walaupun abang suka buat mama marah tapi mama tetap sayang abang..
walaupun abang suka tuang air ke lantai tapi mama tetap sayang abang..
walaupun abang suka pukul adik tapi mama tetap sayang abang..
walaupun abang suka mengamuk tak tentu pasal tapi mama tetap sayang abang..
walaupun abang sepahkan rumah tapi mama tetap sayang abang..
walaupun pagi ni abang bangun nangis-nangis suruh mama tinggalkan adik dan pimpim tangan abang,mama tetap sayangkan abang..
sampai bila-bila pun mama tetap sayang abang...sebab...
abang adalah anak mama,darah daging mama,bukti cinta mama dan papa..
kehadiran abang dalam hidup kami membawa seribu rahmat dan rezeki..mengajar kami erti kesabaran dan kasih sayang yang tiada sempadan..
dan seperti tahun-tahun sudah tiada sambutan hari lahir diadakan untukmu..kerana kamu masih kecil untuk memahami erti hari lahir..tunggu abang besar sikit ye..
wahai anakku,di hari ulang tahun kelahiran mu tiada apa yang mama harapkan cuma doa ini mama titipkan buatmu..semoga abang menjadi anak yang baik,soleh,mendengar kata serta membahagiakan mama dan papa..
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
SURAH ALI-IMRAN AYAT 38
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
5 comments:
abang sebak baca ni mama...sobs...
happy birthday abang.. rasa cam kejap je masa berlalu kan..
Hepy belated bsday abg...smga mmbsr jd ank yg soleh..amin..
happy belated besday abg Izzul..moga jadi anak soleh..jaga adik ya,tamo pukul2 ;)
eppy belated bzday ensem boy.. :-)
a'aa betoi tu... walau apa pun anak buat... kita sebagai ibu ni tetap sayangkan mereka kan..
Post a Comment