Followers

Wednesday, January 11, 2012

Kaunter

assalamualaikum wbt...

hari ni adalah hari pertama saya bertugas di kaunter setelah berbulan-bulan meninggalkan arena per'kaunteran' ini..apa punya bahasa daa...hehehe..kat unit saya,my bos tak bagi staf dia yang preggie bertugas di kaunter..bukan ape takut duk wekk wekk depan customer nanti sape yang nak jawab..better avoid awal-awal la khenn. :)

bulan ni 2 kali saya akan bertugas di kaunter...

so secara rasminya jadual pumping pun berubah hari ni,lambat sket pam..sesi pertama akan bermula pukul 10 pasni..huhu..my opismate akan turun ganti untuk setengah jam sesi mengepam itu..

harap-harap susu meriah la..semakin hari production susu makin kurang..dulu 1 sesi boleh dapat 7oz,sekarang nak dapat 3oz pun jenuh tunggu..kenape yer?susu dah kering ke?

Tuesday, January 3, 2012

4 bulan sudah

harini genap 4 bulan umur putera keduaku muhammad ziyyad fitri..sungguh cepat masa berlalu..masih lagi terasa sakit semasa nak bersalin kan dia bulan 9 hari tu.. ;)

pencapaian ziyyad setakat ini adalah ermm kejap nak pikir apa yang dia pandai buat ek..oh,belum pandai meniarap lagi..berat tubuh bak kata hubby..hehe..kalau kitorang letak dia meniarap kejap je dia dah bising-bising suruh ubah balik agaknye..termengah-mengah dia..mak pak saje nak dengar anak membebel..

dah pandai nak dukung je..kalau duk kat bawah kejap je mula la macam-macam bunyi dia buat nak suh orang angkat..kalau dah angkat rileks je siap boleh senyum lagi tu..hoho..memang pandai ini anak..

dah pandai pegang mainan @ soft toy..botol susu tak pandai lagi pegang sendirik..suka hisap tangan dan jari..kadang-kadang lengan mama pun jadi mangsa dia..suka berborak..apabila diagah keluar la bahasa2 yang hanya dia je yang paham.. ;) dah pandai main dengan abang dia..abang suka panggil "iyad...iyad" mula la tersengih2 dia..

suka main air seperti abang dia,suka sangat2..since umur dia 2 bulan lebih saya dah ajar dia mandi air sejuk pagi-pagi..jadi memang dia tak nangis masa mandi..terlompat-lompat suka lagi ada..lagipun saya ada terbaca air sejuk bagus untuk menguatkan tulang baby..taktau la betul ke tak..

dan yang paling penting masih lagi minum susu mama sepenuhnya..syukur alhamdulillah..semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan anakku ini ya Allah..


 ahli bina badan kesayangan mama

sayang adik...

Entry pertama di tahun 2012

selamat tahun baru semua...

tak sabar untuk berjumpa dengan izzul petang ni..hubby akan hantar dia tengah hari ni kat umah pengasuh,saya kan keje sekarang ni so petang baru boleh jumpa dia..tak sabar nak peluk-peluk cium dia..

actually hubby taknak hantar dia nak jaga izzul terus tapi FIL saya masuk wad semalam..MIL kena jaga kat hospital so takde orang nak jaga izzul masa hubby g keje..so terpaksa pass izzul kat saya..main pass pass pulak..hehe..

FIL pun tak bagi hubby hantar izzul sebab dia dah jadi peneman FIL kat umah..bangun pagi-pagi duk "atuk, atuk"..malam pun camtu jugak,sebelum tido kena masuk bilik atuk dulu main-main dengan atuk baru dia boleh tido..huhu..

saya pulak yang sedih bila atuk dia masuk wad,mesti pagi-pagi duk tanya "atuk mano?" camna la nak jawab tu..takpela,izzul duk dengan mama dulu nanti atuk dah keluar wad papa akan amik izzul balik..hati saya berat nak lepaskan izzul tapi camni la bila pjj(perkahwinan jarak jauh)..at least papa dia tak sunyi sangat dan boleh tengok anak membesar depan mata..abang duk dengan papa,adik dengan mama..setiap 2 minggu sekali baru kite boleh together2 k..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...