Followers

Wednesday, March 2, 2011

# Izzul is 16months today...

dah lama tak cerita perkembangan anak teruna aku tu.so sementara mama masih ingat dan ada idea ni nak cite la apa perkembangan terbaru izzul..oh ya,16 bulan tu bersamaan 1tahun 4bulan ye kawan-kawan.. :)

@ gigi lagi 2 batang aku perasan baru nak tumbuh kat bahagian bawah.lama tau tunggu gigi dia nak tumbuh.patut la 2 hari lepas demam-demam sikit,nak tumbuh gigi rupanya.dia start tumbuh gigi pada umur 7 bulan,sampai umur 8 bulan lebih ada 6 batang semua gigi dia.dan dengan 6 batang gigi itu la dia buat kunyah makanan sampai umur 16 bulan baru tumbuh gigi ke-7 dan ke-8..takpe,lambat tumbuh gigi lambat rosak.ye dak?


@ kalau bab bercakap ada bahasa dia tersendiri yang dia sorang je paham.hehe..tapi ada jugak perkataan-perkataan yang aku paham sikit-sikit.contohnya,mama,papa,tutu = susu,bird.tu je yang aku perasan izzul boleh sebut dengan betul.

@ dah boleh disuruh-suruh dan paham arahan yang ringkas.ni part paling best sebab boleh membantu mama dia.hehe..kadang-kadang aku cakap "izzul,amik kan mama remote tv" maka terkedek-kedek la dia pergi amik remote tu.
kalau air tumpah dia cepat-cepat cari tuala nak lap.kalau air liur dia meleleh aku suruh amik kain lap pun dia buat jugak.pendek kata,dia dah paham simple arahan.cepat la besar sayang.nanti arahan-arahan itu akan bertukar camni pulak "izzul,tolong urut mama" "izzul,tolong buat air untuk mama"..hehe..

bergaya dengan spek mata baru cap mydin.. :)

@ suka main air,duk dalam bilik air berjam-jam pun takpe.setakat rekod terkini, 2 buah gayung dan 1 buah baldi dah dipecahkan oleh izzul gara-gara excited main air.ganas tak ganas anak aku ni?bila dia dah masuk bilik air memang susah nak keluar balik.tapi ada aku kesah,aku angkat je dia nak menangis ke hapa ke biar la.

@ sekarang dah pandai pukul-pukul mama dia ni.ada je benda tak puas hati cepat je tangan dia naik kat muka aku.kalau aku baring mula la dia start panjat-panjat badan aku,bila aku duduk dia terus tarik rambut konon nak suruh aku baring semula supaya dia boleh lanyak badan aku.sakit mama tau dak?

@ makin kurang makan nasi sekarang ni.kalau makan nasi setakat 4/5 suap je pastu taknak dah.tapi kalau roti,biskut,buah-buahan tu dia suka la.yang heran nya,adik aku cakap kalau kat rumah dia banyak pulak si izzul ni makan so aku anggap dia jenis suka makan time ramai-ramai dan berebut-rebut.takpe,kita tunggu adik dia keluar nanti camna.agak-agak nak ke tak makan berkawan dengan adik dia?

@ suka sepahkan mainan dia.lepas satu satu dia angkut keluar dari bakul mainan.tapi bila dia dah puas main aku pastikan dia kemas balik mainan dia,letak balik mainan dalam bakul tu.

@ diapers still pakai size m dan baru-baru ni aku dah tukar susu dia daripada original kepada perisa coklat.susu dumex dugro je pun dia minum.kenapa aku tukar susu dia?sebab adik aku cakap izzul selalu berebut air milo dengan danish.dia lagi suka minum susu yang ada kaler so aku amik keputusan untuk tukar susu dia.alhamdulillah,dia serasi dengan susu tu.
camni la susu yang izzul minum tapi perisa coklat.

apa lagi nak cite ek?setakat ni la dulu buat kali ni..nanti aku update lagi.. :)

5 comments:

maria_m0hamadiah said... [Reply this comment]

sweet nye... cepat besar yea izzul.. mama kamu nak suruh urut tu..:P

aanie said... [Reply this comment]

uish, kena buat stok gayung byk2 tu..hehe..
kecik je ke izzul ni?adam dah pakai pampers size L dah...sebab m mcm sendat je ngn perut muncit dia tu..hehe...

*azni* said... [Reply this comment]

maria:tula psl..biar izzul plak yg jaga mama.. :p


aanie: dah try pakai kan diapers size L tp mcm menggelebeh je kt vontot..kalau m ngam2 je..mgkin adam lagi semangat dari izzul kot..teehee..

maria_m0hamadiah said... [Reply this comment]

hehe.. besar sikit takde la nak melekat kat umah.. mesti bile dah pandai keluar rumah nanti, asyik nak berjalan jek..:P

Huda said... [Reply this comment]

wah dh 16mo yer izzul :) encem boy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...