Followers

Tuesday, July 5, 2011

# Kelahiran izzul part 1..

assalamualaikum dan selamat pagi semua...

hari ni baru ada mood nak update blog,biasa la aku kan 'rajin'..hehe..so,kali ni nak cite pasal kelahiran anak pertama bucuk bucuk sayang aku tu..umur izzul dah nak masuk 2 tahun mak dia baru terhegeh-hegeh nak cite pasal pengalaman bersalin..memang dassarrr! ;)

tanpa membuang masa lagi,sila la anda baca sendiri ye..

ok,mengikut due yang doktor bagi aku dijangka bersalin pada 1/11/2009 (khamis)..pada 29/10/09 aku ada check up kat kk putrajaya..masa misi check dia kata kepala baby still tak engaged walaupun dah masuk 39 weeks ++,so kena refer doktor kat hospital putrajaya..kami laki bini ke hospital putrajaya dan diberikan appoinment untuk datang lagi satu minggu untuk jumpa pakar..kecewa kami di situ,ingatkan boleh jumpa terus..

pastu hubby cadangkan balik kampung dia jumpa mak bidan untuk urut ke camna..aku mengikut je..maka pada 30/10/09 (jumaat) tu aku EL sebab petang khamis tu jugak kitorang balik palong,kes tak sempat nak apply cuti..balik dari hospital packing2 baju terus balik kampung..hehe..lagipun hubby cakap hari ahad tu ada kenduri kat rumah paksu dia sempena dia dapat pergi haji..

kat kampung cite la kat mak mertua aku pasal kepala baby tak engaged lagi dan nak cari bidan untuk urut tapi mak kata tak payah la,tak elok..biarkan je nanti baby akan turun sendiri..dah orang banyak makan garam cakap camtu aku mengikut aje lah..kate menantu mithali kennn... :)

hari sabtu tu everything ok..duk umah mertua ni layanan bak puteri,cakap la nak makan apa pasti mak akan masak..tapi aku taklah kejam request nak makan macam-macam ala-ala mendera mak mertua pulak..apa yang dia masak aku makan jer..

dan seperti biasa kalau balik kampung title hubby aku adalah bujang..pagi kerja,petang main bola,malam kalau perlu lepak dengan kawan-kawan lepak dulu..tengah malam sikit baru la masa untuk aku..haha,aku tipu..dia tetap ada masa untuk aku tapi rutin dia lebih kurang camtu la,jarang lekat kat rumah..

kebetulan hari ahad tu kawan dia nak kahwin jadi malam tu dia sibuk tolong-tolong kat rumah kawan dia ni,pukul 1 pagi baru balik rumah..aku dah tido masa dia balik tu..

elok je tido sambil peluk hubby tetibe aku rasa macam ada benda meletup..bunyi "popp" disertai dengan keluar cecair tapi aku tak rasa sakit pun..disebabkan gelap aku tak nampak yang keluar tu air ke darah..alamak!dah nak bersalin ke aku ni..aku tengok jam masa tu pukul 5 lebih..aku kejut hubby boleh dia buat dekk je..sekali je aku kejut dia..tau la penat tapi bini ko dah ada tanda nak beranak nih.

aku pun ke toilet nak tukar pakai kain batik..masa berdiri tu tetibe keluar lagi air,kali ni lagi banyak..aku siap tadah lagi pakai tangan nak tengok camna rupa air ketuban tu..mental sungguh la..jernih je air dia..hehe..dah elok tukar kain semua aku masuk balik dalam bilik dan sambung tido..giler kan?dah tak sakit..kalau sakit takde la aku cool camni jer...

keesokan harinya 1/11/09 (ahad),semua duk bersiap-siap nak pergi rumah paksu hubby termasuk la aku..camna ntah aku boleh tercakap kat mak yang aku dah pecah air ketuban pukul 5 pagi tadi..masa aku cakap kat mak tu dah pukul 9 pagi..terkejut orang tua tu tengok aku boleh rileks je lagi..

terus kena halau balik ke KL semula..hahaha..mak cakap tak payah pergi kenduri tu terus balik KL pergi hospital..hubby pulak macam terkebil-kebil heran tanya nape aku tak kejut dia masa pecah air ketuban tu..aku cakap dah kejut tapi awak taknak bangun..mati-mati dia tak percaya aku dah kejut dia..ha,tau takut..

dan dan time tu jugak kitorang gerak balik ke kl,perjalanan dari palong almost 3jam jugak la..hubby pulak bawak kete kemain slow takut aku terhentak-hentak..kejap-kejap tanya aku sakit ke tak,naik boring aku nak jawab tak sakit tak sakit sepanjang perjalanan tu..hehe..tau pulak menggelabah ko ye bang.. ;)

ehh,panjang la pulak..nanti ada sambungan tau..tungguuuu!

6 comments:

Unknown said... [Reply this comment]

best cite azni :) sambung lg yer..heheh

aanie said... [Reply this comment]

ada ke dah 39 minggu pun nak kena buat appointment lagi seminggu..
hehe, nasib baik mak halau balik kl...tp smpt bersalin kt spital x ni?adventure lak...

Bionic women said... [Reply this comment]

x sabar lak nak tunggu sambungan..best citer ni, buleh box office..hehe

ajumohit said... [Reply this comment]

hadui cmne sakit2 balik kampung 3 jam tu..eii ngeri dgr

amiey lee said... [Reply this comment]

hahaha zni..serius kta pun sama..masa pecah ketuban tu terkebil2 tak tau nak wat apa... yang lawaknye pecah kt opis.... abis atu opis riuh rendah..kecoh... siap tolak wheelchair

Unknown said... [Reply this comment]

takpelah,buat catatan untik izzul baca bila besar nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...