ini cerita hari jumaat minggu lepas..sebelum2 tu kan entry mak asik la up cite pasal anak tak sihat kan..tengah hari jumaat tu saya call angah tanya ziyyad camna sebab dia kan demam..then angah cakap dia melepek jer,taknak main langsung..makan pun taknak..saya rasa tak sedap hati terus mintak half day dengan bos,nak bawak ziyyad ke klinik..
balik tu terus amik dia dan ke klinik..mujur klinik dekat jer..masa dokter check tu dia ada tanya ziyyad pernah amik nebulizer ke tak..memang tak pernah amik la kan..dokter buat surat suruh terus pergi ke kecemasan kat hospital putrajaya sebab kaki tangan ziyyad dah sejuk dan bertukar warna biru serta dada dia pun berombak2 laju macam sesak napas..
kebetulan maksu keje malam,terus ajak maksu ke hospital putrajaya..sampai2 jer kena masuk ubat bontot sebab demam dia dah cecah 39.8 C..masuk jer kat dalam misi suruh saya pakaikan mask neb kat ziyyad sebab nak cairkan kahak..saya takde pengalaman sebab anak2 tak pernah kena sedut gas sebelum ni..huhu..
bertarung la sorang2 dengan ziyyad..mana nak tekap topeng kat dia,mana nak pegang dia menggelupur lagi..haru biru weh!mujur ada sorang akak ni tolong..merasa la dengar ziyyad melalak bagai apa aritu..
dah abis dos ubat kat neb so stop..baru panggil maksu masuk..tukar diapers ziyyad..then dokter datang,tanya lebih kurang suruh buat sekali lagi neb tu..adoi!sekali lagi ker?kali ni ok sket sebab maksu ada..tapi ziyyad menangis tu tak payah cakap la..sampai berpeluh2 dia duk tepis topeng tu..hehe..
dah setel neb,dokter nak amik darah pulak..sekarang prosedur mak2 takleh teman anak masa amik darah ke ek?sebab dokter masuk bilik khas dan suruh saya tunggu kat luar..dengar ziyyad nangis kejap pastu stop..then,dokter bukak pintu bilik cakap dah siap dan bagi ziyyad kat saya..
dokter cakap takde lelah tapi tonsil dia bengkak..sebab tu dia taknak makan..dan saluran jadi sempit buat dia susah bernafas..
so dah setel semua,amik ubat terus balik..ubat pulak kemain banyak lahai..dah la ziyyad susah makan ubat..nak tak nak kena paksa bagi jugak..selepas seminggu alhamdulillah,ziyyad dah sembuh..dah ceria dan kuat makan balik..hehe..
saya anggap ini sebagai pengalaman buat saya..selama ni duk baca je kat blog anak2 orang lain kena neb..sekali terkena kat diri sendiri baru tau..