Followers

Tuesday, August 23, 2011

# Pening lalat..

malam tadi berjaya jugak buat biskut mazola..ni biskut kedua selepas cornflakes madu yang aku buat 2 minggu lepas..tapi sebab tak berapa pandai sangat setting oven tu,ada sikit yang terlebih masak atau erti kata lain hanguss..nanges..

nasib ada housemate yang tolong bulat-bulatkan kuih tu,nak tekap malas dan leceh maka kita bulat-bulatkan jela..hehe..dekat pukul satu jugak la aku tido malam tadi gara-gara buat biskut ni..so pagi ni ngantuk jer kat opis..

malam ni projek buat biskut apa pulak ek?housemate aku dah balik kampung malam ni so kalau rasa nak buat biskut perlukan keazaman dan kerajinan yang tinggi,sebab buat sorang-sorang kan pastu ada pulak budak boboi boy yang suka kacau tu..kena pikir dalam-dalam gitu sebelum buat keputusan..haha..

kang kalau tak buat membazir pulak bahan-bahan yang aku dah beli tu..dengan buttercup berketul-ketul dalam peti ais,beli masa k4 buat promosi murah-murah hari tu..

oh ya!pagi ni sepatutnya aku ada check up kat kk presint 3 tapi macam malas nak pergi pulak..kalau pergi esok pastu mintak mc terus agak-agak boleh tak?haha..ni gara-gara takde mood nak keje,lagipun esok last day aku keje..oh,lemau nya rasa..

Monday, August 22, 2011

# Kuih raya feveret..

tahun ni aku tak gile sakan memborong biskut raya macam tahun lepas..haha..beli 4 jenis je dengan kawan-kawan kat opis..kerepek kari yang aku bajet nak makan masa raya dah tinggal separuh,dah jadi kerepek berbuka kekdahnya..hehe..

aku kan beraya kat kampung dan cuti bersalin maka yang aku beli tu sekadar nak topup kuih raya mak je..kalau beraya kat putrajaya sekurang-kurangnya kena la ada kuih raya untuk jamu kawan-kawan yang bertandang..lagipun hubby kurang makan kuih raya..dia lebih suka makan nasi atau makanan yang berat-berat..patut la tak kurus-kurus...

ni antara kuih raya feveret aku..gambar-gambar adalah ihsan dari pakcik google..

almond london

tat nenas

apa feveret kuih raya korang?ce cite ce cite.....

# Entry campur-campur...

selamat hari isnin semua..monday blues,sila la pergi jauh-jauh kamu...

arini macam dah takde mood nak keje,asik la duk teringat-ingat kat kampung halaman..wah,gitu..nak abiskan 3 hari keje ni macam azab je *statement org malas keje camni la*..rasa macam nak mc pun ada ni..hehe..padahal keje kat opis bukan banyak mana pun..

alkisah balik palong hari jumaat minggu lepas,perjalanan semua ok..actually,my hubby kena g amik dua orang anak buah dia kat kl dan bawak balik palong sebab abang hubby kena g penang 2hari so kesian kat my SIL nak handle anak sorang-sorang kat rumah..tambahan pulak SIL tu tengah pregnant 6 bulan..

jadi aku half day hari jumaat tu,pukul 12.30 dah punch keluar pastu tunggu hubby datang amik kat opis..balik rumah packing-packing barang,amik izzul terus gerak ke kl..nasib la jalan tak jem...fuhh,lega..yang tak bestnya 2 beradik (4 dan 3 tahun) tu asyik bergaduh kat belakang,mujur izzul tak join sekali buat perangai..nasib kejap je pastu dorang tido sampai la palong..

perjalanan ke palong yang mengambil masa 2 jam lebih tu pun aku dah rasa macam terseksa dan tak selesa..tang perut la,kejap rasa baby mengeras,kejap ok..kang kejap rasa senak..haishh,risau pulak aku..camna la nak hadap perjalanan 8 jam balik kelantan minggu ni..jangan sakit nak bersalin dalam perjalanan dah la..mintak dijauhkan..semoga semua selamat sampai la..

masa kat kampung haritu sempat jugak buat biskut raya..ala cornflakes madu je pun..kak tih (SIL) duk ajak aku buat biskut raya..dia kata tak best buat sorang-sorang,lagipun dia tak reti sangat..aku on jer..bukan la nak cakap aku ni pandai tapi setakat cornflakes madu tu sape-sape pun boleh buat sebab senang jer..hehe..

so projek kukis kami akan bersambung lagi hari rabu ni..izzul pulak behave je kat kampung..dah tak heran aku ada ke takde,sibuk main dengan sepupu sepapat dia je..malam sabtu tu sempat la aku ajar izzul main bunga api tapi anak jantan aku tu penakut rupenye..dia taknak pegang langsung bunga api,tapi kalau tengok api yang keluar tu mengekek-ngekek suke..sudahnya mak dio yang lebih-lebih main bunga api,anak tukang tengok jer..haha...

kan betul aku cakap cerita semua bercampur-campur..fedulik kan la..janji ado entry hari ni :)

Friday, August 19, 2011

# Balik palong hari ni..

salam 19 Ramadan semua..pejam celik pejam celik dah 19 hari umat islam berpuasa..semoga kita sentiasa mendapat keberkatan di bulan ramadan ini..insyaAllah...

malam tadi masa hubby call dia cakap nak amik aku dengan izzul balik palong petang ni..katanya dah tak tahan rindu kat anak tersayang..rindu anak je?bini ni tak rindu ker?hehe..yelah,last kitorang jumpa pada 2 ramadan,sekarang dah 19 ramadan..so korang kira la dah berapa lama kitorang menahan rindu tak jumpa..

izzul lagi la,lepas je papa dia balik terus selera makan kurang sampai la hari ni..kesian aku tengok anak aku tu..dia ni kadang-kadang ada peel dia jugak,kalau aku suap taknak makan kalau bapak dia suap elok pulak dia makan..orang jarang-jarang jumpa bapak camtu la agaknya perangai dia.. ;)

bila sebut palong aku dah terbayang-bayang masakan mak mertua yang sedap tu..tak sabarnya!semoga perjalanan kami baik-baik saja hari ni..insyaAllah..


Thursday, August 18, 2011

# Raya oh Raya

malam tadi masa hubby call,borak-borak la dengan dia pasal persiapan raya dan persiapan baby baru..almost complete la..bla bla bla aku cite kat dia..ni antara dialog aku dengan hubby..

hubby : baju melayu pa ma beli tak?
aku : aik?aritu kata taknak baju raya,nak pakai baju melayu lama jer..
hubby : ala,nak jugak la..takkan ma dengan anak je ada baju baru..kalau boleh nak sedondon tau..
aku : a'ah,yelah yelah..tunggu pa balik sini nanti kite g carik baju melayu pa dengan izzul..
hubby : ok..


see,macam-macam la pulak laki den tu..takpe,kita ikutkan saja lagipun dia tukang bayar..haha..sebenarnya masa aku pregnantkan izzul dulu aku ada beli sepasang baju kurung konon-konon nak pakai hari raya tahun tu..sekali tak pakai pun..lagipun baju ni besar sikit,yelah beli time ngandung harus la amik size besar sikit..kang dari jauh dah nampak nangka berjalan..hehe..

balik karang nak try pakai ok ke tak..kalau muat maka secara rasmi itu la baju raya aku nanti..kaler adalah oren campur hitam..so to my hubby,baju melayu awak dengan izzul adalah kaler oren tahun ni..jgn marah yee...

# Hujung-hujung ramadhan

bila hujung-hujung ramadan ni dah taktau nak masak apo..ni nasib hubby takde kat rumah,kalau tak lagi tensen duk pikir nak masak lauk apa kat dia..rasa macam dah boring pulak asyik makan nasi je..

end up berbuka petang semalam buat megi murtabak tapi versi tak jadi..megi berterabur,tak berbungkus elok dalam telur,mungkin sebab aku pakai telur sikit je kot..haha..takpe,janji sodappp!

sahur pagi tadi makan cornflakes dengan susu pastu roti keju sebijik,hope boleh la bertahan sampai berbuka petang karang..ni first time bukak pose dan sahur tak makan nasi..

alhamdulillah,setakat ni aku boleh berpuasa penuh lagi walaupun tak larat kugagahkan jua..cey,ayat takleh blah tu..

minggu ni kandungan ku dah masuk 37 minggu..selasa aritu kena check up kat hospital putrajaya susulan daripada preterm contraction..so far semua ok..berat baby dah 2.8kg dan yang penting dah tau baby apa.. ;)

kalau minggu depan tak bersalin lagi kena pergi check up kat kk presint 3 macam biasa la pada 23/8..tapi aku ingat nak check up kat kk kat kampung hubby je..malas punye pasal..sebab nak bercuti awal kan..

petang ni nak masak apa yer?haishh...


Wednesday, August 17, 2011

# Cerita Raya

dari kecik sampai tahun 2005 - masih lagi beraya dengan keluarga tersayang di kampung(kelantan)..

tahun 2006-2008 - 3 tahun tak balik kampung time raya sebab keje..masa tu keje swasta (hotel) bahagian operational so memang susah nak cuti..lagipun bos agak tak berhati perut..nangis sorang2 kat opis sambil dengar lagu raya..

tahun 2009 - dapat keje gomen..pertama kali beraya sebagai isteri dan tengah pregnant masa ni..raya kat kelantan selepas 3 tahun tak dapat beraya kat kampung..baru-baru kahwin hubby ikutkan je kehendak i..ohh heaven!raya haji i kat kelantan,hubby kat palong..boleh?

tahun 2010 - beraya bersama anak dan hubby kat palong,negeri sembilan..sepatutnya raya kedua balik kelantan tapi tetibe kensel atas sebab-sebab tak dapat dielakkan..tiga hari sebelum start keje dah balik putrajaya dan kami ke open house kawan-kawan kat kl jer..raya haji di kelantan sempena kenduri akikah izzul dan danish..

tahun 2011 - bakal beraya di kelantan sepatutnya (insyaallah)..hurmm,tapi in case beranak awal taktau la camna..minggu ni dah 37 minggu,berharap sangat baby keluar lepas raya (ikut due 5/9) sebab mak dia nak beraya dan nak gathering dengan kawan-kawan zaman sekolah dulu..hehe..raya haji di palong,cuti bersalin dah apply untuk 3 bulan so dah cover sekali dengan raya haji..yeay!

ini la cerita raya aku..korang camna pulak?


Friday, August 12, 2011

# Dugaan di bulan ramadhan..

malam tadi aku menerima berita bahawa sepupu kecilku yang baru dilahirkan 9hari yang lepas telah meninggal dunia..innalillah...lepas dilahirkan pada 4/8,beliau telah dipindahkan ke HKB kerana mengalami komplikasi iaitu jantung berlubang dan kegagalan paru-paru untuk berfungsi...beliau merupakan anak ke-4 pakcik ku..

ingatkan dapat la jumpa baby baru bila balik kampung nanti tapi apakan daya,takdir tuhan telah menentukan segala-galanya..siapa lah kita sebagai hamba untuk menolaknya..

kepada pakcik dan cikna sekeluarga semoga tabah menghadapi dugaan ini..sesungguhnya tuhan maha mengetahui apa yang terjadi....

Thursday, August 11, 2011

# Cuti

sedar tak sedar dah masuk 36 minggu den membawak perut ni..so sekarang ni dalam fasa berjaga-jaga la,in case baby nak keluar awal ke kan..so sekarang dalam dilema sama ada nak cuti awal atau pun cuti sama je dengan orang lain..

ikutkan 25/8 tu aku dah nak start cuti sebab nak balik palong dulu,puasa kat sana 2hari pastu baru balik kelantan..jadinya aku beraya dan tunggu hari nak bersalin kat kelantan la..due yang doktor bagi pada 5/9..mintak-mintak la baby keluar pada tarikh yang diberikan doktor sebab mak dia nak beraya dulu..hehe..

agak-agak ok tak masa tengah sarat ni berjalan jauh?

Wednesday, August 10, 2011

# 10 Ramadhan..

alhamdulillah,walaupun tengah sarat tapi tetap jugak dapat berpuasa sampai hari ke sepuluh ni..syukur..mood nak update blog ke laut lately..penat puasa la katekan..hehe..

sana sini  semua duk cite pasal makanan,param dan semua yang berkaitan dengan bulan puasa lah..aku jer baru nak terhegeh-hegeh..rekod setakat ni baru sekali aku pergi ke param,itu pun beli murtabak je..lauk-pauk aku prefer masak sendiri..memang azam tahun ni taknak buang duit kat param..bukan apa sebab selalu terbeli makanan yang dah basi,tak sedap pastu harga pulak mencekik darah..

so daripada aku buat dosa dengan marah-marah kat penjual tu baik la aku masak sendiri..yang simple-simple je pun,pukul 6 kadang-kadang baru start masak..lagipun tekak i sorang je pun yang makan.. ;) opps!lupa pulak aku ada housemate yang terer masak..kurang la sikit beban aku kat situ..haha..

semangat nak buat kuih raya pun berkobar-kobar ni..oven pun dah ada so takde alasan untuk taknak buat kuih kan?aku bajet nak buat kuih raya yang senang-senang je,yang tak payah tekap bagai..dalam kepala dah ada list iaitu biskut arab,cornflakes madu,biskut mazola dan biskut coklat chip..angah cakap dia sanggup nak tolong so why not,senang sikit keje aku..

oh ya!jap lagi aku cite pasal check up pulak..tunggu...


Friday, August 5, 2011

# Demam

petang semalam lepas amik izzul dari rumah angah aku rasa badan dia agak panas dari biasa..pastu bila balik rumah dia macam meragam sikit dan taknak berenggang dengan aku..aku ke dapur dia ke dapur,mengekor je keje dia walaupun aku dah pasang cd boboi boy dia buat tak layan je..

lastly aku kena duduk depan tv temankan dia tengok cd baru ok..nasib la ada housemate,dia la yang masak utk berbuka semalam..aku sekadar tolong-tolong gitu jer..yelah,anak mintak perhatian berlebih-lebihan pulak semalam..padahal malas..haha..

dah la dia taknak makan malam tadi..suap nasi taknak,suap ikan taknak..bagi coco crunch pun taknak jugak..dia buat main dan sepah-sepahkan makanan ada la..apsal ni ek?demam rindu kat bapak dia ker?mak dah risau ni takut dia buat hal malam tu..

tapi alhamdulillah dia elok je main dan aktif walaupun badan still panas..pukul 9 dia tido..mak dah lega nih..sekali bila mak nak masuk tido pukul 10 tu dia boleh bangun pulak..tepuk-tepuk taknak tido..terpaksa la mak layankan dia..bagi susu,tukar diapers,check badan panas lagi terus bagi makan ubat tak lama tu tengok-tengok pukul 11 dia dah terlena sendiri..

nasib la dia tak bangun malam dan menangis ke hape ke malam tadi..boleh la mak tido dengan senyuman lena..mak pun dah tak larat sebenarnya sebab tengah sarat,al maklum la suami pulak jauh di perantauan..so mak kena handle anak sendirian.ececeh.. :)

harap-harap izzul ok la hari ni,takmo demam-demam ye..dah pesan kat angah pagi tadi suap ubat kalau badan dia masih panas lagi..

Wednesday, August 3, 2011

# Ngantuknyer...

salam 3 ramadhan semua...

ngantuknye pagi ni..malam tadi izzul buat perangai,dekat pukul 12 malam baru dia tido..sebelum tu dia duk nangis macam tengah bersedih..bayangkan aku dah angkut dia masuk bilik pukul 10.30 lagi,bagi minum susu semua..ingatkan dia tido la lepas tu macam biasa tapi ni tak asyik keluar masuk bilik cari papa dia..aku pujuk macam mana pun dia tak layan..

sambil dia nangis tu sempat lagi dia bawak segala mainan masuk bilik tido..basikal,kete lori mainan,buku..kelakar pun ada sebenarnya bila aku tengok dia..yelah,sebelum ni dah 5 malam tido dengan papa,duk bergusti dengan papa sebelum tido tup- tup malam tadi papa dia takde mau tak hilang arah..last sekali aku letak dia dalam buai kejap je dah tido..agak-agak dia dah lena aku angkat dia letak atas tilam..

ye ye,mama tau kamu cari papa tapi papa takde sebab dah balik..papa kena kerja la sayang..kesian anak mama..mama pun sedih tengok kamu tak keruan macam tu..sabar la nak,lagi 3 minggu kita jumpa papa lagi ye..pastu kita bercuti panjang kat kampung..

lepas izzul tido aku call papa dia cite pasal anak yang tak keruan mencari papa..dari nada hubby bercakap aku tau dia pun sedih jugak sebab kena berjauhan dengan anak bini..lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ni lagi terasa bila hubby tiada di sisi masa bersahur dan berbuka..huhu,aku pulak yang emosi..takpe la,aku redha dengan ketentuan yang Allah bagi ni..

dah,taknak cite pasal sedih-sedih lagi..pagi tadi buat pertama kali si kecik tu bangun sahur sekali..pukul 5 tu aku baru nak makan tengok-tengok dia keluar dari bilik tido terus datang dapur,dia makan 2/3 suap je pastu main je lebih..alahai,comel anak mama..nak puasa jugak ke?

pastu dia nak tengok cd boboi boy,aku layankan je dia..mood dia pun baik je sepanjang pagi tadi,mungkin nak cover yang malam tadi kot..haha..sampai la aku hantar ke rumah angah pagi tadi dia tak tido pun lepas bangun sahur..

buat izzul,mama tau kamu sedih sebab papa takde tapi harap kamu baik-baik saja kat rumah ibu..petang nanti mama bawak kamu pergi taman ye..mama janji..

Monday, August 1, 2011

# Sesak napas den..

salam ramadhan al mubarak..

sabtu aritu kami ke sogo,tujuan dia nak cari baju bajan raya si izzul dan baby baru..memandangkan jalan so kitorang parking kete kat bukit bintang pastu naik monorail dari BB ke medan tuanku..ini adalah first time si izzul naik monorail(izzul panggil yoyoyel),kelihatan dia sangat excited hinggakan taknak turun bila sampai ke destinasi yang dituju..

yang turut serta pada hari tu adalah angah,danish serta housemate aku,diha..sampai je kat sogo terkejut aku tengok betapa ramainya umat..macam ulat..sekali baru tau hari tu dorang buat sales untuk card members sahaja,terpaksa la si diha ni beratur buat card..nak buat card pun beratur almost sejam tau,punye lah panjang Q..jenuh menunggu,aku paling risau si kecik tu buat hal jer..nasib dia behaved aritu..

terima kasih yang tidak terhingga kepada mr hubby kerana sanggup melayan karenah anak lelakinya itu semasa i sedang shopping.. :)

tapi seriously aku takleh shopping dalam sogo tu,orang duk tolak-tolak pastu terpaksa berhimpit-himpit naik sesak napas den..cancel nak beli baju izzul..aku,angah dan danish terus keluar pastu lepak je kat depan sogo tu..si diha plak ntah ke mana..tau-tau dia bawak keluar 2 plastik besar berisi handbeg dan satu set cadar dgn comforter..cadar kahwin tau,dia bakal bernikah hari raya ketiga ni..

kiranya aku yang beria-ria nak shopping tapi pulang dengan tangan kosong..eh,belum lagi..hehe..lepas tu kitorang shopping kat metrojaya sungai wang pulak..dapat la 2 pasang baju raya untuk izzul dan sepasang baju adik dia..

pastu makan-makan kat parkroyal hotel..takleh berlama-lamaan kat sini sebab dah janji dengan kawan aku nak g amik barang kat rumah dia..lagipun si izzul dan danish lasak kemain masa makan tu..haishh..

gambar nan ado sebab camera rosak..nak amik gmbr pakai tipun tak puas hati pulak sebab tipun cap hayam sajork..huhu..

dah jumpa kawan.amik barang terus balik putrajaya..penat woo sebab asyik berjalan je..sakit kaki den..padan muka,tanggung sendiri la..sape suruh nak g sangat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...