Followers

Tuesday, June 14, 2011

# Tak cukup tidur..huhu..

sebab si kecik itu la..pukul 10 lebih dia dah tido.aku rileks-rileks sambil tengok tv jap..pukul 11 aku pun join la dia tido sekali,baru je rasa nak mimpi-mimpi indah sikit aku dengar suara dia mintak susu..ehh,dah bangun ke..tengok jam baru pukul 2.30 pagi..

ingatkan lepas bagi susu nak la dia tido balik tapi duk ajak aku bermain la pulak.mak dia dah mamai ni.pastu siap suruh aku bukak pintu bilik sebab dia nak amik kokut (gabungan keropok dan biskut) kat dapur..tapi dia macam takut-takut sebab gelap lagipun aku selalu takutkan dia dengan lipas..seriyes,izzul memang takut betul dengan lipas..iklan ridsect pun dia takut sebab ada lipas.haha..

duk tarik-tarik baju aku ala2 nak angkat suruh aku bangun teman dia pergi amik tupperware kokut kat atas meja kat dapur.aku bawak satu tupperware tu masuk bilik,dia makan la kopok sekeping dua pastu duk leka main panjat2 badan aku pulak..pukul 2.30 pagi ni anak oii!tak larat la mama nak layan awak..

aku tepuk-tepuk dia suruh tido tapi taknak jugak tido..pastu mintak car (mainan) pulak.aku suruh g amik sendiri taknak,duk sebut "akut akut"..sudahnya mak jugak yang bangun amik mainan tabur atas katil tu..

dia main la kejap pastu duk kacau aku balik,wrestling dengan aku..last-last aku dah tahan aku amik buai letak dia dalam buai..masalahnya bila tido berbuai ni,asal aku terlelap dan terhenti buai dia bangun,duk suruh aku buai dia balik..alahai anak..

tak jadi jugak dengan buai aku angkat dia letak atas katil balik..aku cakap dengan dia izzul main la mama nak tido..aku tengok jam dah dekat pukul 5 pagi masa tu..punya la lama duk layan dia..yang aku heran nya kenapa dia takmo tidur..

aku buat-buat tido,sekali tengok dia pun dah terlelap..haa,tidur pun awak ye..nak bangun pagi tadi punya la payah,yelah malam tu dah berjaga macam burung hantu..tu baru sorang anak kalau dua tak tau la macam mana..harus aku suruh bapak dia pindah sini terus!

budak comot mama...


air liur meleleh2 bila dapat makan... :)

Friday, June 10, 2011

# Persiapan bersalin..

minggu lepas aku kuarkan satu plastik hitam besar barang-barang izzul masa dia kecik dulu..yelah,senang nak buat bajet untuk persiapan menyambut adik dia pulak..banyak pulak aku tengok barang-barang yang ada dalam tu.antaranya adalah :

baju-baju 
bedung
barut
sarung kaki dan sarung tangan
kain lampin
topi

tinggal nak mendobi jela,yang ni tak tau bila..tunggu mood rajin datang dulu la. ;)

dah banyak tu tak perlu aku beli lagi.sekadar beli sepasang dua baju baru masa nak pakai kat hospital lepas bersalin je.yelah,at least ada jugak sepasang dua baju baru untuk mengalu-alukan kehadiran orang baru nanti.. ;) pastu kita pulun la baju abang dia pulak..

lain-lain yang nak kena beli:

tikar getah baby-untuk lapik masa tukar diapers tu (izzul punye dulu dah koyak)
diapers NB -beli jenama yang murah2 je sebab baby asyik poo poo je kan..
set mandian+bedak+ubat-ubatan seperti minyak yuyi..

kebanyakkan baju-baju izzul dulu adalah kaler-kaler yang unisex sebab aku tak excited pun nak tau jantina baby.yang penting baby lahir dengan selamat dan sempurna.kitorang nak surprise,idea papa izzul la ni.kalau scan pun siap pesan awal-awal kat doktor,tolong jangan bagitau jantina baby saya.haha..

so aku rasa takde masalah untuk turunkan baju abang kepada adik nanti.lagipun semua orang buat camni kan?dengan keadaan ekonomi yang naik turun aku kena jugak pikir untuk jangka masa panjang.lagipun harga barang asyik naik je sekarang ni,gaji tak naik-naik pulak..haishh...

so sekarang tinggal barang-barang mama jela yang belum beli..
pam medela harmony
set bersalin (yang ni aku beli phytonatal NR dengan minyak herbanika jer)

itu jela setakat ni yang mampu aku ingat..nanti kalau ada tambahan aku update lagi la.. ;)

# Bersiaran dari rumah baru..

sejak mengandung ni cepat je rasa bosan dengan sesuatu benda..jangan cepat bosan dengan suami sendiri dah la.. :)
ni dah bosan dengan template lama terus la aku godek2 akhirnya jadi la camni.haha..ni pun tak tau boleh bertahan berapa lama.kalau rasa bosan aku tukar lagi.

lantak la korang nak cakap cantik ke tak ke aku tak kisah pun..yang penting puas hati sebab dapat tukar template baru.. :)

hari ni opis aku ada buat jamuan sempena pertukaran dan perpisahan.ha,pakej terus.sebenarnya unit aku dapat bos baru so jamuan ni kira sempena meraikan kedatangan beliau la.pastu ada sorang staff ni bertukar ke unit lain dan sorang lagi staff akan berenti keje sebab dapat keje baru,lagipun dia keje sambilan je kat sini.faham tak?

semua orang aku tengok duk sibuk buat persiapan,jap lagi aku tolong-tolong la mana patut.kitorang buat pot luck (betul ke salah ni?).maksudnya sorang bawak satu jenis lauk dan makan ramai-ramai kat sini..ada yang masak nangka masak lemak cili api,ayam masala,sayur campur,tapai,dan lain-lain lagi..

aku?bawak perut untuk diisi jer..hehe..ehh,rajin plak hari ni buat entry..bagus!bagus!mood dah sipi-sipi nak ada la tu.. :)

k la,nak g tolong apa yang patut kat pantry tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...