Followers

Monday, March 7, 2011

# Kami ke zoo negara..

aku ni dari minggu lepas ingat nak buat entry pasal kitorang satu family pergi zoo negara tapi duk tangguh-tangguh sampai la hari ni.fuhh!panjang sungguh intro.mood nak berblogging asyik ke laut saje sejak pregnant ni.ishh,sikit-sikit bagi alasan preggie.bukan bukan,pembetulan ni aku sendiri yang malas..hehe.

kitorang pergi zoo tu hari sabtu minggu lepas,ingat pagi-pagi dalam pukul 9 dah boleh gerak sebab aku taknak berpanas kalau g tengah hari tapi nan ado dek non.pasai apa?laki aku ni pesen dia kalau nak tinggal rumah kena siapkan semua kerja-kerja rumah dulu.

takde la kau balik penat-penat kang sakit hati lak tengok rumah macam tongkang pecah.tang ni boleh puji la,berfikiran panjang.aku basuh dan jemur baju,sapu rumah pastu mop lantai pulak.agak-agak dah puas hati baru aku mandi dan bersiap.

izzul??oh,papa dia yang uruskan.dia yang mandikan,pakaikan baju pastu bawak turun bawah nak panaskan enjin kete.aku pulak boleh mandi dan bersiap dengan hati yang tenang.jap lagi bertalu-talu laki aku call suruh siap cepat.hehe..

aku tengok jam dah pukul 11 pagi.tambah tolak jalan jammed lagi tak tau la pukul berapa kitorang sampai kat zoo tu nanti.keluar je parking tetibe papa izzul tanya, "agak2 maksu awak keje ke tak hari ni?cuba call,kalau dia tak keje boleh ajak pergi zoo sekali". aku jawab "ok gak cadangan tu.jap saya tipun maksu". sekali maksu aku cakap dia tak keje terus suruh dia mandi dan siap cepat-cepat kitorang nak ajak g zoo.

lama jugak la tunggu minah ni dalam setengah jam baru nampak muka.aku duk bising takut panas izzul dalam zoo nanti.sebelum masuk zoo makan dulu kat medan selera ape tah,lunch terus masing-masing dah lapar.

masa nak beli tiket tu tengok eh harga tiket dah naik la.2 tahun lepas aku pergi rm15 je sekarang dah jadi rm20.takpe la,bukan hari-hari masuk zoo pun.

maksu aku yang single lagi..huhu.

asal nampak binatang je mulut dia terus bising..

penat woh jalan pusing zoo ni.

haa,tengok la puas-puas bird tu izzul.

ni tukang dukung dah tak larat sebab tu pimpin jer..

apa la yang izzul pikir bila tgk zirafah ni?

budak yang bajet nak jalan sendiri.nak berlari buat macam zoo ni macam dalam rumah dia.. :)

bird!bird!kata papa izzul..

burung emu..izzul dan toksu..

family kecik kami..

dua2 excited tengok binatang.

mak aih!sempat jeling tu..

ni masa tengok pertunjukan binatang.

singa laut tgh buat persembahan

gambar last harus letak satu family lagi..ngeh ngeh..

4 comments:

aanie said... [Reply this comment]

mak ai, mahainya tiket....
best jgk bwk anak g zoo...ingat nanti nak bwk gak adam....

Huda said... [Reply this comment]

sonok kan jalan2 zoo :)

wan nurul hezrina abd halim said... [Reply this comment]

akupun masa preggy 2nd g zoo.hikhik.penat jalan

*azni* said... [Reply this comment]

aanie: tula psl tp nak hiburkan hati anak redha jela..lgpun bkn selalu g zoo ni..

huda:best la sbb dpt tunjuk binatang secara live kat izzul.selalu duk tgk dlm buku je..hehe..

nurul:ko g jugak ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...