Followers

Thursday, April 14, 2011

# Random

assalamualaikum dan selamat pagi semua..

alkisahnya,minggu lepas aku dan izzul balik kampung,balik sabtu ahad je pun.aku balik tumpang kawan aku,kitorang gerak dari putrajaya hari jumaat pukul 8 malam dan sampai kat rumah aku pukul 4 pagi camtu lah.alhamdulillah sepanjang perjalanan izzul tak meragam langsung pun.

sampai-sampai je rumah terus tido sebab kepala macam dah weng.tambah pulak kat kampung pagi asyik hujan je lagi la syok tido.

pagi sabtu tu memang tak pergi memana pun sebab kat kampung aku tu hujan je.cuma petang tu kitorang pergi melawat one of my fren yang bersalin pada 2 minggu lepas.comel anak perempuan dia,bila aku pegang rasa macam kecik je padahal masa lahir dia lagi berat dari izzul.hehe..tak sabar nih!

yang kelakar masa kat rumah kawan aku tu si izzul punya la aktif,berlari sana sini pastu duk salam dan cium pipi sapa2 je yang ada kat rumah tu.padahal baru 1st time jumpa tu.buang tebiat agaknya.siap kaki terjerlus dalam air kopi lagi.haha..orang cicah biskut dalam air,dia cicah kaki.nasib baik air tak panas kalau tak melecur dah kaki gemuk tu..

malam pulak ayah aku ajak pergi pasar malam kat bandar pasir puteh tu.izzul aku tinggal kat rumah dengan adik aku yang lepas spm tu.ingatkan bila dah balik rumah dia dah bangun rupanya tido dengan lena lagi si izzul tu.sampai ke pagi besok dia tido tau,tak pernah-pernah lagi dia tido lama camtu.penat agaknya sebab malam sebelum tu tido dalam kete je mana la selesa.

lagipun petang tu adik beradik aku rajin je layan dia duk main kat depan rumah,orang baru dapat pijak tanah la katakan harus la excited lain macam sikit.siap pergi masuk kan kaki pastu duk tepuk-tepuk dalam lopak-lopak air lagi tau.grrrr....

pagi ahad tu sebelum ayah aku pergi keje sempat dia gunting rambut si izzul ni.nak pakai mesin sebenarnya tapi mesin pulak rosak terpaksa la manual jer.umpan dia dengan burung merpati kat belakang rumah.

bagi dia makanan burung suruh dia tabur bagi burung makan sambil2 tu tok ayah dia trim la rambut dia.hazab tau!aku tukang pegang dia ni pun tension.nak potong tang area telinga tu susah sikit sebab dia macam geli-geli pastu tangan duk tepis gunting.aku risau kang ada tergunting telinga ni.hasilnya senget benget jugak la sikit,takpe hasil seni tok ayah izzul tu.kenangan!nanti bila aku rindu ayah aku,aku tengok la rambut izzul tu.haha..

dah siap gunting semua,mandikan dia pastu bagi makan.pastu dia duk main dengan adik aku.sekali tengok-tengok dia dah tertido padahal masa tu baru pukul 9 pagi.penat tak hilang lagi ke yayang?

sementara dia tido aku kemas barang-barang.jap lagi nak gerak balik ke putrajaya pulak..pukul 12 tengah hari kawan aku datang amik maka bergerak la kami meninggalkan kampung halaman..sob sob sob...

kitorang sampai di putrajaya dalam pukul 9 malam,penat woh.nasib baik izzul dah tido,takde maknanya nak unpack segala.layan mentor jap pastu tido.esok nak keje pulak nih!

1 comments:

Zuwairi Aiman said... [Reply this comment]

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...