Followers

Friday, July 29, 2011

# Kepulangan yang dinanti...

wah,tajuk tak menahan..sape kah insan yang dinantikan itu?of cos la my beloved hubby...hehe..

insyaallah kalau takde aral melintang sampai la dia malam ni kat rumah kami..banyak barang yang aku kirim ni..durian,oven (mood nak buat kuih raya berkobar-kobar,jangan sekerat jalan dah la)..larat ke mak buyung nak buat kuih raya ni?pertanyaan untuk diri sendiri.. :)

pastu ada satu benda yang aku mengidam..mengidam ke mengada-ngada ni?ce teka ce teka apa dia?air masak pakai dapur kayu api,masak pakai dapur gas takmo okeh..demand gitu!pelik tapi benar..semalam dah bagitau hubby,dia kata nanti dia masak air tu pastu bawak balik malam ni..

aku kan orang kampung,kecik-kecik dulu biasa la minum air dapur kayu ni..dia punya rasa tu sedap sebab ada rasa asap-asap sikit..haha,gitu la kekdahnya..tekak orang lain aku taktau la tapi bagi tekak aku memang sedap air masak tu..wah,tak sabarnya tunggu hubby balik semata-mata nak minum air tu.. :)

hubby cakap mak nak buat rendang ayam hari ni pun akan dibawa balik malam karang..rendang mak adalah terbaekk!sedap...ni kira edisi last makan-makan sebelum ramadhan menjelma nanti..

semalam sempat terjah carrefour alamanda semata-mata nak beli buttercup murah,rm2.79 saje..tak ke murah tu?walaupun murah aku beli 4 ketul jer..takut mood nak buat kuih raya ke laut nanti,kang membazir pulak kalau beli banyak-banyak..

Thursday, July 28, 2011

# Setahun dan lapan bulan..

itu adalah umur izzul..sebenarnya dah nak masuk 1tahun 9bulan pada 2/8 ni..mak nya malas sangat nak tulis perkembangan si anak sampaikan hampir terlupa umur anak sendiri..*sedih*

okeh,back to the topic..mari kita tengok apa yang si kecik tu dah pandai buat pada umur ini..

1) dah pandai cakap walaupun masih lagi pelat,actually dah pandai gabungkan 2 perkataan..cthnya,nak tutu,nak lowi (lori)..dulu dia sebut direct "tutu" "lowi",takde perkataan "nak" tu..ada peningkatan la kat situ.. ;) antara perkataan-perkataan lain yang selalu dia sebut adalah ubat(vitamin),car,andi(mandi),yak(berak),acik(nasi),imot(remote tv),pin pin(upin ipin),ikut(biskut),atuk,papa,mama..ada banyak lagi vocab yang dia boleh sebut tapi aku tak ingat dah.. :)

2) dah boleh berdikari..maksud aku kat sini dia boleh main sorang-sorang while aku tengah masak,semayang,mandi etc..janji kena pasang cd boboi boy atau nursery rhymes dan terangkan kat dia.."izzul main sini ye,mama nak mandi,ok?"takde la macam kecik dulu asik mengekor je aku kat mana-mana pastu melalak je..asal aku basuh pinggan ke tgh buat keje kat dapur mula jeles pastu nangis..

3) suka tengok cite boboi boy,upin ipin dan nursery ryhmes..kalau nak umpan dia selalu aku bukak je cd2 ini pastu dia akan tengok sambil baring sampai terlelap..senang mak dia buat keje..tapi kadang-kadang tensen gak,siang malam suruh pasang boboi boy..

4) suka baca buku..bukan baca pun,tengok gambar je,lebih-lebih lagi kalau gambar binatang..malam-malam sebelum tido aku baca novel dia pulak duk tengok buku dia..tutup lampu pun dia masih duk auumm aumm(bunyi harimau) dalam gelap..semoga sampai besar kamu suka baca buku ye izzul,mama doakan..

5) suka main air lebih2 lagi air shower tu.mengekek2 suka pastu mula la taknak keluar dari bilik air..dah nak tido ni tiba-tiba selak-selak baju dia pastu cakap "nak andi,nak andi"..pukul berapa kamu nak mandi ni anak oi..

6) dah boleh beza antara motor,car,lori dan bas..kalau dalam kete jenuh nak layan dia duk tunjuk-tunjuk kenderaan tu semua..

7) takleh nampak mainan yang kena taruk syiling pastu dia akan gerak-gerak tu..aku taktau nama,nak explain pun tak reti..kat alamanda banyak mainan tu..haa,kalau dia nampak memang kena letak la dia kat atas mainan tu..letak saja tak jadi..jap lagi dia akan tunjuk kat tempat masuk duit sambil sebut "wit..wit.."..terer tak?dia dah tau kene masuk duit baru mainan tu akan bergerak.. :)

8) kuat minum susu sekarang ni tapi makan kurang nasi..feveret makanan adalah kuey tiaw goreng,mee goreng,bihun goreng dan jugak jenis sup-sup..kalau makan nasi tu dia akan pilih makan lauk je,nasi tak makan..

9) kat umah pengasuh ibu cakap dia suka main dengan sorang baby ni,kadang-kadang berebut mainan tapi dia tak rampas balik pun mainan dari baby tu..alih-alih dia yang nangis mintak mainan dgn ibu..bagus la kalau kamu reti mengalah,tak lama lagi dah ada adik kena la tolak ansur dengan adik..

10) lebih manja dan mendengar kata bapaknya berbanding aku..kalau dengan aku kena jerit berkali-kali tapi kalau dengan bapak dia sekali je kena marah terus muka macam nak nangis dah..mungkin sebab hari-hari dia berkepit dengan aku jadi tak heran la dengan jeritan aku tu..haha..pastu kadang-kadang dia sebut jugak "papa..papa" selalunya sebelum tido malam..aku jawab "papa work" terus dia tak tanya lagi dah..sedih jugak..


boboi boy cekci... :)


# Check up kali ke berapa ntah...

selasa aritu aku g check up kat kk..mcm biasa semua ok kecuali hb yang makin turun..kali ni mendadak turun kepada 9.3 sampai kan misi pun terkejut tengok bacaan kat mesin tu..tapi aku ngaku aku memang jarang-jarang makan ubat yang misi bagi tu..asik la terlupa jer..hehe..

so dalam masa 2 minggu ni aku akan cuba disiplin untuk makan ubat setiap hari..nanti masa check up 2 minggu lagi takde la misi terkejut lagi sekali..haha..

semalam adalah hari mabuk bagi aku..aku taktau salah makan ke apa tapi 2 kali aku muntah pastu pening-pening..kejadian berlaku selepas aku brekfes..lepas brekfes je rasa macam angin tolak-tolak makanan dari dalam perut *gigihnya aku explain*..nasib aku sempat berlari ke toilet,semua makanan yang aku makan keluar,ikut mulut dan hidung sekali..seksa weh!

2 jam kemudian muntah lagi sekali,kali ni tak seteruk yang kali pertama lagipun dalam perut memang dah takde makanan,keluar air jer..pedih tekak..ni la kali pertama aku muntah sepanjang mengandung..orang lain awal-awal muntah,aku nak masuk 9 bulan baru merasa muntah camni..tu pun dah azab bagi aku..takleh bayangkan pompuan-pompuan yang alami morning sickness selama berbulan-bulan tu camna..kesian dorang kan..

dah tak tahan dengan pening kepala lagi aku pergi tidur kat bilik solat..alhamdulillah,lepas sejam semua ok..pening dan muntah dah hilang..syukur..

Monday, July 25, 2011

# Update

okeh..kepada kawan-kawan blogger,ingin saya menyatakan di sini (eh,apsal skema sangat ni?) bahawa NURUL HEZRINA aka MUMMY MAIRA telah selamat melahirkan baby girl seberat 3.5kg pada 23/7/2011 pukul 8.40 pagi di hospital melaka..

mengikut sms yang nurul hantar,baby no 2 ni kuat menyusu dan tak meragam..so,selamat berpantang kepada nurul..lepas ni giliran aku pulak..hehe..

# Random pada hari isnin...

assalamualaikum dan selamat pagi semua...

hari ni korang ada syndrome monday blues tak?aku takde sebab hari ni adalah hari gaji..hehe..tik tok tik tok sekejap je masa berlalu..minggu ni merupakan minggu terakhir boleh makan di siang hari pastu minggu depan dah start berpuasa dah..pastu raya dah..

semoga kedatangan ramadhan al mubarak membawa seribu keberkatan kepada kita semua..insyaAllah..

aku sebenarnya sambil menghitung hari untuk puasa dan raya,menghitung hari untuk bersalin jugak..pakej la katakan..persiapan raya tahun ni agak caca merba sikit memandangkan perancang utama tak dapat beraya beria disebabkan tengah sarat mengandung..haha..tambahan pulak ada double persiapan iaitu menyambut baby baru jadi paham-paham la nak kena bahagi-bahagikan duit..

baju melayu hubby pun belum tempah lagi..tailor pun taknak amik tempahan dah,so yang ni kita beli ready made sudah la..izzul punya pun camtu jugak..baju-baju t-shirt untuk izzul dah beli cuma seluar je belum beli lagi..persiapan untuk baby baru pulak 90% dah siap,tinggal nak beli diapers jer..

minggu depan hubby balik sebab nak merasmikan hari pertama puasa dengan aku dan izzul..tak sabar rasanye..pastu boleh la kecek (bodek-bodek) dia pergi beli seluar raya izzul..

oh ya!bercakap tentang izzul..si kecik tu pagi ni buat hal pulak dah..pagi-pagi lagi merengek nak berdukung tapi yang heran nya kasut tetap nak pakai..jalan nya taknak..haishh anak..

kang mama bagi awak duk dengan papa kat kampung baru tau..tapi aku tau dia lagi suka duk dengan bapaknya sebab petang-petang bapak dia bawak jalan pusing kampung naik motor..masa aku balik kampung 2 minggu lepas kulit izzul jadi gelap sikit,mana tak nya hari-hari naik motor..hehe..

apa lagi nak membebel kat sini ye..takpe,pikir dulu..kang kalau ada idea sambung balik.. ;)

Friday, July 22, 2011

# Lambat

hari ni lambat punch card gara-gara anak bujang aku taknak bangun tido..selalu pagi-pagi dalam pukul 7.20 aku dah kejut dia dan dia senang bangun..pagi tadi punya la liat dia nak bangun,kejap meniarap kejap menonggeng bangun nye tidak..

pastu bila dah bangun merengek manja pulak dia,yang si mak duk tengok jam ishh dah pukul 7.30 tapi anak masih lagi taknak bangun..sudahnya aku angkat dia baru la bukak mata..pastu buat pulak drama kat pintu..kasut nak pakai tapi taknak jalan,boleh?bila aku suruh dia jalan dia duduk pulak dah..anak oo anak..

maka terpaksa la aku dukung dia walaupun doktor dah pesan jangan angkat berat-berat lagi..no choice okeh..huhu..sampai umah mak ngah ok pulak dia main dengan budak-budak lain..lepas salam dan cium dia lebih kurang terus aku ke opis..

ala,lewat seminit je pun tapi merah tatap merah okeh.. :) oh ya!btw,semalam adalah percubaan kali pertama kami tido atas katil setelah berbulan-bulan tido kat bawah gara-gara si kecik tu asyik jatuh katil..so far berjaya nampaknye..hehe..aku asyik sakit pinggang semenjak preggie ni lagipun kat bawah tu tido atas toto je pun..

agaknye penangan tilam yang empuk membuatkan si izzul tu susah nak bangun pagi ni kot..haha..hope hari-hari seterusnya takde la si kecik tu jatuh katil lagi..kubu yang aku bina kat sekeliling katil pun rasa dah kukuh dah.. :)

camna dengan korang?tido atas katil ke tido kat bawah?share la sikit....

Wednesday, July 20, 2011

# Sesi mendobi..

assalamualaikum...salam hari rabu semua..

kali ni nak cite pasal persiapan menyambut baby baru pulak..seriously,sekarang macam takde modal untuk dicitekan dalam belog ni.. ;)

sebelum ni memang satu apa pun tak beli sebab barang-barang abang dia masih lagi ok..cuma tinggal nak keluarkan dari plastik dan mendobi je..tapi disebabkan kemalasan yang melanda sampai ke sudah aku tak buat..

selepas kena masuk wad baru la aku kelam kabut nak prepare barang-barang baby padahal sebelum ni memang asyik bertangguh jer lepas seminggu ke seminggu..huhu..sampaikan hubby siap cakap "kalau ma beranak ni memang pa taktau nak buat apa sebab barang-barang anak memang tak basuh dan packing lagi"..haha..

aku pun taktau nape aku lemau sangat bila mengandung kali ni..so hari ahad aritu kami ke jusco seremban membeli belah baju bajan baby..tak banyak pun aku beli,sekadar 3 pasang baju,2 helai tuala serta sepasang sarung tangan dan kaki..pastu baju untuk si abang 3 pasang (yang ni mak mertua belanja)..

semalam aku topup lagi 2 pasang baju dengan sepasang sarung tangan dan kaki..cukup la tu,buat apa nak membazir sebab baju abang dia pun banyak lagi..malam tadi bermula la sesi mendobi pusingan pertama..hari sabtu ni pusingan kedua pulak..

yang paling menguji kesabaran adalah nak menggantung sarung tangan dan kaki yang kiut miut tu..dah la banyak pasang sampai tak cukup hanger..btw,petang ni dah boleh angkat,lipat dan packing dalam beg baby siap-siap supaya hubby tak panik macam aritu..hehe..

tinggal lagi yang belum beli adalah diapers..yang ni beli saiz S terus la sebab lagi murah berbanding new born..takpun kalau nak jimat pakaikan je cloth diapers si abang yang melambak-lambak tu..

abis pasal baby..mama dia pulak tinggal set bersalin dan maternity pad je yang belum beli..tunggu la hubby balik lagi 2 minggu baru pergi shopping barang-barang mama pulak.. ;)

Tuesday, July 19, 2011

# Warded!

itu la sebabnya blog ni terbengkalai seminggu..semua plan aku tertangguh..

alkisahnya camni,hubby balik sini minggu lepas so hari sabtu lepak-lepak je kat rumah,bersih punya pasal kan..plan nya hari ahad nak keluar pergi beli barang dapur sikit kat mydin presint 15 tu..dah sampai sana baru teringat pampers izzul dah nak abis alang-alang beli la terus..

hubby pun naik la tingkat atas nak amik pampers,aku plak tunggu dia kat bawah sambil dukung izzul..si kecik tu kalau dilepaskan memang haru nak kejar..tengah dukung izzul tu tiba-tiba rasa sakit kat bahagian bawah perut ni,sakit macam contraction tu..tengah dukung izzul tu aku rasa berpeluh-peluh duk tahan sakit..nak letak izzul kat bawah kang tak terkejar aku nanti..

aku rasa hubby naik atas tu lama sangat padahal dia pergi kejap je,amik pampers pastu terus turun..orang sakit memang tak sabar kan..hehe..bila dia turun terkejut dia tengok aku pucat lesi dan berpeluh-peluh..aku cakap kat dia sakit macam nak beranak dah ada ni..terus kitorang bayar je apa yang sempat ambik tu,barang-barang basah memang tak sempat nak beli..

pastu terus balik rumah..si kecik tu boleh pulak tertido on the way nak balik rumah..aku call adik aku sebab nak tinggalkan izzul kat rumah dia sementara kitorang pergi hospital..rupa-rupanya dia keluar beli barang dapur jugak..alahai,nak taknak kena la tunggu dia balik dulu..lagipun aku tak sampai hati nak kejutkan si kecik yang tengah lena tido tu..

sakit aku pun kejap-kejap jer..kalau aku berdiri atau buat kerja mula la datang sakit contraction tu..kalau aku baring takdek pulak sakitnye..kira boleh tahan lagi la..

petang tu dalam pukul 5 adik aku cakap dia dah balik dan masa tu izzul pun dah bangun..mandikan izzul zass hantar ke rumah mak ngah dia..aku pulak masa masuk kete nak ke hospital tu sempat lagi suruh laki pergi hantar carwash dulu kete sebab kotor sangat..aku taktau la dah berapa bulan kete tak berbasuh..

siap basuh kete baru ke hospital putrajaya..ingatkan takde la kena tahan wad,sekadar pesakit luar je tapi nan ado..lepas buat speculum tu(ala-ala pap smear) kena pulak VE..aku pun heran takkan 32 minggu nak kena seluk jugak..walaupun doktor pompuan yang buat aku tetap malu woo,siap tutup muka dengan selimut lagi..haha..bukaan pun dah ada 1cm..

pastu misi letak alat ctg tu kat perut,memang ada contraction pun every 10 minit..aku duk berdoa mintak-mintak jangan beranak lagi sebab satu hapa persiapan pun tak buat lagi..baju-baju lama si abang pun belum basuh..huhu..lagi satu orang-orang tua cakap kalau beranak masa kandungan 8bulan,baby takkan hidup..nauzubillah..tak tau la betul ke tak tu..

jadi dari 10/7 hingga 12/7 aku memang kena duk dalam wad..pengalaman kena inject dengan injection dexa yang maha sakit sampai menangis..sape-sape yang pernah kena injection tu tau la camna penangan dia..haha..sakit nak beranak tak sesakit kena inject tu tau..ni pendapat aku la..

pagi isnin tu doktor cakap kalau dalam masa 24jam lepas ni takde lagi contraction,aku akan dibenarkan kuar wad..alhamdulillah start pukul 9 pagi hari isnin sampai la pukul 9 pagi hari selasa memang takde contraction..dah hilang semua sakit..so aku dibebaskan keluar pada tengah hari selasa tu..doktor bagi mc sampai jumaat (15/7)..

balik rumah tak sabar nak jumpa izzul jer..sepanjang duk dalam wad hubby bawak dia datang jumpa aku sekali jer,rindu membuak-buak kat budak kecik tu..ibu mana boleh tahan bila berpisah dengan anak dia,kan?

pastu aku amik keputusan untuk balik berehat kat rumah mertua memandangkan dapat cuti sakit yang lama..semalam baru balik putrajaya bawak seguni durian..oh ya!semalam aku EL..hari ni baru masuk keje..sape2 nak makan durian boleh la datang ke rumah aku yer..hehe..

buat sementara ni doktor memang tak benarkan buat keje berat,angkat izzul serta elakkan bersama suami buat sementara waktu sebab takut terjadi lagi contraction..mak mertua aku suruh tinggalkan je izzul kat kampung tapi aku tak sampai hati la..kat sana papa dia,nenek dengan maktih boleh jaga izzul tapi tu la,aku takut ada gak orang nangis sorang-sorang sebab teringat kat anak nanti..huhu...

biar la aku jaga dia kat sini...aku pasrah..hehe..itu la alkisahnya kenapa blog ni senyap sunyi seminggu yang lepas..hope semuanya selamat sampai la aku bersalin nanti..doakan aku ye kawan-kawan... ;)

Friday, July 8, 2011

# Gara-gara bersih..

waaaa..gara-gara bersih semua orang lepak kat rumah kan minggu ni..semua aktiviti terbantut..aku pun sama,walaupun papa izzul balik malam ni tapi sabtu dan ahad kitorang jalan-jalan kat sini jer..

tak koser nak harung jem nak ke kl tu..sebenarnya aku plan nak cari baju raya izzul dan baju untuk baby yang bakal dilahirkan kat sogo minggu ni,dah alang-alang hubby balik tapi nampak gayanye kena postpone la.. ;(

mungkin kami akan ke pesta floria putrajaya esok..tema tahun ni "roses are forever"..wah,kelas dan romantik gitu tema tahun ni..haha..

dan esok aku ada plan baik punya..ce teka ce teka?aku plan nak buat kek coklat,resepi pun dah ada..sana sini kawan-kawan blogger duk tayang kek dorang,nampak macam senang jer so nak cuba buat la..nama je belajar pengurusan hotel tapi baking-baking ni still failed..hehe..entah jadi ke tak,tunggu la entry pada minggu depan..haha..

hope menjadi la ye.. :)

Wednesday, July 6, 2011

# Kelahiran izzul part 3..

kita sambung lagi....

tengah-tengah duk beromantika bersembang dengan hubby tetibe aku rasa sakit yang amat..aik?kata dah cucuk epi tak rasa sakit kan,ni nape sakit pulak ni..cepat-cepat hubby panggil doktor yang memang dah standby kat luar tu..hubby aku pun tunggu kat luar tapi doktor tu panggil dia masuk,dia kata takpe encik boleh duk dalam ni bagi semangat kat wife..

doktor check bukaan dah 10cm,dia kata kalau puan rasa nak teran,teran jela..masa ni aku sempat tengok jam pukul 12 tengah hari camtu la..teran sekali tak keluar,dua kali tak keluar,tiga kali pun tak keluar jugak..aku tak reti nak teran la..masa ni ada la 3 orang misi,ada sorang tu siap duk tolak-tolak perut aku ke bawah nak suruh baby turun katanya..sorang lagi duk ajar camna cara nak push..

sakit tak payah cite la,hubby aku duk lap-lap peluh dan air mata aku..nasib aku bukan jenis yang meraung2 sebab ingat lagi kat tuhan,malu pun ada..sekadar menangis mengalirkan air mata jer.. :) hubby pun kejap ke depan tengok camna,kejap datang sebelah aku pegang tangan bagi dorongan..

hubby cakap setiap kali aku teran nampak dah rambut baby pastu aku tarik nafas,baby pun masuk balik..haha..hubby siap amik tangan aku suruh pegang rambut baby kat bawah tu..dia cakap kesian kat baby macam tersangkut jer..sedihnya aku rasa alahai..almost sejam lebih jugak la duk teran tapi tak keluar2..aku pun tak ingat berapa banyak kali aku duk teran daa..

pastu doktor cakap nak gunting sikit dan aku boleh dengar bunyi macam gunting kertas tapi tak rasa sakit pun..lepas je doktor gunting 3 kali push keluar la baby aku pada 2/11/09 jam 2.08 petang..alhamdulillah,syukur ya Allah!pastu doktor inject ubat apa tah tetibe rasa macam ada lagi benda keluar,rupenya uri yang keluar tu..aku ingat lagi hubby aku cakap 'ma,baby kita keluar selambak macam muntah'..hehe,aku ingat sampai bila2 ayat dia ni..

pastu misi angkat baby tunjuk kat aku tanya boy ke girl..aku boleh jawab saya tak nampak sebab tak pakai spek,pastu dia dekatkan lagi baby dengan aku baru nampak..boy!aku cakap kuat2 sambil gelak,misi pun senyum tengok aku masa tu..pastu aku nampak hubby duk azankan izzul,masa tu izzul penuh dengan darah lagi..syahdu weh rasa!

dah siap azankan baby,hubby duk ucap terima kasih kat doktor dan misi2 sebelum dia dihalau disuruh keluar sebab misi nak jahit aku pulak..masa misi jahit ni aku memang tak sedar apa pun,aku tido jer sebab penat sangat2..sedar-sedar ada doktor pulak duk korek-korek untuk check jahitan dan keluarkan darah beku..pelik kan?dah lepas jahit baru dorang nak korek darah beku keluar..

sepanjang kena jahit dan doktor check jahitan tu memang tak sakit..agaknye sebab kesan bius epi tu ada lagi kot..aku ingat lagi aku mintak air dengan misi sebab dahaga sangat-sangat,dia bawak air milo bagi aku minum pakai straw..

lama jugak la aku duk kat labour room tu sebab wad penuh..dah setel jahit dan doktor check tu aku tido je kat situ..tak lama kemudian misi datang kejutkan aku sambil bagi baby kat aku..dia suruh susukan baby tapi aku cakap baby tengah tido,camna nak kejut..misi pun jentik tapak kaki baby,meraung la si kecik tu..kesian aku tengok..dah bangun boleh la susukan dia..pastu misi ajar camna nak susukan baby,nak lekapkan baby kat nipple dengan betul camna..

nasib la si kecik tu macam pandai je melekap kat nipple..pastu dia tido,aku duk tengok je muka dia..dalam pukul 6 petang baru la kitorang dipindahkan ke wad..

keesokan petang tu baru la kitorang boleh check out..so far layanan doktor dan misi kat HKL sangat bagus...misi pun lembut2 jer,tak pernah aku kena marah ke apa dengan dorang..sape cakap beranak kat hospital gomen teruk?aku alhamdulillah,pengalaman bersalin kat hkl tu adalah pengalaman yang manis buat aku....

tamat sudah pengalaman bersalin anak pertamaku,muhammad izzul hazman... :)


# Kelahiran izzul part 2..

ok,ni sambungan yer..

dari palong kami terus ke HKL..aku kena tunggu kat kaunter pendaftaran dan masa ni berlakunya debaran penuh makna berlaku sebab first time kena seluk.. ngilu weh!hehe..bukaan baru 1cm tapi disebabkan air ketuban dah banyak keluar maka kena tahan kat wad sebab senang nak monitor in case jadi apa-apa kan...sementara tu hubby balik rumah kejap sebab nak amik beg baby dan beg aku..ala,rumah dekat je masa tu duk kat kampung baru..tak sampai 15 minit hubby dah muncul kembali..

misi pun suruh aku naik wheelchair dan tolak ke wad walaupun aku berkali-kali cakap saya tak sakit dan boleh jalan sendiri..hubby aku yang duk kat sebelah ni tergelak-gelak tengok gelagat aku..check in la aku dalam wad ditemani hubby terchenta..masa tu dah pukul 1 tengah hari..tapi aku tak ingat dah wad tu no berapa,dah la kelas ketiga gara-gara tak prepare GL..sama taraf dengan indon dah aku masa tu sebab ada kakak indon duk depan katil aku..haha..

semua berjalan lancar,sebab tak rasa sakit lagi kannn..boleh la duk berhuha huha dengan hubby..memang tak rasa contraction ke ape ke jadi kita enjoy..haha..baru la merasa boring duk kat hospital,tu baru check in beberapa jam je..

kat hkl memang takleh tunggu kat dalam wad kan,ke aku sorang yang jakun ni?kalau mak ke sedara ke nak tunggu ada ruangan menunggu kat luar tu..kat situ la dorang tido dan makan (kalau tak silap aku la)..aku takde orang teman pun..harapkan hubby jer,tu pun kalau dah abis waktu melawat dia balik la rumah..tinggal la aku terkebil-kebil sorang diri..nak bertegur sapa dengan jiran-jiran segan pulak..hehe..

malam tu dalam pukul 12 tengah malam aku dah start rasa sakit sikit..merasa la sakit sorang-sorang..sakit kejap pastu stop pastu start sakit balik..mula-mula boleh tahan pastu makin lama makin sakit..mulut ni tak henti-henti duk baca doa,zikir la,mengira la..menangis tau..

hubby pulak kejap-kejap sms tanya aku ok ke tak..kebetulan biras aku keje malam masa tu dia la tolong urut2 belakang (SIL ni keje sebagai nurse kat hkl tapi bahagian lain)..mujur la ada dia,boleh la borak-borak untuk hilangkan sakit..

lepas je SIL ni pergi sambung buat keje dia,aku cuba jugak paksa diri untuk tido walaupun sakit..tapi tu la,sakit mengatasi segala-galanya..dah tak tahan aku panggil misi pastu misi suruh masuk bilik untuk check bukaan..baru bukak 2cm tapi aku rasa macam nak putus pinggang ni..huhu..

sambil duk berperang dengan sakit tu aku tertido,sedar-sedar dah pagi..bangun,mandi dan duduk je atas katil sambil termenung..masa tu pukul 8 lebih..sakit tu masih ada tapi tak seteruk malam tadi la..pastu misi datang hantar breakfast roti 2 keping dengan air milo suam..tu je yang aku makan..pukul 9 pagi camtu doktor datang dan kena seluk lagi..kali ni doktor lelaki,malu tu memang malu tapi nak buek camno..takleh nak elak..haha..

kali ni bukaan dah 4cm,terus dibawa ke labour room..sempat lagi aku tanya misi boleh tak saya bawak handphone ni sebab saya nak inform hubby saya..dia kata bawak jer..sampai je kat labour room (LR) aku terus sms hubby bagaitau dah masuk LR ni,bilik sekian sekian..

sementara nak tunggu hubby datang tu aku memang tak tahan sakit terus request epidural..sakit yang menggila yang amat..tuhan je yang tau..patut la syurga itu di bawah tapak kaki ibu..masa ni terus insaf tiba-tiba,teringat kat mak kat kampung..menangis aku sorang-sorang..sebak sedih semua bercampur baur..

lepas cucuk epidural terus hilang sakit..syukurr..tak lama kemudian hubby aku sampai..dia tanya aku dah makan lum,aku cakap makan roti dengan air milo je..pastu hubby tanya doktor wife saya ni boleh makan lagi tak sekarang,kalau tak saya nak g beli breakfast untuk dia..doktor cakap takleh makan dah sebab anytime from now boleh beranak ni.masa tu ada doktor india perempuan duk prepare peralatan untuk aku bersalin..baik sangat doktor ni..dia siap cakap u spend la time dengan u punya hubby,i tunggu kat luar ni kalau ada apa-apa panggil i yer..

ni la gambar masa kitorang duk berdua-duaan tu..aku siap boleh baca metro lagi masa ni..hehe..gambar tak clear sebab pakai tipun cap ayam..menggelabah punya pasal hubby lupa bawak camera..

 muka orang sakit..


 masa ni dah lepas inject epi boleh la buat peace bagai...haha..

papa n mama to be....

bersambung lagi yer....saje nak bako korang..hehe..

Tuesday, July 5, 2011

# Kelahiran izzul part 1..

assalamualaikum dan selamat pagi semua...

hari ni baru ada mood nak update blog,biasa la aku kan 'rajin'..hehe..so,kali ni nak cite pasal kelahiran anak pertama bucuk bucuk sayang aku tu..umur izzul dah nak masuk 2 tahun mak dia baru terhegeh-hegeh nak cite pasal pengalaman bersalin..memang dassarrr! ;)

tanpa membuang masa lagi,sila la anda baca sendiri ye..

ok,mengikut due yang doktor bagi aku dijangka bersalin pada 1/11/2009 (khamis)..pada 29/10/09 aku ada check up kat kk putrajaya..masa misi check dia kata kepala baby still tak engaged walaupun dah masuk 39 weeks ++,so kena refer doktor kat hospital putrajaya..kami laki bini ke hospital putrajaya dan diberikan appoinment untuk datang lagi satu minggu untuk jumpa pakar..kecewa kami di situ,ingatkan boleh jumpa terus..

pastu hubby cadangkan balik kampung dia jumpa mak bidan untuk urut ke camna..aku mengikut je..maka pada 30/10/09 (jumaat) tu aku EL sebab petang khamis tu jugak kitorang balik palong,kes tak sempat nak apply cuti..balik dari hospital packing2 baju terus balik kampung..hehe..lagipun hubby cakap hari ahad tu ada kenduri kat rumah paksu dia sempena dia dapat pergi haji..

kat kampung cite la kat mak mertua aku pasal kepala baby tak engaged lagi dan nak cari bidan untuk urut tapi mak kata tak payah la,tak elok..biarkan je nanti baby akan turun sendiri..dah orang banyak makan garam cakap camtu aku mengikut aje lah..kate menantu mithali kennn... :)

hari sabtu tu everything ok..duk umah mertua ni layanan bak puteri,cakap la nak makan apa pasti mak akan masak..tapi aku taklah kejam request nak makan macam-macam ala-ala mendera mak mertua pulak..apa yang dia masak aku makan jer..

dan seperti biasa kalau balik kampung title hubby aku adalah bujang..pagi kerja,petang main bola,malam kalau perlu lepak dengan kawan-kawan lepak dulu..tengah malam sikit baru la masa untuk aku..haha,aku tipu..dia tetap ada masa untuk aku tapi rutin dia lebih kurang camtu la,jarang lekat kat rumah..

kebetulan hari ahad tu kawan dia nak kahwin jadi malam tu dia sibuk tolong-tolong kat rumah kawan dia ni,pukul 1 pagi baru balik rumah..aku dah tido masa dia balik tu..

elok je tido sambil peluk hubby tetibe aku rasa macam ada benda meletup..bunyi "popp" disertai dengan keluar cecair tapi aku tak rasa sakit pun..disebabkan gelap aku tak nampak yang keluar tu air ke darah..alamak!dah nak bersalin ke aku ni..aku tengok jam masa tu pukul 5 lebih..aku kejut hubby boleh dia buat dekk je..sekali je aku kejut dia..tau la penat tapi bini ko dah ada tanda nak beranak nih.

aku pun ke toilet nak tukar pakai kain batik..masa berdiri tu tetibe keluar lagi air,kali ni lagi banyak..aku siap tadah lagi pakai tangan nak tengok camna rupa air ketuban tu..mental sungguh la..jernih je air dia..hehe..dah elok tukar kain semua aku masuk balik dalam bilik dan sambung tido..giler kan?dah tak sakit..kalau sakit takde la aku cool camni jer...

keesokan harinya 1/11/09 (ahad),semua duk bersiap-siap nak pergi rumah paksu hubby termasuk la aku..camna ntah aku boleh tercakap kat mak yang aku dah pecah air ketuban pukul 5 pagi tadi..masa aku cakap kat mak tu dah pukul 9 pagi..terkejut orang tua tu tengok aku boleh rileks je lagi..

terus kena halau balik ke KL semula..hahaha..mak cakap tak payah pergi kenduri tu terus balik KL pergi hospital..hubby pulak macam terkebil-kebil heran tanya nape aku tak kejut dia masa pecah air ketuban tu..aku cakap dah kejut tapi awak taknak bangun..mati-mati dia tak percaya aku dah kejut dia..ha,tau takut..

dan dan time tu jugak kitorang gerak balik ke kl,perjalanan dari palong almost 3jam jugak la..hubby pulak bawak kete kemain slow takut aku terhentak-hentak..kejap-kejap tanya aku sakit ke tak,naik boring aku nak jawab tak sakit tak sakit sepanjang perjalanan tu..hehe..tau pulak menggelabah ko ye bang.. ;)

ehh,panjang la pulak..nanti ada sambungan tau..tungguuuu!

Friday, July 1, 2011

# Jatuh dalam bilik air

malam isnin lepas,semasa aku nak mandi dengan izzul dalam pukul 8 malam camtu,ntah camna aku boleh tergelincir dan jatuh..style jatuhnya adalah jatuh terduduk,sakit jugak la vontot dengan peha belah kiri ni..sampai hari ni masih terasa sakitnya..dah la time ngandung ni macam-macam sakit datang..sabar jela..huhu..

masa mengandungkan izzul dulu aku jatuh motor,yang ni jatuh dalam bilik air..huhu..so aku kalau tido malam-malam kalau tetibe nak ubah posisi memang kena gerak slow-slow..kalau tak haru biru sakit satu badan..ini la dugaan ibu mengandung..

disebabkan tak keluar darah ke ape ke lepas jatuh tu so aku assume aku ok la..hehe..suka-suka je kan jadik doktor sendiri..pastu petang selasa tu aku ada check up,sempat la tanya misi dia kata dalam 24 jam kalau kuar darah ke air ke sila la cepat-cepat ke hospital..alhamdulillah,takde apa-apa yang berlaku..

oleh kerana aku jatuh dan masa misi check tu dia kata ukuran rahim lagi besar(ukuran rahim 32cm sepatutnya 30cm) dari tarikh dan jugak kandungan melintang maka aku kena refer dengan doktor..bila doktor scan dia kata takde apa-apa yang perlu dirisaukan sebab baru 30 weeks,baby memang ada ruang lagi untuk berpusing..dinasihatkan jangan urut perut oleh doktor..biarkan je..

result check up hari selasa (28/6/11) hari tu (at 30 weeks)
berat : 58 kg - 2 minggu naik 2kg..ohh,tidak!oh ya,lepas ni aku dah kena check up 2 minggu sekali dah..
hb : tak amik sebab baru 2 minggu lepas dah amik..2 minggu akan datang pulak baru amik darah..misi cakap kali ni amik darah kat lengan pulak..aishh..
air ketuban : ok
uri : ok
jantina : jeng jeng jeng... ;)

risau gak ni dengan berat badan yang asyik naik jer..masa aku mengandungkan izzul dulu lagi 2hari sebelum bersalin masa 40 weeks berat baru 59.6kg...

# Sedekah susu dah tamat..

ok,tawaran sedekah susu dah ditutup memandangkan aku dah bagi kat member kat opis ni..lagipun senang sikit tak payah aku nak pikir pasal nak pergi pejabat pos untuk pos susu tu..kepada yang nak susu tu aku mintak maaf banyak2 ye..susu mama dah abis.. ;)

kalau ada lagi lain kali aku inform lagi yer..terima kasih kerana sudi singgah kat blog aku ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...