Followers

Friday, May 6, 2016

Dugaan kami



Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaa.. pejam celik pejam celik dah jumaat, jangan pejam tak celik2 dah la.. ni throwback sebenarnya, pasal umar kena warded masa dia umur 2 bulan haritu..

alkisahnye selepas abis berpantang kat kampung, saya dan anak2 balik ke putrajaya..al maklum la dah rindu kat rumah sendiri katekan.. hari kedua di putrajaya umar start demam dan selsema so saya ingat demam biasa la kan.. orang kata baby baru nak adapt dengan persekitaran luar jadi demam tu adalah normal.. tapi pada masa yang sama saya pantau demam dia. disebabkan dia baby jadi saya memang tak bagi ubat demam, just lap2 kan badan dengan air. baju memang tak pakai kan la, duk berlenggang dengan diapers je.. yang saya buat adalah sentiasa lap badan dia, monitor suhu badan dia serta pakaikan stokin yang diletakkan bawang putih..

ok tang demam ok la sebab suhu hanya 37-37.5 'C..yang merisaukan adalah umar batuk dan pernafasan dia laju sehingga bila dia tarik nafas jer dada dia akan berlekuk ke dalam..maka bawak la ke klinik kesihatan presint 9,amik neb sekejap then doktor decided untuk warded..

ini merupakan kali pertama anak mak kena warded walaupun dah beranak tigo tp abang2 alhamdulillah tak pernah lagi kena warded..setakat sakit demam biasa la tu ada la..



maka bertabah la mak check in dalam wad selama 6 hari 5 malam..umar disahkan terkena jangkitan Respiratory Syncytial (sin-SISH-uhl) Virus, or RSV, is a respiratory virus that infects the lungs and breathing passages. Healthy people usually experience mild, cold-like symptoms and recover in a week or two. But RSV can be serious, especially for infants and older adults.

Tu dia mak google terus pasal rsv hehe.. yang paling tak sampai hati adalah bila tengok baby kena cucuk dengan bermacam jarum dan wayar..setiap hari saya berdoa agar kesihatan umar bertambah baik supaya dapat balik rumah..yelah sebenarnya saya pun agak stress bila kena duk dalam hospital lama2 lagipun masa tu kalau tak silap hospital serdang tengah renovate maka dipindahkan ke hospital putrajaya jadi wad kanak2 di hospital putrajaya agak crowded..

setiap 4 jam umar kena amik neb,walaupun tgh tido tetap kena kejut utk neb demi kesihatan mu anak..walaupun begitu tahniah kepada kpda dokter2 dan misi2 yang bertugas di wad kanak2 hospital putrajaya sebab memberikan perkhidmatan yang terbaik.

alhamdulillah selepas 6 hari umar semakin baik dan dibenarkan pulang..semoga ini la yang pertama dan terakhir umar warded,mak tak sanggup dah..

sekarang umar dah swag!

1 comments:

Puan Kutu said... [Reply this comment]

Memang dugaan besar..lama juga ye umar di warded..yg membaca ni pun dpt membayangkan bila baby sebesar umar dicucuk dan disambun wayar berselirat..Ya Allah lega bila Umar dh sembuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...