Followers

Friday, June 10, 2011

# Lama tak update

sekarang ni aku rasa macam malas je nak buat entry..selalu aku baca-baca je blog orang lain dan kalau rasa nak komen aku komen..btw,terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jugak jengah ke blog ni walau pun tak berupdate.

dan kepada sesape yang tag aku untuk join contest,terima kasih banyak2 diucapkan.bukan aku taknak join tapi kemalasan yang besar tengah melanda ni membantutkan hasrat untuk join contest2 tu..sori sangat2..

esok dan lusa adalah hari yang membosankan lagi bagi aku.memang takde apa2 aktiviti pun,just lepak je kat rumah dengan izzul.

biasala,orang yang duk berjauhan dengan suami macam ni la situasinya..bukan suamiku tak bagi keluar tapi aku yang malas nak kuar.dengan izzul yang tengah lasak dan aku pulak tengah bawak perut camni baik la aku lepak je kat rumah.

tak larat aku nak kejar izzul,lain la kalau papa dia ada at least dia behave sikit kalau kat luar..kalau dengan aku jerit camna pun dia buat tak endah jer.hehe..

esok plan nak buat cheese kek,pertama kali nak cuba buat ni.ntah jadi ke tak,tunggu dan lihat jela..haha..

Friday, June 3, 2011

# Dah jumaat..

pejam celik pejam celik dah jumaat kan,sungguh cepat masa berlalu..hari ni izzul duk dengan papa dia kat rumah sebabnya ibu aka mak ngah izzul bercuti hari ni,dah selamat sampai kampung pun,dia sefamily gerak malam tadi.

aku dari 2 minggu lepas lagi bila si ibu bagitau nak cuti,duk bagitau papa izzul hari jumaat dan isnin sekian-sekian sila la balik menjaga anak di putrajaya memandangkan cuti adinda dah tinggal tak banyak ni.haha..dan disambut dengan jawapan ok ok dari kekanda tercinta.kelass gitu!

cuti aku banyak pakai masa bulan 5 aritu sebab izzul asyik la on off demam.taktau apa masalah dia,siang2 hari kat rumah ibu ok je asal bawak balik rumah aku malam mesti demam..badan panas pastu batuk dan muntah2 lagi.ada la 3 hari aku el dalam bulan 5 tu gara-gara anak demam.mak aku kata biasa la anak nak membesar memang camtu..alhamdulillah sejak minggu lepas kesihatan izzul dah bertambah baik..syukur..

maka malam tadi muncul la wajah hubby aku kat depan rumah.. :) aku tak risau pun tinggalkan dua beranak tu sebab this is not the first time hubby aku kena jaga izzul.ntah kali keberapa tak kira plak den.dan dia memang boleh diharap bab2 uruskan anak ni.

so,arini pagi-pagi dalam pukul 5.45 aku dah bangun sebab nak masak untuk 2 orang jejaka terhangat kat rumah tu.hehe..ala masak simple-simple je sebab hubby bukan jenis memilih pun..aku buat telur dadar,goreng sawi berlada pastu sup ayam untuk izzul,dan tak lupa masak nasi sekali..done!

yang si izzul pulak bangun macam biasa pukul 7.30 tadi terus tuju ke pintu.no no darling,today kita tak pergi rumah ibu..izzul stay dengan papa hari ni okeh.pastu nangis-nangis bila tengok aku nak g keje..sabar la sayang,nanti mama balik rehat karang yer..

isnin ni pun hubby still jadi babysitter.selasa baru dia balik ke palong semula..huhu...

tak kira,nak jugak tepek gambar dua orang ni... :)

Wednesday, June 1, 2011

# Mood berpuasa sudah mari..

salam dan selamat pagi semua..baru ada kerajinan (betul ke ayat ni?) sikit untuk update blog..kalau tak terbiar tersadai je blog ni.haha..

arini aku puasa,harap-harap dapat la bertahan sampai ke waktu maghrib nanti..bukan apa,selera makan sekarang ya ampun besar punyer!kejap-kejap rasa lapar,asyik la nak mengunyah jer.

pagi tadi bangun pukul 5.15 sahur makan nasi goreng cili padi yang digoreng malam tadi.siap bertambah-tambah nasi lagi.aisehh!padahal baru je kena warning dengan misi bulan lepas suruh diet sikit sebab berat badan naik almost 4kg dalam masa sebulan..gila kan?

dah abis makan nasi tengok jam oh sempat lagi ni bancuh susu,maka minum la susu nespray satu mug besar tu.ehh,ada masa lagi la mari kite tengok apa lagi yang ada dalam esbok.ada epal la,kunyah pulak buah epal sebijik..pastu minum air masak 2 gelas..see see,betapa besar nya selera makan aku walaupun time sahur.ada sesetengah orang tu tak lalu nak makan banyak2 time sahur.aku?tibai abis abisan..

tu pun stok roti gardenia aku dah abiskan semalam,kalau tak mau tambah dengan makan roti lagi tadi..dah siap makan tengok jam dah 5.40 pagi.harus lah sambung tido balik.haha.pukul 6.30 bangun je kepala dah weng semacam je.ni pun masih lagi pening-pening lalat ni..padan muka aku.. ;)

eh,korang-korang semua kuat makan tak masa mengandung?


gambar takde kaitan dengan jalan cerita ye.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...