Followers

Wednesday, July 6, 2011

# Kelahiran izzul part 2..

ok,ni sambungan yer..

dari palong kami terus ke HKL..aku kena tunggu kat kaunter pendaftaran dan masa ni berlakunya debaran penuh makna berlaku sebab first time kena seluk.. ngilu weh!hehe..bukaan baru 1cm tapi disebabkan air ketuban dah banyak keluar maka kena tahan kat wad sebab senang nak monitor in case jadi apa-apa kan...sementara tu hubby balik rumah kejap sebab nak amik beg baby dan beg aku..ala,rumah dekat je masa tu duk kat kampung baru..tak sampai 15 minit hubby dah muncul kembali..

misi pun suruh aku naik wheelchair dan tolak ke wad walaupun aku berkali-kali cakap saya tak sakit dan boleh jalan sendiri..hubby aku yang duk kat sebelah ni tergelak-gelak tengok gelagat aku..check in la aku dalam wad ditemani hubby terchenta..masa tu dah pukul 1 tengah hari..tapi aku tak ingat dah wad tu no berapa,dah la kelas ketiga gara-gara tak prepare GL..sama taraf dengan indon dah aku masa tu sebab ada kakak indon duk depan katil aku..haha..

semua berjalan lancar,sebab tak rasa sakit lagi kannn..boleh la duk berhuha huha dengan hubby..memang tak rasa contraction ke ape ke jadi kita enjoy..haha..baru la merasa boring duk kat hospital,tu baru check in beberapa jam je..

kat hkl memang takleh tunggu kat dalam wad kan,ke aku sorang yang jakun ni?kalau mak ke sedara ke nak tunggu ada ruangan menunggu kat luar tu..kat situ la dorang tido dan makan (kalau tak silap aku la)..aku takde orang teman pun..harapkan hubby jer,tu pun kalau dah abis waktu melawat dia balik la rumah..tinggal la aku terkebil-kebil sorang diri..nak bertegur sapa dengan jiran-jiran segan pulak..hehe..

malam tu dalam pukul 12 tengah malam aku dah start rasa sakit sikit..merasa la sakit sorang-sorang..sakit kejap pastu stop pastu start sakit balik..mula-mula boleh tahan pastu makin lama makin sakit..mulut ni tak henti-henti duk baca doa,zikir la,mengira la..menangis tau..

hubby pulak kejap-kejap sms tanya aku ok ke tak..kebetulan biras aku keje malam masa tu dia la tolong urut2 belakang (SIL ni keje sebagai nurse kat hkl tapi bahagian lain)..mujur la ada dia,boleh la borak-borak untuk hilangkan sakit..

lepas je SIL ni pergi sambung buat keje dia,aku cuba jugak paksa diri untuk tido walaupun sakit..tapi tu la,sakit mengatasi segala-galanya..dah tak tahan aku panggil misi pastu misi suruh masuk bilik untuk check bukaan..baru bukak 2cm tapi aku rasa macam nak putus pinggang ni..huhu..

sambil duk berperang dengan sakit tu aku tertido,sedar-sedar dah pagi..bangun,mandi dan duduk je atas katil sambil termenung..masa tu pukul 8 lebih..sakit tu masih ada tapi tak seteruk malam tadi la..pastu misi datang hantar breakfast roti 2 keping dengan air milo suam..tu je yang aku makan..pukul 9 pagi camtu doktor datang dan kena seluk lagi..kali ni doktor lelaki,malu tu memang malu tapi nak buek camno..takleh nak elak..haha..

kali ni bukaan dah 4cm,terus dibawa ke labour room..sempat lagi aku tanya misi boleh tak saya bawak handphone ni sebab saya nak inform hubby saya..dia kata bawak jer..sampai je kat labour room (LR) aku terus sms hubby bagaitau dah masuk LR ni,bilik sekian sekian..

sementara nak tunggu hubby datang tu aku memang tak tahan sakit terus request epidural..sakit yang menggila yang amat..tuhan je yang tau..patut la syurga itu di bawah tapak kaki ibu..masa ni terus insaf tiba-tiba,teringat kat mak kat kampung..menangis aku sorang-sorang..sebak sedih semua bercampur baur..

lepas cucuk epidural terus hilang sakit..syukurr..tak lama kemudian hubby aku sampai..dia tanya aku dah makan lum,aku cakap makan roti dengan air milo je..pastu hubby tanya doktor wife saya ni boleh makan lagi tak sekarang,kalau tak saya nak g beli breakfast untuk dia..doktor cakap takleh makan dah sebab anytime from now boleh beranak ni.masa tu ada doktor india perempuan duk prepare peralatan untuk aku bersalin..baik sangat doktor ni..dia siap cakap u spend la time dengan u punya hubby,i tunggu kat luar ni kalau ada apa-apa panggil i yer..

ni la gambar masa kitorang duk berdua-duaan tu..aku siap boleh baca metro lagi masa ni..hehe..gambar tak clear sebab pakai tipun cap ayam..menggelabah punya pasal hubby lupa bawak camera..

 muka orang sakit..


 masa ni dah lepas inject epi boleh la buat peace bagai...haha..

papa n mama to be....

bersambung lagi yer....saje nak bako korang..hehe..

4 comments:

Bionic women said... [Reply this comment]

alamak ada sambungan ag ek..hehe.

aanie said... [Reply this comment]

ok la hkl suami blh masuk labour room..sy dulu mengerang la sorg2 dlm tu...suami xtau pape pun...huhu...

Huda said... [Reply this comment]

best2..citer yg menarik cam novel :)

DeQWa said... [Reply this comment]

saje je ek,ngah syok baca tetibe bersambung lak...dah macam drama plak...hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...