Followers

Wednesday, October 5, 2016

Kegunaan ivmist nano oil dan ivkids nano oil



Sana sini orang duk bercerita pasal ivmist ni semenjak masuk tv kerana terlalu banyak khasiat dan kegunaannya. siap ada yang panggil minyak ajaib kerana ajaib sangat kegunaan nya.ok kat bawah ni azni tepek testimoni testimoni dan kegunaan ivmist.macam macam ada..dengan harga yang murah dan mampu milik maka tak salah kalau dikatakan setiap rumah harus ada minyak ajaib ni..tak gitu?
kalau nak beli boleh roger azni di 012-9633941 ye,jangan risau sy akan layan pertanyaan anda sehabis baik.

IvMist ada 2 jenis botol, satu yang 12 ml dengan harga rm25 dan satu lg 15ml dgn harga rm35..dan ada satu lagi iaitu IvKids untuk versi kanak-kanak yang mana kurang panas berbanding ivmist dgn harga rm20..

untuk ivkids boleh digunakan dari baby sampai la kanak-kanak khas untuk kembung perut,demam,selsema, gatal gatal, ruam,asma/semput,eczema dan pelbagai lagi.









Thursday, July 28, 2016

Dugaan kali kedua



Umar anak ketiga saya sedikit berbeza dari abang abangnya dari segi kesihatan..selepas diduga dengan episod warded semasa dia beliau berusia 2 bulan lebih, pada penghujung bulan 5 haritu sekali lagi terpaksa warded kerana Acute Bronchitis.

Acute bronchitis, also known as a chest cold, is short-term inflammation of the bronchi (large and medium-sized airways) of the lungs. The most common symptom is a cough. Other symptoms include coughing up mucus, wheezing, shortness of breath, fever, and chest discomfort. The infection may last from a few to ten days.

Menurut doktor peparu umar sangat sensitif,jadi kemungkinan untuk serangan berulang akan ada jadi maknya kena sentiasa bersedia..

Alkisahnya mula mulanya umar demam batuk selsema haa pakej terus..kemudian bawak ke klinik An-Nur di Bangi.. kemudian doktor check dan kena amik neb sebab pernafasan dia laju..lepas amik neb nampak lega sikit dia bernafas..so esok tu nafas dia dah tak laju cuma demam je masih ada..saya juz pantau kat rumah kebetulan haritu hari ahad..

Selasa tu nafas dia start jadi laju balik dengan dada berombak ombak jadi bawak g klinik kesihatan dekat rumah ni..dekat kk kena amik neb lagi dan bila doktor check progress dia tak bagus..walaupun dah amik neb tapi pernafasan tetap laju..doktor bagi surat untuk refer ke hospital putrajaya..tapi sebab takut lambat kami amik keputusan untuk ke hospital An-Nur Bangi..bila sampai kat sana katil pulak penuh huhu..saya sendiri yang bertegas supaya umar masuk wad supaya doktor boleh pantau dengan lebih detail..

Alhamdulillah bila tanya kat Hospital Az-Zahrah mujur la ada bilik kosong,tak sampai sejam terus check in la umar termasuk mama dia sekali :)


muka masam baru lepas nanges teruk sebab doktor cucuk kaki dan tangan..tu tanda protes la tu


pagi2 layan kartun dulu


ni nanges mintak dukung sebab dah boring asyik terperap dalam bilik je..





ni tido slps amik neb


merasa la duduk dalam wad lagi selama 3 hari 2 malam..umar on neb utk hari pertama tu 4 hourly..then bila nampak dia macam ok doktor suruh buat 6 hourly plak..on antibiotik dan segala macam ubat lagi..

oh ya,kami duduk bilik sumayyah yang ada 2 katil tapi sebelah lagi tu takda pesakit lain masuk so bilik ini kami yang punye..hehe..

alhamdulillah layanan semua misi dan doktor amat baik,terima kasih staf az-zahrah bangi.


ni je yang tak best haha,bil 2k plus..mujur company bayar full..




semoga sentiasa sihat wahai anak..






Wednesday, July 27, 2016

Wedding anniversary di Langkawi



Edisi campak belakang sebenarnye ni,saya pun dah ingat2 lupa mana tempat yang kami pergi haritu.. ni rancangan husben dgn kawan2 dia,sy ikutkan ajer hehe..last minit punye plan sokmo..lg 2/3 minggu nak g bercuti baru nak plan adoi la..

Kitorang konvoi 2 buah kereta je dari kl ke jeti kuala perlis..bertolak dalam pukul 11 malam sampai kat jeti kuala perlis dalam pukul 6 pagi.. masa tu pun dah ramai orang tengah tunggu kaunter tiket feri dibukak..park kereta kat sana dan naik feri ke pulau langkawi..ni tak payah bagitau semua orang pun tau kan hehe..bayaran parking kereta saya tak ingat walaupun husben ada bagitau.

Kebetulan plak masa pergi tu ngam2 tarikh anniversary perkahwinan yang ke 7 pada 20/2/2016 haritu jadi anggap la ni hadiah anniversary gitu..

banyak benda dah lupa tapi nak abadikan kat sini sebagai kenangan nanti boleh baca balik..




emak2 dan anak2.. masa ni geng2 ayah tengah beratur beli tiket nak naik cable car..





dah sampai ke puncak so geng ayah2 lak posing..



ni tengah cuak jugak sebenarnya sebab dalam kepala duk pikir 1001 kebarangkalian..tinggi oi!hepi anak2 boleh merasa naik cable car..



kasi can la mok ayoh nak romantik sket hehe..


ni selepas turun dari cable car.. selekeh je anak2 dengan selipar jepun pon boleh sampai ke langkawi.. :)


ni tak ingat dah pantai mana tp bersih je pantai dia..first time umar mandi air masin suka dia duk telan air sebab masin kan..



mujur la apak dorang rajin melayan..mak duk sibuk amik gambar je..

Tuesday, July 26, 2016

Syawal 2016 kami

Dah masuk syawal ke berapa dah ni baru ada kerajinan nak update pasal raya..tahun ni adalah #teamrayabelahmertua, hari ahad baru gerak balik nogori sembilan sebab malam sebelum tu kitorang pergi shopping baju raya last minit kat downtown jalan reko kajang.. haa,penangan shopping last minit mengagau la carik baju melayu budak2 ni dengan bawak dorang lagi..haru biru weh! mujur la husben jenis yang cool,ikutkan dia la yang paling banyak shopping malam tu.. seluar jeans la, seluar slack la kurta la..kalau dah start mood shopping dia datang macam-macam dia nak beli..so sempat bersahur dan berbuka puasa selama 3 hari.. yang paling penting dapat makan masakan mak mertua yang maveless tu.

Bila balik kampung menantu kena rajin nolong apa yang patut ye..jangan buat2 duk tenung anak merangkak je keje kau haha.. mak mertua lak jenis rajin masak macam2 dia masak tambah lagi semua anak balik berkumpul memang meriah la rumah wan jo..

gambar masakan mak lupa lak nak amik yang terpenting setiap hari raya ada rendang ayam kampung campur maman.. ni memang masakan wajib setiap rumah kat sano kot sebab asal g beraya memang setiap rumah ada rendang ayam campur maman ni. sampai tercirit2 la izzul makan rendang maman banyak sangat!

dah kata shopping last minit maka macam2 hijau ada, hijau askar,hijau kepala itik,hijau cerah serta mak kau ijau di pagi raya..




ni gambar yang terbaek kot sebab yang yang semua kelaut dalam haha.. punye la susah nak amik gambar budak2 ni.. memang dorang sengaja nak buat mak ko ijau!
SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA


dengan mak mertua kesayangan.. ayah taknak bergambar..



 tak lengkap lagi ni sebab keluarga kaktih dgn abang beraya belah mertua tahun ni..

Thursday, May 26, 2016

IV MIST terlajak murah



Ok,meh nak cite pasal 1 produk yang umpphh ni..sesape yaang ada masalah resdung boleh try guna iv mist ni..insyaallaah berkesan..harga pun mampu milik je cuma rm 25 sebotol sahaja..ni kelebihan2 ivmist ye..boleh baca dan sekiranya berminat nak cuba boleh la pm azni..dont worry saya baik je..hehe..

IV MIST AROMATIC NANO OIL SEMBUR & SEMBUH INSYA-ALLAH

HARGA IV MIST :-
1 Botol = RM25 (12ml)
+postage RM6 (SM) / RM10 (SS)

BERMINAT?
BOLEH SMS/WHATSAPP AZNI 012-9633941

NAK COD? PUN BOLEH...
COD DI PUTRAJAYA DAN BANGI YE..


Anda sering BERSIN ???
* Hidung anda kerap BERAIR ???
* Tidak selesa kerana NAFAS BERBAU ???
* Mengalami KESUKARAN BERNAFAS ???
* Kerap GATAL HIDUNG dan MATA ???
* Sering SAKIT TEKAK & PENING KEPALA ???
* Sentiasa TIDUR BERDENGKUR ??? 
Ketahui lah bahawa itu adalah SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG.


Kini anda boleh merawat sendiri masalah resdung anda DI RUMAH...
dengan 3 langkah yang mudah
SEMBUR - SEMBUR - SEMBUH -

INSHAA ALLAH DENGAN IZINNYA



CIRI - CIRI IV MIST :-
➲ Diformulasikan oleh herba-herba organik yang telah terbukti berkesan dan selamat digunakan
➲ ia juga dikilangkan oleh pengilang Muslim dan produk ini dijamin halal untuk digunakan oleh semua golongan.
➲ Tidak sama seperti produk yang lain, IV Mist ini dicipta khusus untuk merawat penyakit seperti resdung, migrain, asma dan sebagainya hanya dengan 1 semburan yang mudah sahaja ke tempat tertentu.

IV Mist hanya RM25/botol, Murah, Berbaloi dan Berkesan


KELEBIHAN IV MIST :-

► IV Mist dihasilkan daripada formulasi herba-herba yang telah terbukti keberkesanannya dalam perubatan Islam dan moden serta ianya dijamin selamat & halal.

► Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Khasiat lain ialah membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut, menambahkan tenaga zahir dan batin, masalah mati pucuk, sembelit, pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak2.

► Manfaat minyak argan adalah tidak hanya terhad kepada kulit, rambut dan kuku, tetapi juga untuk kesihatan badan dalaman. Ia juga dikenali untuk melegakan dan memberikan kelegaan daripada kesakitan sengal2 badan.
Selepas gunakan MIST Spray Magic, anda..



TAK PERLU RISAU LAGI AKAN HAL - HAL REMEH NI...
Dengan IVMIST, ianya hanya sembur-sembur sahaja, InsyaAllah sembuh.


*Resdung / Kerap bersin diwaktu pagi/ waktu sejuk,
*Sakit Kepala / Migrain berpanjangan,
*Kahak yang banyak dan berlendir 
*Selsema yang berpanjangan
*Melegakan Asthma / Lelah
*Ketidakselesaan akibat tidur yang berdengkur
*Sengal –sengal badan, otot, sendi,
*Kegatalan pada mata, hidung dan muka,
*Membantu Mempercepatkan Perlangsingan badan,

*Gigitan Serangga, Bisul dan Sakit Gigi


KANDUNGAN IV MIST :-
Untuk Pengetahuan anda IV Mist ini dihasilkan menggunakan teknologi Nano gabungan 10 Herba Tradisional terpilih.


Zarah minyak ivmist begitu kecil memberikan kesan serapan ke dalam kulit dengan pantas sehingga boleh dirasai dalam tempoh yang singkat.


📍Habbatus Sauda 📍Halia Bara 📍Minyak Argan 📍Kelapa Dara 📍Serai 📍Limau Purut 📍Kayu Putih 📍Pudina 📍Halia 📍Saffran



KENAPA SEMAKIN RAMAI DAPATKAN IV MIST?
✔ Kesan sepantas 2 hari penggunaan
✔ Mudah digunakan hanya sembur, hidu & sapu
✔ Selamat & tanpa kesan sampingan, kandungan 100% daripada herba kayu terpilih 
✔️ Jimat Wang (1 botol 10ml untuk 100 - 110 semburan)
✔ Pelbagai kegunaan merawat penyakit

✔ Sesuai untuk semua peringkat umur


IV MIST LULUS KKM


CARA PENGGUNAAN IV MIST :-
Resdung dan Selsema
Cara Rawatan : Sembur ditangan dulu dan sapu ditepi hidung, jolok dalam hidung sikit, sapu didahi, celah antara 2 kening, dan spray di leher dada dan sapu sampai rata dan spray atas kepala untuk meringankan.


Jerawat
Cara Rawatan : Spray atau sapu di pipi yang ada jerawat hidup/baru/bernanah insyaALLAH dalam beberapa jam akan surut dan kering
**Jika ingin bersolek, biar dalam 5 minit sebelum bersolek.


Sakit Gigi
Cara Rawatan : Spray atau sapu di pipu kawasan sakit gigi dan jika gigi berlubang letakkan IV MIST pada putik kapas dan sapukan pada gusi atau dilubang gigi yang sakit.


Buasir Luaran
Cara Rawatan : Sapukan pada putik kapas dan sapukan pada buasir luaran atau masukkan sedikit putik kapas kedalam lubang dubur


Stress,Pening Kepala dan Migran
Cara Rawatan : Spray atau sapu di atas kepala keseluruhan insyaALLAH akan melegakan dan menyegarkan.


Sakit Leher dan Sakit Bahu
Cara Rawatan : Spray di leher dan sapu keseluruhan leher dan bahu dan urutan ringan sedikit.


Asmtha, Semput, Hidung Tersumat & Selsema
Cara Rawatan : Sapu di dada, leher dan tepi hidung serta tapak kaki.


Sakit Sendi, Terseliuh dan Bengkak
Cara Rawatan : Spray dan sapu tempat sakit tersebut dan urutan ringan.


Gatal-Gatal,Kurap dan Panau
Cara Rawatan : Spray dan sapu sapu di tempat gatal dan kurap dan jika panau pastikan kikis atau sapu dengan sesuatu yang kesat/kasar agar lapisan panau terkesan dan sapu IV MIST.


Q&A IV MIST :-
Q - IV MIST Bau Apa?
A - Bau IV MIST Wangi, juga boleh digantikan sebagai perfume. Sebelum tidur malam, boleh sapu IV MIST untuk tidur lena kerana juga bertindak sebagai AROMATERAPI


Q - IV Mist Panas Ke?
A - Pada awal sapuan IV MIST ini mula-mula panas, tapi kemudian rasa sejuk dan berangin.Panas dan berangin itu adalah terhasil dari minyak kayu putih, halia bara, dan pudina.


Q - IV MIST ini Berminyak Ke?
A - IV mist tidak seperti minyak urut yang lain. Tidak berminyak. Dengan menggunakan teknologi nano, IV Mist mudah meresap ke dalam kulit.



Q - Adakah IV MIST dibaca 30 Juzuk atau Zikir-Zikir Tertentu?
A- Alhamdulillah produk yang kami hasilkan ini adalah dari kilang sepenuhnya 
dipunyai oleh Muslim bertaraf GMP, dan semestinya dibaca dengan
Bismillah dan zikir-zikir tertentu cuma kami tidak highlightkan kerana 
kami elakkan dari timbulnya beberapa perkara yang kurang baik 
kami hanya fokus pada produk utk merawat dan bahan-bahan yang halal.

Q - Peringkat Umur Yang Boleh Guna IV Mist?
A - Sangat sesuai untuk 12 tahun ke atas dan boleh juga digunakan untuk 
kanak-kanak atau baby dengan cara penggunaan letakkan air
dahulu atau letak ditangan dahulu dan tunggu 30 saat utk 
hilangkan panas dan sapu pada kanak-kanak atau baby tersebut.

Q - IV Mist Ada Kesan Sampingan?
A - Jika ada alahan kulit atau pengambilan ubat klinik yang banyak biasanya 
akan naik seperti ruam kerana toksin keluar melalui peluh untuk sementara 
sahaja - tiada kesan sampingan bahaya.

Q - Adakah Wanita Mengandung Boleh Menggunakan IV Mist?
A - Wanita mengandung boleh digunakan cuma dilarang sapu di perut. Wanita
dalam pantang tidak digalakkan kecuali di kaki sahaja.

Q - IV Mist Ada Bahan Sintetik atau Kimia?
A - Tiada bahan kimia – semuanya 100% organic natural.

Q - IV Mist Tahan Berapa Lama?
A - Setahun.

Q - Berapa Kali Semburan?
A - 220 kali semburan yang tekan rapat.

Q - Cara Menyimpan IV Mist?
A - Simpan ditempat yang suhu tidak panas, Jangan simpan ditempat yang panas sebab bahan bahan pun bersifat panas



Q - IV Mist Berkesan Ke?
A- kena cuba baru tahu. Kita Ikhtiar, hanya Allah yang menyembuhkan. 
Berdasarkan maklum balas pelanggan kami, ramai yang berkesan, serasi dan berpuas hati dengan IV Mist.


TESTIMONI IV MIST :-







BERMINAT :-

Friday, May 6, 2016

Dugaan kami



Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaa.. pejam celik pejam celik dah jumaat, jangan pejam tak celik2 dah la.. ni throwback sebenarnya, pasal umar kena warded masa dia umur 2 bulan haritu..

alkisahnye selepas abis berpantang kat kampung, saya dan anak2 balik ke putrajaya..al maklum la dah rindu kat rumah sendiri katekan.. hari kedua di putrajaya umar start demam dan selsema so saya ingat demam biasa la kan.. orang kata baby baru nak adapt dengan persekitaran luar jadi demam tu adalah normal.. tapi pada masa yang sama saya pantau demam dia. disebabkan dia baby jadi saya memang tak bagi ubat demam, just lap2 kan badan dengan air. baju memang tak pakai kan la, duk berlenggang dengan diapers je.. yang saya buat adalah sentiasa lap badan dia, monitor suhu badan dia serta pakaikan stokin yang diletakkan bawang putih..

ok tang demam ok la sebab suhu hanya 37-37.5 'C..yang merisaukan adalah umar batuk dan pernafasan dia laju sehingga bila dia tarik nafas jer dada dia akan berlekuk ke dalam..maka bawak la ke klinik kesihatan presint 9,amik neb sekejap then doktor decided untuk warded..

ini merupakan kali pertama anak mak kena warded walaupun dah beranak tigo tp abang2 alhamdulillah tak pernah lagi kena warded..setakat sakit demam biasa la tu ada la..



maka bertabah la mak check in dalam wad selama 6 hari 5 malam..umar disahkan terkena jangkitan Respiratory Syncytial (sin-SISH-uhl) Virus, or RSV, is a respiratory virus that infects the lungs and breathing passages. Healthy people usually experience mild, cold-like symptoms and recover in a week or two. But RSV can be serious, especially for infants and older adults.

Tu dia mak google terus pasal rsv hehe.. yang paling tak sampai hati adalah bila tengok baby kena cucuk dengan bermacam jarum dan wayar..setiap hari saya berdoa agar kesihatan umar bertambah baik supaya dapat balik rumah..yelah sebenarnya saya pun agak stress bila kena duk dalam hospital lama2 lagipun masa tu kalau tak silap hospital serdang tengah renovate maka dipindahkan ke hospital putrajaya jadi wad kanak2 di hospital putrajaya agak crowded..

setiap 4 jam umar kena amik neb,walaupun tgh tido tetap kena kejut utk neb demi kesihatan mu anak..walaupun begitu tahniah kepada kpda dokter2 dan misi2 yang bertugas di wad kanak2 hospital putrajaya sebab memberikan perkhidmatan yang terbaik.

alhamdulillah selepas 6 hari umar semakin baik dan dibenarkan pulang..semoga ini la yang pertama dan terakhir umar warded,mak tak sanggup dah..

sekarang umar dah swag!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...