Followers

Wednesday, June 29, 2011

# Sape nak susu free?sape cepat dia dapat k..

aku nak tanya anak sape minum susu lactogen 3 macam dalam gambar ni?minggu lepas masa pergi shopping kat carrefour Alamanda promoter susu bagi satu kotak susu Lactogen 3 ni..

masalahnya si izzul tak minum susu kaler putih,dia minum dugro coklat jer..expired tahun 2012 kalau tak silap aku..nanti aku check balik..

daripada membazir baik la aku sedekah kat sape2 yang memerlukan..
jadi aku bermurah hati nak bagi kat sesape yang nak la..susu ni ada sekotak jer untuk 1-3 tahun..sape cepat dia dapat k..

komen je kat entry ni kalau korang nak k..

Monday, June 27, 2011

# Kursus la pulak..

adehh!bila sebut pasal kursus ni malas pulak nak pergi besok..padahal kat opis ni je pun..tapi memikirkan aku baru je ada sehari kursus nak cukup kan 6hari lagi tu yang tak tau bila better la rebut peluang nih..lagipun nanti dah nak bersalin cuti pulak 3 bulan takut tak sempat nak cukupkan 7 hari berkursus..

sape-sape yang keje gomen dorang tau la pasal kursus 7 hari setahun ni..kursus yang aku akan hadiri ni selama 3 hari iaitu dari 28/6-30/6,semuanya berkaitan dengan akaun..huhu,mesti mengantuk punye lah..yang ni aku boleh jamin..haha..

so blog ni akan terabai selama 3 hari nanti..kalau sempat time break tu aku curik-curik la melawat rumah korang-korang semua.. ;)

kepada penjawat-penjawat awam,anda semua sudah cukup kah 7 hari berkursus? ;)

# Monday blues

assalamualaikum dan selamat pagi semua...

hari ni rasa malas sangat nak pergi kerja tambah-tambah pulak hujan pagi tadi..kan best kalau dapat sambung tido..dan lagi best kalau aku ni tak keje jadi suri rumah jer..hehe..banyak pulak kalau nya kan?bersyukur la dengan kehidupan sekarang ni wahai azni oi..(mode insaf sudah datang)..

masuk je opis pagi ni tengok semua orang sibuk duk susun makanan..ehh,ada jamuan kah?memang betul lah ada jamuan,jamuan kesyukuran yang ditaja oleh penolong akauntan sempena anaknya dah sembuh dari sakit telinga..camtu la yang aku dengar..:)

wah,macam-macam ada..pulut kuning,kari ayam,meehun goreng,tapai pulut,agar-agar,kek,dan air kopi..aku makan semua termasuk la tapai tu..lepas makan kepala macam dah pening sikit,nurul hezrina pun sama jugak..aku agak sebab makan tapai pulut kot.

pastu dua-dua marathon tidur kat meja,nasib la bos takde..ala,tidur setengah jam je tu pun ala-ala tidur2 ayam..bosan nye....keje banyak tapi monday blues punya pasal semua malas nak buat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...