Followers

Monday, October 25, 2010

#Perkara yang perlu dilakukan supaya suami tidak main kayu tiga...

Fuhh,sejarah betul la buat tajuk panjang2...Wahai para2 isteri sekalian,takde sorang pon antara kamu yang rela bila suami ade cinta baru. Betul tak? Ke ade yang sanggup bermadu kasih dan nak payung emas.. Teehee.. Sanggup? Tak sanggup?

1) Pastikan suami anda makan masakan anda. Walaupon anda ada pembantu umah yang setaraf Jamie Oliver ataupon Chef Wan, sekali sekala kene gak masak untuk suami. Paling2 tidak pon buat la minum pagi atau malam tuk sang suami. Walau sibuk macam mana pon, masak la untuk suami. Ini bukan soal ngada2 tapi soal air tangan.
2) Tempat tidur mesti dikemaskan oleh isteri. Walaupun ade 10 pembantu rumah tapi isteri wajib kemas tempat tidur. Kamar tidur adalah eksklusif bagi pasangan suami isteri, jadi isteri kena tau mengemas katil, tilam, bantal dan sebagainya.
3) Penampilan diri isteri semasa di rumah kena jaga. Mesti selalu kelihatan menawan dan kemas terutama setiap kali suami balik dari opis. Kalau isteri pandai menjaga keanggunan diri dan bijak memikat suami melalui
masakan, kemasan rumah, pujukan, urutan dan sebagai nya maka minat suami untuk bercinta di luar boleh dikurangkan atau tiada langsung. Tapi kalo hari2 asyik pakai baju kelawar atau tshirt lusuh ngan kain batik, jgn salahkan suami sekiranya dia main kayu tiga. Salahkan penampilan anda yang mengerikan tu..
4) Paling penting isteri jgn terlalu cemburu atau kontrol suami. Jgn selalu membebel dan mengorek rahsia seperti agen 007. Org lelaki semakin dikontrol dia akan menjadi semakin berani...


Ha, itu lah antara tips2 nya... Ape yang penting?KERJASAMA....Hehe..Yang penting suami isteri kena saling memahami pasangan masing2..

Till then....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...