Followers

Wednesday, November 3, 2010

#Bila si kaki pompuan berkata-kata

Silvio Berlusconi
Silvio Berlusconi
'Lebih baik gadis daripada gay'
ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, berkata 'lebih baik gemarkan gadis daripada gay' ketika menolak gesaan supaya meletak jawatan mengenai laporan bahawa beliau membantu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang hadir dalam pesta di rumahnya terlepas daripada hukuman undang-undang apabila dituduh mencuri.

Berlusconi enggan meminta maaf atas kecenderungannya bersosial dengan wanita lebih muda dan menafikan beliau melakukan sebarang perbuatan tidak senonoh.
Ia berhubung dengan kes remaja bernama Ruby yang memenuhi dada akhbar Itali minggu lalu menyebabkan ahli politik pembangkang mendesak Berlusconi meletak jawatan.
“Seperti biasa, saya tiada masalah bekerja dan ada kalanya saya terlihat wajah jelita gadis, adalah lebih baik gadis cantik daripada menjadi gay,” katanya pada majlis pameran motosikal di Milan.

“Anda sepatutnya tidak bimbang mengenai kerajaan yang masih memiliki majoriti dan berazam untuk memerintah hingga tamat penggal,” tegasnya.

Berlusconi yang bertelagah dengan media mengenai penganjuran parti yang dihadiri wanita di kediamannya di Arcore dekat Milan, semakin ditekan selepas akhbar menyiarkan laporan mengenai Ruby.

Akhbar Corriere della Sera mendedahkan butir perbualan telefon Berlusconi kepada seorang Ketua Polis Milan bagi pihak Ruby yang ditahan atas tuduhan mencuri pada Mei lalu.
Ia menimbulkan persoalan sama ada Berlusconi bertindak tidak wajar apabila campur tangan dalam proses undang-undang.

Berlusconi membantu Ruby atau nama sebenarnya, Karima El Mahroug, sambil menolak mengenakan tekanan terhadap polis. – Reuters

"Entry copy paste dari berita harian gak ni..Yang ni mama tak tau nak komen apa.Tapi kalau kepala negara camni tak tau la rakyat nye camna.Ke mana tumpah nya kuah kalau bukan ke nasi.."

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...