Semasa lahir kulit kepala ziyyad bersih dan cantik jer..lepas tu masa umur 7 bulan saya perasan kepala dia ada kerak berkuping-kuping..masa tu sikit jer..so just letak baby oil dan gosok perlahan sampai kuping tu hilang..perkara ni berlaku on off..sampai umur dia 11 bulan dah hilang langsung cradle cap..
tapi umur cecah setahun 2 bulan datang balik cradle cap ni sampai la sekarang..ingatkan dah sembuh sepenuhnya..huhu..so setiap hari memang kena sental kepala dia bagi bersih..tapi 2 kemudian dia akan berkerak balik..
benda ni tak sakit kot cuma gatal la sket,sebab kadang-kadang tengok dia tergaru sampai berdarah..kepala pun bau hanyir je sebab ada air bisa dia.. :(
pada yang taktau ni ada info sket pasal cradle cap..
Apakah Cradle Cap atau "Tahi Sawan" tu?
Cradle Cap dalam istilah perubatan dipanggil Seborrheic Dermatitis adalah sejenis penyakit kulit yang biasa menyerang kebanyakan bayi yang baru lahir.ianya seperti sisik-sisik putih kadang kala kekuningan dan berkuping.sering terjadi di tempat kulit yang berminyak seperti di kulit kepala,belakang telinga dan kadang2 di kening..
Ia terjadi disebabkan kalenjar Seborrheic iaitu (oil producing glands) yang terlebih stimulate dan mengeluarkan greasy substance yang menyebabkan sel kulit mati melekat dan menjadi kering di atas kulit kepala..
Sering terjadi di kalangan bayi usia 6 bulan pertama dan boleh juga dihidapi sehingga beberapa tahun usianya..
Bagaimana ianya boleh dirawat?
Kebanyakan mencadangkan bahagian kepala sering disapu dengan minyak baby (baby oil) atau minyak zaitun (olive oil)..tujuan nya untuk melembutkan sisik-sisik kulit mati tersebut dan mudah tertanggal apabila disikat dengan lembut..
ni gambar google
ni gambar tuan punye sebenar..hehe..
lepas mandi cradle cap ni senang nak tanggal..just gosok perlahan pakai towel..tu jadi merah camtu..
budak ngada2 nak naik walker padahal dah boleh berlari pun..
macam bersih cuma merah2 sikit..ni gambar malam tadi..pagi ni tengok berkerak macam kelemumur balik..
camna nak buat supaya cradle cap ni hilang ye?
3 comments:
iye lah...budak2 kecik mesti ada benda ni kat kepala
hurmm...agaknya sampai umur berapa cradle crap ni terjadi...
thanks for da info ye...sangt2 memberi pengetahuan...selama ni akak kurang tau
ni mcm gatal² juga ker??? nasb baik x membantutkan pertumbuhan rambut...
Post a Comment