okeh,back to the topic..mari kita tengok apa yang si kecik tu dah pandai buat pada umur ini..
1) dah pandai cakap walaupun masih lagi pelat,actually dah pandai gabungkan 2 perkataan..cthnya,nak tutu,nak lowi (lori)..dulu dia sebut direct "tutu" "lowi",takde perkataan "nak" tu..ada peningkatan la kat situ.. ;) antara perkataan-perkataan lain yang selalu dia sebut adalah ubat(vitamin),car,andi(mandi),yak(berak),acik(nasi),imot(remote tv),pin pin(upin ipin),ikut(biskut),atuk,papa,mama..ada banyak lagi vocab yang dia boleh sebut tapi aku tak ingat dah.. :)
2) dah boleh berdikari..maksud aku kat sini dia boleh main sorang-sorang while aku tengah masak,semayang,mandi etc..janji kena pasang cd boboi boy atau nursery rhymes dan terangkan kat dia.."izzul main sini ye,mama nak mandi,ok?"takde la macam kecik dulu asik mengekor je aku kat mana-mana pastu melalak je..asal aku basuh pinggan ke tgh buat keje kat dapur mula jeles pastu nangis..
3) suka tengok cite boboi boy,upin ipin dan nursery ryhmes..kalau nak umpan dia selalu aku bukak je cd2 ini pastu dia akan tengok sambil baring sampai terlelap..senang mak dia buat keje..tapi kadang-kadang tensen gak,siang malam suruh pasang boboi boy..
4) suka baca buku..bukan baca pun,tengok gambar je,lebih-lebih lagi kalau gambar binatang..malam-malam sebelum tido aku baca novel dia pulak duk tengok buku dia..tutup lampu pun dia masih duk auumm aumm(bunyi harimau) dalam gelap..semoga sampai besar kamu suka baca buku ye izzul,mama doakan..
5) suka main air lebih2 lagi air shower tu.mengekek2 suka pastu mula la taknak keluar dari bilik air..dah nak tido ni tiba-tiba selak-selak baju dia pastu cakap "nak andi,nak andi"..pukul berapa kamu nak mandi ni anak oi..
6) dah boleh beza antara motor,car,lori dan bas..kalau dalam kete jenuh nak layan dia duk tunjuk-tunjuk kenderaan tu semua..
7) takleh nampak mainan yang kena taruk syiling pastu dia akan gerak-gerak tu..aku taktau nama,nak explain pun tak reti..kat alamanda banyak mainan tu..haa,kalau dia nampak memang kena letak la dia kat atas mainan tu..letak saja tak jadi..jap lagi dia akan tunjuk kat tempat masuk duit sambil sebut "wit..wit.."..terer tak?dia dah tau kene masuk duit baru mainan tu akan bergerak.. :)
8) kuat minum susu sekarang ni tapi makan kurang nasi..feveret makanan adalah kuey tiaw goreng,mee goreng,bihun goreng dan jugak jenis sup-sup..kalau makan nasi tu dia akan pilih makan lauk je,nasi tak makan..
9) kat umah pengasuh ibu cakap dia suka main dengan sorang baby ni,kadang-kadang berebut mainan tapi dia tak rampas balik pun mainan dari baby tu..alih-alih dia yang nangis mintak mainan dgn ibu..bagus la kalau kamu reti mengalah,tak lama lagi dah ada adik kena la tolak ansur dengan adik..
10) lebih manja dan mendengar kata bapaknya berbanding aku..kalau dengan aku kena jerit berkali-kali tapi kalau dengan bapak dia sekali je kena marah terus muka macam nak nangis dah..mungkin sebab hari-hari dia berkepit dengan aku jadi tak heran la dengan jeritan aku tu..haha..pastu kadang-kadang dia sebut jugak "papa..papa" selalunya sebelum tido malam..aku jawab "papa work" terus dia tak tanya lagi dah..sedih jugak..
boboi boy cekci... :)
2 comments:
adeih, boboi boy...sangat2 la berharap adam blh jadi mcm no 2 tu..skrg ni ssh sgt nak tggl dia g mandi..nak ikut je..huhu...
adam pun suka mkn kuey tiaw...maybe sb lembut kot budak2 suka..
dh besar dh idul :) leh jadi abang pasni..hik3
Post a Comment