pastu cepat-cepat angkat dia,pujuk-pujuk nasib la nangis kejap je.tapi dia memang jenis nangis kejap je,takde la nak meraung-raung bagai.

aku check2 badan dia kot-kot ada yang luka ke bengkak ke hapa ke tapi alhamdulillah takde ape-ape.aku rasa sangat bersalah kerana disebabkan kecuaian aku anak aku dapat sakit.kang bagus kalau rasa sakit tu boleh ditukar biar la aku mak nya yang dapat sakit tu.sori sangat2 sayang... ;(

taktau dah camna cara nak prevent dari jatuh katil ni.dulu asyik jatuh gak last-last aku tido bawah dengan dia.pastu dah berbulan-bulan tido bawah aku tido atas katil balik.bila tido atas katil dia jatuh katil lagik.aisehh,camna ni?

izzul lak jenis kalau nak tido dia berguling-guling sondol sana sini last2 sampai ke penghujung katil,debushh!jatuh katil..

dah la petang semalam lepas amik dia dari umah adik aku tengok2 ada kesan gigitan kat lengan dia.nasib kau la nak.bila duk ramai-ramai memang camni la.aku pun tak salahkan budak yang gigit dia tu sebab aku tau anak aku pun buat anak orang jugak.depan-depan mata aku izzul duk tarik baju anak orang tu.

kesimpulan nya,aku tak kisah pun tang kena gigit tu (selagi tak serius sangat) sebab budak2 nak membesar camtu la.

yang aku kisah tang jatuh katil nih!nampak gaya nya kena start tido bawah balik la malam ni,demi anak.risau gak sebab dia asyik jatuh je kang takut effect lak kat tubuh kecik tu.

Tuesday, March 15, 2011

# Rata-rata semua duk cite pasal botol susu BPA

kat opis,kat blog semua ibu-ibu sibuk duk cerita pasal botol susu yang ada BPA ni termasuk la aku..hihi.

so sebagai ibu bapa yang prihatin jom la balik rumah karang check botol susu anak masing-masing sama ada yang jenis ada BPA atau pun tak..

aku rasa botol susu izzul pun ada yang jenis ada BPA dan ada yang BPA free.karang balik aku check la.

walaupun botol susu jenis BPA free agak mahal sedikit tapi apa salah nya berkorban demi untuk kesihatan anak.ye dak?

demi si kecik ni mama rela korbankan segalanya hatta nyawa sekali pun..

# Masalah gusi berdarah semasa mengandung

korang-korang yang mengandung pernah mengalami situasi ini tak?aku setiap kali pregnant mesti ada masalah ni.masa pregnant kan izzul dulu duk pelik jugak apsal la sejak mengandung ni gusi cepat berdarah masa gosok gigi tu.

siap tukar berus gigi berkali-kali dan beli yang paling lembut sekali tapi bila gosok gigi tetap jugak berdarah.memang duk heran la sebab sebelum pregnant memang takde masalah gusi berdarah ni.

pastu masa pergi check up tu aku beranikan diri untuk tanya nurse pastu nurse cakap masa mengandung gusi jadi lebih sensitif dan sentuhan sedikit pun dah menyebabkan gusi cepat berdarah..

same goes to second pregnancy ni,tiap kali gosok gigi gusi akan cepat berdarah mostly kalau pagi-pagi.kalau petang atau malam kurang sikit.sabar jela,asalkan baby sihat.

ni yang aku google pasal masalah berkaitan gigi semasa mengandung.hope sama-sama la kita dapat info berguna hari nie.sharing is caring,rite? ;)

petikan ni aku ambil dari sini..

"Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut.Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah.

Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman.

Selain itu rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masah gigi dan gusi berdarah.Gangguan ini menyebabkan ada ibu hamil yang membataskan rutin membersihkan rongga mulut hingga menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.

Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan yang terjadi pada tubuhnya. Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini.

CEGAH MASALAH GUSI

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini.

1) Bersihkan Diri Dengan Teratur

Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.Penggunaan ubat kumur yang mengandungi antiseptik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu meneluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekaligus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut. Selain itu setiap kali muntah, berkumur dan gosoklah gigi.

2) Jaga Pemakanan

Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi. Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan. Vitamin B6 boleh diperolehi dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.

Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu, ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju, minyak, hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.

3) Rawatan Gigi

Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang, sebaiknya ibu hamil pergi berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil.Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh mengganggu kehamilan seperti penggunaan sinar x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung.

Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga."

Monday, March 14, 2011

# Senarai peserta Teka Makanan Giveaway

kalau nak tengok tengok senarai peserta boleh ke SINI...sila semak takut-takut saya ada terlepas pandang ke..dan kepada yang belum join lagi sila la join,jom kita meriahkan suasana.. ;))


#Contest kedua aku..


STICKY POST NI..SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU.. :)



aku menganjurkan contest terbaru ni sempena bulan february..kalau korang nak join boleh ke SINI okeh..
hadiah tak ada lagi tapi yang pasti aku akan sediakan hadiah yang menarik..
contohnya fridge magnet ke..nak kena carik hadiah dulu..
aku akan update later tang hadiah tu,yang penting korang join dulu..
GOOD LUCK!

Friday, March 11, 2011

# Artis merokok..



NI ENTRY COPY PASTE DARI E-MAIL YANG AKU DAPAT..JUST NAK SHARE DENGAN KORANG2 SEMUA..BETUL KE TAK AKU TAK PASTI...JGN PASNIH ADA ORG SAMAN AKU DAH LA.. :)



Di tempat pertama (1)ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap.

Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik.

 Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.


Di tempat kedua (2) ialah pelakon Impian Sunsilk iaitu Diana Amir. Menduduki tempat kedua kerana selain merupakan bekas penuntut USM, dia juga adalah salah seorang artis yang 'cun' di Malaysia ni. Baru-baru ini, ada pihak menulis di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa Diana ni sebenarnya adalah 'kaki seks', 'minum arak' dan 'perokok'. Cuba anda search di Google imej tentang diana. Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. 

Pelakon baru, Diana Amir juga tergolong dikalangan segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kurang menampakkan dirinya itu seorang yang sosial, tetapi, Diana Amir juga sebenarnya layan...(layan ape? hah! yang ini kite nak tahu)...rokok. Tambah memualkan dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan sopan, tetapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang diceburinya.


Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah.

Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...




Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.






Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.

Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di atas menggunakan Blackberry miliknya.




Di tempat keenam (6)
ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je


Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.


Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.

Wednesday, March 9, 2011

# Macam mana korang latih anak untuk gosok gigi?

seriously, amat susah untuk gosok gigi anak teruna ku sorang tu ala-ala bersilat bagai.pelbagai cara dia untuk tak bagi aku gosok gigi dia,contohnya tutup mulut rapat-rapat,pastu pegang tangan aku @ berus gigi time aku duk gosok gigi dia tu.

aku hanya start gosok gigi izzul setelah gigi pertama dia tumbuh pada umur 8 bulan.masa dia takde gigi ada jugak aku lap-lap gusi dia pakai napkin tapi ikut tahap kerajinan aku la.. :P mungkin sebab dia tak didedahkan sangat dengan aktiviti tenyeh2 gusi ni maka sampai ke sekarang dia susah nak gosok gigi.

kalau hari bekerja aku gosok gigi dia malam.selalunya lepas aku amik dia dari umah adik aku dalam pukul 7lebih aku akan mandikan dia sekali lagi.time ni la aku gosok gigi dia.

kalau weekend masa mandikan dia pagi dalam pukul 10 camtu.tapi tula memang susah nak gosok gigi dia,menangis macam aku dera je.kalau aku berenti gosok terus diam serta merta tau.kuat betul drama anak aku nih!

kalau mandi dengan papa dia jangan harap la papa nak gosok gigi.bila aku tanya kenapa tak gosok gigi anak,dia jawab kesian tengok anak nangis nanti.alasan je tu bang.....:)

contoh berus gigi izzul camni la..tapi gambar ni pinjam en google..

jangan camtu nak,kena gosok gigi kalau tak rosak gigi nanti.bila gigi dah rosak dah tak hensem.kalau tak hensem,takde awek suka kat izzul nanti..boleh tak aku cakap camtu kat izzul? agak-agak dia paham ke tak ha?.. :))

anak-anak korang senang ke susah gosok gigi?kongsi la tips2 sikit...

Tuesday, March 8, 2011

# Budak yang suka tengok tv..

aku rasa semua budak-budak sebaya izzul mesti suka tengok tv.cuma kita sebagai ibu bapa kena pandai pilih rancangan apa yang sesuai dengan usia mereka dan jangan biarkan dorang ketagih tengok tv.tv bukan lah media terbaik untuk mengajar anak-anak kerana banyak jugak unsur-unsur tak elok kat tv tu.

antara rancangan yang aku perasan izzul suka tengok adalah upin ipin,iklan yang ada nyanyi2 menari2,iklan pasal susu dan diapers,azan,pastu cite2 pasal binatang.kira tak semua jenis rancangan la dia tengok nak-nak pulak kat rumah aku takdek astro.hehe..

layan jela gambar anak teruna aku tengah tengok tv ni..

ala,mama ni asyik amik gambar izzul jer..

kusyuk sungguh!

dah penat berdiri kita duduk pulak... :)

tengok tv sambil isap jari..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...