Followers

Monday, June 11, 2012

BE terbaru

assalamualaikum dan selamat pagi semua....mood ceria pagi ni walaupon punch kad merah menyala..hehe..lewat 5 minit kerana anak-anak monday blues arini..masing-masing wat hal pagi-pagi lagi.. ;)

dah lama tak cite pasal be kan..disebabkan jarang bukak nuffnang saya taktau pun ada be tengah running kat blog kecik ni..alhamdulillah ada jugak rezeki di situ walaupun jumlahnya sikit jer..takpe la lama-lama jadi bukit la tu..better dari takde langsung kan...

jadi kena la rajin update blog supaya earning bertambah... ;)



terima kasih kepada nuffnang..

Wednesday, June 6, 2012

Kisah Izzul

rentetan daripada entry semalam..petang semalam saya mintak kebenaran dengan bos untuk balik awal sebab nak bawak izzul ke klinik dan jugak ke Pusat Rawatan Islam Darussyifa' kat bangi sana..seperti biasa la kalau kena chicken pox ni doktor bagi ubat calamine lotion,antibiotik dan ubat demam..

lepas g klinik terus ke Darussyifa'..ini adalah kali ketiga pergi sana kalau tak silap saya la..mula-mula dulu bawak ziyyad sebab kerap menangis,kali kedua bawak izzul sebab kena gatal-gatal dan kali ketiga adalah semalam...

sebelum pergi saya telefon dulu in case pusat rawatan tu tutup ke..sekali ustaz tu cakap dorang tak tutup,sabtu ahad pun beroperasi macam biasa..sampai sana dalam pukul 4.30,pukul 6.30 baru dipanggil masuk ke bilik untuk dirawat..mula-mula masuk izzul ok lagi,bila ustaz tu baca ayat-ayat al-Quran sambil letak tangan atas kepala izzul dah start menangis..

makin lama makin kuat pastu menggelupur nak turun sebab masa tu saya riba dia..bila ustaz tiup kat telinga dan muka lagi terkejut dia..saya nak gelak tapi tahan jela..nasib la kejap je kalau tak mau bersilat saya kat situ...hehe..

air tu ustaz suruh buat mandi,minum dan sapu kat blister tu..alhamdulillah malam tadi dia tak meracau walaupun badan masih panas..no more nampak antu raksaksa etc..dia tido lena sampai ke pagi..mak pun tido lena dengan senyuman..cuma masa saya nak pergi keje tu dia terbangun pastu nak ikut jugak..tapi lepas dipujuk dia ok dah..alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi...

semoga malam-malam seterusnya berjalan dengan lancar...dan semoga anakku cepat sembuh...

Tuesday, June 5, 2012

Macam-macam ada...

saya ni mood nak berblogging tu ada tapi kekangan masa dan pelbagai masalah terjadi maka terpaksa hold la dulu..dua tiga minggu ni banyak perkara yang terjadi..bermula dengan kemenangan perbarisan yang saya join,ziyyad kena chicken pox yang memaksa saya mengambil cuti dan mc selama 2 minggu,balik kampung,plan tidak menjadi kena balik semula ke putrajaya dengan bas bersama 2 anakanda tercinta..betapa huru haranya perjalanan saya aritu..pasni tobat taknak naik bas lagi dah dengan anak-anak kecik..tunggu dorang besar baru pikirkan semula...huhu..

dan semenjak semalam si abang pulak kena chicken pox..adoiyai!sabar dan bertabah lah wahai hati...dugaan ini kecik je jika dibandingkan dengan orang lain..pukul sebelas dia tido,pukul 1.30 pagi bangun menjerit-jerit macam kena pukul..kata nampak antu,nampak lipas serta raksaksa..imaginasi apakah ini?badan memang panas gile..saya masukkan ubat vontot sebab taknak menambah drama air mata paksaan makan ubat..

lepas masuk ubat baru dia ok sikit tapi mulut masih meracau..saya bacakan ayat kursi kat telinga dia pastu tiup kat ubun-ubun baru lah dia tido lena..pukul 5.20 bangun lagi sambil menangis mintak nak mandi..mungkin sebab dia tak tahan gatal badan..saya mandikan dia walaupun kesian tengok dia kesejukan..lepas mandi saya sapu calamine lotion dan pakaikan diapers,abang taknak pakai baju..

kami berdua tertido lepas tu..saya terjaga pukul 6.30 dan bersiap untuk ke opis..si adik dan abang pun terjaga sekali..dua-dua menagih perhatian..mujur ada adik saya kat rumah boleh dia tolong jaga budak-budak ni..bila abang tengok saya pakai tudung dia pun nak ikut jugak..nak ikut mama g work katanya...haa,sudah..macam mana nak lepaskan diri ni..

nasib baik pukul 7.30 maksu balik dari keje (dia keje shif malam) berserta dengan roti canai untuk sarapan..angkut semua turun bawah konon-konon macam nak hantar saya g keje..bila izzul dah masuk kete,saya cakap nak g kencing..maksu pun cepat2 jalan bawak anak-anak pusing mana tah..saya terus ke opis..taktau la dia nangis ke tak dalam kete tadi..

suami saya lak hujung minggu ni baru balik sini amik izzul..buat masa sekarang ni dia takleh jaga izzul sebab mak mertua saya baru lepas operate takleh buat keje berat,jadi kalau suami g keje takde orang nak jaga izzul..biar la saya yang berjaga malam daripada biarkan mak yang sakit jaga dia..

stress?penat?semua ada tapi saya cekalkan hati...malam ni taktau drama apa pulak yang bakal terjadi...semoga Allah permudahkan segalanya untuk saya....aminn....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...