masa pregnant kan izzul dulu 5 bulan lebih baru boleh rasa pergerakan baby..yang ni cepat sikit.mana-mana pun tak kisah asalkan baby sihat dan sempurna.
tiba-tiba teringat masa aku 1st pregnant dulu,masa kandungan 4bulan camni la aku jatuh motor.sadis sungguh!alkisahnya masa tu keje swasta sama tempat keje dengan hubby tapi lain2 department.hubby keje pagi aku pulak shif petang.motor pulak ada satu,nak bawak kete leceh jalan jem tau-tau jela jem kat kl camna der.
so,pagi-pagi tu hantar hubby pergi keje (masa ni dia yang bawak motor).dah hantar hubby,aku akan balik sendiri ke rumah sorang-sorang.aku bawak slow je sebab jalan sibuk ditambah lagi aku bawak motor secara haram (takde lesen lagi) masa tu.slow2 pun takde la sampai kura-kura boleh pintas aku.
elok je aku jalan tiba-tiba ada sebuah motor keluar mengejut dari simpang terus je duk rapat kat depan motor aku.nak elak dari langgar motor kat depan tu aku brek emergency terus aku tergolek jatuh,motor aku yang berat tu pulak hempap badan aku siap kene seret dengan motor la.adehh!sakit takyah cakap la.
nasib la takde kete kat belakang aku kalau tak jadi arwah dah kot.ada mamat sorang ni tarik aku bangun pastu tolong angkat motor bawak ke tepi jalan.dia tanya ok tak aku cakap ok,sikit je.pastu dia terus pergi.
motor pulak abis pecah lampu dan takleh start.terpaksa la aku sorong motor balik rumah dalam kesakitan tu.seluar trek yang aku pakai pun abis koyak kat lutut.balik rumah tak call hubby lagi,bukak2 baju duk depan cermin tengok luka teruk ke tak.
abis kaki,lutut,peha,siku,perut aku luka dan berdarah.aku duk risau pasal baby je ok ke tak.luka kat aku ni tak kisah sangat.pastu baru call hubby,dia tanya camna boleh jatuh,teruk ke tak bla bla bla bla (membebel pun ada jugak di situ)
lepas je cakap dengan hubby,akak ipar aku yang duk sebelah rumah datang tengok aku.rupa2nya hubby aku dah sepantas kilat call akak dia suruh bawak aku ke hospital.ikutkan aku taknak pergi hospital tapi fikirkan sebab jatuh terhentak perut pastu keadaan baby yang tak tau camna aku ikut la akak aku ke HKL..
pergi bahagian emergency dulu,doktor check,cuci luka and sapu ubat semua.siap kat emergency pergi ke bahagian o&g nak scan baby,tengok keadaan baby ok ke tak..
alhamdulillah,rezeki aku baby ok bergerak dengan aktif dan aku pun tak mengalami bleeding selepas kemalangan itu.dapat la mc seminggu,cukup heaven dapat berehat puas-puas di rumah.haha..tapi sakit-sakit badan tu tak payah cakap la.4-5 hari tu,nak luruskan lutut pun tak boleh sebab luka belum kering,camtu jugak kat siku.
takpe,nasib baik hubby rajin urut aku time aku sakit tu.dan yang paling penting baby kami terselamat dari kemalangan itu.ini semuanya dengan kuasa tuhan yang maha esa..
my biggest miracle...
2 comments:
alhamdulillah, xde pape..dah besar pnjg pun izzul ni..
sy pun penah jatuh masa pregnant dlu...masa nak kuar kete, kain tersangkut...jatuh tersembam kat jalan...time tu blh lak lupa tgh pregnant..jalan mcm biasa je...lepas teringat tgh prgnen terus call hubby nangis2...huhu..
sungguh mengharukan cite azni :) alhamdulillah izzul membesar dgn sihat :)
Post a Comment