Followers

Friday, August 10, 2012

Tadarus al-Quran

alhamdulillah masa break tadi dah selesai majlis khatam al-Quran..tahun ni ramai penyertaan berbanding tahun lepas..masa tadarus tu kumpulan saya kena baca juzuk 3,ada 5 orang ahli jadi bagi-bagi la berapa helai sorang kena baca..paham dak yang saya tulih ni?

harap kat opis je boleh baca Quran,kalau kat umah baca jap datang la tukang kacau..abang nak baca buku jugak  kata izzul...kacau pon kacau la,at least dia terdedah jugak dengan al-Quran walaupun kecik lagi..bak kata orang melentur buluh biar la dari rebungnye..tak gitu semua?






dapat la bunga telur,tuala dan pulut kuning sebagai penghargaan..

Persiapan raya...

assalamualaikum dan selamat pagi semua....

sudah ramadhan ke 21 hari ni..rata-rata duk cite pasal raya kan,mood raya dah datang..macam persiapan raya korang semua?saya 90% dah setel semua..baju bajan anak-anak dan mak pak dah beli..tinggal lum amik yang tempah kat tailor je..kejap lagi saya akan call hubby suruh dia g tanya tailor camna baju raya kami..mana tau tailor ah so lupa nak jahit ke,beraya dgn kain batik la tahun ni..kahkah..

yang 10% lum setel adalah kasut izzul dan ziyyad..mak pak duk mikir nak beli ke tak kasut untuk anak..sebabnya izzul tu dia jenis payah bona kalau nak pakai selipar baru..selipar dia kalau tak putus atau hilang jangan harap la dia nak tukar pakai selipar lain..lain sikit peel dia ni,peel cermat macam bapak dia..bagusss nak..jimat duit mak kau..haha..kalau beli selipar baru,selipar angry bird lama dia tu kena sorok atau cakap dah hilang baru dia nak pakai selipar baru sebab takde pilihan kan..

untuk ziyyad lak ada kasut lama abang dia tapi tula asal pakaikan je dia cabut..terus mati napsu mak nak hensemkan anak sendiri.. ;) tak payah beli la untuk ziyyad,asik cabut je..tunggu besar sikit baru beli kasut..kate nak sederhana tahun ni khenn..

duit raya pun dah tukar,semalam dah dapat..kat opis saya every year ada wakil yang collect dan tukar duit raya..saya tukar duit singgit dan 5 hinggit jer..ok la dari takde kan..

kuih raya pon dah dapat semua,tinggal lg 5 balang minggu depan baru orang anta..pastu ingat nak buat popia simpul malam ni..berangan jela ko azni haha,anak-anak tu acaner?..eh,berangan kan free..takpe,saya nak cuba gak buat popia malam ni..lepas tidokan anak bermula la projek popia..insyaallah boleh...

Wednesday, August 8, 2012

Param oh param

semalam bersamaan hari ke 17 ramadhan lebur la rekod untuk taknak beli makanan kat param..kesnya sebab penat nak masak..huhu..kami gerak balik dari kelantan ke putrajaya pukul 8 pagi semalam sampai pukul 3petang..pastu badan dah penat seharian duk dalam kete tambah-tambah kena lanyak dengan anak-anak lagi..terus hilang mood mak nak masak!!huh..

duk main tarik tali dengan hubby nak g param ke taknak..last-last dalam pukul 5 camtu anta 2 beradik tu kat angah pastu kami laki bini ke param..takmo la bawak budak-budak ni kat tempat sesak camtu..

yang tak suka bila g param dengan hubby adalah dia cepat rambang mata haha..itu nak ini nak,macam budak-budak..tapi nasib bini dia pandai catu dan beli yang betul-betul nak makan jer..haha..semalam beli laksam,kuey tiaw goreng,cempedak goreng,tepung pelita,popia basah,murtabak dan air kedondong..beli banyak ni kata catu eh.. ;)

semua abis dimakan kecuali air kedondong dan tepung pelita..air tu tawar heber dan tak sedap..tepung pelita lak mak beli untuk anak-anak tapi bila mak makan rasa macam basi bahagian santan dia tu..tong sampah jela yang makan..kang dah berlaku pembaziran di situ.. ;((

ni la yang saya cuba elakkan sebab takut terkena camni la..elak-elak pon tetap terkena makanan basi gak..cukup cukup sudah...hari ni dan hari seterusnya start masak sendiri balik la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...