Followers

Wednesday, June 29, 2011

# Sape nak susu free?sape cepat dia dapat k..

aku nak tanya anak sape minum susu lactogen 3 macam dalam gambar ni?minggu lepas masa pergi shopping kat carrefour Alamanda promoter susu bagi satu kotak susu Lactogen 3 ni..

masalahnya si izzul tak minum susu kaler putih,dia minum dugro coklat jer..expired tahun 2012 kalau tak silap aku..nanti aku check balik..

daripada membazir baik la aku sedekah kat sape2 yang memerlukan..
jadi aku bermurah hati nak bagi kat sesape yang nak la..susu ni ada sekotak jer untuk 1-3 tahun..sape cepat dia dapat k..

komen je kat entry ni kalau korang nak k..

Monday, June 27, 2011

# Kursus la pulak..

adehh!bila sebut pasal kursus ni malas pulak nak pergi besok..padahal kat opis ni je pun..tapi memikirkan aku baru je ada sehari kursus nak cukup kan 6hari lagi tu yang tak tau bila better la rebut peluang nih..lagipun nanti dah nak bersalin cuti pulak 3 bulan takut tak sempat nak cukupkan 7 hari berkursus..

sape-sape yang keje gomen dorang tau la pasal kursus 7 hari setahun ni..kursus yang aku akan hadiri ni selama 3 hari iaitu dari 28/6-30/6,semuanya berkaitan dengan akaun..huhu,mesti mengantuk punye lah..yang ni aku boleh jamin..haha..

so blog ni akan terabai selama 3 hari nanti..kalau sempat time break tu aku curik-curik la melawat rumah korang-korang semua.. ;)

kepada penjawat-penjawat awam,anda semua sudah cukup kah 7 hari berkursus? ;)

# Monday blues

assalamualaikum dan selamat pagi semua...

hari ni rasa malas sangat nak pergi kerja tambah-tambah pulak hujan pagi tadi..kan best kalau dapat sambung tido..dan lagi best kalau aku ni tak keje jadi suri rumah jer..hehe..banyak pulak kalau nya kan?bersyukur la dengan kehidupan sekarang ni wahai azni oi..(mode insaf sudah datang)..

masuk je opis pagi ni tengok semua orang sibuk duk susun makanan..ehh,ada jamuan kah?memang betul lah ada jamuan,jamuan kesyukuran yang ditaja oleh penolong akauntan sempena anaknya dah sembuh dari sakit telinga..camtu la yang aku dengar..:)

wah,macam-macam ada..pulut kuning,kari ayam,meehun goreng,tapai pulut,agar-agar,kek,dan air kopi..aku makan semua termasuk la tapai tu..lepas makan kepala macam dah pening sikit,nurul hezrina pun sama jugak..aku agak sebab makan tapai pulut kot.

pastu dua-dua marathon tidur kat meja,nasib la bos takde..ala,tidur setengah jam je tu pun ala-ala tidur2 ayam..bosan nye....keje banyak tapi monday blues punya pasal semua malas nak buat..

Friday, June 24, 2011

# Bagan Lalang..

hari ahad aritu sempena meraikan hari bapa dan hari jadi aku (in advance) kami ke bagan lalang..disebabkan kami laki bini lum pernah lagi jejak kan kaki ke sini so semangat tu berkobar-kobar lain macam sikit..hehe..actually,aku nak ke PD je main pantai kat sana tapi hubby cakap pantai kat PD kotor..

jadi hubby telah deal dengan kawan-kawan dia yang tau jalan camna nak ke bagan lalang tu..pergi la kami 2 buah kereta..hubby paling excited siap bawak baju seluar spare lagi nak mandi pantai punya pasal..

gerak dari putrajaya dalam pukul 4.30 petang,pukul 6 lebih baru sampai kat bagan lalang..sesat punya pasal!kami ni mengikut je kereta kawan hubby tu ntah camna boleh sesat,padahal kawan dia cakap dia selalu pergi sana..

aku dah angin dah,yelah berapa jam duk berpusing-pusing carik signboard bagan lalang..si izzul pulak time-time darurat tula buat hal mengamuk dalam kete..aku siap ajak hubby balik putrajaya semula,kiranya kensel la nak jejak bagan lalang tu..tapi hubby cakap dah alang-alang redah jela..

nasib baik jumpa gak bagan lalang..rupanye dia jauh nun masuk ke dalam kan?patut la susah sangat nak jumpe.. ;)

dah lewat petang camtu mood hubby nak mandi tadi pun terus ke laut,gelak aku tengok dia..sampai je beli makanan makan-makan borak-borak tak sampai sejam kitorang blah..

 dalam mulut penuh keropok tu..jgn taktau pulak.. :)

 pemandangan di kala senja..

 kita minum dulu..

 boys day out..geng-geng sesat tengah duk bincang camna boleh sesat tadi..haha..

 mak buyung dan anaknya..

 ehh,pak buyung pun ada jugak.. ;)

keluarga kecik kami...

aku cakap kat hubby lain kali pergi PD jelah..kat sini pun tengok air macam tak bersih jugak*alasan aku..hehe*

# Alhamdulillah..

baru lepas balik dari bacaan yassin kat surau..kalau nak baca kat rumah tu susah sikit,kejap-kejap si kecik tu datang kacau..kalau kat rumah baca selepas solat maghrib,sementara nak tunggu azan isyak tu sempat jugak la..

esok duk rumah je kot..esok ada perlawanan bola jaring dan futsal antara unit opis aku ni.opismate ajak aku pergi sekali konon2 bagi sokongan kat unit kami tapi ntah la..pikirkan bawak anak yang tengah lasak ni aku jugak yang penat nak kejar dia nanti..

kang orang lain yang main bola jaring aku pulak yang semput berpeluh sebab duk kejar anak..hehe..so kesimpulan dia tak pergi la kot,duduk rumah lagi tenang hati aku..

so,apa aktiviti korang besok?

Thursday, June 23, 2011

# Takleh tido

malam tadi susah bebenor nak lelapkan mata ni taktau la nape..mungkin jugak sebab kekanda tersayang takde kat sebelah.haha..tapi aku perasan bila kandungan dah cecah 7 bulan ni memang susah nak tido..si izzul dah lama terbang ke lalaland,mak dia masih terkebil-kebil..

asal aku pejam mata rasa macam sesak napas jer..tambah-tambah sekarang ni dah start cramp kat kaki ni.aduhh!memang tak tahan kalau cramp tu..so option dia,aku takleh mengeliat lebih-lebih dan masa tido tu kena letak bantal kat kaki kasik tinggi sikit..

tambah lak sekarang aku selsema dan hidung tersumbat duk sok sek sok sek,lagi la takleh tido..pakej cukup lengkap dah ni.. :) so malam tadi bila pusing kanan tak kena pusing kiri tak kena maka aku pun makan la ubat selsema..haa,amik ko!terus pengsan sampai ke pagi..memang tak sedar langsung bila tido tu..

bangun pagi ni kepala berat sikit..penangan ubat selsema..


p/s : ubat selsema tu aku amik sebab doktor cakap boleh amik tapi jangan selalu la..ni pestime telan ubat selsema masa pregnant...

# Puding gula hangus la pulak..

aku kan aku kan,memang suka buat dessert bila mengandung kali ni..sentiasa rajin jer.nak dapat baby girl agaknye..kalau dapat anak perempuan alhamdulillah lengkap sepasang cahaya mata penyeri keluarga kami.. ;)

kali ni aku nak cite pasal puding gula hangus pulak..ni resepi dia..



Bahan-bahan 
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair IDEAL
  • 1 camca teh esen vanila
  • 7 sudu besar gula
Cara-cara
1.   3 sudu besar gula atau lebih (kalau nak kuah banyak) dicairkan di dalam loyang hingga berwarna keperangan. Loyang saiz diameter dalam 15 cm. (Kalau nak nampak kecil dan tinggi pilih la loyang yang bersaiz kecil).
2.   Blender telur, susu cair, esen vanila dan gula (4 sudu besar) hingga sebati.
3.   Tapiskan bahan yang diblender di dalam loyang yang ada gula hangus. Kukus dalam api yang sederhana selama 20 minit.
4.   Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan. 


ni masa pukul telur,gula,susu (tapi tak letak lagi)..sepatutnya pakai blender tapi blender rosak bulan lepas..terpaksa la pakai tangan supaya otot-otot tangan menonjol sikit.. :)



berkilat lagi kukusan ni..haha..hadiah kahwin tp 2 tahun kemudian baru dirasmikan..sempena buat puding gula hangus ni baru aku keluarkan dari kotak..



ni dah siap..tunggu sejuk jer..see,sikit dah kena cungkil kat tepi tu..hehe..tekstur dia tak ok sangat sebab aku tak pakai blender..tp raso totap sodappp!!

# Hadiah hari tua ku..

sempena hari jadi aku yang berlangsung pada 21 jun tu hadiah yang aku terima adalah............jeng jeng jeng!takdek hadiah ponn..haha..

aku tak mintak hadiah apa-apa pun dari hubby,cukup la dengan kasih sayang dan cinta dia pada aku berkekalan sampai ke mati..so kelmarin lepas aku balik keje,dia duk sibuk tolong aku potong sayur,tumbuk bawang dan cili serta tolong aku masak..mengacau ponn ada jugak..haha..

lepas makan lepak-lepak tengok tv sesama sambil main-main dengan si kenit tu..pastu malam sebelum tido dia offer untuk massage aku..sebenarnye kan,bukan nak puji laki sendiri tapi dia memang terer bab2 urut mengurut ni,tak tau la dia belajar dari mana..

aku kan mc hari isnin tu sebab kaki cramp..tapi malam kelmarin bila dia urut terus rasa ringan je badan ni..tang kaki takyah cakap la,hilang terus sengal-sengal..lepas dia urut aku,dia urut si izzul pulak..disebabkan syok kena urut terus aku tertido pastu..sedar-sedar tengok hubby dengan izzul pon dah terbongkang..penat agaknye dua beranak tu lepas duk wrestling sesama dorang..haha..

so malam tadi bermula episod aku tido berdua dengan izzul sebab papa dia dah balik tengah hari semalam..wahai hatiku,jangan gundah gulana kerana suami mu pergi mencari rezeki..sedih memang la sedih tapi aku kena redha dengan ketentuan Allah..Dia lagi maha mengetahui tentang apa yang Dia ciptakan...

sabar la hati,lagi 2 minggu pasti kan bertiga-tigaan kembali....insyaAllah....

my yayangs.... ;)

Wednesday, June 22, 2011

# Kolam renang izzul..

jangan taktau walaupun kitorang duk kat tingkat 5 tetap jugak mak pak gigih carik kolam renang kat supermarket supaya anak boleh belajar berenang..taknak anak macam jakun bila tengok air banyak-banyak..haha..

aku dulu kecik-kecik dah expert berenang sebab apa tau?sebab belakang rumah ada sungai yang tersergam indah..nak -nak musim kemarau camni,lagi la syok duk berendam dalam sungai macam badak air..selagi mata tak merah dan badan tak berminyak2 tak sah nak balik rumah..tu pun kadang-kadang bapak aku datang carik kat sungai sambil bawak rotan suruh naik..besh sungguh kenangan budak kampung kan?

alamak!over sudah..nak cite pasal anak sebenarnye dah terlajak..takpe takpe boleh undur balik..hehehe...

sebenarnya aku berkenan tengok kolam renang si husna anak HUDA,pastu tanya huda dia beli kolam tu kat mana berapa harga..dah ada jawapan dari huda terus la mak pak memulakan sesi pencarian..

gigih uolls demi anak!sabtu tu pergi cari kat carrefour alamanda tapi harga dalam rm40 gitu la.mahal!bajet tetap bajet walaupun demi anak tersayang..huda kata dia beli kat giant harga rm15 jer.masalahnya kami laki bini ni taktau mana giant kat sini..

ari isnin tu aku mc sebab kaki cramp,pagi2 nak pergi keje takleh bangun..dalam pukul 10 lebih pergi klinik doktor bagi rehat sehari..izzul kami dah hantar sesiap kat rumah angah sebab taknak bawak dia dalam misi mencari kolam ni..

lepas dapat mc tu pergi la kami ke mydin mencoba nasib di sana..malangnya,takde yang murah..paling murah pun harga rm 90++..berpinar bijik mata aku tengok..haha..

pastu hubby tanya nak teruskan lagi ke tak..aku dah kecewa ni..hubby cakap kita try tengok kat bangi pulak..sekali masa lalu kat depan warta tu nampak la iklan giant sebesar2 alam kat bangunan warta..rupenye ada giant dalam warta ni..masuk dalam tu alhamdulillah ada rezeki anak aku nak main air..dapat la satu kolam dengan harga rm15 macam huda bagitau,pastu beli pam sekali..syukur..

balik rumah aku masak dulu sesiap perut laki bini dah lapar ni..sambil-sambil tu tengok laki aku gigih duk pam kolam tu pastu duk angkut air isi dalam kolam..lepas makan,laki aku pergi amik izzul..tak sabar nak tengok anak berendam nih..

 view dari balkoni rumah i..masa ni belum amik izzul lagi..bapak dia siap isikan permainan lagi..

 muka budak teruja... ;)

 berendam sampai kecut kaki tangan..

ni gaya bebas pulak.. :)

kami biarkan je main sorang sambil dipantau la..sejam jugak la dia duk berendam..pastu taknak keluar-keluar sampai menangis..boleh la bapak dia balik dengan tenang sebab dah penuhi segala kehendak bini dia..haha..

# WW - ikan duyung special....



comel kan ikan duyung saya?kan?kan?

Tuesday, June 21, 2011

# Cerita pasal kek batik..

aku tak ingat hari apa aku buat kek batik ni,hari ahad rasanya..kenape cepat sangat lupa nih?simpton-simpton ibu mengandung camni ker?fedulik kan la buat hari apa pun..ahahaha..

 aku pakai milo fuze jer sebab milo biasa dah abis stok..haha..resepi aku dah letak kat entry sebelum ni..

ni biskut selepas dipatah-patahkan..tapi aku rasa biskut ni sepatutnya dipatahkan lagi kecik..

ni masa panas-panas lagi,baru lepas ditekan-tekan kasi padat sikit..bila dah sejuk sikit simpan la dalam peti sejuk..kalau simpan dalam peti masa panas-panas nanti rosak la peti ais kamu iteww.. ;)

kesimpulan nya,rasa ok tapi dia lembik sikit..masa nak potong melekat jer kat pisau..ke kek batik ni jenis yang melekat ek?saya ni budak baru belajar..semua benda pun nak tanya orang..hehe..takpe,ni baru percubaan pertama (saje nak sedapkan hati sendiri)...

tapi yang tak best nya hubby aku bukan makan kek-kek camni.. :( try pon tidok..sungguh tak menjaga hati bini la camni..haha..

# Happy besday to me..

ini betul-betul,bukan tipuan..hari ini 21 june genap la 26 tahun umurku.masih muda bergetah lagi tu.haha..sambutan?hadiah?takde ponn..

tapi aku bersyukur sebab hubby sanggup balik pada hari sabtu minggu lepas padahal sepatutnya sabtu ni baru dia balik sini semata-mata nak ada bersama di hari tua ku..

cite dia camni hari sabtu tu dalam pukul 12 tengah hari dia call,

hubby : ma,awak dah makan lum?ada kat rumah tak?anak tengah buat ape?
aku : ada..lepak kat rumah jer.dah makan nasi lemak dah pagi tadi..tengah main-main dengan anak la ni..
hubby : ooo..ok la,pa nak pergi bahau jap ni.nanti pa tipun balik,handphone tu sentiasa pegang k..bye..
aku : ok,bye..

bila dia cakap handphone sentiasa pegang tu aku macam pelik je,apsal pulak ni tapi takde la nak pikir panjang pun.so dalam pukul 1 petang aku rasa macam bosan je terus bawak izzul pergi rumah angah kat tingkat 13,at least dia boleh main dengan danish..

baru jer duduk tak sampai setengah jam kat rumah angah,hubby call lagi,
hubby : ma,mana awak?bukak la pintu ni..(laki aku takde kunci rumah kitorang,sadis kan bunyik nya?)
aku : laa,ma kat rumah angah la..pa kat mana ni?(buat2 tanya padahal excited laki dah balik ;P)
hubby : kat depan rumah kite la..cepat la balik sini..
aku : jap jap,ok ok..(sambil bawak izzul,tetibe danish nak ikut jugak..hangkut la sekali)

sampai je depan rumah aku gelak tengok dia.."elehh,kan dah tak jadi surprise sebab takde kunci rumah" haha..pastu ada basikal dia belikan untuk izzul..aik?besday mama tapi anak yang dapat hadiah,ape kes ni?
aku tanya dia "kata minggu depan baru balik,kenape tetibe muncul ni?" dia jawab "sebab nak ada dengan ma pada hari jadi nanti,hari selasa pa balik semula"..so sweetttt!

dia belikan baju bola@ jersey 2 pasang untuk izzul,bantal kekabu sebiji yang mak mertua aku kirim..gambar tak snap pulak..

ada la aktiviti-aktiviti kami semasa kepulangan beliau,nanti aku cite kemudian..

nora elena,seth tan dan anak dorang... :) izzul pakai baju yang papa dia baru beli..

Friday, June 17, 2011

# Kek batik

apsal ntah bila pregnant kali ni suke je masak-masak..nak dapat baby girl agaknye.hehe..minggu lepas dah buat oreo cheesecake,minggu ni ingat nak buat kek batik la pulak..buat jenis yang sonang-sonang jer.boleh la dikudap-kudap (makan) time lepak tengok tv tu..

ni resepi yang aku amik dari sini..kalau korang nak cuba buat pun boleh..senang jer.. ;)


Image000
gambar ihsan dari google..nanti kalu aku jadi buat aku tepek la gambar.. :)


Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.. 

# Cincin kahwin..

pagi-pagi ni bila sampai opis tertengok la kat cincin kahwin ku..alamak!batu permata dia dah cicir la sebijik,dari sembilan biji tinggal lapan biji jer..terus dah tak cantik rupe dia..dah lompong..sayang nye..camna nak buat ni?huwaaa...

kalau bawak gi kedai emas agak-agak dorang terima ke tak nak letak batu sebijik?gambar takde pulak nak tunjuk..

hope hubby tak marah la bila dia balik nanti.. :(

Thursday, June 16, 2011

# Style anakanda menyusu...

taktau la dari mana dia tengok,tiru or belajar tapi cara dia minum susu tu memang stylo abess!haha..tak percaya?tengok gambar ni...

tang kaki tu memang takleh blah..tapi aku peratikan setiap kali dia baring masa minum susu atau tengok tv memang kaki dia silang camtu..bak kata bapak dia "anak tokey balak pun tak silang kaki camni"..hahaha..

tangan still tak lepas getel ekor si kwek tu..

lu langsi lu mati!!haha...nah nah!bila dah siap minum harus la mengarah mak nya amik botol susu tu..kadang-kadang aku tengah sembahyang pun dia datang hulur gak botol susu lepas dia abis minum..

lepas minum susu kita kunyah 'sireh' pulak..betul2 jadi mangsa keadaan si kwek tu.. :)

Wednesday, June 15, 2011

# WW- kesayangan hamba..


dua -dua dah pandai posing sekarang ni... ;)

# Percubaan pertama buat oreo cheesecake...

memang dah lama plan nak buat cheesecake ni..yang aku buat ni jenis yang tak payah bakar,just letak dalam peri sejuk jer..maklum la umah aku takde oven.huhu..ni nak kena masukkan dalam wish list ni..

resepi aku dah tak ingat amik kat blog mana,yang penting ia sangat mudah..

dutch lady fresh milk 80 ml 
butter 50g
oreo 2 paket 
cream cheese Philadelphia 250g
whipping cream 100ml
gula perang 1 tablespoon
gelatine halal 1 tablespoon + hot water 40ml
gula halus 1/2 cawan


 ni bottom crust dia..


 dah siap..masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek ni jadi keras..

gambar selepas 4 jam tu aku tak amik pulak sebab semua sibuk duk makan je..yang penting sedap ala-ala kek secret recipe walaupun lembik sikit..mungkin sebab berlakunya ralat semasa sukat cecair yang digunakan..maklum la aku guna botol susu izzul je buat sukat cecair..hehe,kantoi sudah!

Tuesday, June 14, 2011

# Baru balik dari check up..

sebelum tu nak cite pasal check up yang dibuat pada bulan lepas..see,orang pemalas camni la..yang bulan lepas pun hari ni baru nak buat padahal dulu memang dah plan nak buat entry setiap kali lepas check up..huhu..

yang bulan lepas (16/5/2011)

berat 53.6 kg - naik 3.9 kg dari bulan sebelum..omaigod!naik almost 4kg dalam masa sebulan.ni memang kena tegur dengan misi sebab berat badan dah terlebih naik..nak buat camna selera makan bagai dipam-pam nih.
misi nasihat suruh kurangkan makan makanan jenis karbohidrat,makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap..makan banyak buah-buahan bla bla bla bla...

hb makin turun iaitu 11.5,yang lain2 semua ok..

hari ini (14/6/2011) at 28 weeks

berat naik lagi walaupun aku sedaya upaya duk berdiet..err,maksud aku walaupun ikut nasihat misi tapi lemak-lemak berjaya jugak diternak.. :) timbang tadi 56.2 kg,naik lagi 2.6 kg..oh,tidakkk!misi siap cakap tolong control makan kalau taknak minum air gula.huhu..

hb turun mendadak kepada 10.4,terus misi tulis dengan pen merah kat buku tu..masa mengandungkan izzul dulu aku langsung takde masalah dengan hb2 ni semua ok jer..

yang lain semua ok..

kesimpulan nya,memang jauh beza pengalaman pregnant kali ni dengan dulu.. ;(

# Tak cukup tidur..huhu..

sebab si kecik itu la..pukul 10 lebih dia dah tido.aku rileks-rileks sambil tengok tv jap..pukul 11 aku pun join la dia tido sekali,baru je rasa nak mimpi-mimpi indah sikit aku dengar suara dia mintak susu..ehh,dah bangun ke..tengok jam baru pukul 2.30 pagi..

ingatkan lepas bagi susu nak la dia tido balik tapi duk ajak aku bermain la pulak.mak dia dah mamai ni.pastu siap suruh aku bukak pintu bilik sebab dia nak amik kokut (gabungan keropok dan biskut) kat dapur..tapi dia macam takut-takut sebab gelap lagipun aku selalu takutkan dia dengan lipas..seriyes,izzul memang takut betul dengan lipas..iklan ridsect pun dia takut sebab ada lipas.haha..

duk tarik-tarik baju aku ala2 nak angkat suruh aku bangun teman dia pergi amik tupperware kokut kat atas meja kat dapur.aku bawak satu tupperware tu masuk bilik,dia makan la kopok sekeping dua pastu duk leka main panjat2 badan aku pulak..pukul 2.30 pagi ni anak oii!tak larat la mama nak layan awak..

aku tepuk-tepuk dia suruh tido tapi taknak jugak tido..pastu mintak car (mainan) pulak.aku suruh g amik sendiri taknak,duk sebut "akut akut"..sudahnya mak jugak yang bangun amik mainan tabur atas katil tu..

dia main la kejap pastu duk kacau aku balik,wrestling dengan aku..last-last aku dah tahan aku amik buai letak dia dalam buai..masalahnya bila tido berbuai ni,asal aku terlelap dan terhenti buai dia bangun,duk suruh aku buai dia balik..alahai anak..

tak jadi jugak dengan buai aku angkat dia letak atas katil balik..aku cakap dengan dia izzul main la mama nak tido..aku tengok jam dah dekat pukul 5 pagi masa tu..punya la lama duk layan dia..yang aku heran nya kenapa dia takmo tidur..

aku buat-buat tido,sekali tengok dia pun dah terlelap..haa,tidur pun awak ye..nak bangun pagi tadi punya la payah,yelah malam tu dah berjaga macam burung hantu..tu baru sorang anak kalau dua tak tau la macam mana..harus aku suruh bapak dia pindah sini terus!

budak comot mama...


air liur meleleh2 bila dapat makan... :)

Friday, June 10, 2011

# Persiapan bersalin..

minggu lepas aku kuarkan satu plastik hitam besar barang-barang izzul masa dia kecik dulu..yelah,senang nak buat bajet untuk persiapan menyambut adik dia pulak..banyak pulak aku tengok barang-barang yang ada dalam tu.antaranya adalah :

baju-baju 
bedung
barut
sarung kaki dan sarung tangan
kain lampin
topi

tinggal nak mendobi jela,yang ni tak tau bila..tunggu mood rajin datang dulu la. ;)

dah banyak tu tak perlu aku beli lagi.sekadar beli sepasang dua baju baru masa nak pakai kat hospital lepas bersalin je.yelah,at least ada jugak sepasang dua baju baru untuk mengalu-alukan kehadiran orang baru nanti.. ;) pastu kita pulun la baju abang dia pulak..

lain-lain yang nak kena beli:

tikar getah baby-untuk lapik masa tukar diapers tu (izzul punye dulu dah koyak)
diapers NB -beli jenama yang murah2 je sebab baby asyik poo poo je kan..
set mandian+bedak+ubat-ubatan seperti minyak yuyi..

kebanyakkan baju-baju izzul dulu adalah kaler-kaler yang unisex sebab aku tak excited pun nak tau jantina baby.yang penting baby lahir dengan selamat dan sempurna.kitorang nak surprise,idea papa izzul la ni.kalau scan pun siap pesan awal-awal kat doktor,tolong jangan bagitau jantina baby saya.haha..

so aku rasa takde masalah untuk turunkan baju abang kepada adik nanti.lagipun semua orang buat camni kan?dengan keadaan ekonomi yang naik turun aku kena jugak pikir untuk jangka masa panjang.lagipun harga barang asyik naik je sekarang ni,gaji tak naik-naik pulak..haishh...

so sekarang tinggal barang-barang mama jela yang belum beli..
pam medela harmony
set bersalin (yang ni aku beli phytonatal NR dengan minyak herbanika jer)

itu jela setakat ni yang mampu aku ingat..nanti kalau ada tambahan aku update lagi la.. ;)

# Bersiaran dari rumah baru..

sejak mengandung ni cepat je rasa bosan dengan sesuatu benda..jangan cepat bosan dengan suami sendiri dah la.. :)
ni dah bosan dengan template lama terus la aku godek2 akhirnya jadi la camni.haha..ni pun tak tau boleh bertahan berapa lama.kalau rasa bosan aku tukar lagi.

lantak la korang nak cakap cantik ke tak ke aku tak kisah pun..yang penting puas hati sebab dapat tukar template baru.. :)

hari ni opis aku ada buat jamuan sempena pertukaran dan perpisahan.ha,pakej terus.sebenarnya unit aku dapat bos baru so jamuan ni kira sempena meraikan kedatangan beliau la.pastu ada sorang staff ni bertukar ke unit lain dan sorang lagi staff akan berenti keje sebab dapat keje baru,lagipun dia keje sambilan je kat sini.faham tak?

semua orang aku tengok duk sibuk buat persiapan,jap lagi aku tolong-tolong la mana patut.kitorang buat pot luck (betul ke salah ni?).maksudnya sorang bawak satu jenis lauk dan makan ramai-ramai kat sini..ada yang masak nangka masak lemak cili api,ayam masala,sayur campur,tapai,dan lain-lain lagi..

aku?bawak perut untuk diisi jer..hehe..ehh,rajin plak hari ni buat entry..bagus!bagus!mood dah sipi-sipi nak ada la tu.. :)

k la,nak g tolong apa yang patut kat pantry tu..

# Lama tak update

sekarang ni aku rasa macam malas je nak buat entry..selalu aku baca-baca je blog orang lain dan kalau rasa nak komen aku komen..btw,terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jugak jengah ke blog ni walau pun tak berupdate.

dan kepada sesape yang tag aku untuk join contest,terima kasih banyak2 diucapkan.bukan aku taknak join tapi kemalasan yang besar tengah melanda ni membantutkan hasrat untuk join contest2 tu..sori sangat2..

esok dan lusa adalah hari yang membosankan lagi bagi aku.memang takde apa2 aktiviti pun,just lepak je kat rumah dengan izzul.

biasala,orang yang duk berjauhan dengan suami macam ni la situasinya..bukan suamiku tak bagi keluar tapi aku yang malas nak kuar.dengan izzul yang tengah lasak dan aku pulak tengah bawak perut camni baik la aku lepak je kat rumah.

tak larat aku nak kejar izzul,lain la kalau papa dia ada at least dia behave sikit kalau kat luar..kalau dengan aku jerit camna pun dia buat tak endah jer.hehe..

esok plan nak buat cheese kek,pertama kali nak cuba buat ni.ntah jadi ke tak,tunggu dan lihat jela..haha..

Friday, June 3, 2011

# Dah jumaat..

pejam celik pejam celik dah jumaat kan,sungguh cepat masa berlalu..hari ni izzul duk dengan papa dia kat rumah sebabnya ibu aka mak ngah izzul bercuti hari ni,dah selamat sampai kampung pun,dia sefamily gerak malam tadi.

aku dari 2 minggu lepas lagi bila si ibu bagitau nak cuti,duk bagitau papa izzul hari jumaat dan isnin sekian-sekian sila la balik menjaga anak di putrajaya memandangkan cuti adinda dah tinggal tak banyak ni.haha..dan disambut dengan jawapan ok ok dari kekanda tercinta.kelass gitu!

cuti aku banyak pakai masa bulan 5 aritu sebab izzul asyik la on off demam.taktau apa masalah dia,siang2 hari kat rumah ibu ok je asal bawak balik rumah aku malam mesti demam..badan panas pastu batuk dan muntah2 lagi.ada la 3 hari aku el dalam bulan 5 tu gara-gara anak demam.mak aku kata biasa la anak nak membesar memang camtu..alhamdulillah sejak minggu lepas kesihatan izzul dah bertambah baik..syukur..

maka malam tadi muncul la wajah hubby aku kat depan rumah.. :) aku tak risau pun tinggalkan dua beranak tu sebab this is not the first time hubby aku kena jaga izzul.ntah kali keberapa tak kira plak den.dan dia memang boleh diharap bab2 uruskan anak ni.

so,arini pagi-pagi dalam pukul 5.45 aku dah bangun sebab nak masak untuk 2 orang jejaka terhangat kat rumah tu.hehe..ala masak simple-simple je sebab hubby bukan jenis memilih pun..aku buat telur dadar,goreng sawi berlada pastu sup ayam untuk izzul,dan tak lupa masak nasi sekali..done!

yang si izzul pulak bangun macam biasa pukul 7.30 tadi terus tuju ke pintu.no no darling,today kita tak pergi rumah ibu..izzul stay dengan papa hari ni okeh.pastu nangis-nangis bila tengok aku nak g keje..sabar la sayang,nanti mama balik rehat karang yer..

isnin ni pun hubby still jadi babysitter.selasa baru dia balik ke palong semula..huhu...

tak kira,nak jugak tepek gambar dua orang ni... :)

Wednesday, June 1, 2011

# Mood berpuasa sudah mari..

salam dan selamat pagi semua..baru ada kerajinan (betul ke ayat ni?) sikit untuk update blog..kalau tak terbiar tersadai je blog ni.haha..

arini aku puasa,harap-harap dapat la bertahan sampai ke waktu maghrib nanti..bukan apa,selera makan sekarang ya ampun besar punyer!kejap-kejap rasa lapar,asyik la nak mengunyah jer.

pagi tadi bangun pukul 5.15 sahur makan nasi goreng cili padi yang digoreng malam tadi.siap bertambah-tambah nasi lagi.aisehh!padahal baru je kena warning dengan misi bulan lepas suruh diet sikit sebab berat badan naik almost 4kg dalam masa sebulan..gila kan?

dah abis makan nasi tengok jam oh sempat lagi ni bancuh susu,maka minum la susu nespray satu mug besar tu.ehh,ada masa lagi la mari kite tengok apa lagi yang ada dalam esbok.ada epal la,kunyah pulak buah epal sebijik..pastu minum air masak 2 gelas..see see,betapa besar nya selera makan aku walaupun time sahur.ada sesetengah orang tu tak lalu nak makan banyak2 time sahur.aku?tibai abis abisan..

tu pun stok roti gardenia aku dah abiskan semalam,kalau tak mau tambah dengan makan roti lagi tadi..dah siap makan tengok jam dah 5.40 pagi.harus lah sambung tido balik.haha.pukul 6.30 bangun je kepala dah weng semacam je.ni pun masih lagi pening-pening lalat ni..padan muka aku.. ;)

eh,korang-korang semua kuat makan tak masa mengandung?


gambar takde kaitan dengan jalan cerita ye.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...