Followers

Tuesday, March 29, 2011

# Kejap je dah petang..

petang ni tak tau nak masak apa lagi.semenjak ada housemate ni rajin pulak aku masak.huhu.mungkin sebab ada orang yang tolong tengok-tengok kan izzul maka semangat aku untuk memasak berkobar-kobar.pehh,ayat!

semalam aku buat tumis udang,diha buat telur dadar pastu dia ajar aku makan tomato hijau(belum masak) cicah dengan budu.budu tu digaul sebati dengan cili hidup dan asam limau ditambah pulak makan dengan nasi panas-panas.maveless woo rasa dia. ;)

selama ni aku tak pandang pun tomato hijau tu,kalau beli mesti nak yang kaler merah2.rupa-rupanya sedap dibuat sebagai ulam,rasa rangup macam makan timun @ kacang botol.

nanti laki aku balik ajar dia plak makan tomato hijau tu.sharing kan caring,tak gitu semua?hehe..

tengok la jap lagi mungkin aku singgah kat mydin kot,beli barang2 basah sikit.

1 comments:

fyna said... [Reply this comment]

nice belog dear..






jom singgah n follow belog saya...
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...