Followers

Monday, June 27, 2011

# Kursus la pulak..

adehh!bila sebut pasal kursus ni malas pulak nak pergi besok..padahal kat opis ni je pun..tapi memikirkan aku baru je ada sehari kursus nak cukup kan 6hari lagi tu yang tak tau bila better la rebut peluang nih..lagipun nanti dah nak bersalin cuti pulak 3 bulan takut tak sempat nak cukupkan 7 hari berkursus..

sape-sape yang keje gomen dorang tau la pasal kursus 7 hari setahun ni..kursus yang aku akan hadiri ni selama 3 hari iaitu dari 28/6-30/6,semuanya berkaitan dengan akaun..huhu,mesti mengantuk punye lah..yang ni aku boleh jamin..haha..

so blog ni akan terabai selama 3 hari nanti..kalau sempat time break tu aku curik-curik la melawat rumah korang-korang semua.. ;)

kepada penjawat-penjawat awam,anda semua sudah cukup kah 7 hari berkursus? ;)

# Monday blues

assalamualaikum dan selamat pagi semua...

hari ni rasa malas sangat nak pergi kerja tambah-tambah pulak hujan pagi tadi..kan best kalau dapat sambung tido..dan lagi best kalau aku ni tak keje jadi suri rumah jer..hehe..banyak pulak kalau nya kan?bersyukur la dengan kehidupan sekarang ni wahai azni oi..(mode insaf sudah datang)..

masuk je opis pagi ni tengok semua orang sibuk duk susun makanan..ehh,ada jamuan kah?memang betul lah ada jamuan,jamuan kesyukuran yang ditaja oleh penolong akauntan sempena anaknya dah sembuh dari sakit telinga..camtu la yang aku dengar..:)

wah,macam-macam ada..pulut kuning,kari ayam,meehun goreng,tapai pulut,agar-agar,kek,dan air kopi..aku makan semua termasuk la tapai tu..lepas makan kepala macam dah pening sikit,nurul hezrina pun sama jugak..aku agak sebab makan tapai pulut kot.

pastu dua-dua marathon tidur kat meja,nasib la bos takde..ala,tidur setengah jam je tu pun ala-ala tidur2 ayam..bosan nye....keje banyak tapi monday blues punya pasal semua malas nak buat..

Friday, June 24, 2011

# Bagan Lalang..

hari ahad aritu sempena meraikan hari bapa dan hari jadi aku (in advance) kami ke bagan lalang..disebabkan kami laki bini lum pernah lagi jejak kan kaki ke sini so semangat tu berkobar-kobar lain macam sikit..hehe..actually,aku nak ke PD je main pantai kat sana tapi hubby cakap pantai kat PD kotor..

jadi hubby telah deal dengan kawan-kawan dia yang tau jalan camna nak ke bagan lalang tu..pergi la kami 2 buah kereta..hubby paling excited siap bawak baju seluar spare lagi nak mandi pantai punya pasal..

gerak dari putrajaya dalam pukul 4.30 petang,pukul 6 lebih baru sampai kat bagan lalang..sesat punya pasal!kami ni mengikut je kereta kawan hubby tu ntah camna boleh sesat,padahal kawan dia cakap dia selalu pergi sana..

aku dah angin dah,yelah berapa jam duk berpusing-pusing carik signboard bagan lalang..si izzul pulak time-time darurat tula buat hal mengamuk dalam kete..aku siap ajak hubby balik putrajaya semula,kiranya kensel la nak jejak bagan lalang tu..tapi hubby cakap dah alang-alang redah jela..

nasib baik jumpa gak bagan lalang..rupanye dia jauh nun masuk ke dalam kan?patut la susah sangat nak jumpe.. ;)

dah lewat petang camtu mood hubby nak mandi tadi pun terus ke laut,gelak aku tengok dia..sampai je beli makanan makan-makan borak-borak tak sampai sejam kitorang blah..

 dalam mulut penuh keropok tu..jgn taktau pulak.. :)

 pemandangan di kala senja..

 kita minum dulu..

 boys day out..geng-geng sesat tengah duk bincang camna boleh sesat tadi..haha..

 mak buyung dan anaknya..

 ehh,pak buyung pun ada jugak.. ;)

keluarga kecik kami...

aku cakap kat hubby lain kali pergi PD jelah..kat sini pun tengok air macam tak bersih jugak*alasan aku..hehe*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...