Followers

Tuesday, June 5, 2012

Macam-macam ada...

saya ni mood nak berblogging tu ada tapi kekangan masa dan pelbagai masalah terjadi maka terpaksa hold la dulu..dua tiga minggu ni banyak perkara yang terjadi..bermula dengan kemenangan perbarisan yang saya join,ziyyad kena chicken pox yang memaksa saya mengambil cuti dan mc selama 2 minggu,balik kampung,plan tidak menjadi kena balik semula ke putrajaya dengan bas bersama 2 anakanda tercinta..betapa huru haranya perjalanan saya aritu..pasni tobat taknak naik bas lagi dah dengan anak-anak kecik..tunggu dorang besar baru pikirkan semula...huhu..

dan semenjak semalam si abang pulak kena chicken pox..adoiyai!sabar dan bertabah lah wahai hati...dugaan ini kecik je jika dibandingkan dengan orang lain..pukul sebelas dia tido,pukul 1.30 pagi bangun menjerit-jerit macam kena pukul..kata nampak antu,nampak lipas serta raksaksa..imaginasi apakah ini?badan memang panas gile..saya masukkan ubat vontot sebab taknak menambah drama air mata paksaan makan ubat..

lepas masuk ubat baru dia ok sikit tapi mulut masih meracau..saya bacakan ayat kursi kat telinga dia pastu tiup kat ubun-ubun baru lah dia tido lena..pukul 5.20 bangun lagi sambil menangis mintak nak mandi..mungkin sebab dia tak tahan gatal badan..saya mandikan dia walaupun kesian tengok dia kesejukan..lepas mandi saya sapu calamine lotion dan pakaikan diapers,abang taknak pakai baju..

kami berdua tertido lepas tu..saya terjaga pukul 6.30 dan bersiap untuk ke opis..si adik dan abang pun terjaga sekali..dua-dua menagih perhatian..mujur ada adik saya kat rumah boleh dia tolong jaga budak-budak ni..bila abang tengok saya pakai tudung dia pun nak ikut jugak..nak ikut mama g work katanya...haa,sudah..macam mana nak lepaskan diri ni..

nasib baik pukul 7.30 maksu balik dari keje (dia keje shif malam) berserta dengan roti canai untuk sarapan..angkut semua turun bawah konon-konon macam nak hantar saya g keje..bila izzul dah masuk kete,saya cakap nak g kencing..maksu pun cepat2 jalan bawak anak-anak pusing mana tah..saya terus ke opis..taktau la dia nangis ke tak dalam kete tadi..

suami saya lak hujung minggu ni baru balik sini amik izzul..buat masa sekarang ni dia takleh jaga izzul sebab mak mertua saya baru lepas operate takleh buat keje berat,jadi kalau suami g keje takde orang nak jaga izzul..biar la saya yang berjaga malam daripada biarkan mak yang sakit jaga dia..

stress?penat?semua ada tapi saya cekalkan hati...malam ni taktau drama apa pulak yang bakal terjadi...semoga Allah permudahkan segalanya untuk saya....aminn....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...