Followers

Thursday, March 29, 2012

Ke PD lagi kami (day 1)

entry terperam jugak ni sebab duk dalam draft dah 2 minggu lebih..huhu..aritu bulan satu dah ke PD,pastu tengah-tengah bulan 3 ke PD lagi..macam takde tempat lain bapak korang nak bawak kan? :)

kali ni kami pergi dengan geng-geng parkroyal..best jugak sebab ramai yang join..sewa apartment sebijik je yang 3 bilik sebab tak expect ramai kawan hubby akan join..sekali malam tu 2 buah kereta lak sampai..tapi takpe sebab dorang bawak khemah so boleh la duk dalam khemah bertemankan nyamuk..hahaha..

kami-kami(ker saya sorang je yang ada anak?) yang ada anak ni stay kat apartment..kami sewa apartment kat pd perdana kondo..rm220 untuk 3 bilik tido 2 bilik air..level ground floor..saya la yang uruskan pasal penginapan ni..

masa google tengok macam ok je pd perdana ni,baca kat forum pun ramai yang cakap ok..dekat dengan pantai la kira boleh jalan kaki je g pantai..so takmo buang masa saya proceed dgn kondo ni jelah..

sekali bila dah check in mana pantai..nun jauh di sana kena naik kete jugak..huahuahua..rasa ralat la jugak di situ..masuk dalam rumah tengok tak berapa nak sama dengan gambar..lagi sekali huahuahua...hubby cakap dah ok tapi entah la bagi saya macam ada je yang tak kena..

dapur,pinggan mangkuk,kettle sume ada..dalam bilik tido ada aircond..tv n astro pun ada..tilam dan bantal extra ponn ada..apa lagi yang saya tak puas hati tak tau la..mungkin sebab rumah tu nampak buruk kot...overall saya bagi 2.5 daripada 5..kejam tak agak-agak? :)

kami check in dalam pukul 1 rasanya..pastu terus angkut barang-barang untuk bbq ke pantai..duk jelah kat tepi pantai sampai lebam..hehe..


masa kat RnR kat seremban..breakfast dulu..


depan apartment tu..
shila n the geng

belakang apartment..bukak je pintu nampak tasik ni..

posing jangan tak posing der..
agar-agar sumbangan yours truly..ceewahh..

izzul yang excited nak ke pantai..tak lekang dengan dengan pelampung dia tu..

proses menaikkan khemah

chef tengah susun tempat untuk bbq
testing camera nama nye nih..
apak n anak yang terlebih excited

mama pon sama naik dengan anak-anak.. ;)

happy-happy family..

demuk in the tent

bbq pon bermula dari sekarang

ayam dan daging..sedap sangat-sangat sebab chef hotel yang marinate ni..nak mintak resepi dengan chef tu nanti.. :)
budak kurus main pasir
budak demuk main air liur
tapak kami

ziyyad yang asik la tido..sebab angin pantai yang sepoi2 bahasa kot..


jejaka-jejaka 

masa mula-mula tengok ni tergelak besar saya..ntah pape la budak2 ni..


yang pompuan berapa kerat je yang ikut..ramai lelaki..keje dorang adalah mandi makan mandi makan mandi makan sampai muntah..haha..

saya duk sana sampai petang je pastu bawak hubby anta balik ke apartment..yelah,tak elok anak-anak kecil duk pantai maghrib-maghrib kan..selesa pun selesa bila balik umah..boleh tengok tv..

hubby memang ala-ala bujang la dia..lepas anta kitorang dia g balik ke pantai..pastu dia n the geng sambung mandi kat pool kat apartment pulak..mandi sampai kecut la saya tengok..hehe..

malam tu dorang ke pantai lagi..mak tido je tak koser nak feeling2 bujang takde anak..pukul 6 pagi baru hubby and the geng balik ke apartment..balik rumah bising-bising pulak dorang..nasib baik anak2 saya jenis tido mati..kalau tak dengan hubby sendiri saya halau duk luar rumah..hahaha...

to be continue.......................................... ;)

Wednesday, March 28, 2012

Pasal BE

alhamdulillah..setelah bertahun-tahun berblogging baru dapat be..ada dua be tengah running kat blog kecik ni setakat ni..harap-harap lama la bertahan supaya dapat la saya merasa duit nuffnang..ni tak,asik tengok orang lain je tayang cek..hewhewhew... :)

btw,terima kasih ye mr nuffnang..


Lambat sikit bersiaran hari ni, ic hilang punye pasal...

tajuk dah ala-ala isi penting entry je kan?saya masuk opis ngam-ngam pukul 9 pagi tadi gara-gara g jpn..bkn saya yang hilang ic tapi maksu saya..nasib tak ramai org kat jpn pagi tadi..setengah jam dah setel semua..dan yang paling penting mujur la tak kena bayar untuk buat ic baru tu..

taktau tercicir kat mana..dah la ada lesen dengan bank kad ada sekali dalam beg tu..duit tau pulak simpan elok-elok..hehe..tu la pakai beg banyak sangat..maksu oh maksu...

dia dah la nak kena out station ke penang hujung minggu ni..haa,camno tu?

sambil taip entry ni sambil mengepam...dah lari sket timing pam..takpela,bukan selalu ponn...

Tuesday, March 27, 2012

Baru nak cuba


orang lain dah berzaman minum air sengkuang cina ni saya baru nak try semalam..ok la rasa dia tapi ada manis sket..yang best ada ketulan isi sengkuang yang sedap bila dikunyah..hehe..saya minum bila tengok ada akak kat opis ni minum,katanya sebagai milk booster..sebab tu saya try jugak..

cuba lah..anda pasti menyukainya...ceh,macam iklan la pulak..

Opocot! tanjat mak tengok...

kejadian pagi jumaat minggu lepas..pagi-pagi mak tengah kalut bersiap nak g keje keluar kat ruang tamu tengok-tengok alahaiii semput dada mak...fuhh fuhh fuhh tarik napas lepas napas untuk mengelakkan amarah meletup di pagi hari jumaat nih...

izzul,kalau tolong lipat ok gak ringan sket beban mama.. ;)

ni tak lain tak bukan mesti keje izzul..malam-malam kalau tak sepahkan rumah konpem takleh tido mamat tu..huhu..dah la tido lambat..mak taktau dia tido pukul berapa sebab kadang-kadang mak tertido awal sesambil nenenkan adik..

jadi izzul main sendiri-sendiri je..sian kalau korang baca kan..macam dia kurang kasih sayang je kan..tapi nak buat camna takleh nak bagi perhatian sepenuhnya kat dia semenjak ada adik ni..kena berbagi kasih..huhu..

selalu dia dah puas main kalau dia nak susu baru dia kejutkan saya..kalau tak,dia tido jela kat mana-mana dia suka kat atas toto tu..bila saya terjaga kadang-kadang tengok dia tido kat hujung kaki saya (syurga bawah tapak kaki ibu kan..hehe),sebelah adik dia atau sebelah saya..tapi mostly dia akan tido kat hujung kaki saya pastu saya angkat letak kat sebelah saya...

macam malam tadi pukul 12.30 tengah malam duk mintak nasi..mamai-mamai mak bangun buka periuk carik nasi..nasib la ada nasi,kalau takde jenuh pulak saya nak masak nasi tengah malam buta..elok je dia bila saya suapkan dia dan saya amat hargai momen camni dengan dia..

lepas makan nasi mintak susu pulak pastu baru tido...mak tengok jam dah pukul 1 pagi..jadi la zomba zombie mak hari ni..hehehe...

Kisah hospital...

salam semua...

saya ada perasan dekat keyword ada yang mencari pengalaman bersalin di HKL..yang taktau boleh baca di sini,sini dan sini ye..berapa banyak sini daa..hihihi..

seperti yang saya ceritakan,pengalaman bersalin kat hkl tak seteruk yang disangkakan..maklum la sebab hkl adalah hospital besar(ramai orang yang mendapatkan rawatan di sana) menyebabkan orang lain beranggapan layanan kat sana tak ok,tak best serta low class..sebelum-sebelum ni memang banyak saya dengar cerita pasal kalau bersalin kat hospital gomen layanan yang diberikan oleh petugas-petugas di sana tidak memuaskan..

tapi alhamdulillah sepanjang 3 hari 2 malam saya di sana layanan adalah sangat bagus walaupun saya duduk di wad kelas ketiga..lagipun saya bukan lah jenis yang cerewet dan manja mengada-ngada..setakat saya boleh tahan saya tahan..so far takde peristiwa yang menyakitkan hati berlaku pada saya sepanjang saya di sana..saya anggap itu adalah rezeki Allah..

walau di mana anda bersalin sakit bersalin adalah tetap sama..pada pendapat saya,terpulang pada individu itu sendiri..kalau rasa ada duit berkepuk-kepuk sila kan la ke hospital swasta..kalau duit kurang macam saya sila la ke hospital gomen..pilihan adalah di tangan anda..

kepada semua mommies to be buat la pilihan yang bijak dan jangan takut untuk bersalin di hospital gomen..lets say kan terkena layanan yang tak best kat hospital gomen untuk bersalin kali ni,next time tak payah lagi bersalin kat hospital gomen lagi..kita cuba kat private hospital pulak..same goes to me..hehehe...

hkl ok tapi pengalaman saya bersalinkan ziyyad di husm kubang kerian tak berapa best..kenapa?nanti saya akan ceritakan...

anyone nak share pengalaman korang di hospital??

Monday, March 26, 2012

Isnin yang malas

petang baru nak up entry..apa punya malas melekat nih..hehe..hari ni walaupon hari isnin tapi saya takde la terkejar-kejar nak hantar izzul umah angah..sebabnya sepupu saya baru sampai kat rumah saya pagi tadi..jadi dia offer nak jaga izzul hari ni..alhamdulillah...

tadi saya sms dia tanya camna izzul..dia kata ok je..syukur la..saya bukan apa,yang buat saya terkejar-kejar dan kadang-kadang lambat ke opis sebab izzul la..adik dia ok je sebab kecik dan taktau wat perangai lagik..

tapi kalau izzul,jenuh nak pujuk dia sebab kadang-kadang dia nangis taknak g rumah angah..nak g kat mama..pastu nak berdukung la hape la..macam-macam onar dia buat..adoiyaii anak...jarang benar dia tak wat hal..

kalau hantar rumah angah memang saya buat 2 trip..first anta adik dengan beg baju,beg susu dulu..pastu baru dukung anta dia pulak..macam mana nak gemuk mak dia kalau hari-hari camni?

Saturday, March 24, 2012

Duduk rumah diam-diam jela..

arini taktau apa aktiviti nak buat..so duduk rumah diam-diam jela..tapi petang ni kami akan ke pasar malam kat bangi..saje nak bawak budak berdua ni jalan-jalan..keje umah dah setel..tinggal nak lipat kain yang bergunung-gunung tu je..alahai tak suka sungguh lipat kain..tapi terpaksa jugak kena buat...

oh ya,malam tadi makan sate willy..sedapnya..masih terasa lagi ni..hehe..series..rasa dia jauh lagi sedap dari sate samuri..harga dia 70sen satu cucuk..saya beli 20 cucuk untuk 3 orang makan..cukup la tu..izzul saja makan 5 cucuk sate ayam..suka sungguh dia makan sate..takpe la nak,asalkan kamu nak makan..

rare pulak rasa bila update blog hari minggu..multi tasking la katekan..hehe..ni sementara demuk tido boleh la nak berblogging..kalau tak jangan harap la..

k la,nak lipat kain pulok..k bai.. :)

owh,rindu pulak kat demok yang besar tu... :P

Friday, March 23, 2012

Ziyyad VS Walker

ntah angin apa datang tetibe nak beli walker untuk ziyyad..sebelum ni dah ada izzul punye tapi dah diranapkan oleh beliau..tak boleh nak buat turun temurun untuk adik..terpaksa beli baru..

ikutkan saya taknak ajar anak duduk dalam walker sebab banyak keburukan dia..tapi entah la...ingatkan bila ziyyad duduk dalam walker takde la dia nak merengek-rengek tapi nampaknye sama je result dia..

sebabnya dia taknak duk dalam tu..kalau letak tak sampai 10 minit dah berbunyik..baik letak bawak terus..at least kat bawah boleh tahan sampai setengah jam dia duk menyulur sambil mop lantai main dengan mainan dia...

hubby yang beli walker ni..masa tu lalu depan kedai barangan baby pastu dia berenti dan suruh saya tunggu dalam kete dengan anak-anak..ingatkan nak buat apa sekali dia g beli walker..saya pun taktau rupa bentuk walker tu camna sehinggalah sampai rumah..sebab lepas beli hubby terus sumbat dalam bonet kete..

dah balik rumah sekali tengok alahaiiiii..............taste laki aku...nak tergelak pun ada..kemaruk nak anak pompuan ke yang oii?sabaq sabaq k..hahaha...

sebelum

selepas 10 minit,see the face...

saya rasa tak lama lagi jadi tukun la walker ni..si abang pulak asik la duk bertanya abang boleh duduk ke tak..ranap nanti apa mama nak jawab kat papa nak oi...jaga sikit hati bapak kamu yang susah-susah belikan walker ni..

Babysitter baru..

tajuk gempak je kan?sebenarnya angah cuti hari ni sebab dia balik kampung..malam tadi saya g hantar angah dan danish kat putrajaya sentral..jadi sebelum-sebelum ni kalau angah cuti maka saya pun akan mintak cuti  jugak sebab nak jaga izzul dan ziyyad..

kini tidak lagi dengan adanya MAKSU...siapakah maksu iteww?ngengeh...

ini lah maksu..maksu ni adik mak saya yang bongsu (of cos la bongsu,kalau tak mana leh panggil maksu)..dia tinggal dengan saya sekarang ni..sebelum ni dia tinggal kat bangi sebab keje kat sana..pastu bila dia dah beli kete dia pindah duk dengan saya..

kebetulan hari ni dia tak keje..syok woo keje sony keje 4 hari je..jumaat cuti..huhuhu..jeless...jadi dia la jadi babysitter gantian kat rumah..harap-harap maksu tak semput la nak layan 2 beradik tu..hehe..setakat ni dia tak call saya lagik jadi saya assume takde masalah la dia nak handle cucu-cucu dia tu..

semalam saya dah ajar dia camna nak guna warmer,camna nak handle ebm and so on..harap-harap ok la..tengah hari kang saya balik pantau hasil kerja dia..haha..

so,kepada maksu...HAPPY WORKING today yer..hikhik..selalu asik keje dengan mesin-mesin harini bekerja la dengan cucu-cucu mu itu..

Hutang yang tertunggak...baru nak bagitau ni..

aritu kat entry ni saya ada bagitau suami saya belikan sesuatu untuk saya kan?saya suruh korang teka kan?jawapan nya adalah jeng jeng jeng.....

*




*




*






*






*






*





set TUPPERWARE kaler merah menyala yu ollss...

caya lah mr ujang!isteri mu ini amat-amat menyukainya..thanx hubby!sebenarnya saya bukan la peminat fanatik barangan tupperware ni..mahai bebenor,tak koserr nak beli banyak-banyak hai..tapi kalau orang dah bagi takkan nak tolak pulak kan?kan?

kalau betul-betul berkenan baru saya beli tapi kalau untuk buat koleksi tu memang idok la den nak beli nye..takde makna bagi saya kalau beli pastu duk peram dalam kabinet untuk tontonan umum sahaja..saya jenis gunakan terus..haha..

yang besar dah digunakan untuk letak ayam atau ikan dalam peti ais..yang kecik-kecik tu saya letak biskut izzul dan ziyyad..langsai terus!hehe...

saya pun tak sangka dia belikan tupperware ni sebab para suami ni tanpa kita sedar rupanye dorang tau macam mana nak ambil hati isteri dalam diam..betul tak?kadang-kadang bila saya bercerita apa-apa nampak macam dia endah tak endah je sebab kusyuk tengok bola tapi rupa-rupanya benda tu masuk jugak dalam kepala dia..

hurrmm....btw,thanx again to you hubby....cayang awak sokmo lah!lain kali beli lah lagi ye... ;)

Thursday, March 22, 2012

Kasih bapa hingga ke syurga

dari kecik sampai la dah besar panjang ni saya lebih rapat dengan ayah..apa-apa masalah saya bagitau ayah dulu..bukan bermakna saya tidak sayangkan emak tetapi saya lebih selesa bercerita kepada ayah..kalau dengan mak harus kena bebel dulu kalau saya bagitau sesuatu..hehe..oh,rindunye kat mereka berdua.

memang saya peratikan kalau anak pompuan lebih rapat dengan ayah manakala anak lelaki pulak rapat dengan ibu..betul tak?

lepas kahwin saya duduk berjauhan dengan suami kerana suami saya menjaga ayahnya yang kena strok..suami saya terus berhenti keje di sini dan balik kampung untuk menjaga ayahnya..dan tinggal lah saya dengan izzul dan ziyyad di sini..

semuanya saya lakukan sendiri memandangkan suami saya hanya balik 2 minggu sekali kerana tuntutan kerja serta tanggungjawab seorang anak terhadap ayahnya..awal-awal dulu saya sering menangis kerana cemburu dengan orang lain..orang lain ada suami di sisi ketika susah dan senang..bukan ke bahagia bila suami ada di sisi?kenapa mesti suami saya?kenapa saya yang harus menanggung beban ini?soalan-soalan ini selalu bermain di fikiran,hati dan jiwa saya...

hingga lah suatu hari saya tersedar..kenapa saya harus menidakkan qada' dan qadar Allah..mungkin ini jalan yang terbaik yang telah Allah susunkan untuk saya..hikmah Allah terlalu luas dan terlalu sukar untuk dimengertikan kalau kita tidak berfikir secara waras..bila hati dibutakan dek nafsu kewarasan fikiran memang tertutup..

bila saya letakkan diri saya di tempat suami,baru saya sedar betapa susahnya dia membuat keputusan untuk memilih antara saya dan ayahnya..antara tanggungjawab sebagai seorang suami dan anak...dan saya tahu dia orang paling resah bila saya saya telefon dan bagitau anak-anak tak sihat atau saya sendiri yang tak sihat..

kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita sehingga lah kita melalui jalan yang penuh kepayahan itu dan di penghujung jalan baru kita sedari rupanya ada bahagia di situ...

mungkin ada hikmah yang kita tak tahu di sebalik semua ini..kadang-kadang kita nampak suami isteri yang tinggal bersama hidup bahagia sedangkan hakikatnya hanya dorang sendiri yang tahu...

saya memilih berjauhan jika ini yang terbaik untuk kami...dan saya bersyukur kerana tempoh kami berjauhan hanya 2 minggu sahaja sedangkan orang lain berbulan-bulan baru jumpa suami/isteri..

adakah saya akan lakukan seperti suami saya lakukan sekiranya ayah saya sakit?saya selalu menanyakan soalan ini kepada diri sendiri...sehingga kini saya masih tidak ada jawapan nya.....

we love u so much pa...xoxo...

Taktau nape..dia suka jelir lidah...

nape ek?ke memang baby camtu?seingat saya abang dia tak camni pulak..tapi ziyyad memang suka keluarkan lidah..huhu..



Wednesday, March 21, 2012

Sesi karaoke bersama anak-anak...

ni 2 minggu lepas kitorang g kl nak jumpa kawan-kawan lama kat sana..kitorang sampai lambat sikit,bila call tanya dorang kat mana,dorang cakap tengah karaoke kat news ktv..hubby tanya nak masuk sana tak sebab bawak anak..takut bingit lak telinga anak-anak..saya cakap takpe  la,lagi pun sesi karok dorang nak abis dah..

bawak la anak masuk dalam tu..standard la bunyi dalam pusat karaoke camni kan..memang bising..tapi anak-anak boleh pulak...

*



*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*



*


*


BANTAI TIDUR kat dalam tu!
penat sangat ikut mak pak berjalan ke hulu hilir hari tu gamaknye...

bakal-bakal penyanyi..huahuahua...

WW - cer teka kami ke mana?

tapi takde hadiah tau.. ;)


Tuesday, March 20, 2012

Abang Izzul

dah lama tak bercerita tentang hero sulungku,izzul..dia dah 2 tahun 4 bulan,dah pandai macam-macam..dia la penghibur,dia jugak la yang bikin mama menjerit dengan suara yang paling nyaring sekali..haha..

cakap pun dah makin jelas..tapi ada jugak bahasa jerman kadang-kadang tu..yang paling best bila dia tengok mama tengah buat sesuatu mula la mulut comel tu bertanya "mama,mama watpe tu"..oloh oloh shomel je mama rasa..

yang paling tak best dengar adalah "mama,iju yak (berak)..jom la cebok iju"..haha..bontot dah gatal ye nak..selalu dia request pulak nak suruh sape basuh..nak papa nanak mama..bagusss...

suka tengok cd..kejap-kejap cd monyet,kejap lagi kang mintak cd kule-kule (kura-kura)..ada je yang dia request..nak tengok kat dvd player okeh,i means kat tv..kalau pasang kat laptop dia tak layan..wah,kecik-kecik dah pandai demand kan..

suka makan sup,bagi la sup apa pon semua dia belasah..tinggal mama dia je yang malas nak buat sup..sebab dah muak.."mama,nak shup" bak kata izzul..

dah tak buat/usik adik lagi dah..dah pandai main dengan adik dan sayang adik..akan tetapi,kalau adik pegang-pegang mainan dia siap la dia g tarik mainan tu..dia akan cakap camni "iyad,ni iju munyer (izzul punye)"..

suka tolong mama lipat baju pastu kalau mama tumbuk bawang dia la tukang bubuh bawang satu-satu dalam lesung..boleh disuruh amik barang-barang atau erti kata lain rajin.. :)

pendek kata macam-macam dia dah boleh buat..kalau kite marah dia marah kat kite balik..lagi garang pulak tu..haha..

malam aritu pernah suruh dia amik pampers adik kat bilik ketiga tapi dia berdiri je depan pintu bilik pastu dia cakap camni "mama,jom a iju takut ada antu"..alamak!terkejut badak saya dengar..masa tu cuak jugak pastu duk pikir dari mana dia belajar perkataan antu tu sebab saya tak pernah ajar kat dia..saya selalu takut2kan dia dengan lipas,ulat bulu..tak penah saya bercakap pasal antu depan dia..agak-agak dia nampak ke ek?haisshh..nak cite pasal izzul dah jadi versi seram dah ni..hohoho...

kusyuk tengok cite feveret dia...

Rajin masak bila suami ada di rumah

pagi ni rekod bangun awal sebab berjaya bangun pukul 545 pagi gara-gara nak masak ikan asam pedas untuk sang somi..semua bahan dah disediakan malam tadi..pagi ni tinggal masak jer..

sepatutnya nak masak untuk makan malam tadi tapi disebabkan lepas abis keje kitorang terus zass ke sunway piramid untuk amik sepupu saya,maka postpone pada pagi ni..panjang nau explanation saya..

maka berkungfu la saya sorang-sorang pagi tadi kat dapur sampai luka jari terkena pisau..kalau suami tak puji lagi taktau la,betapa banyak effort saya dalam menyiapkan asam pedas tu..dah la tak reti masak..huhu..gambar takde sebab terlalu kosentret memasak hingga lupa snap gambar..haha..


ni gambar hasil google...lebih kurang camni la rupa dia sebab saya taruk bendi dan tomato..

harap-harap kena la dengan tekak suami walaupun saya tau tak sesedap masakan mak dia..tsk tsk tsk..eh,macam baru kahwin je statement..hehe..

Monday, March 19, 2012

Pertama kali buat tiramisu...

salam semua..hari isnin datang,lagi pastinye ramai yang bluess hari ni termasuk la anak kecik saya yang nangis bila dihantar ke rumah babysitter..huhu..

ni percubaan pertama buat tiramisu..selama ni ingat susah nak buat tiramisu sekali google2 resepi tengok very the easy peasy sebenarnye *mode berlagak sudah datang*..haha..alhamdulillah menjadik jugak tiramisu ni kalau tak ke tong sampah la jawabnye..

resepi amik dari sini


bahan-bahan dia adalah seperti gambar dia atas..semua bahan dibeli di kedai bakery yummie di bangi ye..

ni gula ye kawan-kawan..ada yang tak kenal gula kerr?

gula dikacau dengan cream cheese jenama tatura sehingga sebati..memandangkan mak takde mixer maka kite kerah aje la kudrat lengan ni..
masukkan sesudu esen vanilla untuk bagi bau wangi sikit..

kacau lagi dan lagi...sampai la pueh ati.. :)

biskut tadi dicelup dengan air nescafe yang dibancuh tanpa gula ye..kalau takde nescafe milo pun boleh jugak..kena susun cantik-cantik sebab kalau tak cantik mood nak makan tak datang..

curahkan adunan cream cheese tadi 

buat la berapa banyak lapisan yang korang suka..letak biskut pastu cream cheese..biskut pastu cream cheese..pastu gunakan tapis untuk tabur serbuk koko di atas cream cheese tu..ni optional..
view dari tepi..dah siap simpan dalam peti ais lebih kurang untuk 4 jam..pastu boleh dimakan sejuk-sejuk yummy.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...