Followers

Tuesday, July 5, 2011

# Kelahiran izzul part 1..

assalamualaikum dan selamat pagi semua...

hari ni baru ada mood nak update blog,biasa la aku kan 'rajin'..hehe..so,kali ni nak cite pasal kelahiran anak pertama bucuk bucuk sayang aku tu..umur izzul dah nak masuk 2 tahun mak dia baru terhegeh-hegeh nak cite pasal pengalaman bersalin..memang dassarrr! ;)

tanpa membuang masa lagi,sila la anda baca sendiri ye..

ok,mengikut due yang doktor bagi aku dijangka bersalin pada 1/11/2009 (khamis)..pada 29/10/09 aku ada check up kat kk putrajaya..masa misi check dia kata kepala baby still tak engaged walaupun dah masuk 39 weeks ++,so kena refer doktor kat hospital putrajaya..kami laki bini ke hospital putrajaya dan diberikan appoinment untuk datang lagi satu minggu untuk jumpa pakar..kecewa kami di situ,ingatkan boleh jumpa terus..

pastu hubby cadangkan balik kampung dia jumpa mak bidan untuk urut ke camna..aku mengikut je..maka pada 30/10/09 (jumaat) tu aku EL sebab petang khamis tu jugak kitorang balik palong,kes tak sempat nak apply cuti..balik dari hospital packing2 baju terus balik kampung..hehe..lagipun hubby cakap hari ahad tu ada kenduri kat rumah paksu dia sempena dia dapat pergi haji..

kat kampung cite la kat mak mertua aku pasal kepala baby tak engaged lagi dan nak cari bidan untuk urut tapi mak kata tak payah la,tak elok..biarkan je nanti baby akan turun sendiri..dah orang banyak makan garam cakap camtu aku mengikut aje lah..kate menantu mithali kennn... :)

hari sabtu tu everything ok..duk umah mertua ni layanan bak puteri,cakap la nak makan apa pasti mak akan masak..tapi aku taklah kejam request nak makan macam-macam ala-ala mendera mak mertua pulak..apa yang dia masak aku makan jer..

dan seperti biasa kalau balik kampung title hubby aku adalah bujang..pagi kerja,petang main bola,malam kalau perlu lepak dengan kawan-kawan lepak dulu..tengah malam sikit baru la masa untuk aku..haha,aku tipu..dia tetap ada masa untuk aku tapi rutin dia lebih kurang camtu la,jarang lekat kat rumah..

kebetulan hari ahad tu kawan dia nak kahwin jadi malam tu dia sibuk tolong-tolong kat rumah kawan dia ni,pukul 1 pagi baru balik rumah..aku dah tido masa dia balik tu..

elok je tido sambil peluk hubby tetibe aku rasa macam ada benda meletup..bunyi "popp" disertai dengan keluar cecair tapi aku tak rasa sakit pun..disebabkan gelap aku tak nampak yang keluar tu air ke darah..alamak!dah nak bersalin ke aku ni..aku tengok jam masa tu pukul 5 lebih..aku kejut hubby boleh dia buat dekk je..sekali je aku kejut dia..tau la penat tapi bini ko dah ada tanda nak beranak nih.

aku pun ke toilet nak tukar pakai kain batik..masa berdiri tu tetibe keluar lagi air,kali ni lagi banyak..aku siap tadah lagi pakai tangan nak tengok camna rupa air ketuban tu..mental sungguh la..jernih je air dia..hehe..dah elok tukar kain semua aku masuk balik dalam bilik dan sambung tido..giler kan?dah tak sakit..kalau sakit takde la aku cool camni jer...

keesokan harinya 1/11/09 (ahad),semua duk bersiap-siap nak pergi rumah paksu hubby termasuk la aku..camna ntah aku boleh tercakap kat mak yang aku dah pecah air ketuban pukul 5 pagi tadi..masa aku cakap kat mak tu dah pukul 9 pagi..terkejut orang tua tu tengok aku boleh rileks je lagi..

terus kena halau balik ke KL semula..hahaha..mak cakap tak payah pergi kenduri tu terus balik KL pergi hospital..hubby pulak macam terkebil-kebil heran tanya nape aku tak kejut dia masa pecah air ketuban tu..aku cakap dah kejut tapi awak taknak bangun..mati-mati dia tak percaya aku dah kejut dia..ha,tau takut..

dan dan time tu jugak kitorang gerak balik ke kl,perjalanan dari palong almost 3jam jugak la..hubby pulak bawak kete kemain slow takut aku terhentak-hentak..kejap-kejap tanya aku sakit ke tak,naik boring aku nak jawab tak sakit tak sakit sepanjang perjalanan tu..hehe..tau pulak menggelabah ko ye bang.. ;)

ehh,panjang la pulak..nanti ada sambungan tau..tungguuuu!

Friday, July 1, 2011

# Jatuh dalam bilik air

malam isnin lepas,semasa aku nak mandi dengan izzul dalam pukul 8 malam camtu,ntah camna aku boleh tergelincir dan jatuh..style jatuhnya adalah jatuh terduduk,sakit jugak la vontot dengan peha belah kiri ni..sampai hari ni masih terasa sakitnya..dah la time ngandung ni macam-macam sakit datang..sabar jela..huhu..

masa mengandungkan izzul dulu aku jatuh motor,yang ni jatuh dalam bilik air..huhu..so aku kalau tido malam-malam kalau tetibe nak ubah posisi memang kena gerak slow-slow..kalau tak haru biru sakit satu badan..ini la dugaan ibu mengandung..

disebabkan tak keluar darah ke ape ke lepas jatuh tu so aku assume aku ok la..hehe..suka-suka je kan jadik doktor sendiri..pastu petang selasa tu aku ada check up,sempat la tanya misi dia kata dalam 24 jam kalau kuar darah ke air ke sila la cepat-cepat ke hospital..alhamdulillah,takde apa-apa yang berlaku..

oleh kerana aku jatuh dan masa misi check tu dia kata ukuran rahim lagi besar(ukuran rahim 32cm sepatutnya 30cm) dari tarikh dan jugak kandungan melintang maka aku kena refer dengan doktor..bila doktor scan dia kata takde apa-apa yang perlu dirisaukan sebab baru 30 weeks,baby memang ada ruang lagi untuk berpusing..dinasihatkan jangan urut perut oleh doktor..biarkan je..

result check up hari selasa (28/6/11) hari tu (at 30 weeks)
berat : 58 kg - 2 minggu naik 2kg..ohh,tidak!oh ya,lepas ni aku dah kena check up 2 minggu sekali dah..
hb : tak amik sebab baru 2 minggu lepas dah amik..2 minggu akan datang pulak baru amik darah..misi cakap kali ni amik darah kat lengan pulak..aishh..
air ketuban : ok
uri : ok
jantina : jeng jeng jeng... ;)

risau gak ni dengan berat badan yang asyik naik jer..masa aku mengandungkan izzul dulu lagi 2hari sebelum bersalin masa 40 weeks berat baru 59.6kg...

# Sedekah susu dah tamat..

ok,tawaran sedekah susu dah ditutup memandangkan aku dah bagi kat member kat opis ni..lagipun senang sikit tak payah aku nak pikir pasal nak pergi pejabat pos untuk pos susu tu..kepada yang nak susu tu aku mintak maaf banyak2 ye..susu mama dah abis.. ;)

kalau ada lagi lain kali aku inform lagi yer..terima kasih kerana sudi singgah kat blog aku ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...