Followers

Saturday, October 30, 2010

#Emak VS Pasangan

Bila seronok, aku cari.... pasanganku
Bila sedih, aku cari..... Mak
 
Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku  
Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak

Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku  
Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku 
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu" 


Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. Mak ingat kat aku 


Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku 
Entah bila... aku nak talipon Mak 


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak 


Renungkan:
   -"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
   -bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
   - Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
    -Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
 
   -Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
   - MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
 
   -Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
   -berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
   -berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
   -berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
   -berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
   -berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
 
   -Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Friday, October 29, 2010

#Mama suke tengok ni

Setiap malam jumaat kat tv8 pada pukul 10.30 mama pasti akan tercongok depan tv.. Kenapa yer?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Pasal nak tengok Tyra Banks ni.. Hehe.. Tak lah,sebenarnye nak tengok America"s Next Top Model.. Mama suke sgt rancangan ni.. Feeling ala2 model gitu (blah la ko azni)..Suke tgk macam mana model2 masa photoshoot tu.. Segala rempah ratus ade dalam ni,sedih,pengkhianatan,persahabatan,dengki2,gaduh2 (i loike it).. Hehe.. Kadang- kadang kalau papa ade dia pon join sekali tengok pastu mula la papa komen yang bukan2..Tak suke tau.. Teehee..


#Bunuh dan buang

KEJAM...mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian di tepi parit, Jalan Ukay Perdana, semalam.
KEJAM...mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian di tepi parit, Jalan Ukay Perdana, semalam.


AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.


Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.

Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya

#Lelaki miliki mulut paling lebar



KEDUA-DUA tangan Francisco Domingo Joaquim menarik mulutnya yang lebar.



ROM, Itali - Seorang lelaki, Francisco Domingo Joaquim dapat memuatkan satu tin minuman ringan di dalam mulutnya, lapor sebuah akhbar semalam. Joaquim yang berasal dari Angola memiliki mulut selebar 17 sentimeter sekali gus namanya dicatatkan dalam Guinness World of Records.
Bakat Joaquim yang dikenali sebagai Chiquinho itu ditemui oleh beberapa penyelidik Guinness Book of World Records yang mencarinya menerusi laman YouTube di internet.
Selepas dua tahun mencarinya, para penyelidik itu dapat berjumpa dengannya di bandar kelahirannya di Angola.
Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di Internet dengan videonya dilihat ribuan kali.
Joaquim menyatakan, mimpinya menjadi kenyataan apabila dia diberikan penghormatan oleh Guinness Book of World Records yang mencatatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia kerana memiliki mulut paling lebar. - Agensi


Thursday, October 28, 2010

#Mengurangkan letih di tempat keje.

ADA ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah. Mereka yang bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat.
 

Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer.


Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua.

Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.

Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:

- Bersifat positif terhadap pekerjaan:

Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.

- Bersantai sejenak:

Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.


Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

- Nikmati humor dan ketawa:

Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.

- Bekerja secara sistematik:

Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.

- Banyak minum air mineral:

Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.

- Lakukan aktiviti fizik:


Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif.

Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.

Satu lg petua mama nak bagi,tak payah kerja terus baru la tak letih..hehehe...

#Feeling jalan-jalan cari makan gitu uols.

Mama and the geng pecah rumah sudah bosan makan kat cafe,jadi lunch tadi kitorang makan kt presint 9. Kawan2 cakap chicken chop kt situ best tapi mama tak rasa nak makan ayam so order la beef steak..

Rasenye sangat la hampeh, harap kan harga jer mahal. Walaupun tak sedap mama habiskan jugak sebab dah byr mahal2(kate la mmg ko kuat makan pun azni oi). Air? Air kosong jer sebab nak jaga suara. Berangan jadi penyanyi la plak mek nih. Hehe.

 Dari 10bintang mama bagi 4bintang jer. Huhuhu.. Jahat kan?Tapi customer always right what!

ni la steak yg tak sedap tu mama mkn td, RM12.90

ni plak nasi kukus yg mek asma mkn, RM4.50

bihun sup by dayah n kak nani, RM3.00


#Lady Gaga yang femes

fesyen ala2 mickey mouse
surgery maybe..
ni baju ala2 belon..hehe..


Sape suke lagu Lady Gaga sila angkat tangan? Mama pun suke dengar lagu2 dia sebab semua catchy dan best2 jer. Tadi mase goggle cari gambar dia susah betul nak cari yg pakai sopan2 sket. Semua ala2 pakai bikini jer..Hehe.. Mama suke tengok cara dia berpakaian yang pelik2 tu. 

Kalau org lain mau pikir 10kali nk pakai cam dia tp dia selamba je kan pakai. Walaupun banyak yang tak elok pasal lady gaga ni tp mama tetap gak suke dia. Yang penting tak payah la ikut stail dia tu, kite amik2 yang baik jer tentang dia.. Betul tak?

#P. Ramlee dalam kenangan



Menyebut sahaja nama allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sudah terbayang di minda tentang seorang individu yang cukup istimewa dan begitu dekat di hati masyarakat.
Merupakan satu-satunya insan seni di negara ini yang bergelar seniman agung, segala hasil karyanya melalui filem dan muzik tidak pernah ditelan zaman.
Umum pastinya mengetahui bahawa P. Ramlee dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, penulis skrip dan pengarah filem yang serba boleh.
Apa yang lebih mengagumkan, sepanjang hayatnya bergelar insan seni, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah terbabit dengan 66 buah filem serta menghasilkan sebanyak 360 buah lagu.

Biarpun sudah 37 tahun P. Ramlee pergi meninggalkan warisan yang tidak ternilai, namun namanya masih tetap terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat.
Pencapaian beliau melalui bidang seni telah menjadikan beliau sebagai idola serta sumber inspirasi kepada penggiat seni tanah air pada hari ini.
Mengenai penglibatan P. Ramlee dalam bidang ini, karier beliau bermula pada tahun 1948 melalui lakonannya dalam filem Chinta dengan memegang watak antagonis.

Selepas itu, karier lakonan dan nyanyiannya semakin berkembang serta semakin dikenali ramai dan terus diberi kepercayaan membintangi filem-filem Melayu di bawah arahan pengarah terkenal, Datuk L. Krishnan.
Beliau yang bernaung di bawah Malay Film Production (MFP) di Jalan Ampas, Singapura terus mengecap populariti sebagai pelakon.

Setiap filem lakonannya mendapat sambutan hangat peminat filem-filem Melayu. Beliau bukan sekadar berbakat sebagai seorang pelakon, malah turut berkebolehan untuk menyanyi dan mencipta lagu, selain bermain alat muzik.
Kemuncak kepada karier seninya ialah apabila beliau diberi kepercayaan sebagai pengarah filem Penarik Beca selain turut memegang watak utama.

P. Ramlee juga memahatkan nama sebagai pengarah Melayu kedua selepas Haji Mahadi. Paling membanggakan, selain filem lakonan dan arahannya terus mendapat sambutan, beliau turut mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat Asia terutamanya melalui Festival Filem Asia Pasifik.
Pernah melalui zaman kegemilangan dan kemasyhuran ketika era di Jalan Ampas, P. Ramlee juga sebenarnya pernah melalui zaman kejatuhan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Segala-galanya bermula setelah beliau keluar dari MFP dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 dengan menyertai Studio Merdeka, Hulu Kelang. Filem terakhir arahan beliau sebelum berhijrah adalah filem Tiga Abdul yang dilakonkan bersama Haji Mahadi dan S .Kadarisman.

Bagaimanapun, karier P. Ramlee di Kuala Lumpur tidaklah seperti yang diharapkan. Beliau dilihat sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan ketika di Jalan Ampas dahulu. Filem pertama arahan beliau yang diterbitkan oleh Studio Merdeka, Si Tora Harimau Jadian tidak mendapat sambutan peminat.

"Mama suke tengok cite2 P.Ramlee ni. Memang tak jemu la walaupun duk ulang2 tengok berkali. Kehilangan beliau sukar dicari ganti lagi. P.Ramlee hanya satu jer di dunia ni. Semoga roh nya dicucuri rahmat dari Allah SWT..."

Wednesday, October 27, 2010

#Pensel VS Komputer

1) Pensel boleh diselitkan di telinga. Komputer boleh juga nak selit tapi telinga saper?
2) Hujung pensel, kalau tumpul boleh ditajamkan. Komputer kalau tumpul?
3) Pensel harganya murah. Komputer murah juga tp pd org kaya.
4) Pensel boleh menulis dalam air. Komputer ? hehehe…
5) Blackout , pensel masih boleh digunakan untuk menulis. Komputer? Org tension psl tak sempat save fail sebelumnya.
6) Pensel boleh untuk main baling-baling.. Komputer juga boleh untuk dibaling, tapi ko mahu cuba rasa dibaling komputer ?
7) Pensel boleh dipakai korek-korek hidung. Komputer , boleh juga tapi bukan lubang hidung aku.
8) Pensel tak boleh terkena virus. Komputer gudang virus
9) Pensel kalau jatuh, bunyi tak kuat, x mengganggu orang tidur. Cuba ko jatuhkan komputer ko, semasa bini ko tgh tido.
10) Pensel boleh diletakkan di bawah bantal. Komputer juga boleh, tapi bantal tuh x boleh bawak tidur.
11) Pensel, boleh menulis dan melukis tanpa program. Komputer tanpa program, apa jadi ?

12) Pensel basah, boleh dijemur. Komputer kalau basah? Huhuhu


#Edisi Lawak di petang hari

MAKSUD- MAKSUD DI SEBALIK HON


Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
1. 1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”
2. 2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3. 3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
4. 1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
5. 2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
6. 4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!” 
Apek jual tilam daa..




Mama gelak sorang2 baca nih..

#Seni pensel

Malas nak cakap banyak..Layan je la....Zaasss!!

#Penat

Tadi terkejar2 anta idul balik umah, sebab pagi td babysitter(bs) ade hal yang tak dapat dielakkan maka mama terpaksa bawak idul g opis.. Pastu dalam pukul 12.30 bs call cakap dia dah balik umah.. Zass,dengan cargas nye mama anta idul balik. Duk lame2 kat opis takleh buat keje mama nanti,lagi baik duk ngan bs jer.. Gambar idul kat opis ilekk sebab tak bawak camera.. Lagipun mama hanya la blogger cabuk, camera tah kemana tuan tah kemana.. Hehehe.. Tu jer nak cite. Keje banyak nih..Ekekeke..

Tuesday, October 26, 2010

#Anak mama dah besar rupenye.

Rasa macam baru jer lahirkan izzul, masih lagi terasa sakit kontraksi selama 13jam,sakit meneran untuk kuarkan si kecik nih dan sakit masa dijahit..Adehh!!Dari baring-meniarap-merangkak-duduk-berdiri-berjalan(lum boleh lagi),terasa begitu cepat masa berlalu..Minggu depan izzul dah cukup setahun, sesungguhnya masa mencemburui kita..Taktau lagi nak buat besday party ke tak untuk izzul,ape2 pon kene tnya papa dulu..Tapi kalu buat pon dia bukan nye paham pon..betul tak?(padahal mama dia kedekut) hehehe...Party2 tu tak penting pon, yang paling penting semoga izzul membesar dengan sihat,pandai,menjadi anak yang mendengar kata ibubapa dan soleh..Insyaallah,mama doakan izzul selalu...
sengih tunjuk gigi 4 btg dia tu..


sayalah macho man..:)
sibuk jer mama ni,asyik nk amik gambar idul jer
cair ati mama tgk idul ni
anak mama ke anak papa?

#Wonderpet Idul

Aritu g pasar malam kat Bangi, pastu papa lak berkenan ngan kucing mainan ni.. Belikan la satu untuk idul sebab murah je pon.. Kucing ni kena letak bateri,ade bunyi pastu boleh gerak -gerak.. Comel je mama tengok macam kucing betul..Tengok la gambar2 anak teruna mama tengah main ngan kucing dia tu..Minggu pertama ok lagi,masuk minggu kedua sebelah kaki dah patah pasal kena lempar ngan idul. Kadang-kadang dia duk gigit ekor kucing tu sampai basah2 ngan air liur.Sekarang bunyi langsung takde,bisu dak kucing tu.Kesimpulannya,kucing tu dah cacat sepenuhnya dikejekan dek idul..hehehe..

time2 ni elok lagi duk main...

#I Love You Soo Much!!

( Ini bukan entry menunjuk2 yer, juz nak share kegembiraan dgn semua org. Kalau ade yang rasa menyampah sila tutup terus page ini yer.)

Wahh, tajuk tak menahan tu..Ini adalah entry sipi2 basi. Dari 2 minggu lepas duk kepam2,post nye idak. Kat umah takleh nak upload gambar tu pasal tak buat2 entry ni. Mood happy aritu sebab dapat surprise from encik hubby.. Rasa macam nak lompat-lompat sebab terlalu excited. Ok ok,cukup lah intro kau tu azni eh..:)) Camni cite nye 2 minggu lepas mama sekeluarga(bunyik macam ramai je guna ayat sekeluarga tu) dan kawan papa sekeluarga gi jalan- jalan kat Alamanda sambil membeli barang yang patut.. Sekali mama terterjah ke butik Carlo Rino sebab tengok cam ada sale jer. Ye,memang ada sale pon, paling banyak 40%. Jadi mama duk tengok-tengok handbag dengan purse mana tau kot kot ade yang berkenan di hati.. Sekali papa offer, amik la ape yang mama nak papa bayar.. Jeng jeng jeng, peluang yang dinanti2 sudah tiba. Mama pon ape lagi dengan tidak membuang masa malu-malu memilih barangan yang diidam-idamkan selama ini.:) Papa cakap ni hadiah sempena hari jadi sebab masa hari jadi mama aritu papa tak bagi hadiah pon..Papa cuma bagi kiss2 hug2 pastu ehem2 ucapan selamat hari lahir jer.. Hahaha...Kalo korang bijak pandai apa yang mama beli tadi?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
JENG JENG JENG
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dalam kotak ni ade ape yer? :))
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TAA DAA!!
Ni la purse baru mama..soka soka!!

Purse yang lama masih lagi ok tp dah ade yg baru mesti la pakai yg baru..betul tak kwn2?? :p



thanx for the pressie pa..cayang you lah!! idul sila cepat besar nnti boleh bagi mama hadiah gak..ekekeke...



Monday, October 25, 2010

#Perkara yang perlu dilakukan supaya suami tidak main kayu tiga...

Fuhh,sejarah betul la buat tajuk panjang2...Wahai para2 isteri sekalian,takde sorang pon antara kamu yang rela bila suami ade cinta baru. Betul tak? Ke ade yang sanggup bermadu kasih dan nak payung emas.. Teehee.. Sanggup? Tak sanggup?

1) Pastikan suami anda makan masakan anda. Walaupon anda ada pembantu umah yang setaraf Jamie Oliver ataupon Chef Wan, sekali sekala kene gak masak untuk suami. Paling2 tidak pon buat la minum pagi atau malam tuk sang suami. Walau sibuk macam mana pon, masak la untuk suami. Ini bukan soal ngada2 tapi soal air tangan.
2) Tempat tidur mesti dikemaskan oleh isteri. Walaupun ade 10 pembantu rumah tapi isteri wajib kemas tempat tidur. Kamar tidur adalah eksklusif bagi pasangan suami isteri, jadi isteri kena tau mengemas katil, tilam, bantal dan sebagainya.
3) Penampilan diri isteri semasa di rumah kena jaga. Mesti selalu kelihatan menawan dan kemas terutama setiap kali suami balik dari opis. Kalau isteri pandai menjaga keanggunan diri dan bijak memikat suami melalui
masakan, kemasan rumah, pujukan, urutan dan sebagai nya maka minat suami untuk bercinta di luar boleh dikurangkan atau tiada langsung. Tapi kalo hari2 asyik pakai baju kelawar atau tshirt lusuh ngan kain batik, jgn salahkan suami sekiranya dia main kayu tiga. Salahkan penampilan anda yang mengerikan tu..
4) Paling penting isteri jgn terlalu cemburu atau kontrol suami. Jgn selalu membebel dan mengorek rahsia seperti agen 007. Org lelaki semakin dikontrol dia akan menjadi semakin berani...


Ha, itu lah antara tips2 nya... Ape yang penting?KERJASAMA....Hehe..Yang penting suami isteri kena saling memahami pasangan masing2..

Till then....

Thursday, October 21, 2010

#Emo

WOMAN

If u give her sperm,
She will give u a baby.
If u give her a house,
She will give u a home.
If u give her groceries,
She will give u a meal.
If u give her a smile,
She will give u her heart.
She multiplies and enlarges what is given to her...

Till then lovelies....

Tuesday, October 12, 2010

#Izzul sakit

Tak tau nak tulis ape.. Izzul terkena jangkitan kaki tangan dan mulut sejak ari ahad aritu so mama pon takde mood nak update blog walau pon ada banyak benda untuk dicitekan. Mama terpaksa mengambil cuti kerana Izzul kena kuarantin, tak boleh anta umah pengasuh atau pun bercampur dengan budak2 lain. Doktor bagi mama surat yang mengatakan mama kena jaga anak di rumah selama seminggu ni..Walau pun cuti lame tapi nak enjoy tu nan ado sebab ati tak keruan tengok anak sakit. Mama rasa semua ibu2 pon rasa macam ni jugak kan? Mama pon tak tau macam mana Izzul boleh terkena jangkitan nie padahal budak2 lain kat umah ibu semua ok jer. Apa- apa pon mama redha jer dengan ujian tuhan ni.. Ini adalah info-info pasal penyakit tangan kaki dan mulut..
Apa yang menyebabkan HFMD?
Hand Foot Mouth Disease (HFMD) berpunca daripada jangkitan virus. Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, tetapi jenis paling biasa ialah virus coxsackie A16 (CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di Sarawak disebabkan virus Cx A16.
HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain.
HFMD pada manusia tidak sama dengan HFMD pada lembu atau kambing kerana ia disebabkan jangkitan virus berbeza. Jadi tidak perlu takut untuk minum susu segar atau makan daging.
Dr Syed Nazir, berkata jangkitan HFMD biasanya lemah dan tidak berbahaya. Ia biasanya menyerang kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi boleh berlaku pada orang dewasa.
Adakah jangkitan ini serius?
Jangkitan disebabkan coxsackie A16 biasanya lemah dan hampir semua pesakit boleh sembuh tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, jangkitan enterovirus 71 lebih berbahaya, boleh menyebabkan meningitis, enchephalitis dan kadangkala membawa maut jika tidak diberikan rawatan segera.
Siapa yang berisiko dijangkiti?
Sebenarnya semua orang berisiko mendapat HFMD. Bagaimanapun, lazimnya berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi orang dewasa juga boleh mendapat HFMD.
Namun, jika ia berlaku pada orang dewasa, kesannya sangat lemah kerana orang dewasa mempunyai antibodi daripada pendedahan pada masa lalu terhadap virus ini.
Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian mempunyai risiko lebih tinggi. Ini sebabnya kerajaan mengarahkan supaya tadika dan sekolah ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan virus.
Jangkitan membolehkan badan seseorang membina antibodi terhadap virus berkenaan, tetapi orang yang pernah mendapat penyakit ini boleh mendapat HFMD kali kedua jika ia disebabkan jangkitan virus lain.
Apakah gejala HFMD?
Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk membiak dalam badan dan ini dipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan mula mengalami gejala penyakit seperti:
  • Demam (38°C) selama dua atau tiga hari
  • Sakit mulut
  • Berhingus
  • Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)
  • Sakit tekak
  • Hilang selera makan
  • Keletihan
  • Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak gatal atau menyebabkan rasa sakit
  • Sakit perut
Bagaimana virus merebak?
Walaupun tidak berbahaya, HFMD mudah berjangkit, terutama pada kanak-kanak. Ia merebak melalui sentuhan langsung kepada najis, air liur, hingus dan cecair daripada kulit melepuh orang yang dijangkiti.
Jangkitan juga boleh berlaku melalui udara apabila orang dijangkiti bersin. Virus boleh hinggap di atas permainan, buku, pensil atau peralatan yang dipegang orang yang dijangkiti.
Virus ini juga boleh hidup lebih lama di luar badan manusia berbanding virus lain, oleh itu jika aspek kebersihan diabaikan ia akan merebak dengan cepat kepada orang lain.
Jangkitan mudah berlaku dalam minggu pertama seseorang itu dijangkiti. Najis bekas pesakit masih mengandungi virus, walaupun ia sudah sembuh dan perkara ini boleh berlarutan sehingga lima minggu.
Justeru, Dr Syed Nazir menegaskan supaya setiap orang, terutama ibu bapa dan petugas pusat jagaan kanak-kanak, sentiasa menitikberatkan soal kebersihan. Tangan perlu dicuci dengan bersih setiap kali selepas menukar lampin, keluar dari tandas, mengelap hingus, air liur atau cecair dari kulit melepuh kanak-kanak yang dijangkiti.
Jangkitan juga boleh berlaku pada anak dalam kandungan jika si ibu dijangkiti sebelum bersalin. Bayi boleh mengalami masalah jantung, meningitis (keradangan selaput otak) atau mati jika dijangkiti ketika dilahirkan.
Adakah rawatan khas untuk HFMD?
Menurut Dr Syed Nazir, tiada rawatan khas bagi penyakit ini. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari tanpa mengambil ubat. Ubat diberikan hanya untuk meredakan ketidakselesaan yang dialami pesakit seperti ubat demam, ulser atau lepuh.
Bolehkah ia dicegah?
Kaedah pencegahan paling berkesan ialah melalui pemberian vaksin, tetapi sehingga kini tiada vaksin untuk HFMD kerana ia membabitkan jenis virus yang banyak.
Bagaimanapun, cara pencegahan paling mudah ialah menjaga kebersihan. Pada musim cetusan penyakit seperti sekarang ini, elakkan membawa anak ke tempat sibuk dan sesak seperti pusat beli-belah dan kolam renang awam.
Tutup mulut ketika batuk atau bersin. Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas ke tandas. Jangan lupa untuk kerap membersihkan peralatan yang digunakan kanak-kanak.
“Malah, pengusaha tadika yang diarahkan tutup kerana penyakit ini juga perlu membersihkan semua peralatan dalam premis mereka sebelum ia dibuka semula. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan berulang kerana virus Cx A16 boleh hidup lama di luar badan manusia,” katanya.

Friday, October 8, 2010

#Majlis hari raya di MOF

Semalam Kementerian Kewangan (MOF) telah mengadakan jamuan hari raya yang turut dihadiri oleh PM dan VIP-VIP.. Akhirnya dapat gak mama salam ngan PM setelah bersesak- sesak semalam. Walau pon tak dapat bergambar ngan dia tp mama dah puas hati. Antara makanan yang dihidangkan semalam adalah lemang, nasi impit, kuah kacang, lamb chop, ayam dara berempah,laksa,cendol,tapai aiskarim( yang ni paling best mama rasa, sebab tak pernah makan lagi sebelum ni) dan banyak lagi la(sebenar nya dah lupa :P).. Sesi isi perut sampai penuh la semalam. Gambar gambar makanan lupa nak snap tapi kalo gambar kami menggediks tu memang banyak la. Hehe. So enjoy jer gambar-gambar jamuan semalam..
dimulakan dgn gambar nie.. :))

opismate mama..dayah,ifa dan nani

eh eh,asma pon ada gak


si asma "mek peace" :P

kerusi semua full. tak paham la orang2 ni,kerusi dorang buat tempat letak makanan bukan untuk duduk..ape daa!!

bersila kat lantai jer..sejuk vontot2. :) si yan tibe2 datang dari mane tah mintak cendol mama..

dayah,cc che tum,puan nurul,ifa dan asma

leng lui unit TB..cantik2 maa..:))

complete la..nasib baik mama dapat tangkap mintak tolong orang untuk amik gambar..

Thursday, October 7, 2010

#Gambar papa gi Thailand

Hai... Ni adalah gambar2 papa masa g thailand last week.. Pasal motor2 ni mama tak tau sangat..Layan jela..






#Triumph papa..

Haha, tajuk kat atas tak tahan tu.. Ingat pompuan jer ke pakai triumph?? Hah? Ade yang tak tau triumph ni ape? Hehe.. Bagi kaum pompuan triumph ni jenama pakaian dalam  (bra, panties, lingerie pon ada gak kalo tak silap mama la).. Tapi triumph papa adalah ini.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
izzul macam pelik jer..

dalam hati duk pikir besar nanti nak beli moto cam papa gak la   :p

us, kesayangan papa...



Motor kesayangan papa aka madu mama.. Hehe.. Sampai ke dalam umah parking sebab takut orang curi kalo parking kat bawah. Bukan murah ni beb! Lagi pon kes kecurian motor kerap sangat berlaku kat apartment kami.. Tu angkut sampai dalam umah tu.. Hehe.. Sekian,terima kasih.. :))

#Amalan- amalan Rasullullah

Sama- sama la kita hayati nya:-
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman”(HR Muslim) 
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)”(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan 
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung 
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : “Jangan Marah”diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta ‘awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati 
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT 
7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. 
Wallahualam. Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah

#Cuba tengok betul- betul.. Jangan pening sudah la..

isuhangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...