Followers

Monday, November 1, 2010

#Cantikkan diri di Shills




SHILLS Beauty Malaysia merupakan butik yang menawarkan set rangkaian penjagaan kulit serta kosmetik jenama Anosa dan Dot Dot dari Taiwan.

Biarpun himpunan produk berkenaan masih baru di sini tetapi di Taiwan hasil jualannya begitu memberangsangkan dalam kalangan wanita yang menitikberatkan aspek penjagaan wajah.
Misi utama Shills Beauty adalah menawarkan produk berkualiti kepada pelanggan. Tanpa perlu berbelanja tinggi pelanggan bakal memperoleh produk kecantikan yang terbaik.

Kini golongan wanita khususnya remaja yang ingin merasai pengalaman mencantikkan diri, kunjungi butik Shills Beauty yang dibuka di pusat beli-belah Times Square, Kuala Lumpur.
Konsep butik: Menyediakan ruang dalaman yang luas persekitaran yang kemas. Paduan warna merah dan putih sengaja diterapkan di butik itu bagi melambangkan warna korporat Shills Beauty.


Menawarkan: Produk kecantikan wajah dan kosmetik yang diperbuat daripada ramuan selamat bagi membantu mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.
Warna: Terdapat pelbagai warna pembayang mata, gincu dan pemerah pipi yang sesuai diaplikasi dalam apa jua majlis dan destinasi.
SHILLS sudah membina nama sejak sekian lama di Taiwan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...