Followers

Monday, April 18, 2011

# Berjaya jugak akhirnya..

apa yang berjaya jugak tu??hehe..akhirnya aku berjaya jugak balik ke kampung hubby sendirian.err,aku tipu..camni alkisahnya,pagi sabtu aritu tetiba je aku menyuarakan pendapat kepada housemate ku nak balik kampung hubby kat negeri sembilan nun.

aku ajak dia sekali of cos la kena ajak dia sebab naik kete dia pastu dia yang drive.kalau tak ajak dia macam mana nak balik?tak koserr aku nak hangkut izzul naik bas.sekali dia setuju walaupun aku sendiri pun teragak2 jugak.yelah,aku ni bab2 jalan failed sikit walaupun duk beratus kali ulang alik ke sana.

so kitorang ala-ala gamble jelah ni.dah aku kemaruk sangat nak balik kampung mertua punya pasal.ingat nak buat surprise kat laki aku konon-konon dia tengok aku dah terpacak kat depan rumah sekali kantoi la sebab aku duk sibuk call tanya jalan.

memang betul2 unplanned la sebab pagi tu housemate aku tengah duk potong2 kentang nak buat karipap la kekdahnya sekali termakan hasutan aku.haha.terus dia simpan balik kentang dalam peti ais pastu packing2 barang sesiap nak berjalan jauh nih.

tawakal jela kami berdua ni.bertolak dari putrajaya pukul 12.30 tengah hari,pukul 3.30 petang baru sampai palong.not bad la bagi kami2 yang balik sendiri ni,bawak kete pun slow2 je biar lambat asal selamat.tak gitu kawan2?

alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya pada hari kejadian itu.sampai je kat rumah tengok mak tengah tido,terkejut dia tengok aku terpacak kat situ pastu tanya balik dengan sapa,macam2 lagi la.laki aku pulak keluar pergi mana ntah.

since menantu bongsu dia *yang paling jarang balik sana* dah balik harus lah dia masak sedap2 kan.mak siap request lagi hari ahad tu balik petang sikit sebab dia nak buat rendang ayam,my MIL ni memang expert bab2 masak tau.terbaekk lah kalau dia masak.

so pagi semalam sesi mengacau rendang tu diserahkan kepada housemate aku,diha.dia la yang bertungkus lumus tolong mak.aku?aku tolong tengok dan rasa jer.haha.dasar menantu antu..

diha siap tanya apa jampi mak aku baca time masak tu sebab semua masakan dia sedap2 jer.pengat ubi hasil tangan mak pun diha kata lain dari orang lain buat,manis dan lemak lain macam jer.aku er no komen.tapi memang boleh gemuk la kalau duk sana.sebab tu aku taknak pindah duk sana..*alasan* kuikui...

1 comments:

Huda said... [Reply this comment]

palong tu kire jauh gak azni nak masuk ke johor kan..seb baik leh smpi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...