Followers

Thursday, May 23, 2013

EBM storage bag untuk dijual murah-murah!



UPDATE ON 8/10/2013

ebm storage bag ni dah abis stok,bulan depan stok baru masuk balik..akan tetapi ada lagi 2 jenis storage bag yang masih ada stok..brand jaco perfection jugak cuma harga dan kuantiti lain..tapi mintak maaf gambar takde lagi..

1) ada 60 keping,kapasiti lagi besar iaitu boleh muat sehingga 8 oz..harga rm55 termasuk pos..tapi saya guna pos daftar ye..kalau nak pos laju kena tambah rm3..

2) ada 30 keping, kapasiti 6 oz..harga rm27 termasuk pos daftar..kalau nak pos laju sila tambah rm3..

_________________________________________________________________________________


rugi kalau tak beli tau..saya pernah buat review kat sini..sila KLIK..kali ni saya pulak yang jual..hehe..

HARGA PROMOSI

harga sekotak (ada 120 keping) RM55
tidak termasuk pos..kos pos rm5 untuk registered pos dan mengambil masa dalam seminggu utk sampai ke pembeli.
Kalau nak cepat boleh guna pos laju,amik masa 2-3 hari..kos nya rm8..

kalau nak beli loose pun boleh (30 keping) RM 15
add rm5 untuk registered pos..

sms/wassap saya 012-9633941

tapi bagi saya baik beli sekotak terus pastu share la dengan kawan-kawan..

dalam pack macam ni ada 30 keping..

boleh isi ebm sehingga 6 oz..

boleh ditegakkan..pendek kata memang jenis tahan lasak sebab plastik dia pun agak tebal..

so kepada mak2 yang breastfeeding out there sila la ye..lagipun hari ni dah gaji kan.. :)



Wednesday, May 22, 2013

Anak buah baru



alhamdulillah my sista telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya di hospital tengku anis pasir puteh pagi tadi..baby girl..bertambah lagi sorang cucu mak ayah menjadi 4 orang,tapi dia paling istimewa sebab dia sorang gegirl..hehe..

ibu dan abang nya..

dari bertiga menjadi empat..

gambar baby baru takde lagi..nantikan gambar rasmi yeh.. :)

Tuesday, May 21, 2013

Ke zoo la kita semuanya..



pertama kali nak gelak dulu haha sebab punya la lama duk peram entry zoo ni..perginya dah sebulan lebih tapi ni baru nak story mory..pasai apa pun taktau la..malas kot.

ini adalah reward untuk anak2 sebab dah kenal macam2 haiwan tapi dalam buku jelah,itu teori..amalinya ni ha tengok haiwan secara real pulak..mak bapak berpeluh ketiak layan kan anak hari tu toksah cakap la..hehe..

dari malam lagi duk bagitau anak2 esok nak g zoo jadi malam ni tido awal..apa dorang paham?dipandang nya mak pak sambil terkebil2 pastu sambung main balik dua beradik tu..sabor jelah..

pagi tu yang kata nak gerak awal tu pukul 10 lebih jugak baru keluar rumah..matahari dah panas ceng ceng dah..lantak la..sebelum sampai zoo,berenti makan kenyang2..kata nak tawaf zoo 7 kali kan,kena la ada tenaga yang banyak..

ziyyad yang takleh berenggang dengan apaknya..


sabar menunggu mama beli tiket masuk..

salah satu wish list mak buyung sebelum bersalin..haha..

izzul la paling excited bila dapat tengok hewan2 ni secara real..siap buat bunyi2 lagi..nak lawan la tu..

part ni paling risau..gajah ni suka ziyyad kot..belalai dia tu ku rasa dekat giler dgn ziyyad..buat nya dia snatch  pastu gulung2 ziyyad then kunyah2..fuhh,mimpi ngeri..saya siap jerit2 lagi,pa jgn dekat nau..den takut ha..

terkagum2 ziyyad tengok zirafah kut masa ni..

ziyyad diberi peluang bagi makan ikan kat burung..apak dia ni macam takde rasa takut tau..sume nak suruh anak explore..sekali lagi saya takut ziyyad kena patuk dengan burung tu..tengok muncung pun saya dah seriau..dalam hati abis la anak aku..maknye nak g dekat takut..memang dasar penakut..aptb..

serbuuuuu!!

setakat ni jer gambar ada..pastu malas dah nak amik gambar..
sekian lawatan ke zoo..tak membantu sungguh..haha..

kali ni pergi zoo rasa tak best sebab banyak tempat tengah renovate..harga tiket boleh buat rasa tercekik..tapi demi anak ku turutkan jua..

Thursday, May 16, 2013

Rindu nak membaking



maka terbuat la puding roti dengan sos kastad ni..sap sap soi jer kata ko..hehe..bila dah bancuh semua bahan masa nak panaskan oven tu baru terpikir elok lagi tak oven ni,sebab dah lama tak on..dah jadi tukun kat situ..mujur la ok..kalau oven tak ok kukus pun boleh..takde hal lah..ewahh,berlagak ko yer..


sori la tulisan tu hilang separuh,baru belajar nak godek telepon baru..ehemm.. :)

puding roti ni senang sangat2 nak buat nye..ate,anak bergayut kat kaki pun boleh buat..kena seret kaki la sket..haha..

tapi saya buat ni versi derhaka..ikut citarasa saya..nak ikut silakan,taknak ikut sila stay..

bahan-bahan puding roti

roti 7-8 keping
susu segar 500 ml  *
5 sudu besar gula  *
2 sudu besar butter 
2 biji telur *
1 sudu kecil esen vanilla *
kismis (optional)

mula-mula sapukan butter kat loyang supaya puding tak melekat nanti..
koyak kan roti dan isikan dalam loyang
satukan bahan-bahan bertanda * di dalam mangkuk,kacau hingga sebati..
curahkan bahan bertanda * ke dalam loyang berisi roti tadi..
biarkan roti terendam seketika,tabur kismis..
pastu kita bakor dia..suhu 180 'C..mula2 saya bakar 30 minit tapi nampak macam tak masak so tambah lagi 15 minit..ikut oven masing2 yer..

bahan-bahan sos kastad

1 tin susu cair,bukan susu pekat tau..
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad

kacau semua bahan-bahan atas dapur,gunakan api perlahan sehingga pekat..
sejukkan dan tuang atas puding roti tadi..
ready to eat..

sedap,percayalah!sehari jer terus abis..tunggu ada yang request baru nak buat balik..hehe..


Tuesday, May 14, 2013

Rumah dah jadi nursery



lama jugak tak update belog,kekangan masa..wuwuwu..banyak keje hakiki nak kena buat kat opis..kat rumah memang takdo nak online2 sebab nak tumpukan sepenuh perhatian kat anak2 dan kerja2 rumah..baru anak dua tapi rasa tak menang tangan..syabas kepada ibu2 yang beranak ramai sebab boleh handle anak2 dengan baik..saya ni rasa macam semput pun ada nak layan 2 beradik tu,mintak nyawa..

mujur ada 'bibik" vouge sekarang..haha nasib la naya dipanggil bibik..angah dah balik kampung masa PRU 13 aritu untuk tunggu masa bersalin..jadi import la naya untuk jaga anak2 kat rumah..dan ada lagi sorang budak yang angah jaga aritu mak dia mintak tolong naya jaga anak dia..yela,ingat senang ke nak cari pengasuh..lagipun budak tu dah setahun lebih..kalau kecik lagi naya pun tak confident nak jaga..

serta merta rumah saya dah jadi macam nursery..naik taraf sendiri sudah..haha..so far nampak ok la naya jaga budak tu..mak dia pun takde komplen apa2 lagi..semoga berterusan la situasi camni..walaupun bukan saya yang jaga tapi tempias tu tetap ada sebab kat rumah saya kan.mak dia hepi,saya pun hepi...takmo masam2 muka pasal anak,kan?

ok,ni gambar terbaru kami anak beranak..ada yang windu ker?perahsan...




Thursday, May 9, 2013

Mencari Ramli 2



nampaknya be mencari ramli masih lagi berlegar2 di blog kecilku ini...bertahan lah ramli..mintak2 boleh cecah puluh2,nak merasa jugak.. :)

untuk yang masih taktau apakah itu mencari ramli 2 boleh klik link ini..mana tau berpeluang jejak kan kaki ke  Old Trafford..

okeh,saya terangkan serba sedikit tentang rancangan mencari ramli 2 ni..mencari ramli ni adalah program mencari bakat baru pemain bola sepak yang berumur 16 tahun ke bawah..pemain yang terpilih akan dihantar ke Manchester United Soccer School untuk dilatih..seterusnya menjadi next Ramli..best kan?kecik2 dah merasa ke oversea..

atau boleh juga menonton rancangan mencari ramli 2 di TV3 pada setiap hari jumaat pada pukul 7.30-8.00 malam..

"SAYA LAH RAMLI"

Friday, May 3, 2013

Balik kampung sempena PRU13



malam ni kami sekeluarga akan balik kelantan untuk mengundi..patriotik sangat bunyi nye kan?hehe..saya dan anak2 balik dengan maksu dan 2 orang lagi kawan kitorang..husband?oh,husband saya tak dapat balik sebab dia mengundi di nismilan..lagipun ada keje yang dia perlu selesaikan..

semoga perjalanan kami selamat dan yang paling penting harapan saya 2 beradik tu behave jer sepanjang perjalanan..insyaallah..lagipun kalau gerak malam dorang tido jer..izzul dari hari pertama saya bagitau nak balik kampung,itu lah yang dia duk ulang-ulang tanya.."bila nak balik kampung tok ayah,mama?"

saya yang lebih excited nak balik mengundi sebab ini kali pertama nak memangkah calon pilihan saya..haha..


Thursday, May 2, 2013

First time kena camtu,saya terkedu..



ini cerita hari jumaat minggu lepas..sebelum2 tu kan entry mak asik la up cite pasal anak tak sihat kan..tengah hari jumaat tu saya call angah tanya ziyyad camna sebab dia kan demam..then angah cakap dia melepek jer,taknak main langsung..makan pun taknak..saya rasa tak sedap hati terus mintak half day dengan bos,nak bawak ziyyad ke klinik..

balik tu terus amik dia dan ke klinik..mujur klinik dekat jer..masa dokter check tu dia ada tanya ziyyad pernah amik nebulizer ke tak..memang tak pernah amik la kan..dokter buat surat suruh terus pergi ke kecemasan kat hospital putrajaya sebab kaki tangan ziyyad dah sejuk dan bertukar warna biru serta dada dia pun berombak2 laju macam sesak napas..

kebetulan maksu keje malam,terus ajak maksu ke hospital putrajaya..sampai2 jer kena masuk ubat bontot sebab demam dia dah cecah 39.8 C..masuk jer kat dalam misi suruh saya pakaikan mask neb kat ziyyad sebab nak cairkan kahak..saya takde pengalaman sebab anak2 tak pernah kena sedut gas sebelum ni..huhu..

bertarung la sorang2 dengan ziyyad..mana nak tekap topeng kat dia,mana nak pegang dia menggelupur lagi..haru biru weh!mujur ada sorang akak ni tolong..merasa la dengar ziyyad melalak bagai apa aritu..

dah abis dos ubat kat neb so stop..baru panggil maksu masuk..tukar diapers ziyyad..then dokter datang,tanya lebih kurang suruh buat sekali lagi neb tu..adoi!sekali lagi ker?kali ni ok sket sebab maksu ada..tapi ziyyad menangis tu tak payah cakap la..sampai berpeluh2 dia duk tepis topeng tu..hehe..

dah setel neb,dokter nak amik darah pulak..sekarang prosedur mak2 takleh teman anak masa amik darah ke ek?sebab dokter masuk bilik khas dan suruh saya tunggu kat luar..dengar ziyyad nangis kejap pastu stop..then,dokter bukak pintu bilik cakap dah siap dan bagi ziyyad kat saya..

dokter cakap takde lelah tapi tonsil dia bengkak..sebab tu dia taknak makan..dan saluran jadi sempit buat dia susah bernafas..

so dah setel semua,amik ubat terus balik..ubat pulak kemain banyak lahai..dah la ziyyad susah makan ubat..nak tak nak kena paksa bagi jugak..selepas seminggu alhamdulillah,ziyyad dah sembuh..dah ceria dan kuat makan balik..hehe..

saya anggap ini sebagai pengalaman buat saya..selama ni duk baca je kat blog anak2 orang lain kena neb..sekali terkena kat diri sendiri baru tau..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...