Followers

Thursday, April 7, 2011

# Balik kampung..

seperti tajuk di atas,insyaallah sekiranya tidak ada apa2 aral maka kami akan bertolak balik ke kampung pada petang besok..kami tu adalah aku dan izzul sahaja,papa izzul tak balik sebab ada keje lagipun aku menumpang kawan aku jer.

aku tak apply cuti pun,just balik sabtu dan ahad je.kalau rasa penat hari isnin tu kita EL la.haha..tak sabar nak balik kampung siap call ayah aku tanya buah-buahan apa yang ada kat kampung.

sekali ayah cakap sekarang mana ada buah sebab sekarang bukan musim buah lagi.sob sob sob..ohh,kuciwa sungguh hati anakanda mendengarnya..

ingatkan durian,rambutan dan dokong kat belakang rumah dah ada rupa2 nya nan ado lagi.tapi takpe durian ada cuma kena beli la,i means bukan dari dusun sendiri.lagipun ayah cakap durian kat kampung harga rm4-5 je sekilo.murah weh!kalau kat sini rm15 sekilo.gile mahal!

tak sabar nak balik kampung,last balik masa raya cina awal bulan 2 hari tu.kali ni balik kita gondol kan kepala izzul lagi,rambut pun dah panjang tu.hehe..

boleh jugak berjumpa kawan-kawan sekolah dulu,dengar cite ada yang baru bersalin..wahh,boleh cium baby baru lagi. :) tak sabar tak sabar nih!

semoga perjalanan kami selamat selamat saja..doakan kami ye..

Wednesday, April 6, 2011

# Sudah 18 minggu..cepat nya masa berlalu.. ;)

minggu ni kandungan ku dah masuk 18 minggu.wah,sungguh teruja rasanya.dan yang paling teruja sebab aku dah boleh rasa gerakan-gerakan baby yang aktif,kadang-kadang geli jugak rasanya macam ada orang tengah garu perut aku ni.haha..

masa pregnant kan izzul dulu 5 bulan lebih baru boleh rasa pergerakan baby..yang ni cepat sikit.mana-mana pun tak kisah asalkan baby sihat dan sempurna.

tiba-tiba teringat masa aku 1st pregnant dulu,masa kandungan 4bulan camni la aku jatuh motor.sadis sungguh!alkisahnya masa tu keje swasta sama tempat keje dengan hubby tapi lain2 department.hubby keje pagi aku pulak shif petang.motor pulak ada satu,nak bawak kete leceh jalan jem tau-tau jela jem kat kl camna der.

so,pagi-pagi tu hantar hubby pergi keje (masa ni dia yang bawak motor).dah hantar hubby,aku akan balik sendiri ke rumah sorang-sorang.aku bawak slow je sebab jalan sibuk ditambah lagi aku bawak motor secara haram (takde lesen lagi) masa tu.slow2 pun takde la sampai kura-kura boleh pintas aku.

elok je aku jalan tiba-tiba ada sebuah motor keluar mengejut dari simpang terus je duk rapat kat depan motor aku.nak elak dari langgar motor kat depan tu aku brek emergency terus aku tergolek jatuh,motor aku yang berat tu pulak hempap badan aku siap kene seret dengan motor la.adehh!sakit takyah cakap la.

nasib la takde kete kat belakang aku kalau tak jadi arwah dah kot.ada mamat sorang ni tarik aku bangun pastu tolong angkat motor bawak ke tepi jalan.dia tanya ok tak aku cakap ok,sikit je.pastu dia terus pergi.

motor pulak abis pecah lampu dan takleh start.terpaksa la aku sorong motor balik rumah dalam kesakitan tu.seluar trek yang aku pakai pun abis koyak kat lutut.balik rumah tak call hubby lagi,bukak2 baju duk depan cermin tengok luka teruk ke tak.

abis kaki,lutut,peha,siku,perut aku luka dan berdarah.aku duk risau pasal baby je ok ke tak.luka kat aku ni tak kisah sangat.pastu baru call hubby,dia tanya camna boleh jatuh,teruk ke tak bla bla bla bla (membebel pun ada jugak di situ)

lepas je cakap dengan hubby,akak ipar aku yang duk sebelah rumah datang tengok aku.rupa2nya hubby aku dah sepantas kilat call akak dia suruh bawak aku ke hospital.ikutkan aku taknak pergi hospital tapi fikirkan sebab jatuh terhentak perut pastu keadaan baby yang tak tau camna aku ikut la akak aku ke HKL..

pergi bahagian emergency dulu,doktor check,cuci luka and sapu ubat semua.siap kat emergency pergi ke bahagian o&g nak scan baby,tengok keadaan baby ok ke tak..

alhamdulillah,rezeki aku baby ok bergerak dengan aktif dan aku pun tak mengalami bleeding selepas kemalangan itu.dapat la mc seminggu,cukup heaven dapat berehat puas-puas di rumah.haha..tapi sakit-sakit badan tu tak payah cakap la.4-5 hari tu,nak luruskan lutut pun tak boleh sebab luka belum kering,camtu jugak kat siku.

takpe,nasib baik hubby rajin urut aku time aku sakit tu.dan yang paling penting baby kami terselamat dari kemalangan itu.ini semuanya dengan kuasa tuhan yang maha esa..

my biggest miracle...

ehh,orang semua duk WW arini aku pulak cite panjang lebar..ah,tak kesah la..

Monday, April 4, 2011

# Mr. Bean in da house

ni papa izzul belikan 2 minggu lepas.soft toy yang ke berapa ntah untuk anak teruna dia tu.aku sendiri pun berpendapat lebih baik belikan patung camni kat izzul berbanding mainan jenis kete,moto or lori.

bukan apa,beli tak sampai sehari terus jahanam mainan tu.tayar ntah ke mana,badan ke mana,kepala tah ke mana.

dia suka ketuk-ketuk pastu kejap je dah tercabut bahagian2 kereta tu.pastu kalau part-part yang kecik contohnya tayar cepat aje masuk dalam mulut dia.

banyak yang dah hancur mainan jenis kete kat rumah tu.so,kitorang tunggu dia besar sikit baru belikan semula mainan jenis kete2 nih.

at least kalau belikan soft toy camni lambat sikit rosak.lagipun aku peratikan si izzul ni jenis suka mainan lembut-lembut camni.duk peluk cium bercakap2 dengan patung tu.jangan ko jadi lembut dah la anak oi!


dia panggil patung ni boboi,terpengaruh dengan cite kartun boboi boy tu.hehe..kalau aku tanya dia mana boboi,cepat je dia pergi carik patung ni bawak kat aku.pandai lah anak mama nih!


p/s : agak-agak ada kesan buruk tak bila anak lelaki suka main patung?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...