Followers

Thursday, March 22, 2012

Kasih bapa hingga ke syurga

dari kecik sampai la dah besar panjang ni saya lebih rapat dengan ayah..apa-apa masalah saya bagitau ayah dulu..bukan bermakna saya tidak sayangkan emak tetapi saya lebih selesa bercerita kepada ayah..kalau dengan mak harus kena bebel dulu kalau saya bagitau sesuatu..hehe..oh,rindunye kat mereka berdua.

memang saya peratikan kalau anak pompuan lebih rapat dengan ayah manakala anak lelaki pulak rapat dengan ibu..betul tak?

lepas kahwin saya duduk berjauhan dengan suami kerana suami saya menjaga ayahnya yang kena strok..suami saya terus berhenti keje di sini dan balik kampung untuk menjaga ayahnya..dan tinggal lah saya dengan izzul dan ziyyad di sini..

semuanya saya lakukan sendiri memandangkan suami saya hanya balik 2 minggu sekali kerana tuntutan kerja serta tanggungjawab seorang anak terhadap ayahnya..awal-awal dulu saya sering menangis kerana cemburu dengan orang lain..orang lain ada suami di sisi ketika susah dan senang..bukan ke bahagia bila suami ada di sisi?kenapa mesti suami saya?kenapa saya yang harus menanggung beban ini?soalan-soalan ini selalu bermain di fikiran,hati dan jiwa saya...

hingga lah suatu hari saya tersedar..kenapa saya harus menidakkan qada' dan qadar Allah..mungkin ini jalan yang terbaik yang telah Allah susunkan untuk saya..hikmah Allah terlalu luas dan terlalu sukar untuk dimengertikan kalau kita tidak berfikir secara waras..bila hati dibutakan dek nafsu kewarasan fikiran memang tertutup..

bila saya letakkan diri saya di tempat suami,baru saya sedar betapa susahnya dia membuat keputusan untuk memilih antara saya dan ayahnya..antara tanggungjawab sebagai seorang suami dan anak...dan saya tahu dia orang paling resah bila saya saya telefon dan bagitau anak-anak tak sihat atau saya sendiri yang tak sihat..

kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita sehingga lah kita melalui jalan yang penuh kepayahan itu dan di penghujung jalan baru kita sedari rupanya ada bahagia di situ...

mungkin ada hikmah yang kita tak tahu di sebalik semua ini..kadang-kadang kita nampak suami isteri yang tinggal bersama hidup bahagia sedangkan hakikatnya hanya dorang sendiri yang tahu...

saya memilih berjauhan jika ini yang terbaik untuk kami...dan saya bersyukur kerana tempoh kami berjauhan hanya 2 minggu sahaja sedangkan orang lain berbulan-bulan baru jumpa suami/isteri..

adakah saya akan lakukan seperti suami saya lakukan sekiranya ayah saya sakit?saya selalu menanyakan soalan ini kepada diri sendiri...sehingga kini saya masih tidak ada jawapan nya.....

we love u so much pa...xoxo...

2 comments:

IntaNBerliaN said... [Reply this comment]

apa je yg berlaku dlm hidup kita sbnarnya adlh yg terbaik utk kita kan.. walaupun kita rasa sebaliknya.. tp sesungguhnya apa yg DIA rancang utk kita adlah yang terbaik..

wan nurul hezrina said... [Reply this comment]

oklah 2 minggu.pk katsitu jew sbb ada yang lebih teruk=)so hepi alwiz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...