Followers

Wednesday, October 9, 2013

Mencuba produk Hansaegee



dah lama beli dan guna tapi terperap je entry dalam draft..beli pun sebab terpengaruh dengan rakan2 blog..ewah,napsu nak membeli takleh control katekan..so mari la kita cuba produk dari korea ni..


yang dibeli adalah 2 mask iaitu 1 NMF Aquaring Ampoule Mask (rm10.90) dan 1 Teatree Healing Solution Mask (rm8.90), dan
1 Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack (rm37)..Nose Pack tu ada 10 keping dan 1 tiub 10ml Pore Stamping Serum..



mask belum sempat guna lagi..sibuk manjang jer..yang sempat guna adalah nose pack ni..cuci muka dulu pastu lembapkan hidung dengan air then tampal la nose pack ni..melekat kuat kau!abis tercabut segala bulu roma kat muka..so far ini la nose pack yang terbaik saya pernah guna..yang sebelum2 ni tak tercabut pun whitehead dan blackhead tu..iklan je lebih kot..



lebih dah cabut tu sapu la serum kat hidung untuk tutup balik liang2 yang terbuka tadi..serum ni best je,sejuk dan cepat meresap ke dalam kulit..

hasilnya,yucks!kalau zoom memang geli weh..nanti nak cite pasal pakai mask pulak..nanti tu taktau bila la..:)



Thursday, October 3, 2013

Hari bersama KSA



semalam berlangsung nya sesi perjumpaan dengan ksa dan hari suka ria unit akaun di opis saya..ksa itu adalah singkatan untuk ketua seksyen akaun..beliau akan bersara hujung tahun ni kalau tak silap..semalam bising sangat,tak berapa dengar masa beliau bagi ucapan tu..

pelbagai pertandingan diadakan antaranya dart,sudoku,puzzle,word search,straw wars dan cabutan bertuah..memang meriah la suasana semalam..

dan yang bestnya unit saya jadi juara pertandingan word search..setiap kumpulan ada 4 orang peserta..saya salah seorang daripadanya..sebab tu kecoh tulih dalam blog ni..kalau kalah haram nak buat entry bagai..haha..masa diberikan hanya 10 minit so carik la perkataan tersembunyi sampai berpinar bijik mata ye..




ni kumpulan saya..owh,gemuk pendek nye aku!



Tuesday, October 1, 2013

Ziyyad dah 2 tahun



cita dah basi pun..pada 3/9 aritu genap la 2 tahun si yayad bambam tu..masih la duk menyusu badan lagi..saya masih belum bersedia nak stop bagi susu badan kat dia sebab taknak bonding mak dengan anak hilang..boleh gitu?dia hanya direct je sebab kat rumah ibu dia minum formula milk..

dah pandai cakap walaupun pelat..at least kita paham apa yang dia cakap..sangat obses dengan kete lori truck dan segala jenis kenderaan ini budak..

umur 10 hari

3 bulan lebih..

5 bulan

ni masa jalan raya aritu..manja sangat dengan papa dia..


berguna sebagai alat senaman mama jugak..pastu taknak turun sampai sudah..mama dah mengah angkat dia ni..

saya la ziyyad yg pemalu itu.. :)


pak aji kecik..

takde orang teman dia bermain,mama la jadi mangsa..

saya dah besar!percubaan nak pakai baju sendiri..kejap pakai seluar kejap pakai baju..takpe,yang penting dah cuba walaupun tak berjaya..

teman mama g buang sampah..dia pun sibuk nak plastik jugak..tapi isi kete mainan dia..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...