Followers

Wednesday, May 25, 2011

# Kebanggaan ku..

mula-mula salam sayang kepada semua blogger2 di luar sana..aku ni malas yang amat nak update blog,tak tau la nape.dah bersawang gile-gile blog kecik ku ini.huhu..

apakah kebanggaan ku iteww?mesti tak sabar nak tau kan?aku coretkan di dalam blog ini untuk kenangan anak-anak aku nanti.ce cite ce cite..

well,di saat usia kandungan kedua memasuki 25 minggu aku berjaya lulus test jpj bahagian motor punya.haha,gila kan?aku amik test tu semalam,alhamdulillah berjaya dengan sekali percubaan saja tak macam aku test kete aritu.

walaubagaimana pun syukur kerana dah ada lesen P untuk kete dan motor.hooray!!

sepatutnya lepas test kete aku terus test motor bln 2 aritu tapi disebabkan kandungan baru lagi aku tak berani nak amik risiko,mungkin awal2 kandungan rahim lemah lagi sapa tau kan?ehh,nak naik titi nak buat brek kecemasan ni tau.so asyik la duk postpone je sampai la suami tercinta usul kan pasal lesen aku ni.

dia tanya agak2 aku nak sambung buat lesen lepas beranak ker..stail perli2 lite-lite gitu,nyampah mak!yang aku berdarah tok janggut ni apa lagi terus sahut la cabaran dia.pantang nih diperli2 camni tau.haha..

baik la bang,saya akan buktikan saya akan dapat P moto tu dalam bulan ni jugak!hari sabtu 2 minggu lepas tatkala korang2 tengah syok tido pagi2 buta tu aku duk belajar bawak motor kat akademi memandu.bukan tak reti bawak motor selama ni pergi opis merempit je cuma kali ni belajar bawak motor mengikut undang-undang jalan raya yang betul dan secara berhemah.ececeh..

kelas untuk motor selama 6 jam tapi aku buat 4 jam jer.satu kelas aku skip sebab takde orang nak jaga izzul.haha..aku paling takut nak buat brek kecemasan tu jer.masa cakap tipun laki aku selamba jer pesan "ma,masa buat brek kecemasan tu,awak brek sampai berasap tayar tau ala2 drift"..ni gila ke apa nak suruh aku mati cepat nih.tunggu dia balik sini minggu depan aku nak tanya dia dah ada pengganti aku ke.siap dia!haha..

pasni dah tak payah risau serabut laki nak bebel pasal lesen lagi dah.so,kepada anak-anak ada brani celen mak tak?? ;)

Thursday, May 12, 2011

# M besar punyer

fuhh fuhh fuhh,tiup sawang-sawang dulu.dah berabuk blog ni ku tinggalkan.hohoho,tahap kemalasan adalah semakin menjadi-jadi sekarang ni.banyak yang nak cite tapi malas nak taip.

nak cite pasal kenduri SIL pada minggu lepas,cite pasal izzul,cite pasal diri aku sendiri lagik.tapi nampak gayanya,perasaan malas lagi tebal.so kita postpone la dulu..huhu..

Thursday, May 5, 2011

# Balik kampung

insyaallah kalau takde aral esok kami akan balik kampung hubby di felda palong,negeri sembilan..ceh,padahal minggu lepas dah balik sana.memandangkan kampung hubby dekat je asyik2 la balik ke sana.nak buat camna kampung aku nun jauh kat kelantan.huhu..

minggu lepas plan mengejut je balik sana,aku balik dengan housemate aku.lepas je housemate aku abis exam ari sabtu tu maka bergerak la kami ke poland bak kata laki i.poland la sangat.. :)

untuk balik esok hubby pulak akan datang amik kami,mungkin malam ni atau esok pagi dia balik sini.aku ni kalau tak balik,sampai berbulan-bulan tak balik.cer kalau balik boleh dikatakan tiap2 minggu pulak gian nak balik padahal bukan ada apa2 pun kat sana *ada laki aku jela..hehe*

lagipun balik ni sebab kakak ipar aku buat kenduri kesyukuran sebab dia pun mengandung macam aku jugak.due aku 5/9 dia pulak 22/9..tahun ni 2 orang cucu mak aku bertambah..amik nama melenggang perut je tapi takde la buat macam orang dulu2 buat tu.mak cakap ala2 melenggang perut tapi bacaan doa je.

boleh la aku tumpang sekali.hehe..majlis tu akan berlangsung pada sabtu malam,lepas maghrib ke isyak ke aku tak tau.jadual orang belum pass kat aku lagi.haha..yang aku tau nak makan jer.

# Tak jadi puasa hari ni..

ingat kan boleh la ganti puasa hari ni tapi nan ado sebabnya si kecik tu demam..malam tadi 4@5 kali terbangun sebab batuk-batuk,hidung tersumbat pastu asyik merengek-rengek je..

tido pun tak lena sebab badan tak sihat..sian anakanda..sudah nya burn terus niat mama nak sahur pukul 5 sebab tak larat nak bangun.

masa hantar kat rumah adik aku elok pulak dia main dengan budak2 lain,aktif jer.tapi dah pesan kat adik aku karang bagi ubat demam sebab badan izzul masih lg panas..

ikutkan mau je el ke mc arini tapi tak boleh pulak sebab opismate yang buat kerja dengan aku tu kursus.kang bising pulak bos.tinggal la aku terkontang kanting buat keje sorang2.huhu..

sudahnya nasi dan lauk yang sepatutnya makan masa sahur tadi aku tapau untuk breakfast pagi ni..jimat dah kat situ.. :)

Wednesday, May 4, 2011

# WW- budak bambam saya...




 dulu-dulu....

kini-kini.... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...