Followers

Friday, November 16, 2012

Pasal eczema izzul lagi

ni adalah gambar2 izzul minggu lepas..hari rabu tu saya dah bawak izzul ke klinik dan seperti biasa dokter bagi krim hydrocortisone,krim neomycin dan sejenis lagi ubat (saya tak ingat nama dia..cecair kaler biru,kena campur air dan buat cuci atau rendam tempat luka tu)..dokter kata kat jari kaki dah kena infection@ impetigo..

ubat biru tu saya siram dan cuci badan dia lepas mandi.nampak macam ok dah sikit..kat jari kaki tu dah makin kering..kalau tak asik berair jer..makan memang kena jaga..no seafood,daging dan telur..aritu masa kat rumah cik ha dia nak makan sotong tapi cik ha tak kasi (ni izzul ngadu kat saya hehe dah pandai kan)..abis tu ape je yang anak aku ni boleh makan?ayam..ikan..ayam..ikan..jelah..serta sayur2 yang dia gemar macam kangkung dan sawi..hurmm..







yang ni paling kesian..jari dia macam bengkak..

ada banyak lagi kat betis,perut,vontot dan celah peha..tapi takmo tepek kat sini..nanti takut izzul malu sendiri bila dia baca blog mak dia bila dia besar nanti..gitu..haha..

walaupun dia gatal-gatal tapi dia tak meragam sangat ini budak..tipu la kalau saya kata dia tak meragam langsung..ni kira dah teruk gak kegatalan tu..tapi dia aktif macam biasa..kalau tempat dia takleh garu dia datang kat saya suruh garukan..comel lah..

tapi paling kelakar kalau dia dah syok garu tu sampai meleleh air liur..sedap agaknye kan..haha..badan pun dah penuh dengan cakaran kuku walhal kuku dah potong pendek..

Tuesday, November 6, 2012

Eczema menyerang kembali

dah 2 malam saya tido tak lena sebab izzul mesti terjaga untuk menggaru..dia kalau dah garu tu memang sampai berdarah-darah la..sian tengok..jadi saya akan sapu ubat dan gosok kat mana-mana part yang gatal tu untuk elak dia garu dengan rakus dan berdarah..yang teruk dekat lengan dan belakang badan..

ingatkan dah bebas la dari eczema ni sebab last kena bulan 6 aritu..kulit dia pon cantek,hidup pun ceria jer..tup-tup start minggu lepas dah nampak tanda-tanda eczema naik balik..minggu ni makin worst.. :(

saya taktau apa penyebab eczema ni ada balik tapi saya syak sebab makan daging..masa raya aji aritu izzul makan banyak sangat daging..eczema ni dia terpulang kepada individu masing-masing apa yang dorang boleh makan dan takleh makan/alergik..kalau saya salah betulkan saya yer..

so sekarang memang duk sapu ubat dengan minyak kelapa dara tropika ni jelah..kalau mandi guna sabun tropika ni jugak..saya bukan penjual minyak dan sabun ni tau..tapi masa izzul kena bulan 6 aritu saya guna produk ni la..alhamdulillah serasi dan cepat baik..




gambar google

minyak tu memang saya sapu setiap kali lepas mandi..sebab kulit izzul jenis kering dan menggelupas..kalau dia garu kulit dia jadi luka dan berdarah..so kena selalu sapu minyak untuk elakkan kulit kering..makan pun kena pantang balik..rumah kena sentiasa bersih dan bebas dari habuk..

cadar dan selimut dia kena selalu tukar dan basuh dengan air panas..begitu jugak dengan baju bajan dan tuala dia..kena basuh asing dengan baju adik dan guna air panas..renyah la sikit tapi demi kebaikan izzul mama tak kesah..asalkan izzul sembuh cepat..

Friday, November 2, 2012

Sekelip mata saja dia membesar...

selamat hari lahir yang ketiga buat putera sulung kesayanganku,buah hati pertama cinta kami..muhammad izzul hazman...



walaupun abang suka buat mama marah tapi mama tetap sayang abang..
walaupun abang suka tuang air ke lantai tapi mama tetap sayang abang..
walaupun abang suka pukul adik tapi mama tetap sayang abang..
walaupun abang suka mengamuk tak tentu pasal tapi mama tetap sayang abang..
walaupun abang sepahkan rumah tapi mama tetap sayang abang..
walaupun pagi ni abang bangun nangis-nangis suruh mama tinggalkan adik dan pimpim tangan abang,mama tetap sayangkan abang..
sampai bila-bila pun mama tetap sayang abang...sebab...


abang adalah anak mama,darah daging mama,bukti cinta mama dan papa..
kehadiran abang dalam hidup kami membawa seribu rahmat dan rezeki..mengajar kami erti kesabaran dan kasih sayang yang tiada sempadan..
dan seperti tahun-tahun sudah tiada sambutan hari lahir diadakan untukmu..kerana kamu masih kecil untuk memahami erti hari lahir..tunggu abang besar sikit ye..
wahai anakku,di hari ulang tahun kelahiran mu tiada apa yang mama harapkan cuma doa ini mama titipkan buatmu..semoga abang menjadi anak yang baik,soleh,mendengar kata serta membahagiakan mama dan papa..

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128



رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...