Followers

Friday, July 8, 2011

# Gara-gara bersih..

waaaa..gara-gara bersih semua orang lepak kat rumah kan minggu ni..semua aktiviti terbantut..aku pun sama,walaupun papa izzul balik malam ni tapi sabtu dan ahad kitorang jalan-jalan kat sini jer..

tak koser nak harung jem nak ke kl tu..sebenarnya aku plan nak cari baju raya izzul dan baju untuk baby yang bakal dilahirkan kat sogo minggu ni,dah alang-alang hubby balik tapi nampak gayanye kena postpone la.. ;(

mungkin kami akan ke pesta floria putrajaya esok..tema tahun ni "roses are forever"..wah,kelas dan romantik gitu tema tahun ni..haha..

dan esok aku ada plan baik punya..ce teka ce teka?aku plan nak buat kek coklat,resepi pun dah ada..sana sini kawan-kawan blogger duk tayang kek dorang,nampak macam senang jer so nak cuba buat la..nama je belajar pengurusan hotel tapi baking-baking ni still failed..hehe..entah jadi ke tak,tunggu la entry pada minggu depan..haha..

hope menjadi la ye.. :)

Wednesday, July 6, 2011

# Kelahiran izzul part 3..

kita sambung lagi....

tengah-tengah duk beromantika bersembang dengan hubby tetibe aku rasa sakit yang amat..aik?kata dah cucuk epi tak rasa sakit kan,ni nape sakit pulak ni..cepat-cepat hubby panggil doktor yang memang dah standby kat luar tu..hubby aku pun tunggu kat luar tapi doktor tu panggil dia masuk,dia kata takpe encik boleh duk dalam ni bagi semangat kat wife..

doktor check bukaan dah 10cm,dia kata kalau puan rasa nak teran,teran jela..masa ni aku sempat tengok jam pukul 12 tengah hari camtu la..teran sekali tak keluar,dua kali tak keluar,tiga kali pun tak keluar jugak..aku tak reti nak teran la..masa ni ada la 3 orang misi,ada sorang tu siap duk tolak-tolak perut aku ke bawah nak suruh baby turun katanya..sorang lagi duk ajar camna cara nak push..

sakit tak payah cite la,hubby aku duk lap-lap peluh dan air mata aku..nasib aku bukan jenis yang meraung2 sebab ingat lagi kat tuhan,malu pun ada..sekadar menangis mengalirkan air mata jer.. :) hubby pun kejap ke depan tengok camna,kejap datang sebelah aku pegang tangan bagi dorongan..

hubby cakap setiap kali aku teran nampak dah rambut baby pastu aku tarik nafas,baby pun masuk balik..haha..hubby siap amik tangan aku suruh pegang rambut baby kat bawah tu..dia cakap kesian kat baby macam tersangkut jer..sedihnya aku rasa alahai..almost sejam lebih jugak la duk teran tapi tak keluar2..aku pun tak ingat berapa banyak kali aku duk teran daa..

pastu doktor cakap nak gunting sikit dan aku boleh dengar bunyi macam gunting kertas tapi tak rasa sakit pun..lepas je doktor gunting 3 kali push keluar la baby aku pada 2/11/09 jam 2.08 petang..alhamdulillah,syukur ya Allah!pastu doktor inject ubat apa tah tetibe rasa macam ada lagi benda keluar,rupenya uri yang keluar tu..aku ingat lagi hubby aku cakap 'ma,baby kita keluar selambak macam muntah'..hehe,aku ingat sampai bila2 ayat dia ni..

pastu misi angkat baby tunjuk kat aku tanya boy ke girl..aku boleh jawab saya tak nampak sebab tak pakai spek,pastu dia dekatkan lagi baby dengan aku baru nampak..boy!aku cakap kuat2 sambil gelak,misi pun senyum tengok aku masa tu..pastu aku nampak hubby duk azankan izzul,masa tu izzul penuh dengan darah lagi..syahdu weh rasa!

dah siap azankan baby,hubby duk ucap terima kasih kat doktor dan misi2 sebelum dia dihalau disuruh keluar sebab misi nak jahit aku pulak..masa misi jahit ni aku memang tak sedar apa pun,aku tido jer sebab penat sangat2..sedar-sedar ada doktor pulak duk korek-korek untuk check jahitan dan keluarkan darah beku..pelik kan?dah lepas jahit baru dorang nak korek darah beku keluar..

sepanjang kena jahit dan doktor check jahitan tu memang tak sakit..agaknye sebab kesan bius epi tu ada lagi kot..aku ingat lagi aku mintak air dengan misi sebab dahaga sangat-sangat,dia bawak air milo bagi aku minum pakai straw..

lama jugak la aku duk kat labour room tu sebab wad penuh..dah setel jahit dan doktor check tu aku tido je kat situ..tak lama kemudian misi datang kejutkan aku sambil bagi baby kat aku..dia suruh susukan baby tapi aku cakap baby tengah tido,camna nak kejut..misi pun jentik tapak kaki baby,meraung la si kecik tu..kesian aku tengok..dah bangun boleh la susukan dia..pastu misi ajar camna nak susukan baby,nak lekapkan baby kat nipple dengan betul camna..

nasib la si kecik tu macam pandai je melekap kat nipple..pastu dia tido,aku duk tengok je muka dia..dalam pukul 6 petang baru la kitorang dipindahkan ke wad..

keesokan petang tu baru la kitorang boleh check out..so far layanan doktor dan misi kat HKL sangat bagus...misi pun lembut2 jer,tak pernah aku kena marah ke apa dengan dorang..sape cakap beranak kat hospital gomen teruk?aku alhamdulillah,pengalaman bersalin kat hkl tu adalah pengalaman yang manis buat aku....

tamat sudah pengalaman bersalin anak pertamaku,muhammad izzul hazman... :)


# Kelahiran izzul part 2..

ok,ni sambungan yer..

dari palong kami terus ke HKL..aku kena tunggu kat kaunter pendaftaran dan masa ni berlakunya debaran penuh makna berlaku sebab first time kena seluk.. ngilu weh!hehe..bukaan baru 1cm tapi disebabkan air ketuban dah banyak keluar maka kena tahan kat wad sebab senang nak monitor in case jadi apa-apa kan...sementara tu hubby balik rumah kejap sebab nak amik beg baby dan beg aku..ala,rumah dekat je masa tu duk kat kampung baru..tak sampai 15 minit hubby dah muncul kembali..

misi pun suruh aku naik wheelchair dan tolak ke wad walaupun aku berkali-kali cakap saya tak sakit dan boleh jalan sendiri..hubby aku yang duk kat sebelah ni tergelak-gelak tengok gelagat aku..check in la aku dalam wad ditemani hubby terchenta..masa tu dah pukul 1 tengah hari..tapi aku tak ingat dah wad tu no berapa,dah la kelas ketiga gara-gara tak prepare GL..sama taraf dengan indon dah aku masa tu sebab ada kakak indon duk depan katil aku..haha..

semua berjalan lancar,sebab tak rasa sakit lagi kannn..boleh la duk berhuha huha dengan hubby..memang tak rasa contraction ke ape ke jadi kita enjoy..haha..baru la merasa boring duk kat hospital,tu baru check in beberapa jam je..

kat hkl memang takleh tunggu kat dalam wad kan,ke aku sorang yang jakun ni?kalau mak ke sedara ke nak tunggu ada ruangan menunggu kat luar tu..kat situ la dorang tido dan makan (kalau tak silap aku la)..aku takde orang teman pun..harapkan hubby jer,tu pun kalau dah abis waktu melawat dia balik la rumah..tinggal la aku terkebil-kebil sorang diri..nak bertegur sapa dengan jiran-jiran segan pulak..hehe..

malam tu dalam pukul 12 tengah malam aku dah start rasa sakit sikit..merasa la sakit sorang-sorang..sakit kejap pastu stop pastu start sakit balik..mula-mula boleh tahan pastu makin lama makin sakit..mulut ni tak henti-henti duk baca doa,zikir la,mengira la..menangis tau..

hubby pulak kejap-kejap sms tanya aku ok ke tak..kebetulan biras aku keje malam masa tu dia la tolong urut2 belakang (SIL ni keje sebagai nurse kat hkl tapi bahagian lain)..mujur la ada dia,boleh la borak-borak untuk hilangkan sakit..

lepas je SIL ni pergi sambung buat keje dia,aku cuba jugak paksa diri untuk tido walaupun sakit..tapi tu la,sakit mengatasi segala-galanya..dah tak tahan aku panggil misi pastu misi suruh masuk bilik untuk check bukaan..baru bukak 2cm tapi aku rasa macam nak putus pinggang ni..huhu..

sambil duk berperang dengan sakit tu aku tertido,sedar-sedar dah pagi..bangun,mandi dan duduk je atas katil sambil termenung..masa tu pukul 8 lebih..sakit tu masih ada tapi tak seteruk malam tadi la..pastu misi datang hantar breakfast roti 2 keping dengan air milo suam..tu je yang aku makan..pukul 9 pagi camtu doktor datang dan kena seluk lagi..kali ni doktor lelaki,malu tu memang malu tapi nak buek camno..takleh nak elak..haha..

kali ni bukaan dah 4cm,terus dibawa ke labour room..sempat lagi aku tanya misi boleh tak saya bawak handphone ni sebab saya nak inform hubby saya..dia kata bawak jer..sampai je kat labour room (LR) aku terus sms hubby bagaitau dah masuk LR ni,bilik sekian sekian..

sementara nak tunggu hubby datang tu aku memang tak tahan sakit terus request epidural..sakit yang menggila yang amat..tuhan je yang tau..patut la syurga itu di bawah tapak kaki ibu..masa ni terus insaf tiba-tiba,teringat kat mak kat kampung..menangis aku sorang-sorang..sebak sedih semua bercampur baur..

lepas cucuk epidural terus hilang sakit..syukurr..tak lama kemudian hubby aku sampai..dia tanya aku dah makan lum,aku cakap makan roti dengan air milo je..pastu hubby tanya doktor wife saya ni boleh makan lagi tak sekarang,kalau tak saya nak g beli breakfast untuk dia..doktor cakap takleh makan dah sebab anytime from now boleh beranak ni.masa tu ada doktor india perempuan duk prepare peralatan untuk aku bersalin..baik sangat doktor ni..dia siap cakap u spend la time dengan u punya hubby,i tunggu kat luar ni kalau ada apa-apa panggil i yer..

ni la gambar masa kitorang duk berdua-duaan tu..aku siap boleh baca metro lagi masa ni..hehe..gambar tak clear sebab pakai tipun cap ayam..menggelabah punya pasal hubby lupa bawak camera..

 muka orang sakit..


 masa ni dah lepas inject epi boleh la buat peace bagai...haha..

papa n mama to be....

bersambung lagi yer....saje nak bako korang..hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...